BAPAK DIA KATA NAJWA LATIF ANAK DERHAKA

5.12.12 Suria Lekatlekit 11 Comments

Si bapak keluarkan statement anak derhaka.. si anak yang bergelar retis tu balas balik kat twitter cakap walau dia diam tak bagi komen tak bermakna dia bersalah.. Komen jugak la tu walau kata nak diam je tak nak cakap apa2.

Pinjam Beautifulnara punya ni

Masalah anak beranak kalau sampai ke media.. dah jadi macam masalah pulak pada semua orang yang baca & tahu. Jangan salah orang kutuk, kritik & tegur.. sebab puncanya dari anda2 semua jugak la, kan?? Bapak pun bapak la.. tahap marah lagu mana tak tau la sampai telepon wartawan cerita anak dia ni tak mau jenguk dia langsung, sampai dia pi & balik mekah pun takdak sorang anak dia datang jenguk. Kalau ya pun anak tak peduli pi bawak bincang dengan bekas bini.. kalau tak boleh nak bincang dengan bekas bini tentang masalah anak - anak pi berdepan sendiri dengan anak - anak bukan telepon wartawan suruh jadi orang tengah.

Pi mai pi mai.. anak sapa?? Benih dari mana? Keturunan sapa?? Yang paling penting sapa yang nak malu?? Bukan anak ja malu.. sekali dengan mak bapak pun malu. Semua orang tau kegagalan anda mendidik anak sehingga sanggup menderhaka kepada bapaknya sendiri. Sungguh si anak salah.. Si bapak takkan la nak buka aib anak sekaligus buka aib sendiri jugak.

Lagu ni la Pak Latif & anak anaknya Najwa Latif & kakaknya Ika Latif.. apakata hangpa bertiga pi bersemuka. Pi mai pi mai.. pak hangpa jugak. Buruk baik jahat mulia.. hangpa mustahil boleh tukaq binti nama bapak lain selagi hangpa bernama anak dia & hakikat hangpa anak dia tu takkan boleh di ubah sampai bila - bila. Selagi pak dok ada tu.. Kalau salah tang memana.. minta maaf la. Walau syurga di bawah tapak kaki ibu pun.. derhaka kat bapak pun tak menjamin syurga jugak.

Pada yang bergelar anak tu termasuk diri sendiri walau dah jadi anak yatim (boleh ke di gelar anak yatim lagi ni??) hargai orang tua selagi kita mampu melihat mereka bernafas di bumi ni supaya takde kesalan yang takde kesudahan bila mereka dah takde lagi. Mak bapak mahupun anak2.. kita semua manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan tapi bukan kesilapan tu yang memutuskan hubungan antara mak bapak & anak. Siapapun kita hari ni.. bermula dari kita yang di lahirkan dari rasa cinta & kasih sayang mak & ayah. Siapapun kita hari ni.. hidup kita bermula dengan kenal ibu & ayah & kasih sayang mereka sebelum kita kenal gitar & lagu dan popular & glemer.. kan??

P/s : Moga ada pendamaian antara anak & bapak ni. Kalaupun dia keluar statement macam tu tapi tetap cerita jadi panjang sebab dia mengambarkan sesuatu secara simbolik, kan?? Jadi dari orang terus tanya & cakap ada lagi baik selesai cara anak beranak

P/S : Kalau nak tau kes Najwa Latif ni korang search je la.. Malas nak cari link dah.Tadi pun terbaca kat mana ntah.. hahahahaha

11 comments:

  1. Kakak , berita pasal NL ni memang dah tersebar luas . Erm actually NL ni senior Faie , Kalau dekat sekolah tu dia pndai smbunyikan ape yg berlaku , and kitorang yang jadi sch mate die pon tak berani nak ckp ape2 sebab nak jage hati dia kan . .
    So , kite doakan yg terbaik utk NL ^ ^

    ReplyDelete
  2. Sikap mak pak la yang sebenarnya buatanak ni jadi derhaka..bila anak ni nampak satu2 penganiayaan yang ayah nya buat,mesti sikit tak banyak,rasa hormat tu terhakis..apa pun,kita bukan tau cerita sebenar depa ni..rasanya tak elok la pak dia dok sebar2 masalahkeluarga sendiri.sebab cara ni akan buat anak lagi meluat..

    ReplyDelete
  3. hi..salam khamis! fikir yg positif =)

    Hop in to our lamBLOGghini!
    Art, deco.,pre-loved, tips, accessories and lots more!
    www.qiostestblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. anak-anak
    cermin mak bapak !!

    masing2 ada peranan masing2.
    tidak perlu buka aib mana-mana pihak.
    terbuka pekung di dada, nanti malunye sendiri sampai ke mati ..

    ReplyDelete
  5. Mungkin dia rindukan sgt anak dia, tu yg sampai beritahu wartawan, terlepas ckp kot. Wartawan pun apa lagi, tunggu peluang nak lakukan majalah atau paper.
    Soal peribadi rasanya tak perlulah nak tweet, talipon jah.

    ReplyDelete
  6. tulah bahana ibubapa bercerai.

    please follow my blog
    http://themaficyber.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. btul tu,anak beranak kot. selesai cara anak beranak sudah..tak perlu la media bagai ni.. peace.

    ReplyDelete
  8. jahat mna pn bapak dia,dosa dia tetap bpak dia tnggung slagi NL x mnikah lg..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!