DUHAI SHILA AMZAH, SALAH TETAP SALAH OK

7/30/2012 02:33:00 PM suria lekatlekit 24 Comments

Pepetang ramadhan ni.. kebetulan lala pulak memilih untuk tidak melasak maka dia minta di dodoikan untuk tidur, setelah tidur ada la sikit masa mummy rilex2. Jadi tersinggah kat blog Beautifulnara terbaca isu pasal dak shahila.. op's bukan shahila anak den. Shahila anak den sapa la nak up entri melainkan mak dia je.. kan?? ni shahila atau nama retisnya Shila Amzah.

Isu pasal dia dengan boipren dia si pelakon tu la.. Sang Lekit tertarik dengan 1 statement yang di keluarkan Shila Amzah ni (merujuk dari blog Beautifulnara).. Kenyataan dia bertulis macam ni.. " Saya hairan, kalau di majalah kita lihat ada artis lelaki dan perempuan bergambar jauh lebih teruk aksinya daripada apa yang kami lakukan, tetapi tidak pernah menjadi isu. Berbeza dengan kami yang cuba bersikap jujur dengan memberitahu bahawa kami bercinta tetapi bila dilihat berpegangan tangan, sudah menjadi isu besar."

Gambar pinjam je dari Beautifulnara

Duhai Shahila Amzah @ Shila Amzah... Akak ni bukan la baik sangat. Tapi akak cuma nak cakap 1 benda je kat ko dik.. "Kecik ke besar ke.. kalau salah tetap salah & dosa tetap la dosa. Tak payah la ko nak tunding jari kat salah besar orang lain dengan harapan salah ko yang kecik tu bertukar menjadi benda yang tak salah. Takkan mungkin yang salah tu jadi betul & yang haram tu jadi halal melainkan salah ko tu ko perbetulkan.. & yang haram tu ko halalkan dengan cara yang sepatutnya di tuntut agama.

Ko tu retis dik.. Rasanya ko belajar lagi tinggi dari akak.. malah ketinggian ko pun lebih tinggi dari akak (op's takde kena mengena pasal ni.. kekekeke) sebelum ko keluarkan apa2 statement tu ko cuma amik masa sikit fikir.. adakah statement tu menyelamatkan ko atau statement tu menjerat leher ko sendiri. Sebab ko retis kan... Bukan la kata kami orang awam ni buat apa pun jadi betul, tetap salah jugak cuma takde la wartawan nak amik statement kami jadi penyebarannya tak meluas tentang apa yang kami cakap cuma dosa, salah & kritikan tetap kena jugak bezanya bukan keluar kat media la macam retis. Paling2 pun keluar kat blog jer.. tu pun berapa kerat sangat nak baca pasal kami berbanding pasal korang yang bernama retis tu.. kan???? Bak kata Azwan Ali.. Pagi2 makan pengat, sendiri mau ingat. Peace No war!

P/S : Dulu minat jugak dengan dak shahila @ shila Amzah ni tapi sejak dua menjak ni jadi tak berapa minat lak.. sebab setiap kali dia menjawab isu panas pasal dia mesti ada berbaur macam kerek je... Yolah ekau dah popular tak macam zaman shila techno dulu kan... Zaman gemilang Shila Amzah la katakan...

P/s : Entri ni kategori mengumpat ke tidak yer...

24 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESTORAN HIDANG AIR JUG BERLUBANG & BERKARAT

7/29/2012 12:55:00 AM suria lekatlekit 21 Comments

Hari ni berkesempatan berbuka puasa kat luar. Takde la jauh.. kat Sungai buloh je. Takde la restoran eklusif tapi restoren tomyam biasa jer. Bukanlah kali pertama makan kat situ tapi dah banyak kali. Nak kata tak sedap boleh la tahan rasanya masakan kat situ sebelum ni. Kalau makan pun tak menyumpah seranah sangat la...

Buku Menu restoran tersebut

Jadi Petang tadi.. Sebab berbuka kat luar pun bukan plan, maka cukup la makan kat tempat2 yang dekat. Pergilah kami (Den, adik den & asben den serta anak den yang tak puasa tu..) ke restoran itu untuk menjamu selera. Setelah di order makanan & minuman.. lebih kurang 20 minit sebelum berbuka sampai la se Jug Jus Oren yang di pesan terlebih dahulu sebelum makanan yang lain. Bila tengok jug tu..........

Pendedahan berani.. Jug Berlubang

Korang dah tengok kan rupa Jug tu? Apa perasaan korang nak minum? Kalau kat rumah pun rasanya Jug yang uzur tahap macam tu mesti kena campak dalam tong sampah dah.. tak pun bagi anak2 buat main masak2 luar rumah. Tapi restoran ni punya la tak senonoh.. sanggup hidang air dalam Jug tu kat pelanggan. Punyalah selekeh restoran tu.

Sekitar kawasan berlubang tu boleh nampak kesan hitam2.. tu baru kawasan berlubang tu tapi sebenarnya banyak lagi kawasan jug tu yg penuh karat

Bila kita mintak tukar..  pelayan pertama yang ambil order kita tu cakap..Ok lagi boleh guna. Katanya trend 2012 Jug macam tu. Tak berapa nak lawak la Bai... Pelayan kedua kita panggil seorang akak minta tukar Jug jawab.. ok lagi boleh guna takde masalah. Takde masalah kat korang. Maybe korang jenis minum air dalam bekas yang selekeh macam tu.. Tapi sebagai pelanggan yang bukan datang makan free memang la rasa tak puas hati dengan service macam tu.

