KALAU KAU BOS ELOK BACA

5/31/2012 01:32:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Ini adalah entri terperam dimana waktu entri ni di taip saya masih lagi anak dara & takde anak dara berbanding sekarang saya bukan lagi anak dara & mempunyai seorang baby girl. Waktu menulis entri ni saya seorang perempuan yang bekerja tapi sekarang saya seorang surirumah saja. Saya taknak edit.. Just nak share sebab saya rasa menarik entri terperam ni..
Carian Google

Hi Uolls.. selamat malam. Tanpa sedar dah febuari 2010. Yang bagai nak rak berazam awal tahun tu ari dah mula menjejak azam ker?? Orang berazam ko pun ye ye berazam bagai.. Orang capai bintang, ko taik bintang pun tak merasa nak hidu.. so how??

Alahai dik.. bukan pasal azam la kita nak bersiaran sekarang ni.. dongak skit kat atas tengok title tu.. Yezza.. kita nak cerita pasal bos. Malam2 camni amik la posisi bebas. Tak yah nak berbaris bagai baca cerita ceriti ni.

Berpaling tadah ke topik kita ni.. Bos!! Bila dah panggil bos tu.. dah terang tang tang dia la ketua kan?? tak kira la dia bos kat company bukan mak bapak dia punya or company tu memang reta menda dia. Bila dah bos ni mesti ada orang bawahan kan?? Kalau tak.. bukan bos namanya..

Bila dah bergelar bos memang dah tercalit tanggungjawab dia sebagai pemimpin. Bila dah jadi pemimpin maka dengan automatik & magik dia menjadi contoh pada orang bawahan. Bila dah menjadi icon tu pandai2 menunjukkan teladan yang baik. Bila dah tau tanggungjawab dia.. paham2 la apa yang patut & tak patut di buat.

Tapi kalau bos yang menggunakan kesempatan dari kelebihan yang dia ada untuk marah or lepas geram kat orang sesuka hati, camna?? Kadang2 perangai bos memang camtu.. Itulah hakikat. Orang lain yang di marah, orang lain lak kena marah. Sebab dia rasa dia ada kuasa, dia rasa nak lepas geram kat sesapa pun dia boleh la ekk..

No.. no..no.. Bos!! Becareful bos. Atitute camtu akan buat u'r staff hilang rasa hormat & membangkitkan rasa benci. Bak kata pepatah marahkan nyamuk kelambu di bakar. So kalau dah kelambu ko bakar, esok nyamuk lagi senang nak menghirup darah ko tu. Bila takde rasa hormat, takde rasa sayang pada bos maka susahlah untuk bekerjasama. Bila takde kerjasama, semua jadi tunggang langgang.

Kalau dah marahkan nyamuk, amik ridset bunuh la nyamuk tu. Yang ko pi bakar kelambu yang selama ni dok tutup ko dari nyamuk watper.

Jangan meletakkan level bos itu di tempat yang terlalu tinggi hingga staff tak tergapai sebab akan mencipta jurang yang amat jauh. Bila ada jurang.. langkah lak pendek.. masing2 takde connection susah la untuk bekerja bersama. Bukan soh letak stage ko sampai tahap cleaner semata2 taknak ada jurang jauh dengan staff tapi cukup la sekadar ada keserasian antara staff & bos kan.

seterusnya adalah Bos yang tak pandai nak asingkan antara personal & profesional. Hal peribadi memang la tu hak masing2. Sapapun tak leh pertikaikan tapi jangan la sebab personal ko jadi tak profesional kan?? Orang bawahan pun ada hak masing2.. So, sebagai bos adil la dalam setiap penilaian & keputusan. Jangan senget sebelah lak. Yang salah tetap salah tak kira la dia gundik ko ke, bini/laki angkat ko ker, kawan angkat ker.. or apa2 je la. Pertuturan, komunikasi dan bahasa/perkataan yang kita guna biarlah bernada yang elok. Bukan suruh manja2.. (Ni bukan point bos je tau tp untuk semua tak kira la ko Big bos or kuli skalipun). Yang dah masuk alam pekerjaan ni majoriti dah dewasa.. Kecik2 kita di ajar adap & sopan. Tak kurang pun gaji kalau kita bercakap dalam nada sopan sesama kita.

Lastly.. Bila kita di atas tu jangan la kita memandang rendah pada orang lain. Lagi rendah kita pandang orang di bawah sebenarnya level kita dah di bawah tapak kaki orang yang kita pandang rendah tu.Maybe kita pandang dia paras lutut jer.. tapi tanpa sedar kita sebenarnya dia bawah tapak kaki dia. So, how?? Atitute kita yang bajet BOS sangat tu buat kita lebih hina dari orang yang kita hina. (Nasihat dengan menghina tak sama tau nada, maksud,cara penyampaiannya)

entry ni tak point sapa.. mahupun bos aku dulu or sekarang. Just berkongsi pendapat jer...

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK KENA PADAN MUKA BULAN NI

5/29/2012 03:01:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Hari ni lala check up untuk 9 Bulan. Berat naik lebih kurang 1/2 Kg je dari last check up hari tu. Ok la tu dari 2 bulan lepas tak naik, kan?? Nurse kata perkembangan berat lala normal jadi tak perlu risau kalau dia kecik dari baby2 lain yang sebaya dengan dia sebab masa di lahir pun kecik.

Untuk pemeriksaan 9 bulan ni takde sebarang suntikan perlu di ambil. Tunggu untuk suntikan 1 tahun je nanti. Tapi lala masih ada appoitment untuk 17 July nanti. Tentang perkembangan lain nurse kata lala masih normal walau lambat sikit. Macam orang2 lain cakap la.. Lain baby lain perkembangan dia. Cukup la sekadar lala sihat & membesar dengan normal macam baby2 lain.

Sang Lekit ni seorang mummy yang sangat mengelabah. Berat anak tak naik mengelabah.. Anak lambat belajar kemahiran baru mengelabah.. Anak sakit sikit pun mengelabah. Walaupun lala dari sudut pandangan sang lekit aktif & jarang sakit. Haritu kena selsema & batuk cepat je baik. Kiranya lala dalam kategori bayi yang antibodi kuat jugak la. Sang Lekit baru2 ni kena demam & selsema. Risau sangat berjangkit dengan lala.. Dia kan menyusu susu ibu. Tapi Alhamdulillah lala tak terjangkit.

