12 JAM DARI KULIM KE SUNGAI BULOH SELANGOR

10/29/2012 07:45:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Sepanjang minggu ni kalau banyak entri kisah raya & balik kampung tu biasa la kan.. Yang belum cerita pasal balik kampung & raya tu mungkin masih bercuti lagi. Yang dah habis cuti akan mula la cerita ceriti.

Sang Lekit pun balik kampung jugak raya. Pagi raya tu baru nak gerak balik kampung. Sebelum sampai kulim singgah dulu taiping rumah sedara sebelah bapak mertua. Petang baru sampai kulim. Raya haji ni kalau kat kampung sang lekit di sambut ala kadar saja. Tak macam raya puasa. Tak berapa meriahkaripapusing sangat la. Makanan pun yang ala2.. sekadar ada untuk jamu tetamu. Tetamu pun tak ramai macam raya puasa. Lebih banyak santai2 depan TV dengan family je. Raya kedua tu jenjalan penang dengan family. Tu kisah balik kekampung. Tapi kisah dari kampung pulang kekota pula lain.

Mee Goreng RM8 kat padang kota

Semalam orang mula balik kekotaraya kan. Jam toksah cakap tak cukup roti nak sapu. Kalau ikut highway yang pandai menjahit tu boleh siap jugak la sepasang dua baju kurung.Jadi kami taknak ambil risiko termeroyan dalam jam nanti maka kami ikut jalan alternatif iatu jalan lama bukan jalan mati yer. Kalau jalan mati tak sampai KL la gamaknya. Memandangkan ada budak kecik gigi 4 batang tu memang time2 camtu tak sesuai sangat nak ikut highway. Kang terberak tengah jam.. Jam jugak la orang dalam kereta, walau sepanjang di jalan dia takde pulak berak. Siap singgah kuala kangsar shopping barang plastik. Gedung apa ntah lupa namanya.. murah2 barang dia. Takde la shopping pun. Beli sikit sikit je. Lepas tu singgah makan. Lupa pulak kat mana & nama warung tu tapi yang specialnya warung tu tukang masak & tukang hantar order golongan OKU yang bisu. semuanya adik beradik.. yang tak bisu cuma sorang perempuan (samada kakak @ adik perempuan dorang je) & emak dorang je. Yang empat lagi bisu (3 lelaki & sorang perempuan).(Daku ni banyak benda lupa.. hahahahaha)

Kelam kabut sikit masa tu sebab yang nak masak tu la kena ambil order sebab yang lain2 semua bisu sebelum mak dorang muncul membantu. Ingat nak makan masakan panas ala thai tapi tak dapat sebab tukang masak terpaksa jadi waiters. Memang kelam kabut sampai banyak pelanggan yang masuk ambil keputusan berpaling tadah ke restoren lain. Maybe sebelum warong dorang tak sesibuk semalam kot sampai dorang tak fikir nak ambil sorang yang normal untuk ambil order. Semakin kelam kabut bila duit tukar pun sold out. Sang lekit kesian.. offer tukarkan duit kecik dengan sang lekit. Kebetulan ada.

Tu kisah dalam perjalanan balik.. Tapi yang paling special semalam perjalanan kami langsung tak guna highway & sangat2 advanture bila perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 12 jam berbanding kebiasaannya perjalanan paling cepat 4 jam & paling lambat pun 5 - 6 jam. Pukul 3pagi baru sampai rumah. Lala tak perlu risau sebab dia susah nak meragam.. penat dia main, dia tidur tu je selama lebih kurang 12 jam tu.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MOGA KAU DI SYURGA WAHAI IBU

10/24/2012 01:38:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Carian google. Sekadar hiasan
Kasihnya ibu membawa ke syurga.. tu lirik lagu. Syurga di bawah tapak kaki ibu.. tu perumpamaan melayu.. Kenapa syurga seorang anak mesti di kaitkan dengan ibu? Walhal kalau dia derhaka kat bapak dia pun dia takkan masuk syurga jugak, kan??

Bagi pendapat sang lekit pengorbanan ibu tu memang lebih dari segala galanya sehingga syurga seorang anak itu bergantung pada keredhaan ibunya. Pagi2 baca kosmo online.. hati tiba2 tersentuh dengan satu berita ibu muda yang meninggal dunia selepas melahirkan bayinya sendirian di rumah. Ibu & bayi tu bagaimanapun tak dapat di selamatkan.
Shaniza meninggal dunia selepas mengalami perdarahan teruk apabila uri dikatakan tidak keluar sepenuhnya ketika mangsa bersalin bersendirian.
Mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap dalam bilik utama dengan berlumuran darah manakala mayat bayinya itu berada dalam bilik air.
(Untuk artikel penuh sila clik KOSMO )
Besar pahala seorang ibu dari awal seorang ibu mengandung sehinggalah dia melahirkan dan membesarkan seorang anak tu. Antara keistimewaan seorang ibu adalah..

*Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. *Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
*Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
*Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid
*Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. (Rujukan Di SINI )

Moga si ibu yang kecundang dalam jihad melahirkan seorang umat itu di tempatkan di syurga.

contoh Anak mak yang paling suweet kat mukabumi ni. Jadikan Ayop sebagai idola anda.hahahaha (curi gambar ni kat SINI )




10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MITOS DEMAM TUMBUH GIGI

10/23/2012 08:05:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Bagi ibu - ibu yang kali pertama menimang cahayamata ni.. itulah pengalaman pertama dari sejak dalam kandungan sampai la lahir & membesar. Salah sorang mak itu adalah sang lekit. Mak budak dengan sorang anak dara 1 tahun, 2 batang gigi bawah & 2 batang gigi atas baru nak jenguk dunia. Banyak benda yang sang lekit tengah belajar & masih belajar tentang anak yang tengah membesar ni.