Ni la Bai yang ambil order kitorang & pelayan pertama kita panggil minta tukar jug

Bukan takat Jug tu berlubang kat muncung dia tu.. berkarat sana sini. Memang la karat air.. tapi permandangannya amatlah seperti longkang. Minta tukar pun taknak bagi.. Jadi nak tak nak pasrah je la. Nak pula makanan yang kita pesan hari ni rasanya sedikit hampeh. Tak macam sebelum ni makan.. Jadi terpaksa la double pasrah.

Agak2 la kalau nak jimat tu. Jug berlubang & berdaki macam tu hidang kat pelanggan mencerminkan keperibadian restoran korang jugak. Tapi sang lekit sempat usya.. memang Jug2 air kat restoran tu semua jenis berdaki & berkarat hitam macam tu. Sebelum ni tak tahu sebab tak pernah order air 1 Jug.

Kalau owner @ kakitangan restoran ni baca blog melekit jangan nak sentap & maki hamun yer tapi perbaiki kelemahan restoran korang. Pelanggan yang datang bukan datang bawak mulut nak melantak jer.. dorang bawak sekali dengan duit nak bayar, ada pahammmmmm

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

APA TERJADI 11 BULAN INI?

7/23/2012 04:03:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Macam2 la yang terjadi.. ada yang mencuit hati, ada yang buat susah hati, ada yang tersentuh hati & yang paling penting tetap menjadi ratu hati hingga kini.

Ratu hati beta kini dah 11 bulan.. Biasa la budak 11 bulan, kan? Semakin lasak. Ada yang dah boleh berjalan tapi lala belum lagi boleh berjalan. Masih dok bertatih dengan berpaut pada sofa. Pantang ada peluang mesti nak memanjat. Kadang2 kelakar tengok dia berusaha nak panjat atas sofa. Selalunya kalau sang lekit duduk tepi sofa dia jadikan sang lekit la alas nak memanjat ke atas sofa. Bermakna otak dia dah semakin berfungsi untuk berfikir la tu. Lala tak pandai sebut apa2 perkataan pun lagi. Masih bercakap dengan bahasa baby lagi. Bab makan macam biasa.. masih makan bubur nasi + lauk pauk, sayur mayur yang macam biasa lagi. Cuma kuantiti je makin bertambah. Yelah dah makin besar. Dulu 1 mangkuk baby.. sekarang mangkuk baby tu tak tak cukup. lebih sikit. Untuk sekali makan la.

Lala jugak dah pandai pilih orang. Dah pandai paling muka kat orang yang dia tak suka @ tak kenal. Dia tak sombong lagi macam dulu. Dah senang ketawa bila orang menyakat dia. Bab susu sekarang lala hanya menyusu susu ibu waktu malam saja.. siang susah nak pujuk dia minum susu. Dia asyik nak main & tengok TV jer. Siang dia banyak minum susu formula. Senang nak bagi minum kalau dalam botol. Banyak takde la banyak. Lala minum susu formula 3 kali sehari.. pagi.. petang & malam tapi bila sang lekit tetap sulam dengan susu ibu jugak. Tapi time tengah malam memang dia akan minum susu ibu je. Alhamdulillah.. apa yang dia makan & minum tak bagi sebarang alahan pada lala. Dia masih lagi baby yang sihat, ceria & membesar bagai juara.. kekekeke

Semua step dari meniarap, merangkak, duduk, memanjat, berdiri (dengan berpaut pada sesuatu la) dah boleh.. cuma nak tunggu dia berjalan & bercakap je. Tak sabar sungguh sang lekit. Selalu dok imaginasi je macam mana lala jalan, berlari, melompat & bercakap. Takpe sabar.. akan tiba masanya nanti. Itulah perkembangan lala setakat 11  bulan ni. Kalau ikutkan bulan Islam 20 Ramadhan nanti dah genap setahun si lala.. kalau ikut bulan mat saleh 20 August baru genap setahun.


P/S Entri ni sepatutnya di update 20 July 2012 tapi tak sempat. Sibuk balik kampung katanya.. sambut puasa.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA CAKAP DAKU NI PEMUTAR BELIT

7/19/2012 01:04:00 PM suria lekatlekit 26 Comments

Cikgu shida meluahkan perasaannya di laman Facebook dengan letak sekali url blog sang lekit. Katanya sang lekit salah seorang haters, menagih komen dari entri tentang dia,nak dapat banyak iklan dari entri tu & memutar belitkan status2 yang di update beliau.

Setakat ni tak pernah kaya lagi la dari duit iklan blog. Jadi takde la sebab nak BE dari nuffnang update pasal cikgu shida. Update pasal cikgu shida pun sebab minat... kekekekeke

Putar belit macam mana tu cikgu?? Sang Lekit cuma printscreen bukan copy paste seketul2 apa yang cikgu tulis tanpa sebarang sentuhan magik untuk mengubah apa2 kenyataan cikgu shida. Sang Lekit komen pun berdasarkan apa yang cikgu shida tulis. Nak kata sang lekit salah faham dengan niat cikgu shida? Niat cikgu shida bukan saja sang lekit je tak boleh tahu malah siapa2 pun takkan dapat tahu. Niat yang baik kalau di susuli kata2 yang baik akan nampak baik.. tapi kalau niat baik di luahkan dengan kata2 yang tak berapa sedap nak baca.. maka kefahaman orang pun menjuruskan kepada yang negatif jugak.

