MENIARAP

31.1.12 Suria Lekatlekit 16 Comments

Risau.. resah.. gelisah.. gundah gulana jadinya bila tengok baby orang lain perkembangannya setiap bulan nampak lebih cepat dari cik lala. Ada kawan sang lekit yang baby boy dia sebaya lala (cuma 2 hari je lebih tua dari lala) dah pandai merangkak & tumbuh gigi tapi lala jangankan gigi nak merangkak jauh sekali.

Risau si mummy sampai tanya Doktor jugak la samada cik lala kita ni ada masalah @ tak. Dr yang check lala cakap dia takde masalah pun. Balik rumah latih lala supaya meniarap. Bila di balikkan dia boleh meniarap bila harap dia cuba meniarap sendiri macam dia taknak jer. Tapi dalam bulan januari ni lala nampaknya berusaha untuk belajar. Sekarang lala dah boleh meniarap sendiri & rajin jugak dia balikkan badan dia. Gembiranya hati mummy. Tapi bila dia meniarap je mulut dia bising yang amat.

Sebelum ni lala macam malas sikit nak meniarap.. hari2 sang lekit cakap dekat lala.."tolong la mummy.. meniarap la anak mummy". Hari2 sang lekit cakap macam tu kat lala tau. Nak meransang lala kononnya. Alhamdulillah selain cuba melatih dia meniarap dengan berbual & bermain dengan dia buat dia bersemangat. Mungkin la kot.. Lala semakin lasak sekarang. Kalau di biarkan dia baring.. mesti berpusing2 dia bergerak. Tidur malam pun sekarang lala taknak dalam buaian dah. Mungkin sebab dia semakin lasak & banyak bergerak dia selesa tidur atas tilam. Mangsanya mummy la.. kejab2 kena kick dengan lala. Bila sang lekit bangun je mesti posisi lala berubah. Bantal ke apa ke ntah kemana2 dah. Bila lala semakin lasak ni.. Time mandi la paling merisaukan sang lekit. Kadang2 kita pegang dia.. nak syampo kan dia.. dia asyik bergerak takut jatuh jer. Tapi sedaya upaya la sang lekit cuba kukuhkan pegangan tu..

Bukan gambar terkini lala.. nI masa lala 3 bulan. Time ni kalau meniarapkan dia.. dia mampu angkat kepala dah.

Bila makin besar.. siang lala kurang tidur dah. Bila bangun dia sentiasa nak bermain. Untuk next step sang lekit tengah search makanan pepejal pertama yang terbaik untuk baby selain nestum. Tengah search jugak cara nak sediakan makanan pepejal dia ni. Yelah.. untuk kali pertama ni semuanya tak tahu tapi untuk lala sedaya upaya jugak sang lekit nak bagi yang terbaik yang sang lekit mampu supaya lala sihat & tak mudah jatuh sakit.

Moga lala cepat pandai cakap, boleh berjalan, sihat, bijak & membesar bagai juara.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KANTOI NAMPAK SPENDER ROPOL2

28.1.12 Suria Lekatlekit 18 Comments

Sebelum cuti raya cina haritu lala ada appointment dengan klinik untuk suntikan & check up setelah 2 kali tertunda. Dah la lala lewat ambil suntikkan, tunda pulak. Bertambah2 la kelewatan dia. Yang lewat mula2 tu kita pergi tapi memandangkan kat tempat tu takde appointment, pulak haritu memang ramai nurse minta datang minggu akan datangnya. Minggu akan datangnya pulak hubby ada hal.. terus ke KK Sg Buloh ambil appointment kat sana je walau mula2 dorang suruh pergi klinik ala2 macam klinik desa kat area rumah sang lekit ni. Tapi cuma hari jumaat je buka dah tu sampai pukul 12 tghari je. Esok harinya tu ingat nak pergi private jer.. Memang pergi pun tapi Doktor kat klinik tu cakap ubat untuk suntikkan lala takde stok. Alih2 kembali kepangkal jalan la.. Minta Appointment kat KK sg buloh jugak. Takpe la tunggu lama sikit.. janji settle dari pergi lepas tu postpone lagi.

