SIA SIA JE KE KLINIK SG BULOH

11.12.12 Suria Lekatlekit 4 Comments

Pagi2 lagi dah bangun. Harus mak yang siap dulu sebelum siapkan anak & laki.. op's asben dah bangka jadi siap sendiri je la. Lala awal lagi dah bangun.. sementara mummy nak mandi pasangkan tv je bagi dia layan kartun kat tv alhijrah. Kalau tak.. ntah mana2 merayap.. memanjat, sambil2 dady antara tidur & jaga tengok2 kan budak kecik tu.

Hari ni seperti yang tertulis dalam buku pink lala.. lala ada check up pukul 9 pagi. Tapi pukul 10.30 pagi baru kami anak beranak nak gerak pergi KK sg buloh. Selalunya appointment check up lala pukul 11 pagi.. tak perasan last check up nurse bagi pukul 9.00 pulak. Lewat sikit tu takde hal.. sebabnya kalau pergi pukul 9 pun pukul 12 baru nak siap. Sebab tu sang lekit suka ambil appointment pukul 11 sebab time tu dah tak ramai orang jadi tak payah tunggu lama lama.

Dah siap - siap maka pergi la kami bertiga ke klinik. Sesampainya di klinik, aduhai. Sia - sia aku siap2 lala comel2 & mak dia jugak di comelkan demi nak pergi klinik. Alih - alih tutup. Balik dari klinik tadi terbaca kat blog cma, katanya hari ni hari keputeraan Sultan Selangor. Nurse yang bagi appointment haritu tu terlepas pandang kot. Takpe la kesilapan kecil.. kita maafkan je la. Esok je call klinik ambil appointment baru. Kalau malas sangat bawak lala check up kat doktor misai kegemaran kami sekeluarga.

Frust la jugak sebab tak dapat makan nasi campur kat cafe klinik.

Elok sangat la tak jadi check up minggu ni. Lala pun buat perangai tak nak makan sepanjang minggu lepas sampai hari ni. Badan pun nampak susut. Sempat la seminggu lagi cuba menternak lemak dia supaya berat dia naik sikit, kan?? Sang Lekit dah habis idea nak pujuk lala makan.. terpaksa jugak cari suppliement  untuk lala. Yang Mealshake tu kena order kat pengedar jer.. Malas pulak. Kalau boleh cash & carry kan senang. Sang Lekit bukan suka sangat nak beli online ni.

Masih memerlukan cadangan, petua Atau apa2 je la produk yang boleh bantu menambah selera makan si lala. Sapa2 ada idea share2 la. Budak lala ni sejak tak mau makan.. kuat sungguh menyusu.

4 comments:

  1. ALAHAI....kecian nya...kenapa la tak tengok kalendar...sabar je la

    ReplyDelete
  2. Salam abby..
    huhuhu..misi tu terlepas pandang la kut..

    dah cuba bg lala mkn tablet penambah selera mkn tu..ape ye jenama die??appeton..

    moga2 cik lala bertambh berat bdnnye... & mmbesar bgai juara... :)

    ReplyDelete
  3. budak2 memang gitu ..ada masa2 dia ,dia tak nak makan.lagi paksa lagi dia tak nak..kalau dah dia nak susu je,bagi je susu..dah itu je yang boleh bagi dia tenaga..akak rasa nak buat la entry pasal bayi tak nak makan ni..tapi entah bila..esok2 la..heheh

    ReplyDelete
  4. alahai.nampaknya kita punya masalah yang sama ye.hihi.sm mcm ank ima.bukan setakat x nak makan.menyusu pun kurang.dah mcm2 vitamin dan supplement dicuba, masih gak macam tu.sampai dapat bantuan 1azam tau.ingt ima tak mampu bagi makan ke apa.hihi..sekarang anak ima dah 2 tahun lebih.berat 9kg..huhu..adakah ini sebab dia ikut ima yg kecik atau memang susah nak berat? hadoiii

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!