Lala dah setahun 2 bulan.. baru ada 2 batang gigi bawah & 2 batang lagi gigi atas tengah tumbuh.. Alhamdulillah masa 2 batang gigi pertama dia tu dia x mengalami sebarang demam atau apa2 kejadian yang selalu orang tua2 kaitan dengan proses tumbuh gigi ni. Selalu sangat la kita dengar & dah sinonim dengan kepercayaan kita bahawa kalau budak2 baru tumbuh gigi tu normal la kalau dia demam, cirit birit & meragam bagai sebab proses tu sedikit menyakitkan baby. Betul ke? atau sekadar kebetulan..

Lala & giginya

Sang Lekit pun search la pasal tu. Biasa la dunia hujung jari ni berguru dengan google je la. Hasil menuntut ilmu dengan cikgu google yang sang lekit dapat adalah..
Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor. (Rujukan di SINI )


Jadi kalau baby2 kita demam tapi dalam pada masa yang sama ada tanda2 gigi dia nak muncul jangan kita berpegang sangat dengan kepercayaan orang dulu2 yang di turunkan secara turun temurun kepada kita sakit yang datang tu salah satu proses tumbuh gigi sampai taknak bawak gi klinik atau hospital check up dulu. Bukan apa takut ada perkara2 yang tak di ingini berlaku. Zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu.. banyak pencemaran & anak2 kita terdedah pada semua tu. Jadi elok la kita cegah sebelum parah.. ye tak??

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ARTIS BOLLYWOOD Aamir KHAN TUNAIKAN HAJI

10/22/2012 04:08:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Sebelum ni memang sang lekit tak pernah dengar mana2 lagi artis bollywood yang mengerjakan ibadah haji tapi sang lekit tak berani cakap Aamir Khan artis pertama buat macam tu. Yelah... mungkin sebelum ni tak perasan mana2 surat khabar tulis pasal artis bollywood yang pergi haji, kan??

Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.(rujuk kat SINI untuk artikal penuh)

Apa yang best sangat kalau dia pergi haji sampai kau nak up entri ni sang lekit?? Kau gila traffic blog ker?? Gila la jugak.. sebab konsep menulis blog nak ada ramai yang membaca. Jadi setakat gila pengunjung blog tu normal la bagi setiap blogger tapi apa yang sang lekit nak komen momen pasal Aamir Khan pergi haji ni lebih dari itu la..

Ok.. kita sedia maklum kalau artis bollywood ni yang muslim ke non-muslim ke kalau berlakon kena buat semua watak. Kebanyakkan watak2 dorang beragama Hindu walaupun artis tu muslim. Dorang tetap melakonkan adengan menyembah berhala & upacara keagamaan agama lain. Memang dorang tak sensitif & kisah sangat pasal tu, kan??

Aamir Khan yang menemani Mak dia sekaligus membuat ibadah haji tu harap lepas ni kalau berlakon takde lagi ambil watak2 macam tu la. Dah pergi sana, tunaikan ibadah haji, dah mohon keampunan dari Allah atas dosa2 silam.. Harap Allah pun bagi petunjuk & hidayah kepada dia la sekembalinya dia dari mengerjakan ibadah haji tu.

Bila kita tengok filem2 hindustan ni.. yang muslim pun dok berlakon sembah Berhala bagai memang meremang jugak bulu roma atas ketaksuban dorang meraih populariti & kekayaan. Mujur kat Malaysia tak terbuka sampai macam tu sekali Kalau tak.. tak mustahil ada artis yang konon open minded sangat sanggup buat macam tu. Mana kita tahu kan.. sebab tak di bolehkan ia tak berlaku. Cuba di bolehkan macam bollywood sana.. alih2 keluar komen "saya cuma buat kerja & memberi sepenuh komitmen pada kerjaya saya & tak berniat melakukan semua tu sebab nak sakitkan hati mana2 pihak"... betul tak??

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUKAN KU PINTA PENDEK SEBEGINI..

10/20/2012 12:30:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Sebagai seorang mak,ibu,mama,mami,umi bagai.. Anak adalah anugerah yang bukan senang untuk di perolehi walau kadang2 bagi orang lain anggap senang je nak buat anak. Buat je.. jadinya belum tentu & takkan jadi juga kalau Allah kata tak jadi. Ada benda lain mungkin tak sespecial macam ada anak.. Bayangkan kita membawa dari 1 ketul darah.. menjadi jasad kemudian di tiupkan roh.. Seterusnya lahir menjadi seorang manusia. Benda tu sangat2 istimewa yang tak boleh nak di ungkap dengan kata kata.

Sebab tu kebanyakkan ibu lebih rela berlapar asal anaknya kenyang, sanggup bersengkang mata memastikan anaknya lena dengan selesa, rela bersakit demi melihatnya anaknya membesar dengan sihat. Bila anak yang di tatang, di jaga, dibelai, dimanja tu menjadi bahan kejian atau bahan kutukan orang lain mesti yang paling terasa adalah ibu dia lebih2 lagi yang di kutuk tu sikecik yang baru ada 2 batang gigi, tak pandai nak berkata2 apatah lagi nak mempertahankan diri, kan?? Maka.. ibulah pelindung & pembela kepada si kecik tu.