Alkisahnya di KK sg buloh.. Tengah2 tunggu no giliran sampai lepak2 la dulu. Macam biasa la kalau berurusan dengan Klinik kerajaan ni. Nak buat macam mana.. ramai orang. Kat Bahagian klinik Ibu & anak ni selain dari ibu2 yang bawak anak2 kecik untuk suntikan & check up.. Ibu2 mengandung pun ramai yang nak check up. Terpandang la seorang ibu mengandung ni.. Perut dia dah nampak besar. Mungkin dah 7 bulan. Dia pakai serba putih. Kemeja & Seluar putih. Baju dia tu atas paras punggung.. seluar dia pulak jenis kain yang melekat pada kulit & jarang. Di tambah lagi warna putih.. maka ter nampak la spender ropol2 dia tu. Memang jenis bentuk spender dia tu. Si Asben yang terpandang dulu.. bagitau sang lekit. Lepas tu dia gelak. Nakal sungguh!

Termalu la sekejab sebab yang tegur tu asben kita. Terfikir sekejab kalau la asben orang lain yang pandang kita kemudian bagitau bini dia tentang apa yang dia terpandang tu.. Huhuhuhu.. malu la cheq! Nak pakai macam mana tu sendiri mau ingat la, kan?? Nak di tegur, kita pun tak sebagus mana tapi kan elok baju tu di labuhkan sikit kalau dah seluar jenis kain yang melekat & jarang. Sampai bentuk & corak seluar dalam pun orang boleh nampak.. ada lagi bagus ko pakai spender kat luar macam superman. Baru berbaloi beli spender mahal.. ye dak?? kekekekeke

kadang2 terfikir.. adakah benda ni camni pernah berlaku pada kita tanpa kita sedari?? Sebab tu la perlu ada orang ingatkan supaya kita sentiasa berhati hati

Tak tahu la dia tak perasan atau dia memang tak kisah. Tapi kalau dia tak perasan asben dia mesti perasan jadi dalam hal ni kita boleh simpulkan dia & asben dia tak kisah sangat pasal tu. Kalau dah dorang tak kisah.. kau apa kisah sang lekit Ooi!.. Bukan kisah tapi jadi peringatan pada diri sendiri & sekadar memperingati sesama kawan2. Kalau pakai baju singkat sebelum keluar rumah harus cerminkan bontot dulu. Ok la spender ropol2.. kalau spender lubang2.. G-String ker... Auwww.. tak rela mak bayangkan kalau terjadi pada diri mak ni, Nyah!

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JALAN LAMA VS LEBUHRAYA

25.1.12 Suria Lekatlekit 12 Comments

Zaman maju lagi serba laju ni semua orang nak ikut shortcut jer. Tak kira la dari segi apapun. Termasuklah perjalanan. Jadi bila nak ke destinasi yang jauh, amatlah bersyukur kalau ada jalan shortcut. Macam nak balik kampung jauh2 ni. Kebanyakkan orang suka guna highway. Tak di nafikan cepat tapi di sebalik kelebihan yang dia ada.. tetap ada kekurangannya, kan??

Alkisah Ahad haritu sang lekit balik kampung. Dengan hubby sejak dari dulu kita tak guna highway sepenuhnya. Kadang2 kita belok jugak guna jalan lama. Bukan apa kita suka menikmati perjalanan di samping kos pun jimat tapi sebab paling utama boleh singgah makan tempat yang best sikit. Makan kat R & R ni pepaham je la.. harga mencekik darah, sedap tu takde sangat. Dah tu kalau musim cuti orang macam semut.

Bila guna jalan lama.. jalan2 kampung, pekan2 & bandar kecik2 ni best sikit. Bila2 rasa nak berhenti tu boleh. Kalau guna highway.. Mana boleh suka hati nak berhenti kan?? kena tunggu sampai R & R jugak. Bila ada baby lagi la sang lekit rasa ikut jalan lama lagi berbaloi sebabnya..

Semalam.. Petang tu kita bertolak nak balik. Dah tak ingat kat mana. Lala ter poo poo lak. Bila dia poo poo. Biasanya sang lekit takkan tunggu lama2 bila dia poo poo.. terus cuci je. Nak cuci kat tengah2 highway.. masa tu pula jam. Nak sampai ke R&R seterusnya ada la dalam 10km lagi. Apa lagi siren kecemasan lala pun bunyi dengan nyaringnya. Pujuk pun dia tak layan dah. terpaksa la melompat ke seat belakang kereta.. cuci poo poo lala & tukar pampers. Siren dia tak boleh off selagi tak cuci. Lala punya Volume, Jacklyn Victor pun kalah. Dia punya high pitching boleh meroyan sekejab la sesapa yang dengar.

