HUKUM LELAKI MEMAKAI PAKAIAN KETAT & MENUNJUK OTOT

8/07/2012 01:01:00 AM suria lekatlekit 33 Comments

Lelaki kalau cakap bab aurat perempuan khatam sungguh.. sana sini dia nampak silap. Tapi dia lupa pulak nak study aurat dia. Mungkin ada sesetengah lelaki rasa dia lelaki &i dia tak payah pakai tudung.. takde benjolan2 kat badan.. pakai apappun ok je, kan?? Walhal kita semua tahu lelaki pun ada auratnya jugak.

Pinjam dari blog : Pakar Cinta
Sebenarnya ramai lelaki tak sedar cara berpakaian dorang selama ni salah dari sudut agama dan Salah satu pakaian lelaki yang tak menepati syariat adalah.. Mengenakan pakaian nipis dan ketat. Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.  Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.   (Untuk info penuh tentang kesalahan lelaki dalam berpakaian clik kat SINI )

Wahai lelaki walaupun lelaki tak wajib pakai kopiah/songkok/sarban macam perempuan pakai tudung tapi ketahuilah.. dalam kaum lelaki yang asyik menyindir/perli pasal perempuan tak tutup aurat ni apakata ambil masa sekejab je belek pakaian yang melekat kat badan korang. Tengok dari hujung kaki sampai hujung kepala.. dah sempurna ke aurat tu tertutup??

Entri bukan la serangan balas pada kaum lelaki yang asyik point aurat perempuan jer tapi sekadar perkongsian ilmu hasil dari berguru dengan google. Apa salahnya ilmu yang secubit ni di kongsi untuk memberi manafaat pada yang membaca. Jadi kaum adam jangan la terasa entri ni menyindir lak kalau terkena batang hidung. Anggaplah ia satu kebetulan jer yer...

Sekadar peringatan : Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa seperti gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.

33 comments:

  1. Apa hukumnya meletakkan gambar hiasan lelaki berbaju ketat di blog? Gurau aje...

    ReplyDelete
  2. wah first time dengar pasal ni, terbaik post ni.. thanks ye..

    rasanya kalau ada jenis yang panas baran, mesti main komen pedas2 punya. hehehe..


    Jemput join mini-contest sy k:
    http://www.azri.my/2012/08/eyriqazz-vs-denaihati-u.html

    HADIAH DAPAT DUIT RAYA TAU :D

    Thanks :)

    ReplyDelete
  3. betulla lekit.. jarang yg bercakap psl aurat lelaki kan?

    ReplyDelete
  4. lepas ni diorang kena letak cermin besar-besar depan pintu keluar.. hehe

    ReplyDelete
  5. saya lelaki jugak.
    tapi takde la pakai baju keketat nie...
    tapi takat pakai singlet sensorang kat bilik ade la...

    ReplyDelete
  6. salam.. aurat laki hanya sekadar dari pusat hingga ke lutut sahaja.. brkenaan dgn pkai ketat dan nipis, ia hanya trmaktub utk wanita sahaja.. tidak trmasuk lelaki.. bagi lelaki, walaupon tubuh hanya bersalut lumpur sekalipon(lumpur sahaja), dlam erti kata laen, nmpka ape yg trtutup, trjuntai ape yg patut, masih lagi dikira tutup aurat, dan sah utuk solat(diingatkan kemali, hanya bersalut lumpur)..thx.. wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah ini benar wahai saudara/i? Kalau ya daripada mana saudara/i mendapat pengetahuan ini? Sekadar ingin tahu lebih lagi. Assalamualaikum

      Delete
    2. http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=300%3Ahukum-solat-memakai-pakaian-ketat&catid=42%3Asoal-jawab-agama&Itemid=131

      Delete
  7. lelaki dan pompuan sama je.. rasa seksi mula la nak tunjuk kat orang.. simpan sorang-sorang sudah.. tak perlu la nak tayang sini sana..

    ReplyDelete
  8. cukup tak berkenan tengok lelaki pakai baju ketat..
    dah rupa apa entah..hhahah

    ReplyDelete
  9. tapi lagy dashat kan kalau wanita pula yang ketat sana-sini tapi bertudung,but tak taw nak cakap ape-ape,

    ReplyDelete
  10. banding laki dengan puan pakai ketat mane lagi power? pikio lah sendirik.. :D mmng klau laki akan backup laki dan begitu jugak perempuan, tapi cube tengok fakta, laki dengan puan yang same pakai ketat, mane lagi jadi perhatian orang ramai? :D kalau cakap pasal hukum, berbalik pada komen sedara kat atas tadi lah, aurat laki sebatas mane banding perempuan? tapi aku salute post ni, sebb buatkan aku nak carik lagi masalah hukum laki pakai pakaian ketat nih.. gud2..

