PULUT JALUR GEMILANG MERDEKA 2012

30.8.12 Suria Lekatlekit 6 Comments

Biasanya kita akan dengar, tengok & makan pulut kuning jer.. Tk pun pulut putih tapi sempena hari merdeka esok ada la insan - insan yang rasa diri depa terlebih kreatif buat nalla punya besaq jalur gemilang dengan menggunakan pulut.

Nak pujian? Nak perhatian? Nak masuk Malaysian Book record? Nak pujian tu mungkin pujian dari orang lain bukan sang lekit. Benda makan di buat macam tu memang sang lekit tak berapa nak setuju la. Bayangkan dok buat jalur gemilang yang ada banyak kaler dengan pulut.. dah tu besaq gedabak.. kat kawasan lapang yang terdedah.. kau nak makan ke lepas tu? Kau ada selera? Segala habuk.. entah - entah yang terbersin kat situ.. Kalau kecik size pulut jalur gemilang agak2 besar kawah gulai je boleh la jugak terima..

Orang dulu - dulu nak capai kemerdekaan bergolok gadai.. Tapi kita hari ni sambut kemerdekaan dengan seribu satu pembaziran. Sang lekit boleh terima la setakat nak tembak bunga api tu.. Tapi kalau makanan di buat main - main macam tu.. Memang kurang setuju. Kau guna la tanah liat ker, plaster sin ke.. hapa ker buat jalur gemilang besar dunia sekalipun tapi bukan la bahan @ benda yang boleh di makan. Bukan sikit jumlahnya.. 2,500kg pulut tu!!

Tak beragak langsung nak tunjuk semangat kemerdekaan & patriotik.. Tak rasa dorang ni patriotik sangat lebih kepada nak raih perhatian je. Orang yang menghayati kemerdekaan bagi sang lekit takkan membazir macam tu. Yelah.. kalau kita betul2.. merasai keperitan orang sebelum kita yang berjuang untuk kemerdekaan, kita akan dapat rasa kesusahan mereka jadi mustahil la kita dengan bangga melakukan pembaziran untuk mendapat nama & perhatian. Ye tak?? Sang Lekit tak kata sang lekit ni patriotik sangat tapi memang geram jugak kalau benda makan ni di buat macam tu. Bagi yang rasa entri ni seolah2 mengondem semangat kemerdekaan orang lain.. tepuk dada tanya selera. Fikirlah.. betapa untungnya kita hidup di zaman merdeka sampai boleh buat jalur gemilang dengan pulut.. berbanding orang yang zaman sebelum merdeka nak dapat nasi semulut pun siksa.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HANTU BERGAMBAR DI KUBUR

27.8.12 Suria Lekatlekit 14 Comments

Ni cerita pasal hari raya jugak. Kisah ni berlaku pada hari raya pertama. Berlaku di kawasan tanah perkuburan Islam di sebuah kampung di negeri kedah darulaman. Ketika peristiwa itu cuaca di awal petang boleh tahan panas. Tapi tidak mematahkan semangar insan - insan itu untuk datang menziarah kubur ahli keluarga mereka.

Sang lekit yang kebetulan ada kat situ.. nak ziarah kubur arwah ayah sebab paginya tak dapat pergi. Sang Lekit sampai kampung pun dah pukul 6.30 pagi 1 syawal. Dengan si kecik maka mustahil la dapat datang ziarah awal pagi. Lepas dah ziarah kubur arwah ayah ni ada serombongan keluarga datang ziarah. Tak kenal pulak.. Tak tau la orang kampung ker.. anak orang kampung ker.. Lagipun rasa dah lama sangat tinggal kampung ni banyak rupa2 yang sang lekit dah tak berapa nak kenal. Yang budak dah banyak jadi mak budak.. yang baby dah banyak jadi anak dara/teruna.. yang muda yang banyak tua. Jadi tak pasti la family sapa.. anak sapa.. mahupun cucu cicit sapa.