Anak yang sekecik tu takkan mampu merasa & faham apa2 bila orang mengata dia dengan perkataan2 yang tak elok tapi yang akan terasa dah tentu mak dia. Macam tu la nasib lala.. dulu masa dalam perut ada sorang insan yang sekarang dah pun jadi ibu kata dia anak yang bodoh sebab terhasil dari gen2 bodoh mak bapak dia.. Masa tu kali pertama dalam hidup sang lekit rasa sangat2 sentap. Rasa sentap seorang ibu bila anak dalam kandungan dihina. Kalaupun daku yang salah, kenapa anak aku di hina? Sang Lekit belajar untuk tidak jadi macam orang tu. Takkan menghina anak atau family dia kerana marahkan seseorang. Kalau orang tu yang aku nak kritik maka orang tu saja aku kritik. Konsep sang lekit senang.. yang aku tak berkenan perangai dia, dah kenapa aku kena kutuk mak bapak, anak pinak & sedara mara dia pulak, kan??

Carian Google. Sekadar hiasan
Terbaru pun jadi lagi.. Tak tahan kena bahan atau dalam bahasa manjanya lawak kasar, lala jadi mangsa lagi. Mungkin mak lala kurang tinggi, pendek, ketot tapi mak lala bukan OKU yang tergolong dalam golongan kerdil. Masa lahir mak lala tak pun di sahkan kerdil.. Tolong jangan cakap anak aku kerdil. Bapak dia lagi tinggi dari orang yang mengutuk lala kerdil tu, harap maklum & tak mustahil lala pun boleh tinggi dari orang yang cakap dia kerdil tu bila besar. Kuasa Allah, siapa tahu. Alasan lala jadi mangsa mak lala terlebih buat lawak padahal ada member lain lagi yang ada anak mengutuk sakan dia tak pulak dia bahan anak2 orang2 itu. Kenapa lala jer.. Sebab mak lala auto jadi hulk bila orang kutuk anak dia. Sebab apa dia tak guna mak lala sebagai bahan.. sebab dia dah kenal perangai mak lala sebelum wujud lala lagi. Setakat ko bahan aku.. Aku senyum sampai telinga je. Sebesar zarah pun aku tak touching.

Mungkin lala kelemahan sang lekit. Takpe la.. sebab aku ibunya jadi apa je yang orang cakap pasal anak aku memang aku terasa. Orang2 yang takde anak mungkin tak berapa nak faham naluri ni. Jadi sang lekit putuskan.. orang tak boleh bawak gurau jangan di usik nanti abis 1 keturunan aku pulak jadi bahan keji dia.

P/S : Sang lekit memang sejak dari zaman sekolah seorang yang kuat menyakat & mengusik.. Setakat orang nak kutuk aku pendek, ketot, kerdil, budak tadika apa je yang berkaitan dengan fizikal sang lekit yang kurang inci ni dah takde rasa nak rasa sebab dari kecil sang lekit dah hadapi semua tu. Tapi tolong jika aku yang mengutuk kau.. sila kutuk dengan nama aku bukan anak & family aku.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HABIS SUSU, PAYUDARA DI BUANG

10/18/2012 02:49:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Amboi tajuk entri.. seram seram sejuk baca kan? Siapalah sipolan yang habis susu, buat payudara dia macam botol susu je boleh buang2. Macamlah payudara tu kalau buang boleh tumbuh & membesar macam pokok kan?? Ada ke manusia macam tu..

Takde wanita yang sanggup buang payudara dia.. melainkan pengkid walau dia tak buang tapi dia ikat ketat dengan bekung supaya nampak leper.. Alih2.. lanjut sebelum usia. Hahahahaha.. Bukan pasal pengkid yang sang lekit nak story mory di petang hari. Mesti nak tahu apa kaitan dengan tajuk 'Habis susu, payudara di buang, kan??' Tu kiranya pepatah baru yang sangat sesuai dengan era sekarang.

carian google
Tak di nafikan wanita di sayang salah satu adalah dari aset tubuhnya. Yelah.. yelah.. tak semua orang pandang rupa paras & fizikal.. tapi takde orang tak pandang langsung, kan?? walau aset pada tubuh wanita tu kadang2 bukan jadi faktor utama dia di sayangi.. tapi antara sesuatu yang di sayangi lelaki. Kalau masa kecik.. baby sayang breast mak sebab ada susu yang lemak berkrim, lazat & berzat. Ok.. ok.. tak semua orang mampu menikmati kelazatan susu ibu tapi ramai juga yang berpeluang merasainya. Kiranya jasa susu ibu tu antara salah satu jasa yang besar pada kita semua yang pernah menikmati kelazatannya. Susu ibu takkan turun dari lubang idung.. lubang telinga mahupun mana2 lubang lain.. melainkan dari payudara ibu sendiri.

