HANTU BERGAMBAR DI KUBUR

27.8.12 Suria Lekatlekit 14 Comments

Ni cerita pasal hari raya jugak. Kisah ni berlaku pada hari raya pertama. Berlaku di kawasan tanah perkuburan Islam di sebuah kampung di negeri kedah darulaman. Ketika peristiwa itu cuaca di awal petang boleh tahan panas. Tapi tidak mematahkan semangar insan - insan itu untuk datang menziarah kubur ahli keluarga mereka.

Sang lekit yang kebetulan ada kat situ.. nak ziarah kubur arwah ayah sebab paginya tak dapat pergi. Sang Lekit sampai kampung pun dah pukul 6.30 pagi 1 syawal. Dengan si kecik maka mustahil la dapat datang ziarah awal pagi. Lepas dah ziarah kubur arwah ayah ni ada serombongan keluarga datang ziarah. Tak kenal pulak.. Tak tau la orang kampung ker.. anak orang kampung ker.. Lagipun rasa dah lama sangat tinggal kampung ni banyak rupa2 yang sang lekit dah tak berapa nak kenal. Yang budak dah banyak jadi mak budak.. yang baby dah banyak jadi anak dara/teruna.. yang muda yang banyak tua. Jadi tak pasti la family sapa.. anak sapa.. mahupun cucu cicit sapa.

Tak penting la dia anak cucu cicit sapa tapi yang paling penting dalam story ni adalah.. dalam panas yang lit.. lit.. (bak kata orang kedah yang bermaksud panas terik) sempat lagi satu couple yang datang dengan rombongan family tu dok berpossing manja kat dalam kawasan kubur tu. Tak tau la apa motif.. nak kata lawa sangat tanah perkuburan kat kampung sang lekit lekit tu, takde pulak. Kot2 la ada landscape cantik ker hapa ke.. takde pun.


Setakat gambar macam ni ok la.. cuma candid kan?? Tapi sepasang makhluk Allah tu bergambar kat kawasan kubur macam berpossing kat taman bunga. melentok liuk kemain..(gambar carian google)

Motif memang tak di kenalpasti.. tapi apa yang pasti agak pelik permandangan di kaca mata ni. Sang Lekit dok cari apa yang menarik kat kubur tu.. tapi sampai sudah tak jumpa. Maka sang lekit nilaikan depa tu sejenis hantu yang di gelar hantu gambar. Pantang pergi mana2 mesti kena amik gambar. Sampai ziarah kubur pun nak kena ambil gambar. Almaklum la zaman hujung jari.. nak upload & update setiap aktiviti kat facebook la katakan... kekekekekeke


Yang menarik
12 langkah yang perlu anda buat untuk pastikan orang kampung terpegun bila tengok korang balik kampung. Takde la balik jadi bahan umpatan jer.. Nak tau apa 12 langkah tu Meh tengok sini >> Inilah 12 langkah untuk buat orang kampung terpukau bila tengok anda balik <<

14 comments:

  1. ingat hantu betul
    hantu kepala hitam rupanya,haha

    selamat hari raya kak lekit

    ReplyDelete
  2. zaman dah berubah... cuma manusia kdg2 berubah jadi pelik...

    ReplyDelete
  3. Alfatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita. LLG beruntung juga boleh menziarah kubur ayah walaupun dia berada di alam lain, akak langsung tak pernah ziarah kubur ayah sekali pun tidak...sedihhh...

    ReplyDelete
  4. mungkin ada yg snap pic tu utk update kat blog memasing,pastu bgtau kat semua: Hari Raya Pertama di kubur atok...WTF. Huhu

    ReplyDelete
  5. dah tak sabar nak pindah rumah sewa lebar 3kaki, dalam 7 kaki la tu...

    ReplyDelete
  6. betoi2..saya pun perasan dengan situasi camni..alahai..kot ye pun dunia di hujung jari obses nak ngapdet gambo kat alam maya beragak-agak la sikit..ni smpai pergi kubur pun nak amik gambo siap posing2..tak paham betoi..(-_-")

    ReplyDelete
  7. Erm.. Saya tak pernah pulak jumpa situasi macam ni.. kalau ada, SOUND je.. hehe

    ReplyDelete
  8. huhuh..kalau bukan pasangan yg halal mmg hantu sungguh la..


    errkkk

    ReplyDelete
  9. dalam masjid pon orang suka selfie. :( haih

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!