DIET YANG TAK MENYEKSAKAN DIRI

4.10.12 Suria Lekatlekit 14 Comments

Bak kata pepatah cegah sebelum terjadi.. kalau terjadi rawat sebelum parah.. Dari sikit boleh jadi bukit. Kalau duit kita boleh la terima pepatah sikit sikit lama2 jadi bukit. Jadi dari sikit kita boleh menabung sampai jadi banyak tapi kalau lemak.. dok biar sikit2 lama2 jadi bukit.. rasanya bukan bukit dah.. gunung ganang boleh boleh jadi.. ye tak??

Dulu masa sebelum kawen.. sebelum ada anak.. orang selalu cakap. Badan macam hang ni kalau dah kawen & ada anak pun susah nak gemuk. Jenis badan kecik. Tu dari sudut pujian.. dari sudut kejian pun ada... Badan hang ni kecik sangat macam mana la nak kawen. Kalau kawen pun susah nak dapat anak ni @ susah nak beranak ni. Tu dia.. manusia yang cuba mencipta hukum sendiri. Tapi semua tu tak buat sang lekit down pun..

Kisahnya bukan kisah puji mengeji ni.. kisah selepas lala merangkak ke umur setahun. Lala membesar dengan gaya slim tapi mak dia pun tak nak kalah mula membesar bagai juara gitu. Badan tu di akui sedikit chubby berbanding dulu tapi masih di tahap ideal.. cuma yang tak berapa ideal ni tang perut. Sedih tau.. tiap kali nak keluar 5 6 pasang baju pakai lepas buang.. dari size xs dah naik s sekarang dah hampiri M. Ni tak boleh jadi.. sebelum berkembang mekar setaman.. biarlah kembang sekuntum ni di benteras dulu. hahahahahahahaha

Yang paling penting perut kena slim.. maka bermula sesi menyapu Losyen mustajab pati halia extrahot 2 kali 1 hari dan berpantang makan nasi & minum ais. Selama seminggu sang lekit amalkan semua tu.. Alhamdulillah tang perut tu dah nampak sikit hasil walau tak berapa rata sangat lagi tapi dah kempis la sikit. Bagi sang lekit tak makan nasi & tak minum ais takde la jadi dugaan besar sangat sebab sang lekit kat rumah sebelum ni pun kadang2 bukan makan nasi sangat pun. Bab minum ais memang sebelum ni hari2 ada jugak minum air sejuk even tak banyak.. tapi sekarang memang tak minum langsung pun takde sampai meleleh air liur tengok ais. Ok jer.. sebab sang lekit dah biasa minum air panas.. cuma sang lekit kurangkan air bergula & banyakkan minum air suam. Pun tak jadi masalah. Kiranya daku ni kalau nak diet takde la seksa sangat la yer.. sebab semua pun boleh tahan.. hahahahahahahaha

Merasa kali pertama dalam hidup buat diet tapi Alhamdulillah takde la terseksa macam pengalaman2 orang yang pernah sang lekit dengar. Cuma bila tak serius & nampak bakal jadi serius tu elok la di rawat segera supaya tak sengsara sangat nak balik ke bentuk asal. Ni bila badan dah mekar setaman astakona.. baru mengelupur nak diet, mana tak sengsara. Bukan takat badan.. duit pun turut menderita tau. Jadi mari kita mula amalkan pemakanan yang sihat.. memang yang sihat tu kadang2 tak berapa lazat. hehehehehehe

14 comments:

  1. saya kalau perut masuk angin baru pakai losyen mustajab tapi bukan perisa red hot ler

    ReplyDelete
  2. ni sesuai untuk org yg gemuk suam-suam kuku je Akak Lekit... hehe

    ReplyDelete
  3. losyen ni saya pun pakai masa baru bersalin aritu.. sebab operate takleh tungku, sapu losyen ni di kaki dan lengan boleh buat rasa lebih segar...

    ReplyDelete
  4. kita dah lama tak minum ais sgt...sejak menyusukan anak dah terbiase tak minum ais..

    ReplyDelete
  5. tak pernah pki benda tu...ingat utk lenguh2 je.blh sapu buang lemak rupanya jenama tu.br tau...

    bab x mkn nasi tu amat kalah.akak ada gastrik teruk.mmg mkn nasi wajib tiap hari.selamat blh kempis rata pewut ni,sbb mmg pernah dgr ada org x mkn nasi 3 bln sbb dia nk kurus.mak aii seksanya la mereka nk kurus.syafiq menyusu klu x mkn nasi sian lak dia..huhu

    apa pun mmg kena usaha cpt sebelum benjol2 jd bukit, pastu jd besar dah susah nk kurus kan? kadang2 kita tak perasan sbb bkn hari2 timbang

    ReplyDelete
  6. Suka juga ni untuk buang angin

    ReplyDelete
  7. saya pun tengah diet mcm mummy..kih3..tak tau la dah menyusut ke belum badan ni ha..mcam tak reti nak beza..;p

    ReplyDelete
  8. hehehe teringat kat diri nisah yang selalu bertangguh nak diet.. haishhhhh badan dah kembang bagai ni.. adoi laaa (^_~)

    ReplyDelete
  9. try limau nipis ngan kapur sapu kat perut...mujarab jugak...<--- penah cuba separuh jalan...=)

    nak jugak ikut diet..tp disiplin tak kuat...hehe

    ReplyDelete
  10. salam abby... ^_^

    oh losyen pati halia..teringat mase mula2 bersalin kan anak 1st dulu.. mmg tala losyen ni ja la.. haha...

    selamat membakar lemaks2

    ReplyDelete
  11. i enjoyed the story as well. it
    was pretty cool the way you used to. diet ini memerlukan tekad dan tahap kesabaran yang tinggi. u know, i''ve been gaining weight too quickly since a month ago...tapi tidak terfikir untuk diet bagai since Arisha kurang sabar and i can't control my cravings. hahahahaha.

    ReplyDelete
  12. Diet yg bagus kak lekit..teruskan!!heee

    ReplyDelete
  13. huaaaa rara pon nk jugak beli mustajab ni.sbb lemak lemak x terhapus ag even dlm pantang.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!