JANGAN SAMPAHKAN PETUA LAMA

8/14/2012 03:29:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

 Bila mak cakap.. Dalam pantang tak boleh itu.. tak boleh ini.. jangan buat tu.. jangan buat ni, kita yang kononnya moden & urban sangat betah sampai tak kaji buruk baik dah. Betul.. ada petua yang kita rasa macam tak logik nak ikut tapi jangan lupa tak semua petua lama ni sampah. Masih ada yang relevan untuk kita amalkan.

Orang dulu2 masa berpantang bersalin mana ada tidur atas katil (jarang dapat kita tengok) Lepas bersalin je bentang tilam atas lantai.. kat situ la baringnya sampai betul2 kuat, betul tak??.. sampai sekarang ada orang tua2 yang masih mengekalkan cara macam tu pada anak cucu dorang. Sebabnya.. salah satu macam jadi kat sorang retis tu anak baru umur berapa hari jatuh dari katil sudahnya kritikal kat hospital. Untuk mengelakkan benda yang tak di ingini terjadi.. kalau dah jadi baru nak berpantang, memang tak berapa nak berguna, ye tak?? Petua orang dulu2 jangan semua pandang kuno & tak relevan. Akibat terlalu kononnya urban & moden sangat.. boleh buat kita menyesal sepanjang hayat.

Sekadar hiasa. Carian google

Jangan pandang sampah sangat sebab orang dulu2 tak sekolah.. takde IT.. takde info macam sekarang. Sesetengah petua lama ni ada gunanya untuk kita pratikkan. Biarpun alasan dorang kadang2 tak masuk akal tapi bila kita kaji balik sebagai manusia yang kononnya hidup dia dunia serba hujung jari ni.. Kita akan jumpa alasan kita sendiri kenapa kita perlu ikut pantang larang orang dulu - dulu. Orang dulu2 memang kebanyakkan jenis bila suruh buat sesuatu akan bagi alasan yang berunsurkan dogeng walhal fakta sebenarnya untuk kebaikan jugak. Jadi kita sebagai manusia yang hidup dalam kemodenan ni.. yang konon bijak bistari.. boleh fikir la. Contoh pantang larang orang dulu2 tak boleh berinai di siang hari takut ayam tengok nanti inai tak merah. Memang alasan dia tak logik langsung. Kaitan ayam & inai tak merah memang dari sudut manapun kita takkan jumpa logik tapi cuba kita fikir kalau pakai inai siang2 hari.. nak tunggu inai kering kat jari, macam mana nak settle kerja2 rumah. Kalau pakai malam waktu nak tidur.. masa tu dah free kan senang.

Jadi pada mereka yang mengutuk keras orang2 yang masih mengekalkan pantang larang & petua lama ni.. cuba teliti sepanjang kehidupan korang, adakah korang hidup 100% dengan cara urban & moden? Tak payah tipu.. tak 100%.. 50% dalam hidup kau still kau berpaut pada petua & pantang larang orang dulu2 jugak. Moral of the story.. Tak semua yang diamalkan orang dulu2 itu kuno.. & tak semua yang kita kata moden itu membantu. Apa yang baik.. tetap akan jadi baik dari dulu, kini & selamanya. Yang baik takde istilah kuno sepanjang zaman.

15 comments:

  1. ehhhh ada orang tu kata orang tua ni bodoh tak sekolah..perkataan bodoh tu kena ulang banyak kali tau

    -noi-

    *sengaja guna anon hihihi

    ReplyDelete
  2. semua pantang orang tua-tua tu bersebab. cuma alasan yang diberikan itu tak logik. tapi kita sendiri boleh pikir logiknya. mesti punya sebab sesuatu tu dilarang.

    ReplyDelete
  3. betul tu, KA pown masih guna pakai petua2 lama ni

    ReplyDelete
  4. Selalu dgr mak ckp petua petua org tua. Ahhh takutnye nak beranak. Tp nak kawen. Cane sis? Haha.

    ReplyDelete
  5. orang nak cantik kena ikut petua kan akak lekit kan? hihi!

    ReplyDelete
  6. petua dari orant tua. pemuda dari orang muda.

    ReplyDelete
  7. Walaupun kita anggap kuno tapi tetap bermanfaat. ;)

    Slm Aidilfitri!!!

    ReplyDelete
  8. Btul tu mummy..
    Ada betulnya pantang cara org tua ni..
    Dlu masa pantang kalo tdo pun atas tilam..
    X merasa duk atas katil ni..

    ReplyDelete
  9. Setiap pantang larang dan petua lame org dulu2 tu mesti ade rasional dan kebaikan dia. Rugila pada sesape yang x mengamlkan petua2 org dlu.

    ReplyDelete
  10. ada juga petua org2 lama yang berkesan dan bersebab.

    ReplyDelete
  11. Petua lama semakin dilupakan. Alasan...zaman dah moden.

    Pelik gak, mcm mana anak retis tu bley jatuh katil kan.

    ReplyDelete
  12. kdg2 pantang org lama ni lebih mulia dr sikap ambil mudah org sekarang...

    selamat hari raya...

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/08/di-kesempatan-ini.html

    ReplyDelete
  13. hihi..senyum cma baca tang ayam tgk inai nnti jari x merah tu..pernah jugak mak ckp sama mcm tu.. :p

    bab berpantang ni ikutlah cara apa nk pakai..moden ke..kuno ke.. nk kutuk2 melampau pun tanye la diri sendiri..dulu mase kita bby mak kita amalkan petua mana ye?

    hik3... :0

    ReplyDelete
  14. Petua lama ada baik, ada buruknya jadi pandai2lah pilih mana yg boleh diikut.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com