DAH SETAHUN SEBULAN.. BUAT APA GAMAKNYA?

1.10.12 Suria Lekatlekit 11 Comments

Sejak menginjak ke setahun ni.. kurang dah entri pasal dia.. dah setahun sebulan lebih dah. Takde sesi canang2 pasal dia.. takde sesi2 tayang2 muka dia kat blog ni.. jadi apa cerita dia sekarang yer??

Syok main jongkang jongkit dengan mummy
Setahun sebulan ni apa perkembangan budak lala tu yer.. Budak lala macam biasa, aktif & sihat. Gigi baru muncul dua batang (Gigi bawah). Belum boleh jalan... tapi sang lekit tak risau sangat sebab lala tak menunjukkan dia ada sebarang masalah sebab dia masih berusaha memantapkan skill2 yang ada untuk berjalan. Mungkin lala tak secepat baby2 lain.. Tapi Insyaallah tak lama lagi berjalan la si lala tu. walau dia masih berjalan dengan berpaut pada sesuatu.. tapi sel2 otak dia dah banyak bersambung. Buktinya trick dia cukup banyak. Kalau dia nak memanjat kat tempat dia tak sampai.. dia dah pandai guna benda2 yang ada sekitar untuk dia jadikan pelapik. Tepi katil ada meja jepun yang kecik tu bapak dia guna letak laptop.. kalau dia nak panjat katil sekarang dia dah tau.. meja & laptop tu la akan bantu dia sampai atas katil. Dan.. pintu bilik kena sentiasa tutup takut di seludup masuk makhluk bernama shahila senyap2 nanti.

Mulut memang bising kat rumah. Pot pet pot pet.. kadang2 dengar macam jepun.. kadang2 macam cina.. kadang2 macam filipina pun ada bahasa dia. Yang penting melodi2 yang keluar dari mulut dia semua tone2 dari bangsa & negera manusia bermata sepet & berkulit putih.. hahahahahaha. Lala dah pandai macam2 benda.. termasuk mengunyah buku ABC.. kalau tak pandai jugak nanti tak tau la.. punya la tekun anak ku belajar sampai kunyah buku la. hehehehehehe. Setiap hari dia akan layan youtube dengan dia punya bapak sebelum tidur malam. Lala ni kalau tak cium ketiak bapak dia.. memang susah sikit nak lena. Siang hari sekarang dia akan tidur tempat yang ada bau bapak dia la. Lala ada perangai yang sang lekit kadang2 geram.. dia kalau baru2 pejam mata dia punya berguling.. aduhai. habis semua orang dia sepak. sementara dia nak betul2 nyenyak tu memang mak bapak dia jadi bola la sekejab.
Budak kecik tengah membesar

Makan lala.. bertambah mengikut umur dia jugak. semakin besar semakin banyak. Lala tak di ajar untuk mengunyah cikedis dalam umur dia sekarang. Memang totally lala makan apa yang mummy dia sediakan saja. Mummy dia pun ada azam tak nak ajar lala makan makanan ringan, cukup la dengan badannya yang ringan. Kecik lala kecik yang sihat. Jadi.. jangan risau tiba masanya dia akan besar jugak.

Sepanjang setahun 1 bulan bersama lala.. adalah 1 detik yang sangat2 menyeronokkan lebih2 lagi sekarang. Keletah dia memberi senyuman di bibir & di hati. Dulu risau rasa macam tak berapa yakin nak jadi mak orang.. tapi sejak lala lahir & jadi cikgu & ajar macam mana nak jadi mak orang, rasa dah semakin tahu & semakin jadi mak orang. Jadi jangan risau bakal2 ibu.. kerana lahirnya anak itu bersama ilmu untuk jadi seorang ibu. Kita akan terus belajar & belajar menjadi ibu demi anak kita.

Kipas susah mati Upin Ipin.. kalau x cium skrin TV tu tak feel kata lala tengok upin ipin.

11 comments:

  1. Nice family :) btw SM done follow sini. jemput singgah ke blog kalau sudi ;)

    ReplyDelete
  2. Nice family :) btw SM done follow sini. jemput singgah ke blog kalau sudi ;)

    ReplyDelete
  3. ololo omeyy..skrg ni ecah tgh blaja bahasa jepun..tolong ajar akak bahasa jepun yangg...hahah..filipina xmo:p

    ReplyDelete
  4. nasib baik tak masuk skali dlm skrin tv

    ReplyDelete
  5. semoga semakin bijak dan akan membanggakan mummy n daddy ye Lala..

    cik lekit ibu hebat!!sila makan madu setiap hari untuk tenaga yang maksimum!!

    ReplyDelete
  6. aloooo2...comel jer nak kena cium dulu skrin TV baru leh feel tgk upin & ipin... ;)

    ReplyDelete
  7. Pelukcium untuk si Lala boleh?

    ReplyDelete
  8. he he time ni paling best jd kawan main!

    ReplyDelete
  9. Hahaha fanatic gila tu..smpi cium tv..kelakar tul..

    ReplyDelete
  10. alahai...
    kejap je dah semakin membesar budok mata comel ni..
    series..cma berkenan sungguh ngan mta yg menggoda itewww...

    hihi..sabar ye mummy..slow2..tp pandai...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!