TAK PAYAH GEDIK SANGAT WALAU DENGAN LAKI/BINI SENDIRI

16.6.12 Suria Lekatlekit 14 Comments

Tajuk tu macam puaka sangat kan?? Tapi baca dulu isi kandungannya yer.. Bukan nak menyindir @ nak mengata.. bukan cemburu bukan jugak nak menjatuhkan sesiapa tapi apa yang sang lekit dapat dari hasil bacaan sang lekit sekadar nak kongsi untuk kita sama2 teladani & sempadani (erkk... macam pelik je sempadani kan??)

Walaupun berstatus halal tapi masih ada batasannya cara kita bermanja, bermesra, menyatakan kasih sayang @ meluahkan perasaan tak puas hati bagai la. Ada tempat yang boleh kita cerita @ tunjuk semua tu.. ada tempat yang tak boleh. Jadi tak semestinya halal hubungan tu maka jadi halal kesemua tindakkan kita. Ye tak??

Sang Lekit ada baca 1 artikel ni berkenaan isu canang kisah rumahtangga di laman sosial tak kisah la yang di canang tu berunsur bahagia @ derita. Menurut artikel tu...

Sekadar hiasan
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajatnya kepadanya kemudian dia menyebarkan rahsia itu.” (Riwayat Muslim).
Melihat kepada hadis di atas jelas menunjukkan janganlah beria-ria memuat turun gambar mahupun menaip status yang bukan-bukan di FB yang menjadi ikutan berjuta orang. Cukuplah jika anda dan pasangan tahu apa yang berlaku. Kegembiraan atau kedukaan usah dipertontonkan kepada orang lain kerana pada anda ia adalah perkara baik namun, bagaimana jika individu itu tersalah menilai.
Mengenai tindakan sesetengah pasangan yang hangat mempamerkan kisah cinta dan aktiviti mereka di FB dilihat kurang wajar kerana ia mengundang timbulnya perasaan meluat dan gejala negatif.
 “Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza. ( Untuk artikel sepenuhnya sila clik DISINI )

Bukan apa ada blog yang sang lekit pernah baca sampai suami dia komen pasal buah dada dia pun dia nak cerita kat semua orang. Kita yang baca pun rasa malu. Sang Lekit tak cakap sang lekit baik sangat tapi dengan info2 macam ni.. kita sama2 la ingat mengingati. Yelah.. kadang2 kita tak sedar kita termelakukannya, kan??? Termasuk sang lekit sendiri. Jadi jangan la ada yang terasa hati sebab sang lekit cuma berkongsi info apa yang sang lekit dapat je bukan nak mengata, menyindir @ menjatuhkan sesapa.

14 comments:

  1. sangat suka betul betul dengan artikel.

    Cik lekit!Saya sangat faham!!

    ReplyDelete
  2. sentiasa meletakkan batas dalam percakapan bersama teman,keluarga ataupun laman sosial..yang penting, seorang isteri perlulah sentiasa menjaga nama baik suaminya, insyallah akan mendapat lebih keredhaan dalam perkahwinan.Ada teman pernah berpesan kpd sy" setelah kamu kahwin,jgn cari keburukan suami, crilah kebaikan suami.kerana ia adalh syurga kita"

    ReplyDelete
  3. saye dah baca jugak artikel tu..sebab mummy kongsi kat fesbuk..hehehe..

    tapi saye pun setuju jugak dgn apa yg tertulis dalam artikel tu dan juga apa yg mummy lekit tulis ni..saye pun pernah terbaca belog yg mcm mummy cakap tu..kawan2 saye pun ramai jugak yg begitu..nak tegur nnt katanye cemburu..tapi ntah lah..manusia ni dah semakin ramai tak malu kan mummy?

    harapnye kite tak tergolong la dalam golongan yg tak malu ni..insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. wooooo part kat blog cite pasal boobs tu, serious ke??eerkkkkk... kalo dah melampau mcm tu mmg kna tegur..

    ReplyDelete
  5. suami isteri bercium dikhalayak ramai pun xelok..inikan pulak bercerita hal itu ini utk tatapan org..

    ReplyDelete
  6. kalau kisah dlman nk kongsi kt fb dan blog, mmg keterlaluan..

    ReplyDelete
  7. jangan kat rumah tak gedik dengan suami sudah

    ReplyDelete
  8. rasenye refer kepada orang pompuan kut.. org pompuan memang suka heboh untuk menunjukkan die yang terbaikkan :)

    ReplyDelete
  9. suka tajuk hang! hahahha... betul... depqan org nk gedik nga laki sendiri... kat rumah je lah gedik kan... hhahaha

    ReplyDelete
  10. apa motif nya nyer
    nak buat org jeles ke
    atau apa
    confuse jap
    hehehe

    ReplyDelete
  11. tu la kekadang tue kemesraan melampau pun org tak suka tengok..

    artikel yg kekadang buat kita sendiri terfikir seketika

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!