Terdetik di hati.. Kalau ikut jalan lama kan lebih bagus. Boleh berhenti je kat mana2. Tak perlu di hiburkan dengan vokal lala bila poo poo dia lambat di cuci. Cuci dalam keadaan kereta bergerak ni pepaham je la. Cuci dengan tisu lembab je.. Lepas tu kena cepat2. Lepas ni biarlah lambat sampai kampung, ikut jalan lama lagi afdal rasanya kalau balik kampung dengan baby ni. Lagipun sebelum ada baby pun kitorang selalu guna jalan lama. Separuh je guna highway pun sebab tu la kita dapat jumpa restoran Mee Rebus tapah yang mee rebus dia memang malatop. Mee rebus je la yang sedap kat situ.. lain2 makanan tak jamin sedap sebabnya semalam sang lekit ada juga cuba nasi ayam kat situ tapi lebih layak ayam yang makan. Rasa yang sangat hampeh & sup dia pun macam air kosong.

carian google.

P/s : balik kampung pun tak dapat merayap kemana2 sebab lala demam. Khamis lepas lala ambil suntikkan DTP.. 2 hari lepas tu demam. Petang sebelum balik kampung dah ok.. tapi malam tu demam balik. 

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BAYI LIMA BULAN WARIS HARTA PUSAKA

20.1.12 Suria Lekatlekit 19 Comments

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa la yang tahu kan?? Begitulah boleh sang lekit umpamakan tuah seorang bayi yang baru genap 5 bulan tapi dah mewarisi harta pusaka mak bapak dia. Apakah harta itu?? apakah berupa wang tunai jutaan ringgit?? Emas berkoyan koyan?? Atau.. Sebuah kilang biskut?? Dan paling penting, korang tau sapa bayi tu.

Bayi bertuah itu telah di wariskan lola dari mummynya. Lola itu adalah hadiah dari dady masa awal perkenalan dengan mummy. Masa tu mungkin dady tak berapa kenal sangat dengan mummy sedalamnya & dia tak tau mummy jenis tak berapa minat dengan benda alah tu. Tapi mummy jenis hargai apa saja pemberian orang & mummy simpan jer. Jadi untuk ulangbulan kelahiran lala yang ke 5 bulan hari ni.. Mummy dengan ikhlasnya wariskan harta pusaka mummy tu kat lala. Semalam mummy dah siap2 basuh, ampai.. Hari ni dah kering maka dengan rasminya menjadi kepunyaan lala. Dan itulah toys pertama lala.


Nak beli toys banyak2 & awal2 sangat pun bukan pandai main lagi. Jadi beli la mengikut perkembangan dia. Lain orang lain cara tapi sang lekit lebih suka membeli benda yang tak sia2 & untuk keperluan mengikut perkembangan lala. Jadi dengan lola tu lala boleh sesuaikan diri dengan toys.. kalau lala minat dengan toys nanti mummy suruh dady beli lagi yer.


Itulah hadiah buat lala untuk hari jadi yang ke 5 bulan ni. Kalau lala pandai jaga & simpan baik2.. mungkin harta pusaka tu ada pewarisnya lagi lepas lala dah dewasa. kekekekekeke

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BAHAGIA SAMPAI KELUAR CERITA DALAM KAIN

16.1.12 Suria Lekatlekit 25 Comments

Melihat keterbukaan kaum hawa ni dalam menulis di laman sosial termalu seketika sang lekit. Kalau boleh, abis setiap inci apa yang ada kat badan nak cerita. Dari hujung kaki sampai hujung kepala. Nak2 lagi yang tengah berbahagia dengan pasangannya. Orang kata gurau laki bini ni kadang2 ada gurauan sensor2.. Tu biasa la. Dah jadi laki bini, biar la dia nak usik apa2 pun kat badan bini dia. Jangan sampai jadi penderaan fizikal & mental sudah la.

Tapi perlu ke kau cerita kat orang semua yang kau gurau, cerita & bincang dengan laki kau?? Laki kau nak cakap aset kau macam mana pun biarlah jadi rahsia korang berdua jer. Laki kau tak marah ke ko dok canang kat orang pasal apa yang dia cakap kat kau even bergurau pun?? Laki kau tak marah ke kau dok bagitau kat semua orang buah dada kau size berapa, punggung kau berapa lebar?? Itu sepatutnya jadi rahsia.. Baru la dia rasa dia je yang tahu size apa, warna apa & bentuk macam mana semua yang terselindung di sebalik pakaian kau tu.