Ni la status yang cikgu shida kata sang lekit putar belitkan kata2 dia.. (Boleh rujuk entri ni : SEDAP JE MULUT CIKGU SHIDA MENGATA DARI ANAK SAMPAI MAK BAPAK
Komen dari cikgu shida kat blog melekit di entri tersebut
 
Tak sepatutnya seorang cikgu menulis secara terbuka di laman sosial untuk melepaskan geram kat anak murid dengan kata2 macam tu. kata anak murid benak sebab mak bapak makan makanan dari sumber yang tak tahu halal haram semasa mengandung & tak amalkan doa2 & Al-Quran semasa anak dalam kandungan tu.. sang lekit nak tanya cikgu shida ada bukti ke mak bapak dorang buat macam tu? Dah interview sorang2 mak bapak anak murid yang cikgu shida kata benak tu? Ada dorang buat pengakuan ker?

Mungkin kalau cikgu shida tulis macam ni.. orang tak salah anggap.. "Amalkan memakan dari sumber yang halal & amalkan doa2 & Al-Quran semasa mengandung supaya anak tak benak & senang terima pelajaran yang di ajar".. So, takde la orang nak pertikaikan apa yang cikgu shida cakap. Ni tak cikgu shida point sebijik2 menjuruskan kepada anak murid yang benak sehingga melibatkan mak bapak murid2 tu. Sang Lekit ada satu kepantangan kalau marah sorang, sebut 1 family. Bodoh ke jahat ke baik ke.. dalam setandan pisang tak semua busuk. Walau cikgu shida perangai tak semegah, dok tergedik2 dalam video miming tu.. sang lekit tak cakap mak dia yang salah makan masa mengandung @ mak dia yang masa mengandung dia memang tergedik2 macam tu sebab sebagai mak bapak.. semua mendoakan yang terbaik kepada anak dia sejak dari dalam kandungan. Jadi tak tergamak pulak nak salahkan ibu mengandung. Kalaupun ada salah masa ibu mengandung bila dah besar anak boleh fikir sendiri.. takkan nak salahkan mak bapak lagi kot. (I kan seorang mak.. bila jadi mak tau feel mak ni macam mana? Cikgu shida sila jadi mak dulu baru la tahu..)

Tapi sang lekit tak pelik la kalau dia nak tuduh sang lekit putarbelitkan kata2 kat status dia tu.. Sepanjang mengikuti cikgu shida dari awal kontroversi dia, memang dia jenis takkan terima sebarang komen, pandangan, kritikan tak kira secara baik @ tak kalau komen tu tidak menyokong perbuatan beliau tak kira salah ke betul ke apa yang dia buat. Bagi dia yang tak menyokong dia tu semua haters. Ustaz Azhar Indrus pun pernah kena bantai dalam blog dia bila komen pasal dia dari pertanyaan seseorang. Apatah lagi pandangan sang lekit yang bukan sesiapa ni... kan?? Boleh rujuk entri pasal komen balas cikgu shida kepada Ustaz Azhar Idrus tu kat sini : KOMEN BALAS CIKGU SHIDA TENTANG KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS

P/S : entah apa pulak dia cakap lepas baca ni entri. kalau entri lepas tu putar belit entri putar apa lak??

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SELEBRITI KUCING

7/17/2012 08:23:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Jangan ingat manusia je boleh jadi artis terkenal & popular.. kucing pun boleh. Kucing sapalah yang bertuah sampai di angkat sebagai selebriti tu?? Siapakah yang mengiktiraf kucing tu sebagai selebriti? Apa sebab dia boleh jadi selebriti??

Carian Google
Orang yang anggap & menganugerahkan kucing tu selebriti adalah sang lekit sendiri sebabnya dia sekarang makin popular.. glamour.. di kenali juga gendut. kekekekeke. Kenapa sang lekit anugerahkan dia selebriti? Sebabnya kalau sebut nama dia.. mesti ramai yang dah kenal. Dah keluar majalah, surat khabar,kat TV.. Kisahnya bukan lagi rahsia. Kisahnya buat kita berlinangan airmata. Siapa lagi kalau bukan HERO seekor kucing yang menjadi bukti kekejaman manusia. Kisah dua kaki depan dia di potong kerana curi sepotong ikan tu rasanya semua dah tahu kan. Jadi apa sang lekit nak cerita lagi??

Ni la Artis kucing yang sedang popular sekarang ni. Hensem tak?? HERO

Takde la tadi tertonton Video yang PAPA HERO upload.. video tu tunjuk Hero tengah main dengan lazer. (Clik DISINI untuk tonton) Walaupun dia cacat hanya bergerak dengan dua kaki belakang tapi tak pernah jadi halangan buat HERO untuk bermain macam kucing - kucing normal yang lain. Bak kata dalam iklan.. "hak bermain hak kami.." kuat sungguh semangat HERO buat sang lekit rasa malu lak kat HERO. Kita di lahirkan sebagai manusia.. sempurna fizikal & mental tapi kadang2 bila di uji dengan sesuatu kita rasa hilang keyakinan & semangat untuk melakukan sesuatu. HERO yang cacat tu pun berjuang teruskan hidup dia tanpa kenal putus asa, memang patut kita malu dengan dia. Yer.. memang dia kucing, kita tak tahu apa dia fikir tapi apa yang sang lekit rasa seekor haiwan memang takde sikap putus asa. Selagi ada nyawa selagi tu dia nak hidup. Sebabnya tak pernah ada kes haiwan bunuh diri. Yang banyak haiwan kena bunuh & terbunuh je.. Betul tak??