Mulut lala sekarang sangat la bising. Dia bangun je asyik membebel je.. (dalam bahasa dia la). Dia sangat kurang nak menangis tapi kuat menjerit bila dia nak orang layan dia @ dukung dia. Lala sekarang bangun awal. Pukul 8 dia dah bangun. Kalau dulu pukul 10 baru dia bangun. Dia bangun je dia akan main dulu sorang2 sampai dia bosan baru dia menjerit. Bila dia bangun selalunya sang lekit akan buka TV untuk dia sebab lala sangat suka tengok TV. Sekarang pun dia tengah layan wonderpets. Dia semakin laju bergerak walau dengan meniarap. Merangkak boleh la 1 langkah macam tu selebihnya dia habiskan bergoyang bontot dalam keadaan yang macam nak merangkak. Nurse cakap ok je kalau dia dah boleh bergerak walau dalam posisi meniarap pun. Duduk cuma boleh bila kita dudukkan dia. Dia tak pandai lagi duduk sendiri.

Gigi... takde lagi. Tapi kuat mengigit dengan gusi dia. Sakit jugak bila dia gigit jari sang lekit walau takde gigi pun. Lala semakin tinggi juga bila sang lekit perasan seluar2 dia makin pendek. Tapi untuk check up 9 bulan ni nurse tak ukur lak ketinggian lala. Sang Lekit tanya jugak tadi... nurse cakap tak payah. Takpe nanti sang lekit sendiri ukur sendiri.

So, untuk check up kali ni takde la ucapan 'Padan muka dari dady'. Nakal dady lala ni suka cakap padan muka kalau lala kena suntik. Jadi padan muka dady tak boleh cakap padan muka kat lala.

Seksi lala..

P/S : Pernah terserempak dengan sorang baby dengan mak dia dalam lift. Lagi kecik dari lala. Ingat dia lagi muda dari lala rupanya dia lebih tua sebulan dari lala. Jadi lala takde la kecik sangat, kan??


10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RUMAH BLOGGER AMMAR HANGUS TERBAKAR

5/24/2012 02:26:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Takziah sang lekit ucapkan kepada keluarga Blogger Ammar yang baru2 ni di timpa musibah apabila rumah keluarganya di kampung hangus 100% dalam kebakaran. Sebagai kawan sesama blogger sang lekit turut simpati pada nasib Ammar & keluarga.

Sekiranya kalau korang nak tahu cerita di sebalik kebakaran rumah Si Ammar ni boleh lah berkunjung di blog beliau DISINI


Semoga Ammar & keluarga tabah menghadapi Ujian Allah ni.. Hari ni mungkin hari mereka di duga, esok lusa mungkin kita siapa tahu.


Jadi kepada semua rakan2 blogger yang kenal mahupun tidak kenal kalau ingin menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban kepada keluarga Ammar yang kehilangan tempat tinggal & harta benda akibat kebakaran yang berlaku boleh hubungi beliau. 

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA DAH GENAP 9 BULAN..

5/20/2012 08:32:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Bila dah genap 9 bulan semakin lasak, semakin banyak kemahiran baru dia belajar, semakin tak senang la mummy kan?? Semakin hari semakin tak berani biar lala main sorang2 & buat kerja lain walau lala bukanlah jenis kuat meragam & sentiasa nak didukung @ duduk atas riba.

Lala Hari ini.

Tapi di sebabkan dia semakin lasak.. makin laju bergerak walau merangkak tak berapa merangkak lagi tapi dengan meniarap pun sekejab je dia boleh sampai kemana saja dalam rumah ni dia nak pergi kalau di luar pengawasan. Apa saja dia nak capai.. dia akan berusaha cuba dapatkan. Letak dalam walker pun dia suka panjat walker tu bila dia nak capai barang yang tak dapat di capai lebih2 barang2 yang agak rendah dari walker dia. Seriau jugak takut dia tersungkur masa menunduk nak ambil barang. Jadi sang lekit nak buat apa2 pun sang lekit terpaksa tunggu lala tidur dulu. Tidur pun kadang2 sang lekit tak senang jugak. Kalau letak dalam buai takut dia terjun buai sebaik je dia terbangun. Bila bangun je dia akan berpusing & meniarap dalam buai. kadang2 kaki keluar dari buai, kadang2 kepala terdongak keluar buai. Aksi2 lala sekarang banyak merisaukan sang lekit. Walau dia tidur sekalipun sang lekit nak buat apapun mesti 5 minit sekali jenguk dia. Tak kira dia tidur dalam buai atau kat atas tilam je.

Lala semalam. Kat Genting dengan mummy & dady

Lala memang banyak habiskan masa tengok TV. Tengok kartun kat TV9 @ tengok iklan2 kat tv. sambil dia buat la aktiviti lain selain memantapkan lagi skill merangkak dia. Bab makan pula.. lala sekarang memang semakin banyak makan bubur. Susu masih lagi susu ibu cuma sang lekit tambahkan dengan susu formula. Tak banyak sangat.. 1 hari 60ml je bagi sebab susu original lala masih banyak & cukup. Yang bagi susu formula sebab 2 bulan lepas masa check up berat lala tak naik banyak. Sebab nak lala montel macam baby lain bukan je lala minum susu formula, mummy pun turut minum susu Anmum. Masa baru lahirkan lala pun sang lekit minum susu Anmum cuma berhenti sekejab sebab masa tu susu terlampau banyak. Tak sempat lala nak minum. Sekarang untuk memastikan susu yang lala minum cukup zat sang lekit ambil la semula. Lala jugak akan minum vitagen apel hijau setiap hari selepas makan lebih kurang 50ml yang sang lekit bagi 2 kali (sekali minum dalam 25ml). Dia makan pun 2 kali 1 hari. Untuk mengelakkan lala sembelit. Petua ni sang lekit dapat dari seorang ibu di kelab Ibu Comel kat FB.

Lala dengan acu. Jelir lidah nampak sikit lesung pipit tu

Semalam bawak lala main2 kat genting. Teruja dia tengok lampu2 & banyak benda bergerak2. Selalunya jalan2 kat KL je. Angkut sekali Ateh An & Acu. Lala lebih minat dengan Ateh An walaupun masa mula2 dulu dia tak minat dengan Ateh An. Hanya dengan Acu je. Tapi sekarang Acu dah jadi last choice. kesian Acu.. di mak tirikan lala. Hanya 2 orang mak sedara lala tu la yang rapat dengan lala sebab dorang tinggal tak jauh dengan lala. Jadi lala selalu di jenguk la 2 mak sedara dia. Yang lain2 kat utara tu.. sekali sekala je dapat jumpa.