Tahu la mereka2 itu sedang menyatakan kebahagian mereka.. Tapi tak perlu la over sangat sampai hilang 'Kemaluan' di khalayak ramai. Kami kami ini pun dah berlaki, kami kami ini pun bahagia & kami kami ini pun menikmati kehidupan rumahtangga yang macam kamu kamu itu tapi kami kami ini masih ada rasa malu untuk bagitau orang lain komen laki kami kami ini tentang aset2 di badan yang kami ada. Jadi kamu kamu itu.. pupuk la sifat malu sikit. Jangan rasa diri tu terlalu moden sampai berbogel walau berbaju. Kenapa berbogel walau berbaju?? Sebabnya kalau dah semua aset2 dalam kain cerita kat orang, maka takde apa lagi rahsia walau kau berbaju jubah besar gedabak pun orang tahu kat dalam tu size apa.. kan??

Bagi sang lekit orang spesis macam ni.. Masa bahagia dia bagitau la kelebihan dalaman laki dia.. Bila dah tak bahagia tak mustahil semua kekurangan dalam kain laki dia akan di canang seantero dunia. Betul tak?? Yelah.. bagi dia tiada apa yang perlu jadi rahsia. Semua boleh cerita.. konon open minded la sangat, kan??

Moga jadi pengajaran pada semua juga diri sendiri agar selalu beringat di kala menaip sesuatu di laman sosial tak kira blog, FB, twitter.

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

WAJAH BARU 2012

14.1.12 Suria Lekatlekit 15 Comments

Amboi wajah baru nampak? pakai botox ker? ke plastic surgery? Tak pun suntik vitamin C? Paling2 pun make over.. Mana ada wajah ku masih comot macam dulu. Wajah si lala je makin berubah.. yelah makin besar. Kejab nampak macam mummy kejab nampak macam dady. Tapi lala lebih kepada sang dady.

Apa yang wajah baru 2012 ni sang lekit Ooi??? Lihat di sekeliling blog daku ini?? Dari hitam dah kelabu. Header pun dah tukar rumah batu gitu. Apamacam?? Nampak luas tak rumah baru kita ni?? Nampak lebih luas kan ruang dia. Akibat semalam ada masa, ada mood & ada la sedikit idea nak deco2 blog ni maka inilah yang terhasil. Cat je berubah.. layout still sama.

Korang rasa macam mana?? Lebih cantik yang dulu atau yang baru ni?? Header semakin hari semakin simple. Entah la.. sejak jadi mak budak2 ni dah semakin tak minat nak tengok meriah2 sangat kat header tu. Cukup sekadar ada sebagai syarat. Korang ada tak deco2 blog sempena tahun baru ni??

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BAHAYA AIN

12.1.12 Suria Lekatlekit 22 Comments

Penyakit Ain?? Apa tu?? Sang Lekit pun baru pertama kali dengar.. Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar & tahu pasal penyakit ni tapi bagi mereka2 yang tak tahu macam sang lekit ni meh sang lekit nak kongsikan..

Penyakit Ain ni di katakan berpunca apabila seseorang itu melihat seseorang & mengkagumi di campur dengan perasaan hasad dan menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. Contohnya, apabila seseorang kagum melihat kecantikan sesuatu dan memuji2 kecantikannya, kemudian tidak mengucapkan ‘masya-Allah’, maka benda yang dilihat itu akan rosak/musnah/hancur. atau apabila seseorg lelaki melihat kecantikan seseorang wanita, dan menjadi asyik kepadanya, kemudian tidak mengatakan masyaAllah, kemungkinan perempuan itu akan jatuh sakit atau mati. benarkah adanya penyakit ini? tidakkah kepercayaan ini berunsur syirik?