Tak semestinya kita manusia harus mencontohi manusia saja.. adakala haiwan tu lebih bagus untuk di contohi bagi memotivasikan diri kita. Memang haiwan adakalanya tak mampu berdikari untuk terus hidup tapi tetap ada haiwan yang tak sepatutnya hidup berdikari tetap berdikari bila takde pilihan lain. Macam haiwan jalanan seperti kucing & anjing. Mereka sepatutnya berada di rumah bersama kita.. Tapi bila mereka takde pilihan & tak bertuan.. hidup merempat di luar mereka tetap berjuang, berusaha teruskan hidup dengan mencari apa saja sumber yang boleh di makan.

Kan bagus kalau ada satu rancangan khas macam bersamamu yang membantu haiwan terbiar.. Sekurang2nya walau tak semua, yang bernasib baik dapat jugak menikmati hidup dengan sedikit selesa. Tapi setakat ni takde lagi la sang lekit rasa rancangan macam bersamamu untuk haiwan jalanan.. kan?? Semua rancangan yang berkonsepkan macam tu untuk manusia je. Kot2 ada mereka2 yang dalam bidang tu terbaca.. apakata cetuskan satu rancangan untuk bantu haiwan terbiar ni.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TIADA ISTILAH SEBAIK BAIK JIN ADALAH SEJAHAT JAHAT MANUSIA DALAM AL-QURAN

7/13/2012 08:07:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Kita biasa dengar Istilah Sebaik baik Jin Adalah sejahat jahat manusia yang mengambarkan Jin tu makhluk yang sangat la jahat. Sehingga hari ini pun masih ada yang berpegang kepada istilah tersebut sehingga ada yang percaya bahawa kenyataan tu betul. Betul ke tidak??

Tak betul wahai kawan - kawan.. dan marilah kita perbetulkan kepercayaan kita yang selama ni mungkin terpesong sebab terpengaruh dengan filem2 @ drama2 seram TV yang menjadikan Istilah itu sebagai tagline & skrip.

Carian Google
sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai. ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]). Sekiranya kenyataan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.(Untuk artikel penuh sila clik DISINI)

Jin sama jugak macam manusia.. ada baik.. ada jahat.. ada Islam & ada kafir. Jadi Istilah sebaik baik Jin Adalah sejahat jahat manusia bagi saya amat la tidak adil bagi golongan Jin & kita ni kadang - kadang suka sangat menerima bulat2 apa yang di papar kat tv @ di sebarkan kat laman2 sosial tanpa usul periksa. Moga dengan perkongsian ni yang pernah percaya pada Istilah yang sebenarnya tak wujud pun dalam Al -quran & hadis mengambil iktibar.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEDAP JE MULUT CIKGU SHIDA MENGATA DARI ANAK SAMPAI MAK BAPAK

7/12/2012 02:07:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Kalau semua orang di lahirkan pandai maka takde la orang bodoh dalam dunia ni. Kalau semua orang di lahirkan cerdik dalam pelajaran maka semua sekolah di dunia ni adalah sekolah2 pelajar cemerlang. Takde sekolah khas.. Mungkin kelas tuisyen pun tak wujud sebab budak2 semua lahir dengan bakat cemerlang dalam pelajaran.

Malangnya bukan semua anak2 yang lahir tu mempunyai bakat dalam bidang akademi.. Mungkin dalam bidang lain macam bidang kemahiran. Allah cipta makhluk dia ada kurang & lebih.. Kalau semua dalam 1 level yang sama maka dunia ni tak warna la. Asal keluar result jer.. semua dapat 200A++... Pun macam tu bukan la sang lekit kata kita tak payah berusaha lebih2 sebab Allah dah tentukan nasib & rezeki kita. Sebagai manusia kita di tuntut juga berusaha untuk berjaya dalam apa juga bidang. Cuma kelebihan & kekurang setiap orang tu tak sama..

Tapi bila baca status cikgu shida yang bengang dengan anak murid dia tu sampai melabelkan dorang sebagai bengap.. berasap jugak telinga. Paling tak tahan.. sekali mak bapak dorang di sebut2. Katanya masa mengandung tak amalkan Al- Quran & doa.. makan dari sumber yang tak tahu halal haram.. maka lahir la anak yang bengap. Amboi sedapnya.. cikgu shida tu dah pernah beranak ker? Kalau ye pun geram dengan anak murid sekali dengan mak bapak dia kau hina kenapa. Tak semua mak bapak yang ada anak lemah dalam pelajaran tu makan dari sumber yang haram masa mengandungkan anak dia & tak amalkan Al-Quran & doa2.. Kalau ye pun geram, tak patut la cikgu shida seorang cikgu yang kononnya popular keluarkan statement macam tu.

Kalau marah budak2 tu je tak boleh ker sampai mak bapak di sebut2 kenapa?? Kalau rasa perlu perbincangan dengan mak bapak ajak jumpa la. Apa punya cikgu!!

Manalah tau mak bapak anak murid dia baca.. Terkilan jugak. Cikgu shida mana la ada naluri keibuan.. dia bukan pernah beranak jauh sekali pernah ada anak. Senang la dia cakap anak orang tak pandai belajar sebab mak bapak dia makan dari sumber haram & tak amalkan Al-Quran & doa2. Macam la dia tahu.. Agak - agak la kalau nak lepas geram, jangan la sampai mak bapak budak2 tu pun di maki & tuduh benda bukan2. Pantang sang lekit kalau marah sorang.. habis satu keturunan nak sebut.

