TIADA ISTILAH SEBAIK BAIK JIN ADALAH SEJAHAT JAHAT MANUSIA DALAM AL-QURAN

13.7.12 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kita biasa dengar Istilah Sebaik baik Jin Adalah sejahat jahat manusia yang mengambarkan Jin tu makhluk yang sangat la jahat. Sehingga hari ini pun masih ada yang berpegang kepada istilah tersebut sehingga ada yang percaya bahawa kenyataan tu betul. Betul ke tidak??

Tak betul wahai kawan - kawan.. dan marilah kita perbetulkan kepercayaan kita yang selama ni mungkin terpesong sebab terpengaruh dengan filem2 @ drama2 seram TV yang menjadikan Istilah itu sebagai tagline & skrip.

Carian Google
sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai. ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]). Sekiranya kenyataan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.(Untuk artikel penuh sila clik DISINI)

Jin sama jugak macam manusia.. ada baik.. ada jahat.. ada Islam & ada kafir. Jadi Istilah sebaik baik Jin Adalah sejahat jahat manusia bagi sang lekit amat la tidak adil bagi golongan Jin & kita ni kadang - kadang suka sangat menerima bulat2 apa yang di papar kat tv @ di sebarkan kat laman2 sosial tanpa usul periksa. Moga dengan perkongsian ni yang pernah percaya pada Istilah yang sebenarnya tak wujud pun dalam Al -quran & hadis mengambil iktibar.

9 comments:

  1. memang selalu dengar, nak kena tuntut ilmu banyak lagi ni
    padahal kat skolah ramai ustad tapi tak tertanya pun

    ReplyDelete
  2. saya pun kebetulan dgr kat rancangan zikir2 kt TV al hijrah tadi.. lepas tu terus google cari info

    ReplyDelete
  3. laaaa...gitu ke...selalu dgr org ckp mcm tu...huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. Allah ciptakan jin dan manusia ,,tiada jahat tiada baik...

    ReplyDelete
  5. zaman dah diakhir zaman, macam2 plak jadinya

    ReplyDelete
  6. zaman dah diakhir zaman, macam2 plak jadinya

    ReplyDelete
  7. manusia selalu nya yg buat tafsiran salah

    ReplyDelete
  8. kalau kita digelar camtu pon kita bengang jugak.. betul x? x pasal2 dituduh benda yang bukan2.
    Allah ciptakan manusia dan jin, ada yang Islam & ada yang sebaliknya. ada yang baik & ada yang jahat. (rujuk surah Jin.)

    ReplyDelete
  9. Istilah atau perumpamaan ciptaan orang Melayu saja.. Hakikatnya mmg tiada sebaik-baik jin dan sejahat2 manusia..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!