Itulah perkembangan lala sehingga hari ni yang genaplah umur dia 9 bulan. Apa yang sang lekit harap lala sentiasa sihat, ceria, aktif & menjadi anak yang baik & cerdik. Dalam membesarkan anak 1 perkara yang sang lekit belajar adalah jangan malas. Jangan malas pujuk dia makan bila sampai masa dia perlu makan.. jangan malas untuk melatih dia dengan kemahiran2 baru, jangan malas jaga kesihatan & kebersihan dia..  Kalau malas tu la punca masalah dari semua sudut. Jadi pada ibu2 walau sebelum ada anak kita ni pemalas dah ada anak kita kena rajin la, kan??

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK TAU STATUS KANDUNGAN FASHA, BACA NI

5/18/2012 05:51:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Kecoh sangat Si Fasha Sandha yang bunting pelamin tu.. Ada yang kata dia honeymoon sebelum nikah la.. Sebab ada yang anggap mustahil dia boleh kesan kehamilan tu dalam masa 16 hari selepas bernikah buat sang lekit sendiri tertarik bukan sebab nak tau status kandungan si Fasha Sandha tapi mencari jawapan sebenar bila paling awal boleh kesan kehamilan selepas persenyawaan berlaku @ dalam bahasa kita selepas hubungan seks la. Jadi untuk mencari ilmu maka tanya la en google. dapat la jawapan.. kalau ada yang salah tolong betulkan tapi taknak jawapan yang tak berlandaskan.. 'Aku rasa..' 'Mak aku bagitau..' Sepatutnya berlaku..' Betulkan dengan dengan ilmu jugak la.

Carian Google

Apa yang sang lekit dapat dari pengajian pendek bersama en google walau payah jugak nak search pasal ni. Pening cari keywords yang boleh trace. Hasilnya sang lekit dapat ialah... sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan (Boleh rujuk DISINI untuk lebih info tentang kehamilan).

Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.Bila ejakulasi berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih dari ovari. (Rujukan DISINI). Tak mustahil la kita boleh mengesan kehamilan seawal seminggu selepas persenyawaan berlaku. Jadi apa nak pelik kan kalau Fasha sandha dapat kesan kehamilannya berusia 2 minggu selepas 16 hari bernikah. Cuma express sikit la kejadiannya. kekekeke

Sekali sang lekit nak bagitau entri ni bukan la nak memburukkan fasha @ membetulkan fasha.. Entri ni sebenarnya lebih untuk kegunaan & pengetahuan sendiri di samping tu sang lekit cuma nak share dengan orang lain apa yang sang lekit dapat je. Sang Lekit bukanlah peminat Fasha sandha @ Haters fasha. Sang Lekit cuma orang awam yang ikut jugak la perkembangan semasa, hiburan & lain - lain. Mungkin entri jugak boleh membantu orang lain yang mungkin sedang di fitnah. Cuma.. kesilapan kecil yang di lakukan jadi isu yang besar. Yelah.. awal sangat kan dia bagitahu orang dia pregnant. Kalau tunggu sebulan dua dulu pun bagus.

Apapun anak adalah anugerah Allah.. & rezeki buat setiap pasangan cuma kita tak tahu je bila Allah nak bagi anugerah & rezeki tu pada kita. Kalau awal.. alhamdulillah.. kalau lambat sikit Insyaallah ada rezeki dapat la anugerah. kan??

P/S : Sebagai seorang ibu yang pernah mengandung tapi tak tahu jugak pasal ni harus la ambil tahu, kan??
 

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MODEL BARU TAK PERLU BAYAR

5/16/2012 08:30:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Sudah tiba masanya bertukar model. Model lama kena letak jawatan. Walaupun bertukar model.. pilihan model tetap yang free Of charge. Manalah mampu nak bayar model mahal2. Jadi sekarang ni dengan rasminya beliau menjadi duta. Duta apa??

Ada ke model nak jadi duta secara percuma?? Ada.. Duta blog melekit jer.. kekekekeke. Duta baru blog melekit yang percuma tak perlu bayar royalti bagai tidak lain tidak bukan Cik Lala @ Shahila.. satu satunya Tuan Puteri sang lekit tu. Kalau dulu Mak dia je Interframe kan.. sekarang Mak dah malu nak (Malu la sangat.. kan??)  jadi tugas Duta Blog Melekit ni bagi lala pulak la.

Duta kecik

Model kali ni baju ditaja  Ezan Idma.. ekekekekeke.. Sebenarnya dah lama Ezan hadiahkan lala baju ni cuma masa Ezan bagi lala terlalu kecik nak pakai. Baju tu sepatutnya untuk baby 6 bulan tapi lala 8 bulan baru boleh pakai. Banyak lagi baju2 hadiah dari kawan & adik beradik sang lekit yang lala tak boleh pakai lagi. Dan ada juga baju hadiah yang lala tak boleh pakai dah..

Tak feel kalau tengok TV tak hisap jari.. kekeke

Jadi memandangkan lala sangat comel dengan baju comel pemberian Untie Ezan tu, mummy jadikan lala model header blog mummy. Entri ni sebenarnya nak tayang kat Untie Ezan Idma yang lala dah muat baju yang Untie Ezan hadiahkan jer.. Kebetulan lak gambar tu sang lekit jadikan model header...


Apapun Thanks pada Ezan & pada semua yang menyumbangkan hadiah masa Shahila baru lahir dulu. Ada baju yang kawan blogger bagi yang shahila belum cuba untuk 8 bulan ni samada yang match ke belum.. akan menyusur nanti. Kalau dah match, nanti sang lekit tayang2 lagi.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KECOH JADINYA BILA FASHA SANDHA MENGANDUNG

5/15/2012 12:19:00 AM suria lekatlekit 31 Comments

Bila dah jadi artis semua orang nak tahu tapi yang bernama artis tu pandai2 la asingkan yang mana boleh bagitahu, yang mana tak boleh bagitahu, yang mana tak payah bagitahu dulu atau yang mana jangan sampai orang tahu sebabnya akibat yang bernama Artis juga la nak terima.