P/S : Tak pelik la dia boleh cakap bukan2 pasal mak bapak orang sebab dia mungkin memang tak di lahirkan untuk jadi mak orang kot.. 

Gurauan seorang cikgu kepada murid tahun 2.. katanya. 

Bukan senang nak jaga anak, nak didik anak & asuh anak ni cikgu. Beranak pun tak mudah.. Jadi Mak orang dulu baru cakap! 
 

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK MENUNJUK SIKIT KAT DEPA

7/11/2012 11:58:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Kali ni sesi menayang lagi. Nak menunjuk sikit kat Ibu Aqil tu.. Dia ingat dia je boleh menayang si bulu mata lentik kat blog dia tu. Sang Lekit pun ada jugak si bulu mata panjang tapi tak selentik bulu mata abang Aqil la.

Kalau Ibu Aqil ada abang Aqil.. Sang Lekit pun ada akak Lala untuk di tayang dengan bangganya. Meh sini tengok akak lala di modelkan kat blog melekit ni. Lepas ni mesti Ibu Aqil menangis punya tengok. Mesti abang Aqil nak ngorat akak lala punya.

Amboi entri macam nak gaduh je kan.. Mana ada nak gaduh. Entri tayang2 ni adalah entri nak menayang baju yang di hadiahkan kawan2 blogger kepada lala masa di baru lahir dulu. Lala lahir 1.9kg je jadi tumbesaran dia mengikut dari berat lahir dia la & dia takde la montel2 sangat macam baby lain tapi dia montel dalam zon kg dia je la. So, lambat la sikit dia dapat bergaya dengan baju hadiah dari Ibu Aqil ni. Kalau lala lahir 3 kg maybe 6 bulan dia dah boleh pakai baju Ibu Aqil bagi ni tapi.. 10 bulan baru lala mampu menunjuk2 baju Ibu Aqil tu. Lala kan spesis ramping sikit..

Aksi Hisap jari tak miss punya

Bila makin lasak.. maka berat dia pun naik tak banyak sebab lemak2 yang terkumpul abis terbakar ketika dia melakukan aksi2 extrem dia. Tapi takpe janji setiap bulan ada jugak naik, kan??Untuk Ibu Aqil.. Lala nak ucap terima kasih bagi lala baju comel ni yang buat lala semakin comel bila memakainya. Mummy kata nak pakaikan baju ni bila nak keluar hari minggu nanti.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NUFFNANG SUKA BAGI BE BLOG YANG TAK AKTIF KE?

7/08/2012 11:51:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Memang sang lekit perasan benda ni dah lama. Kalau dulu Nuffnang akan memilih blog yang menepati syarat untuk bagi BE.. contoh macam UV 200++ sehari tapi sekarang dah lain pula cara dia nak sedekah BE, kan?? Kalau di tanya macam mana nak dapatkan BE katanya pihak advertiser yang akan bagi BE kepada mana2 blog yang dorang nak??

Persoalannya kini.. adakah pihak advertiser suka iklan dorang bernari2 di blog yang tak ramai visitor. Motif pacak iklan kat blog yang hidup segan, mati tak mau kan?? Kenapa sang lekit cakap macam tu sebabnya sang lekit perasan blog kedua sang lekit di mana blog tu dulu di bangunkan untuk join contest2 jer.. Tapi sekarang di sebabkan dah malas campur masa terluang & terbuang pun tak banyak jadi blog tu pun tak berhapdet sekian lamanya tapi masih mendapat BE yang earning nya cuma sen2 je berbanding blog Melekit ni.. Blog melekit ni kalau dapat 1 BE.. blog contest akan dapat 2 @ 3 BE. Kenapa advertiser memilih blog yang takde orang nak clik sangat berbanding blog ni yang alhamdulillah la.. paling sikit pun boleh dapat 400++ UV sehari.

Yang lain dah jadi ME Nuff bagi lak BE lagi tapi BE yang hanya mampu menjana syiling. Takpe sikit2 lama2 jadi bukit, kan??

Pelik kan?? Kalau pihak advertiser yang pilih blog mana dorang nak bagi kempen.. Mestilah dorang nak blog yang ramai pengunjung sebab di situ mungkin dapat memperkenalkan produk dorang kepada ramai orang. Tapi kalau blog yang hidup yang macam tak hidup tu.. Nak tarik siapa tengok iklan? Sang Lekit pun tak faham.. ada sapa2 yang faham dengan strategi baru Nuffnang ni?? Ke dia tak nak tabung Nuffnang kita banyak... kekekekekekeke

Kan bagus BE yang di blog malas tu transfer ke Blog meriah ni.. Dapat juga duit raya tahun ni. Apapun tu semua rezeki. Kalau ada.. ada la. Takde mungkin Tuhan nak bagi rezeki dari cara lain, kan?? Entri ni cuma meluahkan persoalan yang takde jawapan. Kalau tanya Nuffnang pun dia akan jawab benda yang sama.. "Pemilihan di buat oleh pihak pengiklan". Mungkin pihak pengiklan minat pada blog2 yang UV tak tinggi & boleh kira denga jari kot.. (merujuk kepada blog melekit, tak point sapa2 yer). Kot2 dia tengok blog satu lagi tu lebih cantik & meriah.

