KISAH KAWAN YANG TAK HINGIN AKU KENANG

27.12.12 Suria Lekatlekit 12 Comments

Kawan Fb ni silih ganti kadang2.. yang lama ada yang remove mungkin menyampah dengan kita,mungkin marah, mungkin rasa kita dalam friendlist dia dah takde fungsi atau mungkin juga dia nak kurangkan friendlist dia yang dah penuh untuk terima kawan2 baru yang baru add. Macam - macam kemungkinan la orang remove @ unfriend kita kat FB. Jadi jangan la touching sangat rasa maca diri kita ni di benci ramai orang padahal antara beribu orang dalam friendlist kita tu yang unfriend mungkin sorang dua.. tak sampai pun sepuluh orang.

Macam tu jugak kat Blog.. kalau tetiba kurang satu dua follower tak payah la semakkan otak, kacau bilaukan jiwa fikir bagai nak gila kenapa orang unfollow kita. Benda ni macam pepatah lama.. patah tumbuh hilang berganti. Pada yang tak suka kita, kita tak boleh halang.. Cuma percaya pada diri, percaya bahawa kita hidup tak bergantung pun pada orang2 yang unfriend @ unfollow kita kat blog & FB atau apa2 je lah. Selama depa tak muncul dalam hidup kita pun.. kita tetap hidup gembira jer kenapa bila depa cuma unfriend & unfollow kita nak rasa macam satu dunia benci kita.

Tapi terasa jugak la kalau yang pernah bernama kawan baik, yang kita kenal dia sebelum kenal ABC.. kiranya kawan baik pertama dalam sejarah hidup kita tiba2 unfriend tanpa sebab musabab, kan?? Terasa ke aku?? Tertanya jer.. Kisah sangat ke aku?? Rasanya kisah silam tu lagi sakit berbanding kisah kena unfriend dengan orang yang pernah jadi kawan baik kat FB. Jadi.. Kesimpulannya, kau dengan hidup kau.. aku dengan hidup aku. Dalam sejarah kita cuma ada janji yang tak terkota. Janji tu pun aku dah lepaskan & redha. Maaf.. entahlah, mungkin maaf tu ada. Kalau pun aku berdendam aku tak pernah rasa ada masa nak membalas & aku pun sebenarnya malas nak layan. Jadi memang takde dendam.. & takde rasa apa2 lagi.

Tu kisah peribadi sang lekit yang di sedut sedikit dalam lubuk hati yang paling dalam & dah lama tersimpan & terkunci mati. Dan kerananya juga... sang lekit jadi seperti hari ni. Yang susah jugak nak percaya kesetian seorang sahabat apatah lagi kawan. Aku mungkin pernah jadi sahabat paling bodoh sebab kesetiaan yang membabi buta tapi semua tu dah jadi sejarah.. syukur dah berakhir. Kalau belum ada ending mungkin aku jadi bodoh hingga hari ni. Jadi tak perlu rasa menyesal sangat walau ada kerugian di masa silam tu. Takpelah.. janji pengalaman tu jadi Guru paling berharga untuk hidup hari ni.

Jadi pada semua yang tiba2 down bila tengok kat blog ada follower unfollow.. kat Fb kena unfriend.. tak payah nak sedih2 sangat. Kalau dia marah kita sekalipun.. sebagai seorang kawan & rasa kalau betul dia kawan elok dia bagi penjelasan bukan pergi macam tu tanpa pesan buat kita pulak rasa macam - macam, kan?? Jadi itu bukan kawan.. kawan tak menyusahkan walau dia tak mampu menyenangkan pun. Kawan bukan hanya cover kesilapan kita dengan pujian.. Kawan macam tu pun cuma buat kita rosak je. Kawan pun bukan sentiasa cari silap kita.. tu namanya nak kita sentiasa rasa kekurangan & hilang keyakinan. Tapi kawan.. macam penampal, kat mana kurang dia betulkan. Tegurlah saya sekiranya saya melampau dalam berkata kata, insya Allah saya terima kalau betul apa katanya.


12 comments:

  1. samalah cam kita...skang kita dah block dia...biarlah dia takde lagi senang...aman idup...

    ReplyDelete
  2. nowadays, it's easy to make friends, but it's difficult to get the best friend and build up a good and long lasting friendship. :/

    for me, to real friends that i know i can always depend on and trust.

    ReplyDelete
  3. adaorang yang klik unfriend sebab rasa bersalah.

    ReplyDelete
  4. Aku tak kisah pun, kadang2 aku tak perasan pun org unfollow aku samada kat blog, fb atau twitter

    punyalah aku tak amik kisah kan nyah. kaedahnya kawan aku kat dunia nyata pun dah terlalu banyak nak disibukkan.

    ReplyDelete
  5. Biasa ni, semua orang pernah experience.... :)

    -> ❤ TechKini.com

    ReplyDelete
  6. takat kwn yg dh xserupa kwn remove kita (xnak kwn dgn kita) xyah kisah sgt..

    ReplyDelete
  7. Salam Abby..
    Hhuhu..kes kawan baik sendiri yg removed friend x pernah lg terjadi..
    tp klu setakat kawan2 time sekolah tu adelah.. xpela.. xkesah pun,pagi die add, tetiba mlm kang dah unfriend..jnjji x kaco life kite sudah..

    kite doakan kebahagiaan buat mereka..

    cik lala buat ape skarang ni? masih charge bateri ke? hihi.. :)

    ReplyDelete
  8. Ya Allah sedap sangat baca ayat2 dalam entry ni..mmg experience pun kena unfren tu..ayat kt fb tu pun best siap ada sinopsis..hak hak,suke2..
    org nak unfren ke unfolow ke..lantok je..apekehey nk pikir byk2 kan...kita kan kawan :)

    ReplyDelete
  9. dah kena dah part2 unfriend kat fb nih.. memula dulu terasa jugaklah.. tapi bile duk pikir lame2 ada bagusnya die xde dlm idup kite. takde gangguan, xde semak serabut. sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg kite perlu (^_~)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!