Katanya ni la hasil pregnancy test Fasha
Kecoh la kat FB.. Blog2.. Fasha Sandha mengandung 2 minggu setelah lebih kurang 2 minggu bernikah. Yang tukang sebar cerita tu ok jer.. yang tukang respond (pengomen) pulak jadi hal. Ada yang pertikaikan kandungan fasha tu.. ada yang pertahankan fasha.. Macam2 la spekulasi yang timbul dari reaksi peminat & juga bukan peminat fasha. Siap ada yang tolong ajar macam mana nak kira usia awal kandungan ni. Korang paham2 la akan timbul salah faham bila terlalu cepat dia mengandung & usia kandungan dia pun lebih kurang usia pernikahan dia. Ada yang kata mustahil.. ada yang kata tak mustahil tapi jawapannya hanya tuan punya badan & Allah je tahu apa yang di sebalik kita semua tak tahu, kan??

Silapnya Fasha Sandha sendiri.. Dia pun tau dia tu artis kontroversi sepatutnya dia lebih bijak untuk buat keputusan apa yang patut dia bagitahu, tak payah bagitahu, atau jangan bagitahu dulu. Kalau dia tak excited sangat nak share yang dia dah pregnant.. benda ni takkan berlaku. Takkan ada sapa pertikaikan. Lagipun baru sangat usia kandungan tu.. kalau tak hebahkan pun orang takde nak tanya @ tahu pasal tu. Bila dia terlanjur announce macam ni.. kan dah jadi hot story & confirm jadi kontroversi. Insyaallah kalau takde aral melintang pukang mesti kena terjah dengan wartawan rancangan hiburan kat TV. Lepas tu dah jadi hot.. jawab pulak 'No Komen'. Membiarkan orang terus membuat spekulasi sendiri setelah dia sendiri yang mencetuskan kontroversi ni. Hope Fasha tak jawab 'No Komen' la kalau isu ni di terjah wartawan nanti.

Sekarang Fasha kalau menyesal pun tak guna.. tapi apa yang Fasha boleh buat betulkan balik segala tanggapan negatif orang tu kalau betul la fasha sandha di pihak yang betul. Moga jadi pengajaran kepada kita semua walau kita bukan artis pun.. apa saja yang kita nak cerita dengan orang berfikir dahulu jangan sampai mengaibkan diri pula walau pada asalnya benda tu benda baik. Salah penceritaan boleh mengundang tanggapan negatif sebab 1 perkataan pun boleh mencipta banyak makna apatah lagi 1 ayat. Renung renungkan...

P/S : Sang lekit yang pernah mengandung pun tak reti nak kira macam mana nak tahu usia kandungan tu sebab mengandung lala dulu Dr scan je baru tau berapa bulan mengandung. Tapi takde la nak jadi pertikaian sebab sang lekit pregnant pun selepas 7 bulan kawen.

P/s : Entri ni tercetus sebab dok tengok pengomen bergaduh di blog Beautifulnara.. 

** Sang Lekit ada jawapan.. kalau sesapa nak tahu status sebenar kandungan Fasha ni boleh clik kat SINI.  Korang akan tau..  



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

31 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAU BUKAN RATU TAPI SYURGA KU

5/13/2012 02:44:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Tadi dok jenjalan kat FB jumpa satu status yang di buat dari gambar bekal makan seseorang yang di masak oleh mak dia sendiri. Hati tetiba tersentuh. Tersentuh sangat bila terkenang Mak. Terkenang pengorbanan mak selama membesarkan anak. Terkenang bila kita pernah termarah, termerajuk & tersusahkan mak.

Tuan punya gambar pinjam jab yer

Bila tengok gambar bekalan yang mak dia bekalkan teringat sang lekit 1 kisah dimana kali pertama sang lekit kerja sebagai kerani Am kat salah satu kilang kecik di kedah dulu. Kat kilang tu takde kantin.. Ada gerai makan tapi jauh jugak nak menapak dengan takde transport. Baru kerja nak tumpang orang malu pula. Jadi mak la yang akan masak & hantar makan tengahari kat sang lekit hari2 sementara sang lekit nak biasa dengan tempat kerja tu & mesra dengan kawan2 kat situ. Hari2 mak masak, datang naik bas tinggal makanan kat pondok pengawal. Mak sang lekit tak pandai drive.. jangankan kereta, basikal pun dia tak pandai bawak.

Mak saya

Dulu kecik2 mak susah.. masa dia kecik mak dia (arwah nenek) dah pergi menyahut panggilan Ilahi jadi dia terpaksa pikul tanggungjawab membesarkan adik2 dia sehingga masa depan dia sendiri tercicir. Mak sang lekit bukan anak sulung ada abang & kakak tapi nak buat macam mana yang lain lebih selesa jaga diri sendiri dari pikul tanggungjawab tu. Alhamdulillah dari jasa yang di pandang kecil oleh adik2 yang pernah di besarkan tu.. semuanya berjaya. Takde seorang pun nak kemana2 pakai transport awam. Semua mampu beli kereta besar2.. Berkerjaya. Memang adik2 perempuan mak kebanyakkan jadi cikgu (maksu & makcik) & adik lelaki mak sekarang dah pegang jawatan pegawai kerajaan. Jadi takde la yang susah... Cuma mak je tercicir dari semua perkara termasuklah tak sempat nak belajar kayuh basikal pun.

Bila mak ada anak.. dia tetap mempratikkan benda yang sama. Sesusah manapun dia tapi pelajaran anak2 dia tak pernah abaikan. Setinggi mana pun nak belajar dia akan cuba usahakan. Cuma terpulang pada anak2 je.. anak nakal macam sang lekit ni, bukan salah mak tak bagi peluang belajar tinggi tapi salah sendiri yang tak bersungguh. Kakak & adik Alhamdulillah berjaya juga jejak kaki ke IPT. Sang lekit pun dulu nak masuk kolej cap ayam, mak la paling banyak bagi sokongan dari segala sudut walau arwah ayah dah macam putus harapan sebab salah sang lekit juga yang buat dia hilang kepercayaan pada sang lekit tapi mak.. Tak pernah ada kata "Peluang terakhir untuk anak - anaknya". Dia sentiasa percaya dengan memberi peluang akan mengubah anak2 dia untuk jadi lebih baik.

