ARTIS BOLLYWOOD Aamir KHAN TUNAIKAN HAJI

22.10.12 Suria Lekatlekit 9 Comments

Sebelum ni memang sang lekit tak pernah dengar mana2 lagi artis bollywood yang mengerjakan ibadah haji tapi sang lekit tak berani cakap Aamir Khan artis pertama buat macam tu. Yelah... mungkin sebelum ni tak perasan mana2 surat khabar tulis pasal artis bollywood yang pergi haji, kan??

Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.(rujuk kat SINI untuk artikal penuh)

Apa yang best sangat kalau dia pergi haji sampai kau nak up entri ni sang lekit?? Kau gila traffic blog ker?? Gila la jugak.. sebab konsep menulis blog nak ada ramai yang membaca. Jadi setakat gila pengunjung blog tu normal la bagi setiap blogger tapi apa yang sang lekit nak komen momen pasal Aamir Khan pergi haji ni lebih dari itu la..

Ok.. kita sedia maklum kalau artis bollywood ni yang muslim ke non-muslim ke kalau berlakon kena buat semua watak. Kebanyakkan watak2 dorang beragama Hindu walaupun artis tu muslim. Dorang tetap melakonkan adengan menyembah berhala & upacara keagamaan agama lain. Memang dorang tak sensitif & kisah sangat pasal tu, kan??

Aamir Khan yang menemani Mak dia sekaligus membuat ibadah haji tu harap lepas ni kalau berlakon takde lagi ambil watak2 macam tu la. Dah pergi sana, tunaikan ibadah haji, dah mohon keampunan dari Allah atas dosa2 silam.. Harap Allah pun bagi petunjuk & hidayah kepada dia la sekembalinya dia dari mengerjakan ibadah haji tu.

Bila kita tengok filem2 hindustan ni.. yang muslim pun dok berlakon sembah Berhala bagai memang meremang jugak bulu roma atas ketaksuban dorang meraih populariti & kekayaan. Mujur kat Malaysia tak terbuka sampai macam tu sekali Kalau tak.. tak mustahil ada artis yang konon open minded sangat sanggup buat macam tu. Mana kita tahu kan.. sebab tak di bolehkan ia tak berlaku. Cuba di bolehkan macam bollywood sana.. alih2 keluar komen "saya cuma buat kerja & memberi sepenuh komitmen pada kerjaya saya & tak berniat melakukan semua tu sebab nak sakitkan hati mana2 pihak"... betul tak??

** Nak iPad tapi takde duit nak beli. Ni ada orang nak bagi iPad free.. Clik kat sini kalau nak >> iPad Free <<

9 comments:

  1. biler la turn datuk shah rukh khan kan..

    ReplyDelete
  2. die pun dah cukup tua nak belakon kot?

    ReplyDelete
  3. yuk daftar haji yuk... di tabung haji... salman dah dpt undangan.. kie ni ntah bila la... kena usaha lebih...

    ReplyDelete
  4. tulah kdg payah nak jawab tang ni bila anak2 tanya !

    ReplyDelete
  5. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete
  6. Amin. Moga Allah swt kasi petunjuk kat dia.

    ReplyDelete
  7. x sabar nak tunggu SRK g haji plak

    ReplyDelete
  8. kalu dah sembah berhala tu..x kira la utk berlakon ka..suka2 ka..maksudnya dh syirik la..selalu nmpk salman khan ja pegang watak2 sembah berhala dan upacara hindu..tpi artis2 lain pn bnyk jugak menyerupai upacara lain mcm upacara kahwin hindu smpai kena keliling api bagai..semoga Allah hindarkan kita drpd syirik.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!