KERANA.. PEREMPUAN BODOH, JANTAN KEJAM & ANAK PUN MATI

12/26/2012 10:35:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Biarpun anak orang.. tengok budak2 yang seusia 2 tahun, tergamak ke kita nak belasah macam rakan sebaya? Kita bukan rakan sebaya budak 2 tahun kalau umur dah 27 tahun. Kudrat & tenaga tak sama dengan budak 2 tahun lebih2 lagi kudrat seorang lelaki berusia 27 tahun yang nak ajak budak 2 tahun bergusti. Keupayaan budak 2 tahun nak melindungi diri.. memang takde. Setakat budak 2 tahun boleh la kau belasah sampai mati.

Kes Boipren mak dera anak bukan kes yang baru kita dengar kat Malaysia. Rasanya dah berkali2 jugak kes ni wujud di negara kita. Konon dia sayang anak kau macam anak sendiri la sampai ko percaya bagi dia jaga anak ko. Selagi anak ko hidup.. gamaknya ko tak amik pot sangat lebam sana sini kat badan anak ko tu. Kes terbaru ni buat sang lekit sangat2 geram dengan mak arwah kanak2 2 tahun yang meninggal sebab di dera boipren mak dia. Menurut cerita nenek kepada mangsa dera tu.. Pernah tanya & tegur bila dia tengok kat badan cucu dia penuh lebam2 & sampai jadi pertengkaran tapi perempuan bodoh tu nak coverline kot cakap anak dia jatuh motor. Mustahil dia tak tahu.. nampak sangat macam ada sesuatu dia nak sembunyi.

Tindakkan paling bodoh di perempuan tu buat adalah lebih percayakan boipren dia dari mak sendiri sedangkan rasanya dia sedia maklum mak dia jauh lebih baik & sayang anak dia dari boipren dia tu. Kenapa ko tinggalkan jugak budak tu kat jantan kejam tu walau ko sendiri nampak sebelum anak ko meninggal anak ko agak trauma bila ko cakap nak tinggalkan dia dengan jantan gila tu. Sekarang kau cakap nak keadilan kat anak ko.. Dei! pompuan.. Keadilan pun tak dapat bayar segala kesakitan & ketakutan anak ko apatah lagi nyawa dia dari tindakkan banggang ko tanpa sempadan tu. Tapi sebagai negara yang berundang undang.. harus di beri keadilan jugak la. Takkan nak lepas jantan tu macam tu jer, kan??

Memang ajal & maut semua ketentuan Allah tapi kebodohan seorang perempuan & kekejaman seorang jantan yang takde perikemanusian tu akan di ingat sampai bila2 lebih2 lagi ahli keluarga mangsa. Moral of the story... ingat pantun lama ni supaya kita sentiasa berhati2.. Anak enggang.. enggang juga, mana sama anak tenggiri, anak orang.. orang juga, mana sama anak sendiri. Sayang orang pada anak kita belum tentu sama level dengan kita sayang anak sendiri. Biarpun tak semua macam tu.. tapi beringat la sebelum terjadi. (Rujukan di SINI )

Jom kita tengok antara keratan akhbar bayi yang menjadi mangsa dera boipren mak dia



Carian Google

Moga jadi peringatan pada semua ibu2 tunggal.. Anak adalah anugerah & masa depan kita dunia & akhirat bukan boipren, ok!

13 comments:

  1. Memang bodoh perempuan tu. Pastu nak nangis2 bila anak dah tak bernyawa. Menyesal pon dah tak guna lagi.

    ReplyDelete
  2. tu lah masalah dengan kita sebagai perempuan, sayang tak bertempat. yang jadi mangsa zuriat sendiri. bagi saya, bf boleh ganti tapi tak anak sendiri!

    ReplyDelete
  3. cinta punya pasal agaknya. bila anak dah tak ada baru nak menyesal. ish3.

    ReplyDelete
  4. akak pun geram gak Suria... memang bawaudalha tol!

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak bagi kepercayaan pada seorang lelaki bila berkaitan anak2. Sedangkan anak sendiri pun ada yg kena dera inikan pulak anak yg tak dak kena mengena dgn dia.

    ReplyDelete
  6. salam abby..
    alahai..sian kat budak ni..
    hmm..tulah dia manusia sekarang ni.. dah makin umat akhir zaman..

    ReplyDelete
  7. trend ke sekarang ni kalau janda ada anak, boyfriend yang kena jaga anak dia..??
    entah apa2entah...

    ReplyDelete
  8. kerana nafsu si ibu untuk bersama lelaki lain - anak jadi mangsa sepatutnya biar anak besar ni bila anak dah mati baru nak menyesal.

    ReplyDelete
  9. ntah la si ibu patutnya tahan nafsu tu puasakan nafsu untuk berlaki lagi - biar anak besar baru kahwin. ni tak anak dah mati baru nak menyesal.

    ReplyDelete
  10. dah banyak kes..tapi ibu muda yg menjanda ni tetap tak serik2..anak kecik2 lagi pun dah sebok nak cari pengganti pastu anak diabaikan..apa salahnya besarkan dulu anak tu..hmmm..ntah la mummy..saya tak suka bila dengar berita camni..walaupun saya belum kawen dan takde anak lagi, tapi saya kesian kat nasib2 anak2 kecil yg jadi mangsa kekejaman orang macam depa ni..

    ReplyDelete
  11. Jaga lh ank dulu barulh cari pngnti ....ni tk ank kcik2 dh sibuk mncari pngnti...dh jd mcm ni bru mnyesal ...skrg ank dh tkde carilh pngntinye .....dh bnyk kes trjd mcm ni smua gara2 si ibu syg sgt kt jntan nywa ank mlayang....!!

    ReplyDelete
  12. Jaga lh ank dulu barulh cari pngnti ....ni tk ank kcik2 dh sibuk mncari pngnti...dh jd mcm ni bru mnyesal ...skrg ank dh tkde carilh pngntinye .....dh bnyk kes trjd mcm ni smua gara2 si ibu syg sgt kt jntan nywa ank mlayang....!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com