Tak di nafikan jasa ibu & wanita melalui aset yang dia ada.. amatlah besar. Jangan pula ada yang nafikan semua tu. Sesuatu yang berjasa pada kita.. harus kita hargai & sayangi walau sesuatu tu tidak dapat berkhidmat untuk kita lagi. Bayangkan payudara yang pernah memberi kita kenikmatan itu di uji dengan penderitaan. Biarpun dia banyak berjasa namun dia tetap di duga dengan kanser payudara. Kita sayangkannya dulu.. Jangan bila dia tak mampu memberi nikmat kita tidak pedulikan.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MANA TAK KANTOI SAMPAI KERETA BERGOYANG

10/17/2012 03:55:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Semalam kat Sinar Harian sang lekit baca kisah pasal pasangan warga asing dari Afrika yang sangap sangat sampai tak sempat nak cari port yang sesuai untuk beromen. Agaknya terlampau gersang sangat dah tak ambil peduli kat mana depa parking lepas tu buat projek 18sx dalam kereta. Depan surau pun depan surau la.. Jenis tak reti hormat sensitiviti bangsa & agama orang ni dia peduli apa, kan?? Tak sedar diri tu kat tempat orang

Ni la manusia kantoi dalam kereta bergoyang tu

Dah tu punya la seronok melayan nafsu serakah sampai bergoyang inul la kereta tu. Nasib tak baik ada seorang ahli jawatan kuasa surau ternampak la kereta tu asyik sangat bergoyang. Kereta bergoyang sapa tak pelik.. mesti la nak pi usya juga apa yang buat kereta tu sampai bergoyang. Bila di hendap kat tingkap rupanya pasang warga Afrika ni tengah kusyuk ni beromen. Akibat bengang sangat.. penduduk kat situ pancitkan tayar kereta Myvi pasangan tu. agak - agak la kot pukul 10pagi terang benderang dah tu depan surau nak buat aksi porno pun. (Untuk berita penuh sila clik SINAR HARIAN )

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JANGAN TERPEDAYA DENGAN JALAN JALAN CARI MAKAN

10/15/2012 01:43:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Tajuk hangus ni tak takut kena saman ke?? Takut la jugak tapi demi membongkar satu rahsia yang besar & yakin takde sapa berani saman sang lekit yang kental lagi kenyal ni maka sang lekit tetap nak menulis pasal ni. Ada ku kesah???

Beraninya kau lekit.. Demi menyatakan kebenaran, aku berani. Hahahahahahahaha... Ok.. ok.. tanpa membuang masa apakata kita ke topik sebenarnya. Tak payah nak gimik sangat la lekit Ooi! Apa yang di perdaya tu wahai sang lekit oleh rancangan jalan jalan cari makan tu?? Ni la nak cerita. Semalam kan hari ahad.. bila hari ahad pukul 12 tengahari di TV3 ada rancangan jalan jalan cari makan yang pengacara dia sekarang Iqram Dizly. Sambil santai2 di hujung minggu bersama anak & suami serta pelawat tetap rumah kami iatu Acu (adik sang lekit) kami pun menonton tv bersama sama.
Carian Google

episod semalam ada memperkenalkan satu restoran Anje nasi berani Gam, Johor. Nampak nasi beriani tu macam best jer... berserta menu2 lain macam mee rebus, soto, laksa johor & ada beberapa lagi la menu sampingan selain menu utama nasi beriani. Mengalah mak buyung mengidam daku ni tengok nasi beriani teringin pula nak makan. Diet pun dah kelaut bila tengok Iqram dok jamu nasi beriani tu. Apa lagi maka ajaklah tukang bawak (asben) terjah kesana. Rezeki la kot.. sebab sayang bini dia takde dolak dalih setuju je. Petang tu kita pun bertolak la dari rumah nun ke bangi sana. Sampai dah dekat2 pukul 5.. dah hujung2 masa jugak sebab restoran tu tutup pukul 7.30 pm. Tapi time tu still ramai lagi yang datang ,makan. Berbaris jugak la nak order sebab restoran tu berkonsep layan diri macam kat kedai mamak jugak.

carian Google.. (takde mood la nak amik gambar sendiri)

Menu lain semua dah habis tinggal yang ada last2 kopek tu cuma beriani ayam.. yang ada part dekat wing tu je.. dah tu ngam2 ada 2 ketul je pun ayam tu. Nasib baik la tukang bawak kalau ayam part lain selain dada dia memang tak makan.. Acu yang mula2 nak makan mee rebus terpaksa makan nasi beriani jugak la sebab dah takde pilihan. Datang jauh2.. maka makan jugak la. Dah la jauh.. Nasi beriani ni setakat boleh telan je. Tak sedap manapun. Ok.. ok je.. berbanding kita tengok iqram makan dalam JJCM tu.. berselera benor kan??

Carian google.. (lebih kurang camni la hidangan beriani dia)

Nak salahkan JJCM & Iqram pun tak boleh.. dorang hanya menjalankan tugas. Orang dah jemput datang makan & promosi restoran dorang takkan la Iqram tu nak makan lepas tu komen tak sedap walau tak sedap sekalipun. Mesti la kena cakap sedap. Untuk tekak sang lekit, asben & Acu bagi kami biasa je... Tak berapa berbaloi drive jejauh la semata2 nak makan Nasi beriani yang rasa ok ok camtu je. Kat sungai buloh pun rasanya kalau nak makan nasi beriani macam tu kalau di cari jumpa jugak. Ntah2.. boleh jumpa yang sedap cuma tak masuk JJCM jadi orang tak tau.

Alang kepalang sampai kajang... maka singgah sebentar menikmati satey kajang pun yang ok ok je rasanya. Tak singgah restoren satey kajang hj samuri pun.. makan gerai2 biasa je. Kiranya episod Jalan jalan cari makan family kecik kitorang semalam semua makanan yang kita makan cuma dapat Vote ok.. ok.. je. Kalau kat sekolah cikgu bagi C. Sekadar pas bukan terbaik & cemerlang la rasanya.

