MANDI MUNTAH BUKAN TOLAK BALA TAPI..

12/01/2012 01:16:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Ajaran mana pulak sang lekit ikut ni sampai kena mandi muntah bagai. Mandi muntah?? dengar pun dah loya tekak.. apatah lagi nak bayangkannya. Mau terkeluar semua isi perut. Yang selalu dengar orang mandi bunga je kan.. Kenapa pulak kena mandi muntah bagai ni sang lekit.. Apa dah jadi setori pelessssssssss...

Nak story la ni pasal semalam. Budak lala entah kenapa pula tetiba muntah je.. dekat 4 kali jugak la. Tapi dia tetap la aktif macam biasa cuma lepas minum susu je muntah. Masa dia muntah kali ketiga tu.. (lepas minum susu) sang lekit angkat dia nak pergi cuci badan & muka dia yang kena muntah tu.. sekali masa tengah dukung dia muntah lagi dengan banyak. Habis dari baju sampai ke seluar kena muntah dia. Bau masam la sikit.. bau susu kan??

Lepas ibu & anak mandi tu sang lekit tak berani nak bagi susu lagi.. bagi minum air kosong je. Tak muntah pulak. Sebelum tidur tu bagi sikit susu.. tengah2 nyenyak dia tidur dalam 1.30 tu dia muntah. Muntah pun mata tak buka. Abis muntah terus sambung tidur.. Mak dia yang tak lena tidur takut lala muntah sambil tidur. Alhamdulillah bangun pagi ni lala minum susu & tak muntah lagi. Dia takde nampak tak sihat pun.. aktif macam biasa jugak.

Bila lala muntah teruk semalam baru sang lekit teringat, takde pulak sang lekit rasa geli ke loya ke dengan muntah lala. Kalau dulu yer.. kalau tengok baby orang muntah susu pun dah rasa loya tekak. Nak2 lagi bau masam muntah susu tu.. silap haribulan daku yang lagi teruk muntah dari baby tu. Tapi bila anak sendiri yang muntah walau sampai mak bermandikan muntah anak tu.. perasaan sayang tu mengatasi segalanya. Otak masa tu risau.. jadi takde la terfikir geli ke hapa ke, kan?? Lagipun sebagai mak.. sejak lahir memang kerja kita la cuci kencing berak dia. Dah takde rasa apa2 dah. Lain la mak jenis sejak lahir anak dia sekali pun tak pernah cuci kencing berak anak dia.. memang la dia rasa geli tiba2 kena buat, kan?? jangan kata takde mak macam tu.. benda ni pengakuan seorang mak pada sang lekit sendiri. dua anak dia tak pernah cuci kencing berak sejak lahir.. semua mak dia yang buat. Boleh gitu??

Bak kata pantun.. Anak udang.. udang juga, mana sama anak tenggiri.. anak orang.. orang juga mana sama anak sendiri. Ye tak?? Bila anak sendiri tu, apa je kita boleh buat. Takde sempadan kasih seorang ibu tu pada anaknya. Mungkin hari ni kita geli dengan muntah & berak baby orang lain.. percayalah bila kita jadi mak kita takkan geli semua tu lagi dengan anak sendiri. Kalau kau geli sapa nak tolong kau buat kalau macam daku ni sebatang kara di tempat orang. Nak tak nak kena juga buat sendiri.. kan?? kekekekekeke

Lepas Makan & berak.. tidur dalam kenikmatan

7 comments:

  1. lala tak sedap perut ke ape?

    ReplyDelete
  2. erm..betul..apa pun yng terjadi kat anak sendiri, hilang perasaan geli semua tu, sebab perasaan tu bertukar kepada risau..

    ReplyDelete
  3. tak tau la nak ckp sebab dia xde nangis @ meragam.. cuma muntah je. akak buang je susu yg ada lebih sikit lagi tukar susu dr pack baru. alang2 pun susu dia tu memang dh nk abis.. takut pasal susu tu masuk angin ke hapa ke.. tp pagi ni dh ok. tak muntah dah..

    ReplyDelete
  4. Lala krmbong kot. Tu yg muntah macam tu.

    Itu namanya mak yg sewel ekekek. Pandai beranak je :)

    ReplyDelete
  5. itulah kasih sayang seorang ibu :)

    salute

    ReplyDelete
  6. salam abby.. huhu..x menahan pantun 2 kerat tu... :p

    cik lala perut x selesa kut.. klu abby confident, blh bg gripe water (bagus utk kembung perut & muntah2).ade petua org share, klu anak muntah, elakkan minum susu. bg die minum air bergula mcm air laici, teh bunga, apple ( bt sendiri) etc..

    hihi..lumrah seorg ibu.. ape yg kite jelik ttg seorg bby time bujang2 dulu la yg kita kite ambil berat skrg kan.. ?

    semoga cik lala sihat2 selalu :)

    ReplyDelete
  7. Betul la..mana ada rasa geli ke apa..mcm suami akak,masa mikhail umur nak masuk 2bulan,mikhail kena selsema.tak tahan dia tengok ank berkahak dia sedut je kahak dari idung anak jam 3 pg masa tu..rasa terharu sangat,...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com