Bila terkenang kadang2 kita ada rasa tak puas hati dengan mak, kita termarah dia.. terkasar dengan dia.. menyakitkan hati dia betapa berdosanya sang lekit. Mak juga manusia yang tidak sempurna jadi dia juga akan melakukan kesilapan tapi sebagai anak.. Tak sepatutnya kita menyakitkan hati mak. Walaupun macam tu mak sentiasa memaafkan walau hati dia sakit dengan perbuatan @ kata2 seorang anak.

Biarpun mak budak ni kejam tapi tetap syurga dia di bawak tapak kaki ibunya

Bila dah jadi Mak.. sang lekit faham. Untuk menjaga seorang anak pun tak mudah apatah lagi Mak yang menjaga 6 orang anak perempuan di masa yang sama dia juga perlu bekerja walau dia hanya operator pengeluaran di kilang dulu. Mak dah lama pencen tak kerja. Tapi pengorbanan dia dulu.. cukup besar tak kira untuk adik2 dia atau anak2 dia. Sekarang tiba masa mak menikmati hidupnya dengan selesa walau Tuhan lebih sayangkan arwah ayah. Bila mak cakap sunyi.. hati kecik ni mesti tersentuh. Sepatutnya dia menikmati kehidupannya dengan selesa dengan arwah ayah selepas berpenat lelah membesarkan anak. Teman baiknya dah takde. Sayu hati..............

P/S : Selamat Hari Ibu buat Mak.. & diri sendiri jugak. Bila la lala nak boleh cakap "Selamat hari ibu kat mummy". Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Anak saya yang sweet like mommynya. kekekeke

Belum terlambat bagi anda untuk memberi sesuatu pada Ibu. Klik banner ni manalah tau ada gift cantik boleh di beri pada ibu2 tercinta

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MASAKAN CEPAT BASI TANDA GANGGUAN JIN

5/11/2012 12:59:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Jenjalan kat FB terjumpa pulak info pasal ni. Sang Lekit ni bukan la pandai sangat bab2 jin & syaitan & terminat nak share bila dalam info ni mengatakan salah satu tanda gangguan jin dalam rumah adalah masakan cepat basi. Mungkin info ni juga berguna untuk orang lain apa salahnya sang lekit selit dalam blog melekit ni.

Untuk tidak mengundang salah faham/salah bahasa/salah sangka/salah tulis maka sang lekit copy paste je bulat dari info asal. Jadi kalau nak tahu sila baca hingga ke noktah terakhir yer..


TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )


Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-

1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :

1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."

2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :

AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas


Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.

3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.

Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.

Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

SUMBER: Misteri & keajaiban alam
www.facebook.com/mayeenazrich


Sekian copy paste dari sang lekit. Moga dapat memberi manafaat kepada yang memerlukan.

P/S : Info ni sebenarnya dapat dari share cikgu sekolah sang lekit dulu. Thanks yer cikgu walau dulu kitorang (geng nakal) suka gelarkan cikgu ***tet** (kena sensor). kekekeke
 

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ANJING BUNUH MANUSIA KENAPA TUAN DIA KENA HUKUM?

5/10/2012 12:24:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Sebagai menjawab persoalan pada tajuk entri ni maka terhasil la entri ni. Sang Lekit ada terbaca 1 blog yang mengcopy paste salah satu berita berkenaan Anjing Pitbull yang membunuh seorang warga emas yang sedang berjogging. Sempat juga sang lekit baca pertikaian yang di buat secara ringkas dengan kenyataan yang berbunyi macam ni "Jika membunuh dan mendera binatang, manusia juga akan dipenjara. Tetapi sekarang, binatang membunuh manusia pun manusia juga yang mungkin akan dipenjara kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian. Apabila difikirkan, macam tak adil saja dunia ni kan? lebih baik tak payah memelihara binatang kalau macam ni.

Ni adalah statement dari blog tersebut. Sebagai bukti bukan sang lekit saja2 nak buat isu

Maka sang lekit pun berkomen dengan komen macam ni kat entri dia" Kalau ada manusia pertikaikan binatang bunuh manusia tuan binatang kena hukum orang tu kena check juga samada dia berakal binatang @ manusia. Dh nama binatang nak tuntut keadilan apanya kat dia. Yg manusia dok musnah habitat binatang, ada binatang tuntut keadilan. Kalau binatang mampu tuntut keadilan.. maka dh lama dh lawyer dr golongan binatang. Sbb binatang di jadikan tidak berakal mcm manusia.. di pertanggungjawabkan kpd manusia utk menjaga kebajikannya.. klau binatang buat slh &bertuan dh tntu tuanya yg berakal di pertanggungjawabkan. Tak perlu nak kata dunia ni tak adil.. sememangnya manusia dh byk tak adil pd haiwan.. bkn haiwan yg bersikap tak adil pd manusia."

Okey kalau dia rasa memelihara haiwan tu menyusahkan.. Tak payah bela tapi tak payah nak pertikaikan dengan pendapat & soalan kurang bijak macam tu. Kita sendiri tahu makhluk yang paling sempurna di ciptakan Allah adalah manusia.. Menjadi manusia ni banyak tanggungjawab sebab keistimewaan yang Allah beri pada makhluk yang bernama manusia. Perbezaan manusia dengan makhluk lain selain fizikal adalah akal. Kalau kau rasa tak adil sebab anjing tu menyebabkan tuan dia mungkin di penjara.. Umpama kau sedang berdebat isu ni dengan anjing jugak la kot. Makanya kau akan menang jika berdebat lidah sebab anjing tak mungkin la dapat  mengalahkan kebijaksanaan kau berkata tapi kemenangan kau tu takde sapa pun akan pandang malah orang akan gelakkan kau je sebab orang pun akan setuju kalau sang lekit kata amat la kurang cerdik perbuatan tu.

Dengan binatang pun kau nak sama adil maka kau perlu dulu adil pada mereka. Sememangnya hak haiwan di dunia ni dah banyak manusia rampas takde pulak mana2 haiwan bangkit buat perhimpunan besar besaran tuntut keadilan. Sebab apa haiwan2 tak buat macam tu?? Sebab haiwan yang mempunyai akal & kemampuan seperti manusia untuk menuntut hak mereka. Kalau kau kata manusia yang menjatuhkan hukuman tu pada manusia lain sebab haiwan peliharaan tak adil maka kau silap. Itu memang dah adil sebab tanggungjawab tuan punya haiwan tu adalah menjaga haiwannya dengan baik & tidak memudaratkan orang lain jika dia gagal bermakna dia yang salah bukan binatang tak berakal tu. Kalau kau kata binatang tu tak kena hukum pun kau salah.. Dia pun kena penjara tapi bukan penjara manusia penjara haiwan la. Dia dah tak dapat kebebasan macam dulu dengan alasan dia memudaratkan kepada manusia.


