APA TERJADI 11 BULAN INI?

7/23/2012 04:03:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Macam2 la yang terjadi.. ada yang mencuit hati, ada yang buat susah hati, ada yang tersentuh hati & yang paling penting tetap menjadi ratu hati hingga kini.

Ratu hati beta kini dah 11 bulan.. Biasa la budak 11 bulan, kan? Semakin lasak. Ada yang dah boleh berjalan tapi lala belum lagi boleh berjalan. Masih dok bertatih dengan berpaut pada sofa. Pantang ada peluang mesti nak memanjat. Kadang2 kelakar tengok dia berusaha nak panjat atas sofa. Selalunya kalau sang lekit duduk tepi sofa dia jadikan sang lekit la alas nak memanjat ke atas sofa. Bermakna otak dia dah semakin berfungsi untuk berfikir la tu. Lala tak pandai sebut apa2 perkataan pun lagi. Masih bercakap dengan bahasa baby lagi. Bab makan macam biasa.. masih makan bubur nasi + lauk pauk, sayur mayur yang macam biasa lagi. Cuma kuantiti je makin bertambah. Yelah dah makin besar. Dulu 1 mangkuk baby.. sekarang mangkuk baby tu tak tak cukup. lebih sikit. Untuk sekali makan la.

Lala jugak dah pandai pilih orang. Dah pandai paling muka kat orang yang dia tak suka @ tak kenal. Dia tak sombong lagi macam dulu. Dah senang ketawa bila orang menyakat dia. Bab susu sekarang lala hanya menyusu susu ibu waktu malam saja.. siang susah nak pujuk dia minum susu. Dia asyik nak main & tengok TV jer. Siang dia banyak minum susu formula. Senang nak bagi minum kalau dalam botol. Banyak takde la banyak. Lala minum susu formula 3 kali sehari.. pagi.. petang & malam tapi bila sang lekit tetap sulam dengan susu ibu jugak. Tapi time tengah malam memang dia akan minum susu ibu je. Alhamdulillah.. apa yang dia makan & minum tak bagi sebarang alahan pada lala. Dia masih lagi baby yang sihat, ceria & membesar bagai juara.. kekekeke

Semua step dari meniarap, merangkak, duduk, memanjat, berdiri (dengan berpaut pada sesuatu la) dah boleh.. cuma nak tunggu dia berjalan & bercakap je. Tak sabar sungguh sang lekit. Selalu dok imaginasi je macam mana lala jalan, berlari, melompat & bercakap. Takpe sabar.. akan tiba masanya nanti. Itulah perkembangan lala setakat 11  bulan ni. Kalau ikutkan bulan Islam 20 Ramadhan nanti dah genap setahun si lala.. kalau ikut bulan mat saleh 20 August baru genap setahun.


P/S Entri ni sepatutnya di update 20 July 2012 tapi tak sempat. Sibuk balik kampung katanya.. sambut puasa.

16 comments:

  1. anak gua pun dah masuk 16 bulan tak boleh jln lg... tp kalau berpaut dan memanjang dah mcm spiderman dah... laju jer...

    ReplyDelete
  2. anak2 KA xde yang complete dari meniarap merangkak dan semua tu, ada yang meniarap, pastu duduk dan berdiri dah dalam usia 10 bulan, ada yg dah boleh berjalan sikit dlam usia 10 bulan tanpa merangaka juga, dn yg terakhir meniarap duduk dan berjalan dalam usia 11 bulan tapi bercakap pulak lambat yg ini.. 3 anak semua len2

    ReplyDelete
  3. semakin membesau cik lala..
    jaga2,misi memanjat dia dah semakin advanced tau sekarang..hihi..

    salam ramadhan jugak.. :)

    ReplyDelete
  4. semoga lala sihat dan menjadi anak yg bijak.suke tgk dye,comels sgt! rara yg jaga anak sedara ni pon xlarat,belum jalan lg tu.

    ReplyDelete
  5. kang dah tahu lari maknya tak larat nak kejor

    dah lama cik lekit tak on9 FB..balik kedahke

    ReplyDelete
  6. kire dh masuk setahun la lala ye... skejap aje... adik sy skrg dh 2 tahun, ckp pun ntah pape lagi... cuma perasan dia skrg lebih aktif bckp bila bergaul dgn kwn2 baye dia org budak2 lain...

    ReplyDelete
  7. salam..
    wah..comelnya..
    sekejap je nanti
    semakin memebesar..
    seronok melihatnya

    ReplyDelete
  8. wah dah besar dia. nanti dah boleh lari, pengsan cik lekit nak kejar lala :)

    ReplyDelete
  9. kejap je masa berlalu kan ??
    sedar2 dah ak setahun dah lala...semoga terus membesar sihat dan kuat..:P

    ReplyDelete
  10. seronok kan tgk perkembangan anak :)))

    ReplyDelete
  11. wahwahhh. x lambat dh nk bole jln tuh. dh bole jln nty jenuh kepong. haha :)

    ReplyDelete
  12. banyak puasa kena ganti tue..dah abis ganti ke ???..hehehe

    ReplyDelete
  13. salam

    mesti seronok tersenyum melihat dia berjalan jatuh dan merangkak dna berusaha bangun kembali ;)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com