KESAN SCOTT'S EMULSION PADA BUDAK 1 TAHUN

7.12.12 Suria Lekatlekit 21 Comments

Shahila dua tiga hari ni tak nak makan. Puas dah buat macam - macam. Ada yang kata dia dah taknak bubur.. perlu bagi nasi. Dah buat. Pun tak nak makan. Dah cilok resepi kat internet..  masak je apa yang dia boleh makan pun tak jalan. Risau hati mak ni nak..

Bila shahila tak nak makan.. mak dia turut sama hilang selera makan. Haritu masa proses tumbuh gigi2 pertama pun dia tak nak makan.. lepas 6 batang siap sedia terpacak dalam mulut tu selera makan dia kembali & badan dia pun naik sikit. Pipi pun ada pau sikit. Tapi sejak dia pandai berdiri & nampak macam nak menapak setapak dua ni.. Terus selera makan dia takde. Risau la jugak takut kurang zat sebab lala ni budaknya aktif sangat. Asyik minum susu je pun tak cukup jugak untuk keperluan harian dia sebab dia dah setahun 3 bulan kan..

Risau.. anak ok mak pulak kena admit wad sakit jiwa sebab terlebih risau anak taknak makan maka semalam kami tiga beranak pergi la mencari apa2 yang patut untuk budak shahila tu. Pergi guardian kat The Store sg buloh tu.. Tak banyak produk suppliement untuk budak satu tahun.. banyak yang ada dalam bentuk tablet. Mana mau nya nak mengunyah.. yang ada time tu scott's emulsion je dalam bentuk cecair. Tanya akak yang keja kat situ.. dia kata scott's emulsion pun boleh membantu menaikkan selera makan budak2.. takpe la try la dulu. Sempat capai jugak gripe water sebab orang cakap benda tu pun boleh bagi budak2 selera makan. Untuk shahila malam semalam tu dua barang tu je la.. Selebihnya mak bapak dia.. lebih sikit mak dia la. kekekekekeke


Balik tu sebab nak test power shahila suka ke tak scott's emulsion perisa oren tu try bagi dalam 6ml. Kalau ikut sukatan untuk budak 1 tahun ni kat kotak tulis 15ML. Lepas minum scott's emulsion tu.. sejam macam tu dia berak setelah 2 hari tak berak sebab kurang makan. Berak ok je tak sembelit. Tu antara kebagusannya la. Lepas tu dia punya aktif sampai pukul 2 pagi baru nak tidur. Memang betul2 memberi energy tambahan pada budak lala ni. Selalunya lewat2 pun dia tidur pukul 12 jer. Maka mak dia dapat la moral of the story.. lain kali bagi minum pagi2.. dia aktif siang2 je. Malam dia tak overactive sangat. hahahaha

Pasal makan.. hari ni pujuk + paksa.. makan jugak sikit berbanding semalam tak nak makan langsung. Esok tengok macam mana. Try seminggu dulu, kalau tak berkesan nanti mummy cari vitamin lain yer nak.  Gripe water tak cuba lagi. Nanti la nak cuba bagi.

satu satunya benda yang dia sentiasa berselera adalah jari dia sendiri

P/S : Yang mana ada petua nak bagi tambah selera makan budak ni share2 la yer.. apa2 vitamin @ supplement  @ petua2 semulajadi turun temurun ker.. amat2 memerlukan.

 ** Tip untuk segar selepas bangun pagi & tak rasa mengantuk lagi kat sini >> TIPS UNTUK TIDAK MENGANTUK MASA BANGUN PAGI <<

** Jom main pondok2 kat sini manatau pondok korang dapat TV HD LED & Dapat duit dapur RM10,000 >> Main Pondok2 & Dapat TV HD LED juga RM10,000

21 comments:

  1. biasanya budak seusia tu memang akan hilang selera pada waktu2 tertentu. betul, mcm nak tumbuh gigi, nak berjalan. Tapi, kalau dia tak makan pun, yang peling penting, dia tetap menyusu macam biasa. dia masih menyusu tak?