Jadi tak payah la dengan haiwan pun kau nak tuntut keadilan. Takkan kau nak minta kerajaan buat undang - undang haiwan yang membunuh manusia harus di hukum gantung sampai mati lak kan?? Jadi fikir la dulu sebelum berkata kata.. sebab kita ni manusia.

 Sekadar hiasan takde kena mengena dengan entri ni


P/S : Jika ada yang terasa dengan entri ni tahniah sebab terbukti anda manusia sebab tak mungkin haiwan akan terasa apatah lagi boleh membaca, kan??

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAU LAGI BODOH DARI ANAK YANG KAU KATA BODOH

5/09/2012 04:11:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Memang bodoh la manusia tu. sangat2 la bodoh. 9 bulan ko bawak perut.. berjuang dalam labour room nak lahirkan anak dah lahir anak tu meragam kau hentak dia macam hentak teddy bear. Memang kau bodoh. Bodoh sangat sangat. Tahap kebodohan tu lembu pun tak boleh lawan. Jangankan lembu, babi pun tabik spring dengan kebodohan kau. Kalau anjing tengok pun rasanya anjing nak gigit2 kau sampai kau nazak.(kalau betul kau mak dia memang kau bodoh, kalau tu bukan anak ko pun tetap kau bodoh )

Punya la marah sang lekit kan?? Tak tau nak gambarkan macam mana bila tengok video kejam seorang mak yang bernama IRA melanyak baby dia yang menangis. Punya la kau bodoh.. dah baby tu menangis kau pukul2 dia mustahil la dia diam. Selagi dia ada rasa sakit & ada kudrat untuk menangis selagi tu dia akan menangis la. Kecuali la anak kau dah lunyai kau buat, koma & meninggal memang la dia diam. Kau macam nak anak kau sampai jadi macam tu je.. Kau ni jenis mak apa?? Buat malu mak2 lain jer. Kau patut di takdirkan mandul sebab kau tak layak ada anak kalau tahap kebodohan kau macam tu. Apapun masalah kau.. takde alasan kau boleh buat anak kau macam tu. Kau tetap nampak kejam & bodoh walau apapun alasan kau bagi, faham!!

Bayangkan bayi sekecil tu apa dia boleh buat untuk lindungi diri dia dari di sakiti kalau mak dia sendiri pun tak lindungi dia & sakiti dia.

Kalau kau tak berapa waras.. Mungkin boleh di maafkan tapi kalau kau buat tu dalam keadaan waras cuma gagal kawal perasaan marah kau memang bakal jadi tak waras atau kau bakal di tak waraskan dengan herdikkan orang tak lama lagi. Yang tukang record video tu pun sama bodoh.. Kau lagi syok rakam aksi gila perempuan bodoh tu & dah terniat nak sebar untuk dapat populariti dari kau tolong baby tu dari terus di hentam mak dia. Kau lagi sanggup tengok & rakam dari tolong budak tu. Apa salahnya kau rampas sekejab baby tu dari terus biar mak dia hentam dia.. kalau betul kau kesian. Tapi nampaknya kau dengan mak budak tu sama2 dah jadi syaitan yang takde perasaan.

Sang Lekit rasa memang sang lekit patut panggil dia bodoh walau entri ni nampak macam maki hamun je. Sebabnya kebodohan tu jelas jadi takkan kita nak panjangkan ayat dengan menulis secara sopan & menggelarkan dia kurang cerdik. Terlalu manja sangat nak belai2 orang macam tu. Dia sendiri kejam.. rasanya kata2 sang lekit ni tak sekejam mana berbanding perbuatan dia. Orang yang belum jadi mak pun rasanya tersentuh & marah tengok video tu jadi marilah kita sama2 membantu dengan melaporkan perkara ni kepada pihak yang sepatutnya agar penderaan terhadap kanak2 & bayi tidak berleluasa & di jadikan bahan sensasi di internet.

 Boleh tengok video tu disini
 http://www.facebook.com/photo.php?v=2751932457492
Selepas tu buat la aduan seperti di berikut - Aduan online kepada pihak SKMM untuk mencari dalang di sebalik penyebaran video tersebut di https://aduan.skmm.gov.my/eaduan_c/edaftar.cfm- Emailkan kepada Pengarah JSJ PDRM di dir.cid@rmp.gov.my untuk membuat siasatan kerana ini adalah salah satu jenayah penderaan yang sangat membimbangkan.

P/s : Kalau dia gila kita doakan dia waras & pihak2 sepatutnya jauhkan la diri dia dari bayi @ kanak - kanak sebab dia sangat merbahaya sekiranya dia gila.

P/s : Tak kira budak tu anak sapa kalaupun bukan anak dia tapi tetap dia tak berhak untuk buat macam tu.

Update terkini : Ibu kejam tu dah pun terima hukuman 18 bulan penjara. Tengok Buletin Utama tadi. Kes ni berlaku Mei tahun lepas. Jadi tak payah la nak buat laporan lagi yer...

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAPAT DUIT DARI KENANGAN

5/06/2012 08:42:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Cakap pasal duit.. takde orang taknak duit. Nak cari duit bukan senang tapi kalau senang2 je dapat duit sapa taknak kan?? Takde tuah datang bergolek tapi Tuah tu mungkin milik kita cuma dia tak datang bergolek2 je. Jadi nak tau kita ni bertuah ke tidak mesti cuba dulu.. Cuba adalag salah satu cara kita berusaha.

Sekarang ni Nestle bagi peluang senang walau tak mudah & bergantung pada usaha & tuah jugak untuk dapat duit. Macam mana?? Jom sang lekit share bagi mereka2 yang masih tak tau macam mana caranya.