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA KENA KUTUK DALAM RANCANGAN AWAL LAGI

7/08/2012 11:32:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Lama rasanya tak mengopek pasal cikgu shida ni kan.. Yelah malas pulak nak share status2 meroyan cikgu shida walau kekanakkan yang di tonjolkan kat FB masih lagi tidak menampakkan sebarang perubahan. Walaupun fanomena cikgu shida dah tak berapa fenomena.. tetap sang lekit ikuti perkembangan beliau. Nak buat macam mana.. dah minat kan?? kekekekeke

Semalam ada 1 rancangan baru di tayangkan kat TV9.. AWAL LAGI. Kebetulan je tertengok tiba2 keluar pulak cerita pasal cikgu shida dengan sedutan klip video miming dia. Kemudian ada pulak sesi interview orang awam yang minta komen pasal cikgu shida. Alahai.. kesiannya. Banyak yang mengutuk & rasa hobi cikgu shida tu kurang sesuai dengan status dia sebagai seorang guru tu. Maka tergerak hati nak tengok apa reaksi cikgu shida kat FB.

Sapa tak sedih kalau di kutuk kan.. sang lekit pun sedih tapi bak kata pengacara rancangan AWAL LAGI si awal ashaari tu.. Apapun kita buat mesti ada orang suka @ tak tapi bila orang tak suka tu sendiri mau ingat la.. (lebih kurang macam tu la awal cakap.. tak tepat sangat la ayat tu). Cikgu shida pun keluarla dengan beberapa status meluahkan perasaan di samping ada statement yang tak berapa nak kalah. Katanya rancangan tu gunakan isu dia untuk menarik orang tengok rancangan tu. Hamboi!!!!!!!!!!!!!!! Popular sangat ke?? Statement taknak kalah tu cikgu. Seram bulu hidung dengar tau!

Ok la tu cikgu shida.. sekarang ni pun cikgu shida mula mengeluh dah tak banyak view miming video cikgu shida lepas ni mesti ramai yang search cari cikgu shida balik, kan?? Publisiti tu cikgu... :D

Lepas tu keluar la macam - macam lagi status yang berbaur tak berapa puas hati dengan kutukan & kritikan yang di terima dalam rancangan AWAL LAGI tu.. antaranya dia cakap jangan cakap apa2 pasal dia kalau tak pernah tengok video miming dia. Kalau orang tak pernah tengok mana dia tau aksi2 cikgu shida dalam video tu untuk di komen, kan??

Duhai cikgu shida.. kita tak boleh nak minta orang minat & kata apa yang kita buat tu betul selalu.. ada orang rasa macam tak betul & ada orang rasa tak salah. Itu semua bergantung pada citarasa jugak.

Ada jugak status yang macam lepas geram. Mungkin tengah marah kot selepas menonton rancangan AWAL LAGI tu. Marahkan orang yang add dia kat FB. Mesti la orang add tu orang yang baru nak kenal cikgu shida selepas tengok rancangan AWAL LAGI. Bagi la peluang mana tau kot2 depa rasa cikgu shida ni best.. kan dapat penyokong. :D

Betul2 touching ni! Yelah sapa tak touching kalau kena kutuk.

Apapun buat cikgu shida, kalau ada orang masih cakap pasal cikgu shida tu bermakna orang masih ingat tak kira ingatan tu menjurus kepada positif atau negatif. Macam sang lekit.. tak pernah lupa cikgu shida cuma setakat isu2 meroyan pasal takde orang like status FB, Fan banyak tapi tak banyak komen, nak remove friends yang tak like @ komen status Fb cikgu shida tu dah malas nak tulis dalam blog. Sebab tau bila mai angin kus kus cikgu shida (lebih2 lagi bila target komen & like dia tak menepati sasaran.. ada pernah dia nak 5k like tu..) memang dia akan meroyan macam tu. Semoga terus berjaya menjadi pendidik yang mendidik anak bangsa sehingga cemerlang dunia akhirat.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DIA BUAT AKSI SUPERMAN PULAK

7/07/2012 12:16:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Sejak masuk 10 bulan ni lasak si lala semakin menjadi - jadi. Adakah sebab berkaitan nama dia shahila? Sang Lekit ada terbaca 1 blog siang tadi berkenaan nama yang tidak serasi dengan sesetengah bayi menyebabkan bayi tu akan senang jatuh sakit, suka menangis @ lasak/buas/nakal. Itu cuma anggapan orang2 tua. Tapi dalam kes lala ni sang lekit rasa memang kot bayi yang membesar akan melalui semua tu. Itu tandanya dia sihat.

Tapi memang aksi - aksi shahila sekarang sangat2 merisaukan walau sang lekit happy bila tengok dia membesar dengan perkembangan macam tu. Lala memang susah nak sakit.. Senang jaga walau lasak. Cuma sang lekit tak berani nak biar dia main sorang2 sekarang ni. Dia sangat aktif memanjat. Yelah.. budak baru pandai memanjat ni kadang2 dia tak pandai lagi nak imbang badan. Nama pun baru belajar.