P/S : Lain tekak lain selera.. maybe bagi orang lain sedap kot.

Yang minat dengan DUIT, jom sign Up.. Tak payah modal apapun. Bukan blogger pun boleh Clik kat >> SINI <<

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERNAH KONGSI KASIH TAPI TAK SANGGUP MADU

10/13/2012 11:51:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Baca kat beautifulnara pasal memey yang keluarkan kenyataan dia tak nak bermadu gara2 isu dia & bekas isteri norman hakim, abby abadi yang kini sudah boleh ciom molot bak kata pepatah baru sekarang. Cedok sikit la sedutan entri kat blog Beautifulnara tu supaya lebih dramatik untuk sang lekit kupas,kupis & kopek nanti..

Ramai pembaca BeautifulNara yang menyarankan agar Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi supaya rujuk semula selepas melihat kemesraan yang terpamer di antara mereka dalam gambar percutian ke Genting Highlands. Namun Memey menolak sebarang kemungkinan untuk dirinya dimadukan:-
Carian google
hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik.Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh. Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya (Untuk entri penuh sila clik Beautifulnara)
 Memang tak ramai perempuan yang sanggup bermadu, di madukan atau dipaksa bermadu.. dari yang rela.. walau yang merampas suami orang pun dia sendiri tak sanggup ada madu selepas dia. Tapi yang peliknya.. Kenapa masa dia gedik2 dengan laki orang dia takde lak nak rasa sanggup ke tak sanggup ke jika di madukan?? Op's maybe orang2 yang spesis macam ni dah plan cantik.. aku rampas kemudian aku ikat ketat2. Ikat macam mana.. cara apa tu terpulang pada kekreatifan kepala hotak mereka la.

Dia sendiri tahu takkan sanggup & bagaimana rasa ada orang ketiga dalam rumahtangga, begitu orang yang sebelumnya rasa. Jangan nak guna alasan takdir untuk lepaskan diri pulak..Tapi apa nak pelik memang wujud jenis manusia yang tak peduli perasaan orang lain walau dia tahu apa yang di lalui tu perit & dia sendiri tak sanggup nak berdepan dengan situasi macam tu tapi.. malangnya dia tak kisah sangat apa orang lain rasa yang penting apa dia rasa dia jaga.

Jadi dari peristiwa mereka ni moga kita semua tak kira lelaki, perempuan, bujang & dah kawen jadikan iktibar. Pada si dara & teruna.. jauhkan diri kalau tahu sidia hak milik sah orang lain. Kalau elak jugak tapi still terbabas kat situ.. mungkin memang itu dah tertulis kot dalam perjalanan hidup korang. Mungkin ada sesuatu yang Allah nak bagi di sebalik apa yang jadi tapi kalau kau dok menyerah je tak usaha mengelak jangan nak guna alasan takdir. akak lembang secara marathon kang!

P/S : Semoga mahligai memey dari airmata abby tu berkekalan hingga ke akhir hayat. Yang lepas jadikan pengajaran.. yang mendatang jadikan ia lebih baik.


9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LEBIH BAIK JANDA DARI MADU

10/11/2012 05:40:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Setiap pasangan yang berkahwin, tak merancang untuk jodoh yang separuh jalan. Tapi kalau sudah tertulis perjalanannya macam tu, tiada kuasa yang mampu melawan. Kat sini sang lekit nak kupas kupis kenapa perempuan lebih suka bergelar janda dari di madukan. Ini cuma pendapat peribadi bukan kajian dari pihak yang profesional yer...

antara sebabnya.. Memang tak boleh terima hakikat berkongsi takhta dengan perempuan lain. Rasa tercabar, rasa macam loser.. & rasa macam bodoh pun ada jugak. Setiap manusia tak banyak pun sikit mesti ada ego dalam diri tu, kan?? Nak2 lagi bab kongsi suami dengan perempuan lain... Yang takde ego pun boleh naik temperature ego dia secara mendadak.

Tak boleh terima kena kongsi suami & segala milik suami dengan perempuan lain yang dah sama level dengan dia. Nak marah tak boleh.. nak halang pun dah tak boleh.. sebab apa yang halal suami dengan dia.. menjadi halal juga dengan perempuan kedua yang muncul dalam hidup suami dia. Rasa keistimewaan tu dah takde untuk dia.

Masa! Masa dengan dia dah semakin kurang.. Fulltime dulu dah jadi part time tak mustahil boleh jadi tunggu free time baru ada dengan dia. Kalau dulu habis kerja suami terus balik rumah, tapi kalau dah ada orang kedua ni.. takde lagi istilah hari2 balik rumah, kan??

Soal Hati.. Memang kagum la dengan wanita2 yang ikhlas di madukan tanpa ada rasa sedikit pun perasaan terluka & kecewa dengan keputusan suami untuk beristeri lagi sebabnya kurang sangat wanita2 yang boleh redha & ikhlas macam tu.. Mungkin ramai yang terpaksa bermadu dari yang ikhlas di madukan, betul tak?? Untuk mendesak hati rela & redha pada madu ni.. aduhai, rasa telan bara api pun lagi mudah dari telan kenyataan bermadu ni.Kalau tanya hati memang jawapanya tak rela.