Nestle sekarang tengah meraikan 100 tahun Nestle di sisi mu. Pihak Nestle menganjurkan contest untuk pelanggan yang pernah @ masih guna produk Nestle. Antara contest2 yang ada.. kenangan bersama Nestle. Kita kena share la cerita pendek yang pernah berlaku dalam hidup kita berkenaan produk Nestle ni. Ataupun kita ada video2 menarik tentang produk Nestle ni. Produk Nestle ni banyak.. antaranya Maggi, Nescafe, Milo, bIskut bagai la.. Tak larat nak list. Korang boleh search la kalau nak tahu lagi pasal produk Nestle ni. Jadi.. jangan sia2 kan memori korang yang ada bersama Nestle. Apakata cuba join contest ni manalah tau ada tuah & menang. Sebelum nak join mesti korang nak tau dulu kan apa hadiahnya..



Menarik tak?? Senang je nak join contest.. Kalau yang berminat boleh clik 'Nestle 100 tahun Disisimu". Kat situ korang boleh tau macam mana nak sertai contest ni. Selamat mencuba & semoga berjaya.

P/S : Sang Lekit dah join sebab tu sang lekit share dengan geng2 melekit kat sini.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERLUKAN ORANG TAK HEBAT UNTUK JADI HEBAT

5/05/2012 01:09:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Sehebat manapun kita kita terpaksa terima kenyataan kita takkan jadi hebat tanpa wujudnya mereka2 yang tak hebat di sisi kita. Kalau semua orang hebat.. maka kita takkan nampak hebat sangat dah. Betul tak?? Jadi bila adanya mereka2 yang tak hebat di sekeliling kita menjadikan kita nampak lebih menyerlah dari yang lain (Penggunaan KITA tidak merujuk kepada diri sendiri yer..)

Sekarang ni tengah musim meraih VOTE untuk DIGI WWWOW Awards.. Macam2 kategori ada. Dan ramai jugak blogger yang calonkan diri & blog dorang. Jadi bila dah tercalon tu maka bermula la kempen besar besaran kat FB. Salah ke?? Tak lah.. takde salah pun. Ok jer. Habis tu apa isunya sang lekit Ooi??

Isunya takde la besar cuma sang lekit terfikir macam tajuk entri ni PERLUKAN ORANG TAK HEBAT UNTUK JADI HEBAT. Masa ni la kita baru nampak betapa bergunanya kita blogger picisan dalam menentukan kemenangan pada blogger2 popular. Undikan kita bagai EMAS bagi mereka tau. Walau kita mungkin tak hebat dalam berblogging (tak hebat tak semestinya tulisan kita tak bagus.. Tak hebat mungkin penulisan kita belum di kenali ramai) tapi bila time time macam ni kitalah menjadi orang harapan pada mereka2 yang mencalonkan diri. Dan ketahuilah wahai blogger2 picisan semua... Kerana diri kita juga berharga maka mereka perlukan kita untuk jadi lebih hebat. Betul tak???

Moralnya.. Setiap orang di jadikan ada lebih & kurang.. Kita semua memerlukan antara satu sama lain. Kalau ada Raja Takde rakyat pun.. Beliau nak beraja pada siapa, kan?? Sebenarnya kita semua hebat.. Jadi jangan rasa terlalu rendah diri walau diri tu rendah macam sang lekit ni sebab kita juga ada keistimewaan macam orang lain.  Tak salah kita menyokong antara satu sama lain selagi ia berada di landasan yang betul.. sokong pun tak semestinya kita akan setuju sentiasa kan.. Apa yang kita rasa kita patut sokong kita sokong, yang layak kita undi/pilih kita undi/pilih.

Kalau korang rajin boleh la jenguk2 website DIGI WWWOW Award ni untuk mengundi sesapa je yang korang rasa layak. Tak salah pun sedekahkan satu undi untuk mereka2 yang layak..

P/S : Kadang2 kelakar tengok dorang2 tu meraih undi..Tapi kagum dorang berusaha untuk merebut kemenangan tu. Tapi bila pilihan berdasarkan VOTE ni kalau yang picisan calonkan diri agak susah menang la.. Sebab selalunya yang popular je mampu meraih undi yang banyak tapi takde yang mustahil.. Dulu Ayu OIAM masa mula2.. memang tak ramai penyokong sampai takde pun 1 banner/poster bila konsert OIAM menyokong Ayu tapi sapa sangka final dia yang menang, kan?? Moral.. kalau yang picisan nak sertakan diri pun boleh yang penting Usaha.. Insyaallah berjaya. Tapi faham2 je la kalau berdasarkan Voting ni.. ekekekekeke.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

14 TAHUN MASIH MENYUSU DENGAN BOTOL SUSU

5/03/2012 03:29:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Rasa geli hati pun yer.. Rasa pelik pun yer.. Rasa janggal pun yer. Sang Lekit masa kecik pun suka menyusu dari botol & suka juga hisap puting botol susu kosong. Maybe tu la di namakan ketagih puting tiruan. Sampai umur berapa tak ingat tapi kiranya umur dalam 1 angka lagi la. Tapi ada adik manis sorang ni menyusu sampai sekarang (umur dah 14 tahun) dengan botol susu.


Alkisahnya remaja 14 tahun ni sukar membuang tabiat minum susu dalam botol susu sampai la jadi anak dara. Farah Sauffiah Rahmat yang bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Tuanku Ampuan Durah di sini, harus menyusu lebih 15 botol sehari.Ketagihan Farah Sauffiah bermula sejak kecil menyebabkan dia perlu menyusu hampir setiap jam termasuk ketika melakukan kerja rumah dan sekolah. Farah Sauffiah yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Kiara, Sikamat, di sini, berkata, dia kurang minat makan nasi dan minuman lain.

Dia cakap minum susu dengan botol dah menjadi rutin harian & baginya susu sangat sedap berbanding makanan & minuman lain jadi dia kata dia akan terus menyusu dengan botol susu sampai bila-bila. kekekekekekekeke. Kelas kau dik! Mak bapak budak ni pun dah habis idea nak hilangkan ketagihan anak dia minum susu dengan botol susu ni sampai pernah pergi jumpa bomoh la tapi tak berhasil. Tabiat anak dara dorang ni sukar di buang. Tiap2 bulan mak bapak dia memperuntukkan lebih kurang RM80 untuk susu tepung anak dara dorang ni.