Tapi hari ni aksi lala memang buat sang lekit berderau jugak darah. Rasa darah turun sampai hujung kaki. Hari ni lala berjaya membuat aksi superman. Macam mana dia buat. Lala bangun hari ni pukul 8 pagi. Dia akan main2 dulu.. kemudian pukul 10 sang lekit akan mandikan dia.. lepas minum susu dalam pukul 11 @ 11.30 dia akan tidur balik. Time tu sang lekit ambil kesempatan la masak bubur lala. Sebab lala takkan tidur lama.. setengah jam je. Bila dia bangun boleh la bagi dia makan. Tapi hari ni lala taknak tidur.. sampai dah lewat sangat. Dah masuk tengahari buta. Dia asyik nak main. Sebab taknak bagi dia memanjat sorang2.. sang lekit letak dalam walker tolak walker dia kat peti ais. Sebab kat peti ais lala akan main dengan patung ribena yang sang lekit lekat kat pintu peti ais tu. Ingat boleh la masak bubur lala sambil perhatikan dia main. Tapi...

Sang lekit cuma paling muka sekejab untuk siang udang 3 ekor. Cuma nak buang kulit je. Sang Lekit toleh balik kat lala tengok2 dia dah meniarap atas walker. Separuh badan (dari dada hingga kepala) dah atas sofa.. Separuh lagi atas meja kecik walker tu. Kalau lah roda walker tu bergerak ke belakang confirm jatuh terhempap kat lantai. Dia nak ambil kertas resit beli barang. Berjaya jugak la dia dapat. Den macam nak gugur jantung je bila tengok.

Serik memang serik walau sang lekit jarang biar dia main sorang2 tapi biarlah itu kejadian pertama & terakhir. Biarlah dapur tak berkemas, rumah bersepah sikit, baju lambat cuci.. asalkan lala tak terdedah pada bahaya. Bayangkan tak sampai 5 minit sang lekit paling muka dah dia buat aksi superman macam tu.. Lala memang sangat lasak biarpun dia tak merangkak tapi bila dah pandai memanjat, lasak dia makin menjadi jadi. Setakat kena tendang dengan lala masa tidur tu memang hari2 la kena. Bila tengok TV dia nak panjat TV. Letak depan pc habis di hentak2 keyboard mummy. Pendek kata nak buat apapun sekarang kena tunggu dia tidur. Tu pun kena jugak berjaga. Takut dia terbangun.. terus buat aktiviti extrem dia di luar pandangan kita pun bahaya. Dia bangun jarang menangis.. terus main je.

Sebab tu la bahayanya walker. Tapi bahayanya si lala ni bukan letak dalam walker jer.. letak kat bawah pun sama. dia asyik cari benda dia nak memanjat. Walaupun dia selalu panjat sofa tapi risau jugak takut dia jatuh terhempap kuat. Akibat dari kejadian tersebut hari ni lala makan pun lewat.. sang lekit mandi pun lewat.. apatah lagi makan. Trauma sekejab. Dia sampai petang baru tidur. Kebetulan hari ni dapat call pasal Parentting blogger for milk Campaign tu.. minta sang lekit buat Draft  pasal susu Anmum Essential. Buat jugak la sambil2 perhatikan lala. Manalah tau ada rezeki.. cuba je la. Ye tak??? Sebab kelam kabut tersalah paham ter post lak kat blog tapi dah draft balik. Sepatutnya kena submit dulu kat Si Karen tu.. lepas tu dia akan submit dulu kepada advertiser kalau dorang suka baru dapat.

Dalam tak berapa ada masa sempat juga siapkan walau tak berapa sempat nak buat sangat

P/S : gambar lala buat aksi superman tu takde.. Gila time tu nak fikir ambil gambar. Yang sang lekit fikir time tu cuma bertindak pantas sebelum jadi sebarang perkara yang tak di ingini.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKIBAT BACA KISAH QHALIF DI BLOG BEN ASHAARI

7/04/2012 12:27:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Bila dah jadi mak orang ni memang auto jadi suka baca kisah baby2 orang lain. Selain nak compare dengan anak sendiri.. bukan compare sebab nak tengok baby sapa comel ke hapa ke.. compare tu lebih kepada perkembangan bayi.Yelah.. nak pastikan lala jugak membesar & berkembang dengan normal. Lagi satu kalau blog ibu2 ni.. ada share macam2 pasal bayi. Macam resepi bubur baby.. Benda2 tu yang buat sang lekit suka baca blog2 ibu2.

Blog Ben Ashaari pula.. sekarang ni banyak cerita pasal anak dia Qhalif. Yang menarik adalah Ben Ashaari sendiri yang jaga anak dia sepanjang wife dia keluar bekerja. Kan Ben Ashaari ni kerja dari rumah. Bukan semua suami mampu buat tau.. even my asben pun kalau suruh dia jaga lala & sang lekit pergi kerja tak tau dia boleh buat ke tidak. Itu yang menarik bila super Dady jadi nanny kepada anaknya sendiri.

Mr Ben & Qhalif
Akibat asyik dok baca pasal Dak Qhalif tu semalam sang lekit mimpi jumpa Abang Ben & Qhalif. Seketul2 muka tu nampak sama je macam dalam gambar sang lekit selalu tengok. Sang Lekit sempat tegur & berbual. Siap tanya kat mana rumah Abang Ben lagi.. Rupanya tak jauh dari tempat yang kita berbual. Dalam mimpi tu kawasan kampung.. Ntah masa bila la si Ben Ashaari berumah di kampung kan?? Nama pun mimpi apa je boleh jadi.. ye dak??