Taknak seksa diri sendiri & jadi orang yang hipokrit.. Konon tak kisah, konon redha.. konon boleh terima dalam dalam hati membuak2 macam kawah gunung berapi, nak meletup tak boleh. Akhirnya derita dalam ketawa.. Lepas tu admit wad gila. Orang pun tak tau punca.. dok tengok elok ja.. bahagia ja.. padahal makan dalam. Benda yang makan dalam ni memang orang tak nampak kat luar tapi sampai masa akan timbul juga kesannya. Jadi, untuk seksa diri sendiri demi kebahagian orang lain.. ada lagi baik masing2 cari kebahagian sendiri. ye tak??

Pada pendapat peribadi sang lekit berdasarkan isi hati seorang isteri (diri sendiri ler) atas sebab2 tu sang lekit tak mampu untuk terima kenyataan di madukan & kalau di hadapkan dengan benda tersebut rasanya daku rela bergelar Miss J dari bermadu kot. Sakit sekali.. lepas tu pelan2 ok.. dari sakit dok mengadap hari2 sepanjang hidup. Oh... tidak.

Macam filem madu tiga ni.. ketiga2 isteri dia sebenarnya bukan nak di madukan tapi tak tahu pun di madukan.. Semuanya kerana terpaksa sebab tertipu. Kebanyakkan realiti yang berlaku kat luar sana pun macam tu. Dari tertipu terpaksa redha.

P/s : Madu lebah memang manis & boleh jadi penawar berbanding dengan hidup bermadu.. Jadi jangan nak gunakan alasan bermadu itu manis..sebab ada perkataan MADU, ok!!

P/S : Semoga bahtera rumahtangga kita semua di lindungi dari munculnya insan kedua.. bukan kedekut tak bagi tumpang kasih tapi bab tumpang suami yang pemurah pun boleh jadi bakhil. 

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TIPS MEMUDAHKAN KITA BERDIET

10/08/2012 03:10:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Entri lepas cerita pasal diet sang lekit yang cukup2 enjoy & tak menyeksakan langsung. Entri ni pun nak cerita lagi pasal diet sang lekit. Excited kali pertama dalam hidup merasa ber diet bagai ni.

Bila kita mulakan sesi diet.. dalam tempoh yang singkat menampakkan hasil jadi semangat kita untuk terus ber diet pun mesti berkobar2 & berkibar2.. kan?? Yelah.. bayangkan minggu sebelum tu rasa macam sedih je nak keluar.. pakai baju ni tak ok.. pakai baju tu tak ok.. tup tup minggu ni nak keluar.. sarung 1 baju je dah rasa yakin nak pergi jenjalan. Mana tak rasa berbaloi sangat2 bila berdiet.

Tips yang sang lekit amalkan adalah rawat sebelum parah.. kalau ikutkan yang terbaik adalah cegah sebelum terjadi. Tapi almaklum la manusia ni.. selalu terhantuk baru terngadah, kan?? Bila tengok seketul gunung tengah2 perut baru la nak menyesal tak jaga makan minum sebelum ni. Main ikut sedap mulut je melantak. Bila sang lekit rasa masih awal untuk merepair kawasan2 yang makin berbukit bukau tu.. tanpa berlengah lagi sang lekit terus lakukan apa yang sepatutnya. Kalau dok tangguh2 percayalah, makin lama makin kembang makin malas kita nak buat. Sebab susah dah nak sekat selera.. sebab semakin besar badan kita, semakin banyak makanan kita perlu & semakin susah untuk kita mengurangkannya.

Pertama.. search kaedah.. petua @ rawatan untuk ratakan kawasan bukit bukau. Kedua, gunakan apa yang ada dulu dalam rumah. Pada masa tu memang satu2 pilihan yang ada untuk membantu adalah Losyen mustajab pati hali extra hot (walau sekarang dah tukar guna superhot.. memang hot la). Jangan lupa mulakan dengan bismilillah juga...

Kedua.. sokongan orang terdekat juga perlu. Macam kita2 yang dah berkahwin ni, support dari suami la paling penting. Bukan support setakat.. GO.. GO.. je.. macam asben sang lekit bila sang lekit kata kita kena pantang makan nasi seminggu.. dia ok je. Sebab dia pun perlu libatkan diri dalam program diet ni untuk kempis & kurangkan apa yang lebih, kan?? Kan kami sama2 membesar bagai juara.. hahahahahaha. Jadi dia pun tak minta makan nasi.. cuma sekali je hari sabtu dia minta masak nasi tomato. Takpe la seminggu sekali makan nasi. Sebab kalau kita masak nasi.. Percayalah kita juga akan termakan sekali. Salah satu sebab kalau ada makanan tu berlebihan.. Golongan mak2 yang terdedah pada obesiti salah satu punca.. sayang tengok makanan tak abis, jadi dia dengan sukarela jadi tong drum habiskan makanan.(Cakap dari pengalaman sendiri... hehehehe) Sebab tu sokongan orang dalam rumah sangat2 penting.

Suami sang lekit tak boleh berpisah dengan minuman berais @ sejuk.. jadi dia tak boleh nak ikut pantang tu.. Jadi sang lekit kena pantang sorang2 bab minum ais ni. Kena kuatkan semangat.. walau kita kena jugak sediakan minuman berais pada suami tapi jangan terpedaya dengan bisikan syaitan yer yang nak mengugat program diet tu. Teruskan juga.. Telan air liur pun telan la. Tapi sang lekit memang tak tergugat sangat pun..

