SELEBRITI KUCING

7/17/2012 08:23:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Jangan ingat manusia je boleh jadi artis terkenal & popular.. kucing pun boleh. Kucing sapalah yang bertuah sampai di angkat sebagai selebriti tu?? Siapakah yang mengiktiraf kucing tu sebagai selebriti? Apa sebab dia boleh jadi selebriti??

Carian Google
Orang yang anggap & menganugerahkan kucing tu selebriti adalah sang lekit sendiri sebabnya dia sekarang makin popular.. glamour.. di kenali juga gendut. kekekekeke. Kenapa sang lekit anugerahkan dia selebriti? Sebabnya kalau sebut nama dia.. mesti ramai yang dah kenal. Dah keluar majalah, surat khabar,kat TV.. Kisahnya bukan lagi rahsia. Kisahnya buat kita berlinangan airmata. Siapa lagi kalau bukan HERO seekor kucing yang menjadi bukti kekejaman manusia. Kisah dua kaki depan dia di potong kerana curi sepotong ikan tu rasanya semua dah tahu kan. Jadi apa sang lekit nak cerita lagi??

Ni la Artis kucing yang sedang popular sekarang ni. Hensem tak?? HERO

Takde la tadi tertonton Video yang PAPA HERO upload.. video tu tunjuk Hero tengah main dengan lazer. (Clik DISINI untuk tonton) Walaupun dia cacat hanya bergerak dengan dua kaki belakang tapi tak pernah jadi halangan buat HERO untuk bermain macam kucing - kucing normal yang lain. Bak kata dalam iklan.. "hak bermain hak kami.." kuat sungguh semangat HERO buat sang lekit rasa malu lak kat HERO. Kita di lahirkan sebagai manusia.. sempurna fizikal & mental tapi kadang2 bila di uji dengan sesuatu kita rasa hilang keyakinan & semangat untuk melakukan sesuatu. HERO yang cacat tu pun berjuang teruskan hidup dia tanpa kenal putus asa, memang patut kita malu dengan dia. Yer.. memang dia kucing, kita tak tahu apa dia fikir tapi apa yang sang lekit rasa seekor haiwan memang takde sikap putus asa. Selagi ada nyawa selagi tu dia nak hidup. Sebabnya tak pernah ada kes haiwan bunuh diri. Yang banyak haiwan kena bunuh & terbunuh je.. Betul tak??

Tak semestinya kita manusia harus mencontohi manusia saja.. adakala haiwan tu lebih bagus untuk di contohi bagi memotivasikan diri kita. Memang haiwan adakalanya tak mampu berdikari untuk terus hidup tapi tetap ada haiwan yang tak sepatutnya hidup berdikari tetap berdikari bila takde pilihan lain. Macam haiwan jalanan seperti kucing & anjing. Mereka sepatutnya berada di rumah bersama kita.. Tapi bila mereka takde pilihan & tak bertuan.. hidup merempat di luar mereka tetap berjuang, berusaha teruskan hidup dengan mencari apa saja sumber yang boleh di makan.

Kan bagus kalau ada satu rancangan khas macam bersamamu yang membantu haiwan terbiar.. Sekurang2nya walau tak semua, yang bernasib baik dapat jugak menikmati hidup dengan sedikit selesa. Tapi setakat ni takde lagi la sang lekit rasa rancangan macam bersamamu untuk haiwan jalanan.. kan?? Semua rancangan yang berkonsepkan macam tu untuk manusia je. Kot2 ada mereka2 yang dalam bidang tu terbaca.. apakata cetuskan satu rancangan untuk bantu haiwan terbiar ni.

10 comments:

  1. Saya baru like fanpage kucing terbiar anjing jalanan tu, sedih, seronok, kagum semua ada..ramai juga manusia kat Malaysia ni yang sangat sayangkan haiwan

    ReplyDelete
  2. Tapi harini jadi geram pulak dengan kucing ku itu, berak pulak dia kat dalam rumah tak pernah pernah pula buat kerja gitu..haishhh..padahal pintu bilik air terbukak luas tinggal dia melepas je dalam tu..

    ReplyDelete
  3. semakin up blog Papa Hero ni..alhamdulillah... semoga ikhtiar beliau utk menyelamatkan kucing2 terbiar dipermudahkan allah yg maha esa...

    mmg retis meow ni..oh heroo~~~

    ReplyDelete
  4. betul tu.ada yg kata bersama mu tu ada yg tipu.wallahualam lah kan.apa salah nya bantu kucing kucing ni pulak.tp kesian sgt kucing ni kan.mongok punya cina.

    ReplyDelete
  5. amboi comey nyer kucing2 tu ! apapun nak wish selamat berpuasa ye

    ReplyDelete
  6. fist time kenal si hero kat facebook tgk video dia.. gempar satu family Nh dibuatnya.. masa tu tak kenal lagi sapa papa hero. bila masuk mastika keluaran thn berapa dah lupa.. brulah kenal sapa papa hero. Nh memang kagum dgn beliau.. apapun tahniah pada papa hero...

    ReplyDelete
  7. HERO makin femes ☺☺. Memang sedih lah bila tgk video tu. Salute ngan papa hero.

    ReplyDelete
  8. papa hero memang hebat..tak kisah mana2 kucing jalanan terbiar semua dia bawa balik..murni sungguh hati dia

    ReplyDelete
  9. i'm cat's lover.sy pun teruja dgn kisah HERO pertama sekali masuk dlm mastika.. jln2 cari entri tentang kucing selebriti..
    ingatkan si MARU kucing jepun yg suka dgn kotak tu pun dikira sbg selebriti jgk kot~

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com