    ReplyDelete
  11. tak perlu la nak emo.. ini cuma berkongsi Info. tak blh terima tu terpulang la.. tak payah nak banding perempuan yg x tutup aurat dgn lelaki yg x tutup aurat sbb dua2 pn salah.. pertikaian mcm tu x membetulkan pun mana2 yg salah.

    ReplyDelete
  12. Apa gunanya menutup aurat jika sikap dan perlakuan orang itu tidak senonoh dan melakukan perkara-perkara yang dilaknat seperti ragut, bunuh, rasuah dan sebagainya? Yang penting ialah kekuatan dan jati diri kita dan bukan sekadar luaran sahaja. Yang lebih penting hati kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah hal yang berbeza. Tapi benar tidak patut. Kalau boleh satu per satu kita perbaiki. Insha Allah

      Delete
  13. Kalau pakaian renang dalam acara pertandingan macam mana?

    ReplyDelete
  14. ekceli lelaki yang pakai ketat ni jadi perhatian orang ramai jugak lah. sama jugak dengan perempuan. tak de bezanya.

    saya ada tanya ustazah pasal aurat laki ni. yess ustazah kata sama jugak laki. pakai ketat, nipis, jarang pun tak boleh. nampakkan aurat jugak.

    wallahualam :)

    ReplyDelete
  15. Pakaian lelaki ketat boleh naikkan syahwat wanita ke??.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak bersangka buruk tetapi kalau niat lelaki itu untuk menunjuk, bukankah iti dosa? Dan jika perempuan itu naik syahwat pun bukankah berdosa?

      Delete
  16. lelaki aurat dari pusat smp ke lutut..jadi kalau pakai baju ketat tu dikira membalut aurat jugak ke mcm pompuan?fikirkan semula sebelum menulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak faham sepenuhnya soalan saudara/i? Tolong perjelaskan lagi

      Delete
  17. refer apa yg ustaz Azhar idrus komen berkaitan pakaian ketat pada lelaki ni.. jangan buat hukum sendiri ye.. ini bukan soal tak boleh terima, ini soal hukum.

    ReplyDelete
  18. Yang tak pasti,tak berilmu bab syariat aurat zahir dan bathin(hati)..dimaafkan..mgkin juga dr golongan org yg blajar(mubtadi)..
    Tapi pada yg dah memahami kehendak Syariat tu...masih mdedah aurat dan menempelak pula mengenai Syariat yg diamal,dgn tdk memandang kpd sudut Amar ma'ruf dan nahyil munkar,malah mempelekehkan pula...
    Sah2 manusia spt tu wlu nmpak Muslim atau berilmu ttp itulah yg dkata As-Syaithon....

    Think Big...
    Pandang Global Bergerak Satu Umat..

    -current7potential7 inovation

    ReplyDelete
  19. semasa ibadah tawaf di kaabah lelaki disunatkan untuk membuka lengan dan berlari lari anak... rasulullah berbuat demikian semasa tawaf untuk menunjukkan kepada musuh islam pada ketika itu bahawa umat islam kuat berotot dan cergas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut niat jugak... Masa zaman islam dulu tujuannya untk menakutkan musuh org Islam... Zaman skrg? Sekadar mendabik dada ade lah

      Delete
  20. sbnrnya bnda ni xde nas dan dalil yg khusus,"hai ank adam kami telah pun menurunkn pakaian kamu utk "menutupi" aurat kamu..jadi xde dalil dan nas yg khusus...selagi mana aurat terjaga maka xde masalah sbnrnya,aurat lelaki kita sedia maklum,kalau pempuan tgk pun dia xberahi mcm lelaki tgk aurat pempuan smpi berahi..jd nas tu xbp tepat utk lelaki yg sado pakai baju ketat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tau ke perempuan berahi ke x tengok lelaki yg x tutup aurat?contoh sado pkai ketat konpem ke pompuan x berahi walaupn bukan semua...nafsu ni x kira lelaki perempuan yer...

      Delete
  21. Ustz aku cakap, lelaki keluar x pakai baju pn xjadi masalah, asalkan pakai seluar panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata boleh? Lelaki tak pakai baju pun perempuan tak boleh tengok. Kau suka laki kau tak pakai baju tapi setakat seluar panjang dan kakak atau adek perempuan awak tengok?

      Delete
  22. Gmbr katun boleh ke??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com