Paling penting jangan tunggu sampai parah baru nak merawat.. Sebab bila dah parah segalanya jadi susah. Segalanya perlu kita korbankan.. termasuk duit yang banyak. Semakin banyak lemak semakin banyak perlu kita buat & keluarkan untuk kurangkan lemak2 tu. Walau orang tak suka lemak banyak kat badan tapi lemak akan jadi benda yang paling mahal bila dia beraja dalam badan. Kenapa mahal?? sebab lemak la kita perlu berhabis duit yang banyak untuk rasuah dia supaya Nyah dari badan kita, kan?? Jadi.. yang rasa badan dia kecik molek, walau makan banyak sekalipun tak besar2.. jangan bangga sangat macam sang lekit dulu.. sebab tak mustahil kita yang dulu besar kelingking boleh jadi besar tong drum, kan??

Moral Of The story.. Cegah tu lebih baik dari merawati.

P/S : Pakai losyen mustajab ni bukan je berjaya kurangkan bukit bukau kat perut tapi rasa badan pun macam fresh skit. kelebihan dia juga membuang angin2 dalam badan. Kalau tak tahan pakai superhot.. pakai la yang biasa. Yang superhot ni memang agak hot la tapi cepat mujarab

 Ramping menawan macam Nora Danish


9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DIET YANG TAK MENYEKSAKAN DIRI

10/04/2012 02:45:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bak kata pepatah cegah sebelum terjadi.. kalau terjadi rawat sebelum parah.. Dari sikit boleh jadi bukit. Kalau duit kita boleh la terima pepatah sikit sikit lama2 jadi bukit. Jadi dari sikit kita boleh menabung sampai jadi banyak tapi kalau lemak.. dok biar sikit2 lama2 jadi bukit.. rasanya bukan bukit dah.. gunung ganang boleh boleh jadi.. ye tak??

Dulu masa sebelum kawen.. sebelum ada anak.. orang selalu cakap. Badan macam hang ni kalau dah kawen & ada anak pun susah nak gemuk. Jenis badan kecik. Tu dari sudut pujian.. dari sudut kejian pun ada... Badan hang ni kecik sangat macam mana la nak kawen. Kalau kawen pun susah nak dapat anak ni @ susah nak beranak ni. Tu dia.. manusia yang cuba mencipta hukum sendiri. Tapi semua tu tak buat sang lekit down pun..

Kisahnya bukan kisah puji mengeji ni.. kisah selepas lala merangkak ke umur setahun. Lala membesar dengan gaya slim tapi mak dia pun tak nak kalah mula membesar bagai juara gitu. Badan tu di akui sedikit chubby berbanding dulu tapi masih di tahap ideal.. cuma yang tak berapa ideal ni tang perut. Sedih tau.. tiap kali nak keluar 5 6 pasang baju pakai lepas buang.. dari size xs dah naik s sekarang dah hampiri M. Ni tak boleh jadi.. sebelum berkembang mekar setaman.. biarlah kembang sekuntum ni di benteras dulu. hahahahahahahaha

Yang paling penting perut kena slim.. maka bermula sesi menyapu Losyen mustajab pati halia extrahot 2 kali 1 hari dan berpantang makan nasi & minum ais. Selama seminggu sang lekit amalkan semua tu.. Alhamdulillah tang perut tu dah nampak sikit hasil walau tak berapa rata sangat lagi tapi dah kempis la sikit. Bagi sang lekit tak makan nasi & tak minum ais takde la jadi dugaan besar sangat sebab sang lekit kat rumah sebelum ni pun kadang2 bukan makan nasi sangat pun. Bab minum ais memang sebelum ni hari2 ada jugak minum air sejuk even tak banyak.. tapi sekarang memang tak minum langsung pun takde sampai meleleh air liur tengok ais. Ok jer.. sebab sang lekit dah biasa minum air panas.. cuma sang lekit kurangkan air bergula & banyakkan minum air suam. Pun tak jadi masalah. Kiranya daku ni kalau nak diet takde la seksa sangat la yer.. sebab semua pun boleh tahan.. hahahahahahahaha

Merasa kali pertama dalam hidup buat diet tapi Alhamdulillah takde la terseksa macam pengalaman2 orang yang pernah sang lekit dengar. Cuma bila tak serius & nampak bakal jadi serius tu elok la di rawat segera supaya tak sengsara sangat nak balik ke bentuk asal. Ni bila badan dah mekar setaman astakona.. baru mengelupur nak diet, mana tak sengsara. Bukan takat badan.. duit pun turut menderita tau. Jadi mari kita mula amalkan pemakanan yang sihat.. memang yang sihat tu kadang2 tak berapa lazat. hehehehehehe

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HUDUD KE ATAS KUCING YANG MENCURI

10/03/2012 04:22:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Kalau korang nak tau kucing pun tak terlepas dari di hadapkan kepada hukuman kalau mencuri. Kucing tak kucing.. salah tetap salah. Kucing... kau tak tau ke mencuri tu salah & berdosa. Sapa suruh kau buat jugak. Sekarang terimalah hukuman setimpal dari kesalahan kau tu? Sekarang kaki kau kena potong sebab ikut hukum hudud. Dengan cara ni kau akan insaf.. bertaubat & tak mencuri lagi...