    *lala, kamu dah besar ^___^

    ReplyDelete
  2. Tak cukup melekat la kot Scoot Emulsion tu.. hehe..nanti selera makan bertambah insyaallah.

    Baca Yuna Meroyan Di Twitter ; http://www.kepohgiler.com/2012/12/yuna-meroyan-di-twitter-bakal-tutup.html#.UMGUClYuyTn

    ReplyDelete
  3. bila dia taknak makan dia lg banyak minum susu.. tak tau la kenapa selera dia xde pada makanan tp susu dia ok jer

    ReplyDelete
  4. sis... apa kata cuba Mealshake dari Shaklee..memang suplement utk kanak-kanak 1 tahun...

    Boleh ke blog saya www.rahsiasihat.com

    ReplyDelete
  5. cbe try 'mealshake' shaklee. ank2 buah sy yg kecik2 pn ada mslh mcm ank akak. tp bila kakak try bg mealshake tu, Alhamdulillah..sgt beselera dorg skrg ni. tp dia x menggemukkan pn.

    bonus, budak2 tu pn jrg dh demam sbb mealshake tu pn build antibody dorg. nk tau lbih, cbe akak google sendiri kebaikan mealshake tu. i'm just sharing ;p

    ReplyDelete
  6. cuba tanya kat org yg kat gurdian or orang yang kat produk tmpt u beli vitamin or supplemen pasal produk yg bagus utk baby u. (: mungkin slera dia tak menentu lagi kot.

    ReplyDelete
  7. rasanya semua budak cm tu kak.bila dorg nk buat sesuatu dorg akan hilang selera.and nasib lala xdmm.

    ReplyDelete
  8. jari memang best digigit waktu kecil dahulu... ;)

    ReplyDelete
  9. bdk2 besar ni mmg kurang selera mkn.. lg2 mkn nasik,cma dulu bg dorang ayam goreng je..huhuh..

    try la meal shake yg mcm blogger2 lain suggest tu.kot2 ade perubahan ..

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Besar dah anak abby ruper nye..
    Alhamdullillah nampak berbahagia bersama lovely hubby dan anak². Krim salam ngan hubby ye.. Dari zaman klasik deejay lekat lekit & irc abbyfunny sampai lah sekarang zaman berblog abby masih melekat dengan identiti "Lekat lekit"

    Masih ingat lagi ke bro Rizal ni?

    Tahniah nice blog.. keep it up.. TQ

    ReplyDelete
  11. mee, meehun dah try nyah? ayam goreng? lauk2?

    ReplyDelete
  12. tak de pengalaman...tak tahu la akan datang cemana lak..

    ReplyDelete
  13. wahh scott emulsion.. tak pernah try.. semoga dik Lala tu sihat ye :)

    jemput singgah blog zakwanzain [dot] com....

    ReplyDelete
  14. salam... anak saya pun mcm lala jugak, hisap jari paling dia suka. tp dah 4 thn umurnya. badan kecik sbb ada masalah kesihatan masa kecik. baru seminggu bg dia makan appeton multivitamin lysine, alhamdulillah, selera makan mmg ada dan sampai mintak2 makan. kesan makan appeton tu, saya bg malam, esok pagi selera dah ada. cubalah bg lala, mana tau, selera dia datang. kalau jumpa nurse yg check up tu, diaorg pun akan suh makan vitamin yg ada lysine,

    ReplyDelete
  15. anak anak sy mkn scotts jugak..alhamdulillah skang dorg jrg kena demam n selsema...

    ReplyDelete
  16. salam akk..dulu ank mcik sy pun ssh nk makan...kisahnya g klinik khairat doktor suh bg dia air garam..(doktor sgt baik tp dh meninggal)..dia kata air garam tu berfungsi untuk buka usus dia...lps bg air garam air alhamdulillah..berselera dia makan..

    ReplyDelete
  17. Betul memang mencabar memujuk anak makan...bila makan kurang mula la kerap selsema batuk dsb..sslah satu punca imun jadi lemah..
    Ads sedikit perkongsian di blog saya 5 superfood umtuk si manja..
    www.mamasyafi.wordpress.com

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!