TERGAMAK BAGI MAK MAKAN DAGING BABI

12/04/2012 07:55:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Apa jenis anak pun tak tau la nak kategorikan manusia jenis macam ni. Mak lahirkan dia, bukan sambil gelak2 tau.. menahan sakit bersalin ni hanya yang bergelar mak je tahu. Bertarung nyawa nak lahirkan seorang anak, bukan satu pengorbanan kecil. Tapi mak tak kisah.. tak pernah ungkit & tak minta pun bayar balik harga kesakitan tu.

Mak suap makan, minum.. cuci berak kencing. Mak tak merungut pun tapi hanya kerana mak kejutkan seorang anak ni minta tolong pergi kedai beli barang makan untuk masak juadah berbuka puasa, si anak yang marah sebab mak ganggu tidur dia sanggup beli daging babi & daging ular untuk mak makan masa berbuka sebab geram & nak balas dendam kat mak.

Oh anak.. apakah jenis manusia engkau ni??! Sang lekit memang tak tahu sejauh mana kebenaran cerita yang sang lekit baca dari sebuah page kat FB tapi bukan kesahihan cerita tu yang sang lekit rasa perlu di pertikaikan tapi moral dari cerita tu. Kalau betul wujud jenis anak macam tu.. Takde kata la nak kata. Nak maki hamun pun rasa tak ayat yang paling hina untuk dia. Tapi menurut cerita yang sang lekit baca tu.. dia ceritakan semula kisah tu pada seorang ustaz setelah dia menyesal akan perbuatannya. Nyesal pun selepas mak dia dah meninggal. Nak minta ampun kat mak.. dah takde peluang, minta ampun kat Allah je la.. Moga2 Allah mengampunkan dosa2 dia pada mak dia tu.

Ni sedutan kisah tadi dari page yang sang lekit copy..


Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.Masya Allah.. hanya itu saja yang mampu diungkapkan. (Untuk cerita penuh clik kat SINI )

Sebelum kita buat apa2 pada mak kita tolong fikir.. walaupun mak letih tapi mak tak pernah bagi kita makan benda kotor, benda haram (walau mungkin ada sesetengah mak terpaksa bagi anak2 dia makan dari sumber yang haram tapi rasanya takde mak (muslim) yang sanggup bagi anak dia makan babi). Jadi kan peringatan & pengajaran.

P/S : Memang touching baca kisah tu walau sang lekit sendiri ragu2 tentang kesahihannya tapi terbayang pun dah buat kita rasa sedih seorang mak makan dengan berselera tanpa tahu anak dia bagi daging babi & ular.

8 comments:

  1. Ya allah kejamnya! Anak tak kenang budi

    ReplyDelete
  2. Ini dah lebih dari si Tanggang ni..

    ReplyDelete
  3. salam abby..
    Alahai... kesian ibu dia.. :'(
    tergamak anak sendiri buat mcm tu..

    sahih @ tak yg penting kita amek ikhtibar dr cerita pemuda tu...

    mintak dijauhkan dari kita semua

    ReplyDelete
  4. *done click PRU BSN & SUNWAY EDUCATION*

    ReplyDelete
  5. sampai hati anak dia buat macam tue

    ReplyDelete
  6. apa jens anak la nih...dengan mak pun nak buat gitu...kalau dengan orang lain kita paham la..tapi dengan mak..rasanya dia ni mesti hati dah gelap sangt..

    ReplyDelete
  7. apesal dendam sangat???

    eei panas aku

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com