Dalam hadis Musnad Ahmad “Al-Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam”. (no: 9668). Untuk mengelakkan Ain digalakkan menyebut zikir apabila melihat sesuatu yg mengkagumkan.(Rujukan : Apakah Penyakit Ain)

Makhluk Yang Berpotensi Terkena Ain

1. Anak dara tua (tidak bernikah walaupun sudah mencecah umur 30)
2. Bayi
3. Cacat terutama sekali di bahagian muka/yang ternampak.
4. Terlalu tampan atau jelita.
5. Haiwan
6. Tumbuh-tumbuhan
7. Orang yang ada kecacatan di muka (contohnya mulut sumbing). Harus hukumnya orang yang sumbing mulut melakukan pembedahan ubah suai bagi memperbetulkan keadaan bibir mulutnya. Ia tidak termasuk dalam larangan mengubah ciptaan Allah.

 Jenis Manusia Yang Berpotensi Memberikan Ain kepada sesorang

1. Penyakit hati yang sangat kritikal (suka mengumpat, mencarut, mengeji, menghina)
2. Mereka yang sikapnya suka memuji dalam masa yang sama juga suka mengeji.
3. Potensi 'perempuan' lebih tinggi dari 'lelaki', namun banyak kes hanya melibatkan lelaki kerana sifat perempuan yang tidak menonjol dan muka adanya 'MALU' dalam diri berbanding lelaki.
4. Seorang yang pendiam
5. Jin yang jahat
**(Rujukan : DISINI)

Untuk mengetahui cara rawatan Islam penyakit Ain korang boleh rujuk kat SINI.

* Sesungguh apa juga musibah & penyakit datangnya dari Keizinan Allah tapi sebagai manusia kita haruslah berusaha mengelak @ mengubatinya.

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KENA RAGUT & TRAUMA SEKEJAB

9.1.12 Suria Lekatlekit 18 Comments

Ni kejadian segar dari ladang... Baru kejab tadi (lebih kurang pukul 1 lebih pagi) sang lekit terdengar suara perempuan menjerit dari bawah (rumah sang lekit tingkat 9. Tingkap mengadap jalan). Sepantas kilat sang lekit jenguk la ke bawah melalui tingkap..

carian google
Sempat dengar perempuan tu menjerit kena ragut & rasanya budak motor yang sang lekit nampak sedang beredar tu peragut. Aduhai trauma sekejab bila terkenang kenangan sang lekit di ragut. Kejadian tu berlaku kat Mc D damansara damai. Masa tu masih bujang. Belum kenal pun dengan asben. waktu makan tengahari.. Sang Lekit tak bawak handbag keluar lunch, just bawak hp & beg kecik isi duit. Hp letak atas meja.. Datang budak peragut.. di rampoknya hp atas meja lalu memecut sepantas watson nyambek sebelum bonceng motor yang dah siap sedia menanti bersama penunggangnya. waktu kejadian sang lekit tak jerit sebab masa dia ambil hp sang lekit tak nampak sebabnya dia membelakangi sang lekit cuma kawan sang lekit je terjerit sebab dia duduk berdepan dengan sang lekit. Bila tahu HP yang baru 1 bulan sang lekit beli tu kena rampok, sang lekit cuma terdiam & tergamam.

Cuma buat report lepas tu petang tu jugak pergi beli handphone baru sebab kerja sang lekit masa tu amat2 memerlukan enpon. Nak2 lagi memang ada rezeki untuk beli enpon baru. Enpon yang baru beli masa tu kini masih sang lekit guna tapi tak baru lagi la. dah buruk & sedikit kedutan pada wajahnya mula kelihatan. kekekekekekeke

Wahai gadis.. wahai.. wanita.. wahai perempuan.. Kita adalah kaum yang paling terdedah pada bahaya. Kita di anggap kaum yang senang di buli maka berhati2 lah. Tak payah la nak menunjukkan gelang emas separuh lengan, rantai leher sebesar sauh kapal, beg Gucci, Guess bagai.. menyandang beg dengan gaya mak2 datin yang ada bodyguard 24 jam walhal kau tu pak guard suwit2 tepi jalan jer bukan dok guard ko 24 jam pun. Paling selamat biarlah leher / lengan kosong, kalau nak sangat pun salut emas.. biarlah kecil ala2 benang gitu. Tak nampak sangat. Beg tu elok lah yang bergalas silang (tu pun belum menjamin selamat 100%). Kerana kaum kita sering menjadi mangsa ragut. Ragut ni bukan saja kita akan mengalami kerugian tapi berisiko mengalami kecederaan malah bukan benda baru mangsa ragut yang maut. Jadi sentiasa berjaga2 & ambil langkah selamat bila berada di luar lebih2 lagi kalau gerak sendirian. Pesanan khidmat masyarakat ni adalah sekadar untuk berpesan kepada diri sendiri & orang lain jugak.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KOMEN BALAS CIKGU SHIDA TENTANG KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS

