JANGAN TERPEDAYA DENGAN JALAN JALAN CARI MAKAN

15.10.12 Suria Lekatlekit 19 Comments

Tajuk hangus ni tak takut kena saman ke?? Takut la jugak tapi demi membongkar satu rahsia yang besar & yakin takde sapa berani saman sang lekit yang kental lagi kenyal ni maka sang lekit tetap nak menulis pasal ni. Ada ku kesah???

Beraninya kau lekit.. Demi menyatakan kebenaran, aku berani. Hahahahahahahaha... Ok.. ok.. tanpa membuang masa apakata kita ke topik sebenarnya. Tak payah nak gimik sangat la lekit Ooi! Apa yang di perdaya tu wahai sang lekit oleh rancangan jalan jalan cari makan tu?? Ni la nak cerita. Semalam kan hari ahad.. bila hari ahad pukul 12 tengahari di TV3 ada rancangan jalan jalan cari makan yang pengacara dia sekarang Iqram Dizly. Sambil santai2 di hujung minggu bersama anak & suami serta pelawat tetap rumah kami iatu Acu (adik sang lekit) kami pun menonton tv bersama sama.
Carian Google

episod semalam ada memperkenalkan satu restoran Anje nasi berani Gam, Johor. Nampak nasi beriani tu macam best jer... berserta menu2 lain macam mee rebus, soto, laksa johor & ada beberapa lagi la menu sampingan selain menu utama nasi beriani. Mengalah mak buyung mengidam daku ni tengok nasi beriani teringin pula nak makan. Diet pun dah kelaut bila tengok Iqram dok jamu nasi beriani tu. Apa lagi maka ajaklah tukang bawak (asben) terjah kesana. Rezeki la kot.. sebab sayang bini dia takde dolak dalih setuju je. Petang tu kita pun bertolak la dari rumah nun ke bangi sana. Sampai dah dekat2 pukul 5.. dah hujung2 masa jugak sebab restoran tu tutup pukul 7.30 pm. Tapi time tu still ramai lagi yang datang ,makan. Berbaris jugak la nak order sebab restoran tu berkonsep layan diri macam kat kedai mamak jugak.

carian Google.. (takde mood la nak amik gambar sendiri)

Menu lain semua dah habis tinggal yang ada last2 kopek tu cuma beriani ayam.. yang ada part dekat wing tu je.. dah tu ngam2 ada 2 ketul je pun ayam tu. Nasib baik la tukang bawak kalau ayam part lain selain dada dia memang tak makan.. Acu yang mula2 nak makan mee rebus terpaksa makan nasi beriani jugak la sebab dah takde pilihan. Datang jauh2.. maka makan jugak la. Dah la jauh.. Nasi beriani ni setakat boleh telan je. Tak sedap manapun. Ok.. ok je.. berbanding kita tengok iqram makan dalam JJCM tu.. berselera benor kan??

Carian google.. (lebih kurang camni la hidangan beriani dia)

Nak salahkan JJCM & Iqram pun tak boleh.. dorang hanya menjalankan tugas. Orang dah jemput datang makan & promosi restoran dorang takkan la Iqram tu nak makan lepas tu komen tak sedap walau tak sedap sekalipun. Mesti la kena cakap sedap. Untuk tekak sang lekit, asben & Acu bagi kami biasa je... Tak berapa berbaloi drive jejauh la semata2 nak makan Nasi beriani yang rasa ok ok camtu je. Kat sungai buloh pun rasanya kalau nak makan nasi beriani macam tu kalau di cari jumpa jugak. Ntah2.. boleh jumpa yang sedap cuma tak masuk JJCM jadi orang tak tau.

Alang kepalang sampai kajang... maka singgah sebentar menikmati satey kajang pun yang ok ok je rasanya. Tak singgah restoren satey kajang hj samuri pun.. makan gerai2 biasa je. Kiranya episod Jalan jalan cari makan family kecik kitorang semalam semua makanan yang kita makan cuma dapat Vote ok.. ok.. je. Kalau kat sekolah cikgu bagi C. Sekadar pas bukan terbaik & cemerlang la rasanya.

P/S : Lain tekak lain selera.. maybe bagi orang lain sedap kot.

Yang minat dengan DUIT, jom sign Up.. Tak payah modal apapun. Bukan blogger pun boleh Clik kat >> SINI <<

19 comments:

  1. ITULAH..mgkin diorg rasa sedap kowt!

    ReplyDelete
  2. Tgk ikram mkn smpai berpeluh.hehe

    ReplyDelete
  3. tgk ikram mkn sampai berpeluh.

    ReplyDelete
  4. uihh... mudahnyer terpengaruh... terus terjah tuu... hahaha...

    ReplyDelete
  5. Bila dah kluar JJCM, kedai pon penuh luarbiasa. Cuba klo tak masuk JJCM, bley kira agaknya pelanggan yg dtg.

    Petang smalam pon somi saya gi terjah kedai nih. Perghhh...dia kata ramai btul org beratur. Trus cancel.

    ReplyDelete
  6. careno.. bukan selalu pun terpedaya. ntah napa semalam tgk nasi beriani rasa teringin lak nak makan... hahahahaha

    fiza.. takpe lain kali blh pegi. Tak tau la tekak fiza kot2 rasa sedap

    ReplyDelete
  7. Tulah kan, bila nengok dia makan beria2 macam sedap sangat gamaknya..

    ReplyDelete
  8. err..betul la..kdg-kdg yg masuk tv tu bkn sedap mane pun..hehhee..

    ReplyDelete
  9. Dulu restoran anje dekat serdang pun ada bukak jugak. Tapi sekarang dah tutup dah. Tak tau apa pasal...

    ReplyDelete
  10. Kadang derang phn main amik je kot hehhe. Pernah tgok shooting jkcm di kedai sup di sg besi

    ReplyDelete
  11. salah masak kot masa ni...huhu

    ReplyDelete
  12. Rasanya rancangan Best in The World kat 8tv lagi best daripada JJCM. Ada satu segmen tu Razif pergi Kedah. Rasa nak gelak juga masa dia pekena Nasi Royale.

    Sepupu saya yang datang dari Selangor kerja kat Kedah pun dah jadi ketagih nasi Royale.

    ReplyDelete
  13. ala diorang dibayar untuk makan sedap ke tak sedap belakang citer.....

    ReplyDelete
  14. sedap itu kan subjektif. u datang waktu tak kena lah tu. ramai orang mksudnya sedap. makanan dah tentu nak habis kalau ramai orang.

    ReplyDelete
  15. mungkin u datang tak kena masanya. sedap itu kan subjektif..so terpulang kepada masing2 punya lidah. yang penting orang melayu berniaga.

    ReplyDelete
  16. anje ni salah satunye je beriani kt bangi. raseye so2..cume harga ok la. still puas kalau mengidam sgt. boleh cuba beriani ghazal depan pkns, atau mat top blkg pkns bangi. tu pun boleh tahan. dan merujuk kpd sate, samuri bkn lagi yg paling sedap. tpi utk org luar, terpakse la syorkn samuri sbb tu imej kjg. baik lagi cuba sate willy.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!