SAAT NASIK MULA DI KUNYAH & DI TELAN

12/24/2012 11:46:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

 Wah.. tajuk entri.. sesuatu sangat. Nak tau sesuatu apa teruskan membaca hingga ke titik yang terakhir tanpa skip satu perkataan pun. Tu dia serius bebeno bunyinya, kan??

Rasanya dekat sebulan jugak budak lala meragam tak nak makan. Asyik minum susu jer.. Sang Lekit tetap tak putus asa untuk pujuk dia makan. Kalaupun dia taknak makan makanan berat sekali sekala dalam sebulan ni sang lekit bagi la juga makanan yang ringan & sedikit sedikit setakat dia nak makan. Macam roti ke.. buah ke.. Sesuap dua jer dia makan. Kadang2 dia nganga je tapi dia kemam dalam mulut tak telan2 sampai terpaksa sang lekit korek & buang pulak. Yelah.. selagi ada makanan dalam mulut dia sampai dia tidur pun dia tak telan & dia takkan minum susu selagi makanan tu ada dalam mulut.

Susah hati tu tak payah cakap. Tapi pendekatan yang sang lekit buat, adalah jangan paksa dia makan. Biar dulu kalau dia taknak makan. Sang lekit taknak dia fobia dengan makanan bila kita terlampau paksa. Lagipun sebelum ni dia elok je makan.. mungkin masuk tahun baru dalam umur dia tu ragam dia macam tu.

Lala
dua tiga hari lepas.. sang lekit mula perasan dia mula nak makan semula. Bila orang suap apa2 dia dah nak nganga & telan makanan tu. Semalam sang lekit suap dia mushroom soup pizza hut tu.. banyak jugak dia makan. Jadi hari ni sang lekit cuba bagi makan nasi dengan ayam goreng yang sang lekit carikkan halus2 & sup sayur bayam+kentang+ayam. Saja je letak ayam goreng sebab dua tiga hari lepas try bagi dia ayam goreng dia nak jugak makan sikit. Hari ni Alhamdulillah dia habiskan juga nasi yang mak dia suap dengan syarat tak mau duduk dalam walker lagi masa makan. Nak bebas.. sambil tengok tv, sambil main, sambil merayap & buat apa saja dia suka la. Makan bermula sesi makan 1.30 tghari & berakhir jam 3 petang. Kalau dulu suap bubur nasi kat dia setengah jam je paling lama sambil duduk dalam walker & tengok TV tapi sekarang lebih mencabar. Saat menyuap nasi ke mulut lala, dia mengunyah tanpa paksa & menelan dengan selera.. lega rasa hati mummy ni nak.

Perkembangan seterusnya.. lala mula tunjuk langkah pertama dia semalam bila sang lekit cuba ajar dia berjalan. Dia berjaya tiga empat tapak jugak la sambil sengih sampai telinga. Hari ni pun sama juga. Cuma kena tambah keyakinan dalam diri dia. Kena bagi moral support banyak2. Tak lama lagi.. maka berlari riang ria la anak mummy. Maka bertambah mantap la vokal & stamina mummy lepas ni.

Lala masih terus ambil scott emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Cadangan nak bagi lala mealshake tu tak jadi buat masa ni sebab dia dah tunjuk tanda positif nak makan. Mungkin Appeton Multivitamin Lysine tu boleh dah cukup membantu kot setakat ni. Tengok perkembangan seterusnya la nanti. Kalau memerlukan jugak lala ambil mealshake, nanti mummy belikan je la. Takpe asalkan lala sihat & aktif selalu.

Jadi kesimpulannya.. mak lala pun happy la sikit. Moral of the story.. jangan jadi mak yang cepat gabra macam sang lekit. Cool sudah.. solve problem ikut peringkat & jangan nak amik pusing sangat dengan perkembangan anak orang yang lebih cepat berbanding anak sendiri. Lantak la dorang nak compare pun.. kan??

P/S : Lala dah nak makan nasi senang hati sikit nak pergi holiday bulan depan. Dady nak bawak kita jenjalan jauh tu.. :D

10 comments:

  1. macam anak kita zara jugak..walaupun dah 5 tahun tapi payah nak makan. So kena carik apa fav dia dan jangan paksa sangat, tapi setiap waktu makan mesti ada makanan untuk dia, bila dia cakap lapar je confirm habis semua makanan tu. Zara pun amik appeton tu nak bangkitkan selera kononnya, hehe.

    ReplyDelete
  2. jenjalan,
    daddy bawak makan kat tempat yang sedap2 :D

    ReplyDelete
  3. Lala yang kiut, nanti makan banyak2 ye.. cepat besar hehe (^_~)

    ReplyDelete
  4. maisara dulu umur dua ahun sampai dekat 3 tahun la makan sikit2 je..akak biar je.tapi orang lain yang dok bising.gelabah..sekarang ni makan tak berhenti2..

    ReplyDelete
  5. memang risaukan kalau anak x moh makan? :)

    ReplyDelete
  6. comel ank awk.dh besar pn.skjp je kn

    ReplyDelete
  7. anak akak masa seusia Lala dulu memang susah nak makan. Bila kita nak suap dia akan kemam mulut dia, kalau kita cuba buka dia akan tutup dengan tangan. kadang sampai bergaduh2 nak bagi makan, hehe. Ialah, semua orang sound kenapa anak kita kurus sangat sbb bkn sja tak mahu mkn, susu pun selalu dibuang jer. Kemudian akak tukarkan susu dia kpd Dutch Lady 123 Perisa Madu. madu ni khabarnya boleh menambah selera makan. haaa.. sejak tulah dia dah mula tunjuk selera nak makan, Suria cubalah tukar susu dia, tengok macammana pkembangannya...

    ReplyDelete
  8. sblm ni lala minum dutch lady madu tu jugak.. & sebelum ni memang dia takde masalah dengan makan. tp sejak dia taknak makan tukar ke dugro madu sebab takut sebab dia x nak makan krg nutrisi pulak nanti. dua 3 hari ni dah nampak ok je makan. Tp terus bg lagi appeton multivitamin lysine tu

    ReplyDelete
  9. salam abby..
    alhamdulillah... hehe.. kan...jgn gabra2 tau..pantau je selera lala tu..

    semoga lala makin berselere mkn ye syg.. sian kat mummy kamu ni ha.. hihi.. xlame lagi nk berlari dlm umah plak.. get ready ye mummy lala~~ :)

    seronoknye nk g jenjalan..kemana tu??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com