KESAN KONTROVERSI BABAK CERAI FILEM 3 HARI

9/25/2012 03:24:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Semua orang tahu kecoh pasal isu kes adengan cerai berai yang kononnya ada dalam filem 3 hari lakonan Vanida Imran & Rashidi. Kononnya Dalam filem tu Rashidi melafazkan talak pada Vanida bagi menjayakan adengan yang dikatakan ada dalam filem tersebut. Betul tak betul sang lekit tak tahu sebab tak tengok.. Bagi orang yang tengok tahu la samada betul @ tak ada babak2 macam tu dalam filem tu. Tapi kalau mengikut hukum la kan.. sekiranya benda tu terjadi walau atas niat sekadar berlakon sekalipun memang sah lafaz talak tu.. Tapi bukan sang lekit cakap memang dorang ada melakonkan perbuatan tersebut yer..  Sang Lekit cakap kalau ada.. baca betul2 kang tak pasal2 datang komen nak saman sang lekit pulak. kekekekekeke

Bukan pasal cerai berai.. talak bagai ni yang sang lekit nak komen & mengupas ngupis.. Tapi kesan dari kontroversi tu. Secara tak sengaja.. kontroversi tersebut macam jadi satu promosi kepada filem tu & sekaligus memberi publisiti kepada filem jugak pelakon mahupun pengarah filem tersebut. Sapa untung??? Sila jawab sendiri.. Bak kata orang setiap kejadian ada hikmahnya.. mungkin tu salah satu hikmahnya untuk kontroversi yang melanda pelakon & filem tersebut.

Tapi ada jugak yang tak best bila kontroversi ni tiba2 melanda kepada pelakon tersebut. Bagi orang yang suka dengar & tak nak kaji dulu betul salah.. (kadang2 den pun camtu jugak.. manusio la katokan.. kekekeke) akan anggap pelakon suami isteri ni memang jahil sangat bab agama. Benda simple macam tu dalam perkahwinan pun tak tau. Benda tak tau betul ke tak betul lagi tapi spekulasi & anggapan orang pada pasangan pelakon tu dah jadi negatif. Maka secara tak sengaja imej mereka pun sedikit tercalar. Terpaksa jugak dorang terima.. Dan kalau betul tak terjadinya benda tu tersebut & ada bukti tak berlaku jadi tak perlu risau yer akak & abang itu.. Kebenaran takkan boleh di ubah. Kontroversi ni akan senyap jugak.. Jadi bersabar.

Pasangan pelakon yang di kontroversikan.. Carian google

Jadi dalam kes ni.. dua2 dorang dapat. Negatif juga positif. Cuma yang negatif tu agak pahit nak hadap la kan.. berbanding yang positif. Itu lumrah.. nak sweet je manjang mana enjoy hidup.. ye tak?? Mungkin apa yang terjadi boleh di jadikan iktibar untuk masa depan. Jadi pada semua yang terlibat dalam kontroversi filem 3 hari tu ambil tindakkan bijak la dalam menjawab semua isu berkaitan. Jangan takut kalau korang semua di pihak yang benar.. filem tu dah siap pun di tayangkan. Kalau betul takde babak tu.. Tak payah risau. Hubungan akak & abang tu masih halal disisi agama. Betul tak betul kalau korang nak tau sila pergi tengok filem 3 Hari tu.. Bila dah masuk panggung jangan tidur lak kang terlepas babak2 penting yang korang nak tau.. kekekekekeke

P/S : Pesanan buat semua suami2.. ingatlah Lafaz talak bukan perkara yang boleh di buat gurau.. sekalipun takde niat, talak akan jatuh sekiranya korang terlafaz secara sengaja @ tak.

8 comments:

  1. tq kupasan isu yg bagus ni

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Ada gak baca pasal dorang nih. Kena rujuk dgn jabatan agama islam.

    ReplyDelete
  3. owh, tak sempat lagi nk menonton filem ni

    tapi, based on thriller kat youtube
    apa yg saya faham, shidi dan vee tak berlakon sebagai suami isteri
    sebaliknya, mereka terpaksa kahwin dgn pasangan pilihan orang tua
    afdlin dengan vee, dan shidi dengan ayu raudhah. So,xtau camne isu lafazkan talak boleh timbul

    cam best tengok thriller tadi

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum,
    ada tgk pratonton filem ni dkt astro dlu, tp mmg xde je shidee tu sbot o lafaz apa2 yg boleh jtohkn talak..mgkin dorg tgk iklan psl movie ni yg shidee kta,'lps 3hari,kita mintak cerai..'

    ReplyDelete
  5. Ada gak baca.. Harapnye baik baik aje la..

    ReplyDelete
  6. Kecoh juga isu ni..bab talak memang tak boleh buat main-main.

    Tunggu keluar kat astro first baru dapat tengok hihi

    ReplyDelete
  7. Adalah ikalan shidee sebut aku ceraikan ko talak 3 masa shidee pandang luar belakangkan vanida...dlm astro iklan...mungkin kuar komen2 x sedap..dia org tukar iklan tu...part cerai tu x de dah...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com