Boleh kau cakap dengan kucing macam tu?? Boleh kau laksanakan hudud kat kucing atau kat haiwan2 lain. Kalau kau rasa di bolehkan melaksanakan hukum hudud pada haiwan.. samada kau yang rosak akhlak, akidah & sebagainya.. kau ni boleh la aku cakap mereng tanpa batasan.

Aduhai manusia Ooi... Hudud cuma untuk manusia yang di ciptakan Allah makhluk paling sempurna sifat & akalnya bukan untuk haiwan yang tak berakal. Kalau kau rasa hudud tu juga untuk haiwan.. aku mula konpius...yang mana satu haiwan. Kau ke atau haiwan2 tu haiwan.

Ni kes sorang hamba Allah komen guna otak lembu kot kat fanpage Kakimotong pasa 1 status ni yang berkenaan dengan Kisah Hero yang di potong dua belah kaki depan sebab mencuri ikan, Nak tau dia komen apa.. meh sini sang lekit attach komen dia tu..



 Pinjam dari Kakimotong Fanpage

Kalau lembu tu orang selalu sinonimkan dia dengan kebodohan rasanya kau punya tahap tak cerdik mengatasi lembu. Kalau hukum hudud di laksanakan pada haiwan.. agaknya berapa kerat haiwan yang ada kaki?? Lain kali nak cakap ambil masa sikit untuk fikir supaya apa yang kau cakap tak jadi bahan gelak.. bahan kutuk & bahan kritik orang lain. Nak jadi setaz & setazah part time pun biarlah tak fail sangat pasal hukum hakam ni. Sekarang semua orang tengah geli hati dengan ketidak pintaran kau mengomen tu.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAH SETAHUN SEBULAN.. BUAT APA GAMAKNYA?

10/01/2012 08:13:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Sejak menginjak ke setahun ni.. kurang dah entri pasal dia.. dah setahun sebulan lebih dah. Takde sesi canang2 pasal dia.. takde sesi2 tayang2 muka dia kat blog ni.. jadi apa cerita dia sekarang yer??

Syok main jongkang jongkit dengan mummy
Setahun sebulan ni apa perkembangan budak lala tu yer.. Budak lala macam biasa, aktif & sihat. Gigi baru muncul dua batang (Gigi bawah). Belum boleh jalan... tapi sang lekit tak risau sangat sebab lala tak menunjukkan dia ada sebarang masalah sebab dia masih berusaha memantapkan skill2 yang ada untuk berjalan. Mungkin lala tak secepat baby2 lain.. Tapi Insyaallah tak lama lagi berjalan la si lala tu. walau dia masih berjalan dengan berpaut pada sesuatu.. tapi sel2 otak dia dah banyak bersambung. Buktinya trick dia cukup banyak. Kalau dia nak memanjat kat tempat dia tak sampai.. dia dah pandai guna benda2 yang ada sekitar untuk dia jadikan pelapik. Tepi katil ada meja jepun yang kecik tu bapak dia guna letak laptop.. kalau dia nak panjat katil sekarang dia dah tau.. meja & laptop tu la akan bantu dia sampai atas katil. Dan.. pintu bilik kena sentiasa tutup takut di seludup masuk makhluk bernama shahila senyap2 nanti.

Mulut memang bising kat rumah. Pot pet pot pet.. kadang2 dengar macam jepun.. kadang2 macam cina.. kadang2 macam filipina pun ada bahasa dia. Yang penting melodi2 yang keluar dari mulut dia semua tone2 dari bangsa & negera manusia bermata sepet & berkulit putih.. hahahahahaha. Lala dah pandai macam2 benda.. termasuk mengunyah buku ABC.. kalau tak pandai jugak nanti tak tau la.. punya la tekun anak ku belajar sampai kunyah buku la. hehehehehehe. Setiap hari dia akan layan youtube dengan dia punya bapak sebelum tidur malam. Lala ni kalau tak cium ketiak bapak dia.. memang susah sikit nak lena. Siang hari sekarang dia akan tidur tempat yang ada bau bapak dia la. Lala ada perangai yang sang lekit kadang2 geram.. dia kalau baru2 pejam mata dia punya berguling.. aduhai. habis semua orang dia sepak. sementara dia nak betul2 nyenyak tu memang mak bapak dia jadi bola la sekejab.
Budak kecik tengah membesar

Makan lala.. bertambah mengikut umur dia jugak. semakin besar semakin banyak. Lala tak di ajar untuk mengunyah cikedis dalam umur dia sekarang. Memang totally lala makan apa yang mummy dia sediakan saja. Mummy dia pun ada azam tak nak ajar lala makan makanan ringan, cukup la dengan badannya yang ringan. Kecik lala kecik yang sihat. Jadi.. jangan risau tiba masanya dia akan besar jugak.

Sepanjang setahun 1 bulan bersama lala.. adalah 1 detik yang sangat2 menyeronokkan lebih2 lagi sekarang. Keletah dia memberi senyuman di bibir & di hati. Dulu risau rasa macam tak berapa yakin nak jadi mak orang.. tapi sejak lala lahir & jadi cikgu & ajar macam mana nak jadi mak orang, rasa dah semakin tahu & semakin jadi mak orang. Jadi jangan risau bakal2 ibu.. kerana lahirnya anak itu bersama ilmu untuk jadi seorang ibu. Kita akan terus belajar & belajar menjadi ibu demi anak kita.

Kipas susah mati Upin Ipin.. kalau x cium skrin TV tu tak feel kata lala tengok upin ipin.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com