JUAL LAUK KE JUAL BARANG KEMAS NI?

8.8.12 Suria Lekatlekit 12 Comments

Dua hari lepas dapur tak berasap jadi sempat jenguk bazar ramadhan. Bukan selalu apatah lagi hari2 nak pergi bazar beli juadah tunjuk2 ni. Selalunya berirama senduk kuali kat dapur.. segala jenis silat akan keluar takhkala bertarung sediakan juadah berbuka di temani si kecik yang lasak tu. Sekali sekala tak masak.. apa salahnya, kan??

Tak jauh pun pergi bazar area rumah jugak la. Macam biasa la kat bazar... macam macam ada. Bukan je makanan jenis manusia pun macam2 jugak. Ada yang terjerit2 promosikan jualan dorang. Ada satu gerai tu sang lekit terpandang bila jeritan dorang agak meriah.. Usya punya usya rupanya gerai tu milik seorang artis 90an tak silap. Azizul khamis nama dia. Ramah tamah abang azizul kita dengan pelanggan. ada jugak sang lekit nampak pelanggan yang datang bergambar dengan dia. Tu pasal gerai retis..

Ni pasal sorang makcik jual lauk pauk. Sang Lekit sempat singgah gerai makcik ni. Tak sempat nak tengok lauk.. tertengok dulu kilauan emas di badannya. Amboi makcik rantai jer dah besar rantai sauh kapal.. tambah gelang kiri kanan besar gedabak tu. Seram pulak sang lekit tengok. Seram bukan apa.. seram memikirkan jenayah sekarang. peragut sekarang sanggup membunuh demi nak dapatkan wallet yang dia sendiri tak tau berapa ringgit dalam tu apatah lagi kalau dia tengok makcik tu yang bersalut emas. Tak kira la dia pakai emas sadur ke emas tulen yang pasti kalau penjenayah tu nampak dia dah tak check dulu emas tu sadur ke tulen, kan??

Kau Mampu??? Sekadar hiasan (Carian Google)

Memang tindakkan makcik tu menayang barang kemas dia secara terbuka tindakkan yang berani mati.(Kalau barang kemas dia kecik2 besar kelingking takpe jugak.. ni tak dah dekar sama besar dengan lenggan lak) Tak tau la kot dia ada ilmu kebal, kan?? Lahai makcik - makcik @ akak2 mahupun adik2 di luar sana yang mengemari aksesori emas ni.. Bukan la dengki yer dik tapi sekadar pesanan khidmat masyarakat dari blog melekit.. Pakai barang kemas banyak2 sangat sampai sarat pun tak cantik sangat, nampak buruk balik. Bukan je nampak buruk malah berisiko terjadinya kejadian yang buruk. Jadi beringatlah sebelum terkena. Buat apa dedahkan diri kita kepada jenayah.. ye tak??

P/S : Yang suka simpan dalam rumah pun kena rompak apatah lagi yang buat tayangan perdana kat badan sendiri.. Takut tinggal lengan je makcik Ooi.. tinggal lengan hidup lagi.. kalau tinggal leher kepala hilang.. huhuhu... serammmmmmmm

12 comments:

  1. hahahahaha sama kes dgn makcik sy... dia dh tua tapi suka pakai mas byk2... anak dia cita bwk mak dia pi hospital, sekali doc selak tudung dia nak cek ape ntah, doc tekejut n tanya

    'makcik, makcik nak mati ke??'

    haha tkejut mkcik sy, ingtkan dh teruk sgt dh kesihatan dia...pdahal doc mrh dia pakai rantai byk2... kang kena rompak, tinggal leher je kepala ilang,..kahkahkah...

    ReplyDelete
  2. uishh bahaya2. yg naik moto pon diragut gelang emas. apatah lg yg dipasar.
    takutnye, ibu gg klw meniaga pon bejaga2. :)

    ReplyDelete
  3. Alahai makcik...

    menang gaya lah makcik oii

    ReplyDelete
  4. mungkin makcik tu juara taekwondo atau silat sebelum nih
    tu dia relaks jer tu
    ekekke

    ReplyDelete
  5. hahahaha.. dia pakai tu sbb nk suh cstmr sng nmpk gerai dia kot.... bila sng nmpk sng la yg dtg membeli...heheh... silau mata lau cmni ne peniaga... hahaha...

    ReplyDelete
  6. Sekali kena acu dengan parang, tak ke naya tu. Tak fikirkan keselamatan diri langsung, fikir nak bergaya je. haisy

    ReplyDelete
  7. makcik tu nak yakinkan org makanan dia mmg sedap..

    eh..ade kaitan ke..?

    ReplyDelete
  8. memang aksi berani makcik tu.. zaman sekarang kan kurang selamat.. isk isk

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!