Ramah tamah Si Abang Ben kita tu dalam mimpi sang lekit.. Jumpa dalam mimpi jer.. luar mimpi tak pernah pun jumpa. Al Maklum la terikat dengan status mak & bini orang ni segala pergerakkan terbatas. Asben sang lekit bukan blogger.. Jadi dia kurang berminat dengan aktiviti2 bersama blogger ni. Lagipun masa free dia tak menentu.. Tapi sang lekit tak kisah sangat. Sebabnya zaman bujang dulu memang sang lekit seorang yang aktif berkenalan, berjumpa & join aktiviti2 macam gathering dengan kawan2 alam maya ni. Memang dari awal lagi azam sang lekit bila dah kawen sang lekit nak kurangkan pergaulan sebabnya taknak jadi masalah lain. Berkahwin bukan macam bercinta.. tak serasi putus. Memang kawen boleh cerai, tapi siapa la harap bila berkahwin untuk bercerai kan?? Jadi apa yang kita rasa bakal menjadi punca.. harus la elakkan. Bergaul di alam maya pun sang lekit had kan. Kurang berchatting secara private sebab bila kita banyak berbual, kadang2 kita tak sedar kita banyak tercerita perkara yang tak sepatutnya mungkin boleh menjadi senjata untuk orang lain menjatuhkan kita jadi dengan kurangkan berbual kosong.. Insyaallah kita mampu elakkan dari melakukan perkara2 yang mungkin menjadi punca masalah rumahtangga.

Tak kisah la kalau orang tak pernah nampak muka sang lekit join apa2 aktiviti dengan rakan2 blogger ni sebabnya sang lekit pun selalu beraktiviti dengan family kecik kami ni. Kalau ada jodoh berjumpa dengan kawan2 blogger ni Insyaallah jumpa jugak. Manalah tau tengah2 shopping terlanggar bontot ker..

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SIKIT2 KENA SIHIR.. SIKIT2 BOMOH

7/03/2012 12:14:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Tak dinafikan doktor tak mampu untuk mengubati penyakit yang berkaitan sihir.. Sepakar mana pun seorang doktor memang dia takde kaedah pembedahan untuk membuang sihir dari badan seorang manusia. Jadi penyakit sihir ni memang kena rawat dengan rawatan alternatif jugak kan.

Tapi sebagai seorang Islam.. memilih kaedah alternatif ni tak boleh la main belasah je pergi kat bomoh2 yang kita sendiri rasa pelik dengan cara rawatan jampi serapah dengan ayam hitam, kambing hitam bagai ni kan.. Sekarang ni dah tak susah, banyak pusat rawatan Islam di serata negeri. Kalau kita terkena penyakit akibat perbuatan syaitan/jin/Iblis ni adalah lebih baik kita memilih pusat rawatan Islam untuk merawat dari kita dok Jumpa tok pawang, kan??

Carian Google
Tapi bila ada manusia yang terlalu percaya pada benda sihir ni.. Terlalu taksub berubat dengan bomoh sana sini.. walhal sakit dia sakit biasa. Boleh telan panadol sebijik tidur sejam.. lepas tu dah ok tetap dia percaya benda2 sihir ni. Sakit sikit kena sihir.. pergi cari bomoh. Bila di suruh berubat cara rawatan Islam.. tak yakin. Katanya, kalau sakit dari perbuatan Jin kena berubat dengan kaedah guna Jin jugak la. Pelik tak dengar bila yang mengeluarkan pendapat ni adalah seorang manusia yang berkelulusan Ijazah, hidup takde la old School sangat.. Pakai takde la kain batik & baju kurung jer.. pendek kata kehidupan dia takde la kuno sangat tapi bab2 sihir menyihir.. bomoh membomoh ni tetiba  akal dia jadi pendek & di zon kuno lagi.

Orang sekeliling sampai pening dengan dia.. Merata negeri di cari bomoh. Sakit tu takde la sampai hari2 histeria ke.. maybe cuma sakit2 badan.. lenguh2.. sengal2.. almaklum la usia pun dah masuk Zon perak, kan.. Tapi kerana kepala hotak dia sah set. Sakit mesti kena buatan sihir.. Dia akan di hantui perasaan di sihir je manjang walhal takde sapapun nak sihir dia. Bomoh ni banyak bomoh cari makan.. bila bomoh cari makan.. maka dia harap pendapatan dari hasil jampi serapah dia la. Bila orang datang kat dia minta tolong tengok2 kan apa yang tak kena.. walau takde yang tak kena kat memana pun tetap dia kata ada yang tak kena jugak. Jangan kata takde bomoh macam tu.. Kadang2 dia main tuduh2 je. Dia tak tuduh secara derect tapi tuduh secara kiasan.. alih2 orang yang tak tahu apa2 dah jadi masam muka.

Sapa yang pernah kena tuduh bomohkan orang tahu la.. (well, sang lekit pun pernah di tuduh bomohkan orang suatu masa dulu walau seumur hidup sang lekit tak pernah pun dapat khidmat mana2 bomoh untuk apa tujuan sekalipun). Tu la padahnya bila belajar tinggi & otak terlebih fungsi maka terasa diri terlebih pandai jadilah macam tu. Kalau sakit dari perbuatan Jin, maka kena berubat pun dengan kaedah yang menggunakan Jin. Maybe dia rasa Jin sama Jin lawan lagi senang. Sebab 1 spesis.. Kelakar tak berapa kelakar sebab apa yang dia percaya dah mula dah terpesong. Moga jadi panduan kepada kita semua.. Sihir memang wujud namun Islam tu dah menyediakan segalanya untuk merawat gangguan jin yang tak memesongkan akidah jadi renung - renungkanlah...

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com