7.1.12 Suria Lekatlekit 32 Comments

Bila baca kat blog cikgu shida yang membalas balik komen terhadap Ustaz Azhar Idrus terhadap video miming beliau (Sebab ada orang yang bertanya bukan sesaja ustaz ni nak komen yer..) rasanya macam lain yang orang cakap lain pulak dia jawab. Jom baca pertanyaan & komen dari ustaz azhar idrus ni dulu sebelum kita sambung mengopek..


Tu soalan & di jawab oleh Ustaz Azhar Idrus.. Cikgu Shida ni macam touching pulak. Mesti la terasa kan sebab yang di sebut nama & perbuatan dia. Tapi cara dia menjawab.. Macam menegakkan benang yang basah pulak. Lepas tu berbelit2 cuma membetulkan apa yang silap.



Sebahagian kenyataan cikgu shida

Rasanya cikgu shida ni silap memberi hujah balas pada isu ni. Lumrah.. bila menjadi seorang icon, seorang yang di kenali maka setiap perbuatan & kata2 dia akan jadi perhatian orang lain. Silap sebesar kuman pun orang akan nampak jadi kena la banyak berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kata2 atau komen. Kalau dah pilih untuk jadi perhatian orang lain maka kena terima akibatnya. kan?? Kan?? Kan?? Amalina yang convert imej ala2 Amelina tu pun kena hentam.. tapi buat masa ni takde minat pulak nak komen isu tu. Nak buat macam mana sang lekit ni kan peminat cikgu shida.. kekekekekeke

32 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SIREN KECEMASAN TU BETUL2 CEMAS KE?

5.1.12 Suria Lekatlekit 14 Comments

Tak rancang pun tapi secara kebetulan jer.. Petang lebih kurang pukul 6 petang(31 Dec 2011) kami tiga beranak bertolak balik kampung ke kedah. Sampainya lebih kurang pukul 12.30 malam. Bermalam 2 malam kat kedah..

Lepas tu masa nak balik singgah taiping sekejab rumah maksu (mak sedara sebelah hubby). Singgah sekejab jer.. makan tengahari, lepak2 sekejab petang tu kami teruskan perjalanan nak balik sini. Dalam perjalanan tu terserempak la dengan 1 Ambulan (Ipoh Ambulance).. Masa sang lekit nampak ambulance tu pemandu dia singgah beli buah tepi jalan.. Yang nak di jadikan cerita lepas dia beli buah & memulakan perjalanan dia tetiba je dia laju, mencilok sana sini.. Lepas tu dia pasang siren kecemasan. Tetiba jer kan?? Tadi elok je ko singgah beli buah macam santai sangat. Tak nampak pun macam ada kecemasan. Tak tahu la kot lepas beli buah dia dapat call ada emergency.

Sang Lekit pun tak berapa faham sangat.. Tapi memang agak pelik bila tiba2 je dia laju & pasang siren kecemasan lepas beli buah. Sang lekit ingat kalau ada apa2 emergency ambulance yang stanby kat hospital jer yang akan di pertanggungjawab kan bukan ambulance kat kat jalan raya. Memang ambulance yang di jalanan jugak akan dapat call untuk pergi ke tempat kecemasan ke kalau ada panggilan kecemasan??

Tapi dari cakap2 orang ada ambulance ni tak emergency pun kadang2 dia nak cepat, dia buat2 macam emergency. Pasang siren kecemasan tu. Tapi tu cuma cakap2 orang.. Takde bukti yang sang lekit tengok sendiri jadi taknak la nak menuduh tak tentu punca. Kita pun tak faham kan sistem kerja pemandu ambulance ni. Cuma pelik.. kalau betul ada emergency.. sempat kau singgah beli buah yer bang.. kekekekekekekeke

P/S : Pada para pemandu ambulan harap dorang tak ambil kesempatan guna siren kecemasan tu untuk kepentingan peribadi.. Takut2 ambulance lain lak terpaksa datang angkut dorang nanti. kekekekeke

Jangan jadi macam ni sudah yer.. Gambar sekadar hiasan

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!