Yang paling best dia tak kisah pulak kawan2 dia tahu pasal ni. Kalau dia kisah takkan dia tak kisah orang nak tulis kisah dia kat paper lak kan?? Bagi pendapat sang lekit la.. ketagihan ni nafsu.. nafsu memang kadang2 sukar di kawal tapi berbanding dia hisap benda2 terlarang, biarlah dia hisap susu dari botol ye tak?? Cuma terfikir kalau la dia kawen & ada anak nanti.. agaknya sambil menyusu anak dia pun di susukan sama. kekekekekekeke

Rujukan & berita penuh sila clik : SinarHarian





10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK SENTAP TAK BERMAKNA TAK PEDULI

5/02/2012 12:35:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Bukan tak perasan.. Bukan juga takde perasaan tapi saja buat cool & rilex. Apa nak kecoh sangat, yang baik jadikan teladan yang jahat jadikan sempadan. Memang kadang2 tak berapa nak sentap tapi tak bermakna daku tak ambil peduli langsung.

Carian Google
Selama ni kat blog kat FB.. aku perasan ada kata2 yang sedang di tujukan kepada sang lekit dalam bentuk sindiran @ kiasan tapi sang lekit takde nak kecoh sangat. Paling2 fire balik dalam bentuk kenyataan yang menerangkan konsep penulisan sang lekit. Nak kata touching sampai annouce nak tutup blog... nak close FB bagai tu tak pernah terdetik lagi. Cara sang lekit senang.. kalau sang lekit ada pendapat, pandangan & komen sendiri.. macam tu jugak orang lain. Yang berbeza adalah cara kita menyampaikan pendapat, pandangan & komen kita. Kalau ada orang yang selesa menyindir.. sindir la. Kalau yang suka maki hamun.. maki hamun la. Kalau yang suka bagi pendapat secara terbuka.. buat la. Tapi bila kita berani tampil dengan konsep yang kita pilih kita juga kena kental untuk terima kritikan, kutukkan mahupun kejian. Kalau hati tisu.. baik tulis diari jangan tulis blog.

Bagi yang selalu singgah baca entri kat blog melekit ni dah faham sangat dah konsep blog rojak ni. Kalau sang lekit nak kupas kupis satu2 isu.. sang lekit memang takde istilah 'Bodek'. Kalau kau popular seantero dunia pun.. tapi di mata daku ada yang aku rasa tak kena sang lekit komen je dengan pendapat sendiri. Tak bermakna sang lekit paksa orang untuk terima pendapat sang lekit. Itu pendapat sang lekit je. Pendapat orang lain.. masing2 punya cerita la, kan?? Bila sang lekit kritik cara penulisan blogger lain tak bermakna sang lekit isytiharkan perang dengan blogger tu. Yang selalu terjadi orang tu yang akan isytihar perang. Walau ada blogger yang kena tempias dengan  penulisan sang lekit, tak payah heran la kalau sang lekit masih singgah blog dia & berkomen. Sebabnya sang lekit bukan menulis dengan niat cari gaduh tapi sekadar memberi pandangan peribadi bukan majoriti. Orang yang komen nak LIKE atau DISLIKE tu bukan dalam bidang kuasa daku dah.

Sang Lekit tak kata sang lekit ni open minded sangat.. tapi cuba berfikiran terbuka yang termampu.. Tak jugak aku rasa daku ni terlampau OUTSPOKEN tapi sekadar meluahkan pendapat terpendam. Segala teguran, sindiran @ nasihat walau sang lekit tak reply @ tak sentap tak bermakna sang lekit tak ambil peduli cuma sang lekit tapis dulu la.. Dalam diam ku ambil berat setiap kata2 yang di tuju kepada daku walau daku jarang sentap sangat dengan perli merli di angin lalu tu.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK KAWEN SALAH, KAWEN PUN SALAH

5/01/2012 02:38:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Tak kawen pun orang mengata dah kawen pun tetap orang mengata. Bak kata pepatah mulut tempayan boleh di tutup.. kalau tak tutup pun mulut tempayan memang tak boleh bercakap tapi mulut manusia tutup tak tutup dia tetap berkata kata.. tak melalui suara dalam hati pun tetap bersuara. Itu lah lumrah manusia... Termasuk la sang lekit pun manusia.

Kesian artis kontroversi tu... Yang lepas tu lepas la kan?? Memang la perangai dia sebelum ni di perkatakan orang. Rampas suami orang.. runtuhkan rumahtangga orang.. Tapi bila berbalik soal Jodoh ni kita takde alasan dah nak cakap. Jodoh kan rahsia Allah.. Bila jodoh kita sampai, setakat mana jodoh kita semua tu di luar kemampuan kita kalau Allah dah tentukan. Cuma sebagai manusia kita di tuntut berusaha, berdoa, tawakal & redha.

Bukan la sang lekit peminat artis tu.. Tak juga sang lekit setuju dengan tindakkan dia yang lepas cuma bila dia memilih untuk menghalalkan hubungannya dengan lelaki yang pernah di rampas dari orang lain tu sang lekit rasa.. itulah yang terbaik dari dia terus bersama dengan lelaki itu dalam hubungan yang tidak sah. Tak perlu la kita nak doakan dia supaya di balas balik apa yang dia pernah buat sebabnya Allah tahu apa yang sepatutnya terjadi.. Doakanlah yang terbaik semoga benda yang tak baik pernah dia buat berubah menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Balasan Tuhan tu ada.. dia nak bagi kat dunia & akhirat je kita tak tau. Jadi tak perlu kita kecoh2 nak tengok dia menderita atas kebahagian yang di bina dari kehancuran rumahtangga orang lain.

Kita terima je la mungkin jodoh artis yang sebelum ni dengan lelaki itu memang setakat tu sebab Allah nak temukan dia dengan orang yang lebih super duber baik & dah tertulis jodoh artis kontroversi ni dengan lelaki tu tapi sampai setakat mana kita tak tahu. Dok tengok mereka2 mengutuk hebat perkahwinan artis ni dengan lelaki itu sang lekit sendiri terasa.. "Andai orang mendoakan rumahtangga daku musnah, apa perasaan aku?" Itulah perasaan dia.. Walaupun sang lekit tak minat pun dengan artis kontroversi ni tapi bila melibatkan hubungan suami isteri.. sang lekit tak sampai hati pulak nak doakan kemusnahan untuk dia sebabnya sang lekit juga seorang isteri & berharap rumahtangga sang lekit kekal hingga ke akhir hayat & berharap orang lain juga mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga.


P/S : Manalah tau kan.. lepas kawen sosial life dia berubah jadi lebih baik.

 Buat Fasha.. Selamat Pengantin Baru. Yang Lepas jadi pengajaran Yang Baru jadi pengalaman


4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com