BERHENTI JADI SETAN DI BULAN RAMADHAN

13.8.12 Suria Lekatlekit 10 Comments

Menjelang raya je mesti ada berita pasal putus.. buta.. melecur & mati. Mesti ada punya tiap2 tahun. Macam kalau takde tu rasa tahun tu memang takde raya. Macam dah jadi benda wajib.. mesti ada. Kalau takde tak boleh. Macam tak lengkap biarpun takde sapa yang nak semua tu berlaku ketika tengah seronok nak meraikan hari raya, kan??

Sebelum membebel panjang takut ada yang garu2 kepala fikir apa benda yang putus, buta, melecur & mati tu terpaksa la sang lekit bagi penjelasan kontot sikit. Semuanya berkaitan mercun. Main mercun sampai ada yang putus jari.. buta mata.. melecur anggota badan & ada juga yang mati. Tiap2 tahun surat khabar.. TV.. radio bagai menyiarkan berita bahana mercun ni tapi malangnya masih takde keinsafan selagi makhluk jenis tu rasa dia pro dalam aktiviti memercun & belum pernah mengalami sebarang kecederaan akibat mercun & mercun masih di jual @ ada sesetengah anggota tu yang ambil kesempatan bawak balik mercun hasil rampasan buat mainan anak2 (Bukan semua anggota **tutttttttt*** tu jenis macam tu tapi tetap ada & sang lekit bercakap dari apa yang sang lekit tahu je).

Sang Lekit memang cukup benci pada orang yang main mercun ni. Takat main mercun meletup ala2 bunyi kentut tu, daku boleh la terima kalau benda tu tak merbahaya pada si pemain & bukan pemain jugak tapi kalau dah rasa macam kat Iraq jer walhal kampung daku nun di kedah darulaman & bertempat di negara yang di iktiraf aman (Malaysia) memang la mengundang api dalam hati.

Terpaksa terima akibat dari kegiatan haram orang lain main mercun. kesian kan??
Mercun ni bukan saja mengundang bahaya.. menganggu ketenteraman orang lain tapi seolah2 korang bakar duit jer. Ada pula yang komen kata kalau takde bunyi mercun rasa tak meriah pulak raya. Bagi orang yang suka main mercun memang dorang rasa meriah dengan meletupkan mercun tapi bagi yang tak suka & terganggu dengan mercun.. spoil semua mood raya tau!! Meriah tu bukan datang dari mercun, ok! Meriah atau tak.. datang dari dalam diri kita sendiri. Korang rasa meriah ke bila orang maki hamun, menyumpah seranah korang? Korang rasa gembira ker menganggu orang sekeliling? Kalau korang rasa happy boleh buat macam tu bermakna korang la setan2 yang tak kena jail masa bulan ramadhan. Sebab setan je happy kalau boleh menyesatkan orang & menganggu manusia. Kenapa korang setaraf setan.. sebab korang, orang lain dah buat 1 dosa dok menyumpah seranah korang. Dah merosakkan iman orang.

Berhenti la jadi setan menjelang raya ni.. Tak payah tunggu sampai rentung separuh badan, buta sebelah mata, putus anggota badan sebab kalau masa tu baru nak pong pang kat TV, paper bagai cakap insaf pun anggota badan yang putus tak tumbuh balik dah.. yang rentung tetap tinggal kesan rentung kat badan & yang buta tu takkan tiba2 jadi celik balik dengan airmata insaf korang tu. Senang cakap cegah tu lebih baik dari merawati.

10 comments:

  1. pelikkan...ada mak-mak bapak-bapak tak peduli tak kisah kalau anak-anak main mercun memekak 1 kampung....hurmm...

    ReplyDelete
  2. sian org yg terkena mercun tu.. huhuh..

    ReplyDelete
  3. kalo kena kat diri sendiri takpe la kan. kalo kena kat orang lain macam mane. aieh...

    ReplyDelete
  4. rara siap sound adik adik.jgn sesekali mengada ngada nk main mercun.eeiii takut.

    ReplyDelete
  5. betul...jiran saya kastam, bawak blik sebunjut mercun bola dan mercun ketupat. main dengan anak beranak. Ya Allah isaunye tengok.

    ReplyDelete
  6. ade satu mlm bdk2 main smpai nak luruh jantung2 ni dengar. aishhh..

    ReplyDelete
  7. Kesian bagi org yang tak berkenaan yang menjadi mangsa. Tak pasal2...

    ReplyDelete
  8. KAT SINI PUN BISING BUNYI MERCUN.. ASYIK TERKEJUT AJE..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!