MITOS DEMAM TUMBUH GIGI

23.10.12 Suria Lekatlekit 6 Comments

Bagi ibu - ibu yang kali pertama menimang cahayamata ni.. itulah pengalaman pertama dari sejak dalam kandungan sampai la lahir & membesar. Salah sorang mak itu adalah sang lekit. Mak budak dengan sorang anak dara 1 tahun, 2 batang gigi bawah & 2 batang gigi atas baru nak jenguk dunia. Banyak benda yang sang lekit tengah belajar & masih belajar tentang anak yang tengah membesar ni.

Lala dah setahun 2 bulan.. baru ada 2 batang gigi bawah & 2 batang lagi gigi atas tengah tumbuh.. Alhamdulillah masa 2 batang gigi pertama dia tu dia x mengalami sebarang demam atau apa2 kejadian yang selalu orang tua2 kaitan dengan proses tumbuh gigi ni. Selalu sangat la kita dengar & dah sinonim dengan kepercayaan kita bahawa kalau budak2 baru tumbuh gigi tu normal la kalau dia demam, cirit birit & meragam bagai sebab proses tu sedikit menyakitkan baby. Betul ke? atau sekadar kebetulan..

Lala & giginya

Sang Lekit pun search la pasal tu. Biasa la dunia hujung jari ni berguru dengan google je la. Hasil menuntut ilmu dengan cikgu google yang sang lekit dapat adalah..
Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor. (Rujukan di SINI )


Jadi kalau baby2 kita demam tapi dalam pada masa yang sama ada tanda2 gigi dia nak muncul jangan kita berpegang sangat dengan kepercayaan orang dulu2 yang di turunkan secara turun temurun kepada kita sakit yang datang tu salah satu proses tumbuh gigi sampai taknak bawak gi klinik atau hospital check up dulu. Bukan apa takut ada perkara2 yang tak di ingini berlaku. Zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu.. banyak pencemaran & anak2 kita terdedah pada semua tu. Jadi elok la kita cegah sebelum parah.. ye tak??

6 comments:

  1. owh bgitu rupanya..thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. comelnye lala ni..

    dah ade gigi eh..pasni keje nye nak menggigit je la..hehe..

    ReplyDelete
  3. hai cik lala bergigi 4 batang :)
    comel giteww..

    huhu.. bab2 ni bkn kepakaran den..tp mmg mmg perasan seri dan faiz, bila nk berubah bulan@ nk cathup belajar sesuatu mesti demam!

    baru2 ni faiz demam..elok dari demam,alhamdulillah..dah semakin petah/lancar bercakap.kami suami isteri pandang sesama sendiri.. huhuhu.

    nice info :) tq for sharing

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!