Tak penting la dia anak cucu cicit sapa tapi yang paling penting dalam story ni adalah.. dalam panas yang lit.. lit.. (bak kata orang kedah yang bermaksud panas terik) sempat lagi satu couple yang datang dengan rombongan family tu dok berpossing manja kat dalam kawasan kubur tu. Tak tau la apa motif.. nak kata lawa sangat tanah perkuburan kat kampung sang lekit lekit tu, takde pulak. Kot2 la ada landscape cantik ker hapa ke.. takde pun.


Setakat gambar macam ni ok la.. cuma candid kan?? Tapi sepasang makhluk Allah tu bergambar kat kawasan kubur macam berpossing kat taman bunga. melentok liuk kemain..(gambar carian google)

Motif memang tak di kenalpasti.. tapi apa yang pasti agak pelik permandangan di kaca mata ni. Sang Lekit dok cari apa yang menarik kat kubur tu.. tapi sampai sudah tak jumpa. Maka sang lekit nilaikan depa tu sejenis hantu yang di gelar hantu gambar. Pantang pergi mana2 mesti kena amik gambar. Sampai ziarah kubur pun nak kena ambil gambar. Almaklum la zaman hujung jari.. nak upload & update setiap aktiviti kat facebook la katakan... kekekekekeke


Yang menarik
12 langkah yang perlu anda buat untuk pastikan orang kampung terpegun bila tengok korang balik kampung. Takde la balik jadi bahan umpatan jer.. Nak tau apa 12 langkah tu Meh tengok sini >> Inilah 12 langkah untuk buat orang kampung terpukau bila tengok anda balik <<

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SETAHUN SUDAH SANG PUTERI TURUN KE BUMI

23.8.12 Suria Lekatlekit 4 Comments

Raya kedua haritu genaplah setahun sang puteri turun ke bumi. Turun ke bumi melalui perut mummy bukan jatuh dari langit yer.. Maka membesarkan sang puteri 9 bulan dalam perut mummy kemudian lahir & membesar sehingga 1 tahun 3 hari, hari ni dan semoga terus membesar & membesar lagi bagai juara.

Sempena ulangtahun kelahiran sang puteri yang ke setahun yang jatuh pada 2 syawal (bulan Islam) bersamaan 20 Ogos 2012 takde sebarang majlis untuk sang puteri sebabnya kat rumah (kampung) sang lekit tak putus2 di kunjungi sedara mara. Ada jugak plan nak buat parti kecil dengan adik beradik kat rumah sebab bulan ogos di kongsi hari lahir dengan Acu (13 Ogos) Ateh An (15 Ogos) & lala (20 Ogos).. Juga mummy akan datang 28 ogos tapi memandangkan tetamu datang sampai malam.. tak jadi pulak. Tapi takpe at least chaq (mak sedara lala merangkap kakak sulung sang lekit) dah bagi hadiah. Yang lain bagi duit raya. Acu katanya dah beli hadiah tapi tertinggal dalam kereta si sponsor hadiah tu.

0 bulan - 7 bulan

Takde la terkilan sangat tak dapat celebrate 1st birthday lala sebab jatuh pada hari raya kedua.. Kat rumah pun sibuk dengan tetamu yang penting ingatan tulus ikhlas mummy, dady,Chaq,Ngah,Ateh An,Acu.. pada hari ulangtahun kelahiran lala dah cukup bermakna. Mungkin 2nd year nanti kita celebrate ramai ramai... Time tu mesti best sebab lala pun dah besar sikit.. dah ada gigi.. dah boleh berlari.. dah pandai macam macam, kan??

8 Bulan - 1 Tahun

Diam tak diam.. dah setahun 3 hari sang lekit bergelar mummy. Dan selama tu jugak sang lekit membesarkan lala dengan kudrat sendiri. Tak pernah sehari sang lekit tinggalkan lala.. Tak pernah terlintas di hati ni nak ambil masa bersendirian @ berhappy2 tanpa lala disisi. Sampai takde langsung terfikir nak berdua duan keluar dengan hubby @ tinggalkan lala walau sekejab pada orang lain. Sungguh.. setakat ni sang lekit tak sanggup kemana mana tanpa ada lala. Walau balik kampung haritu ramai yang ada boleh jaga lala, tapi kalau nak keluar tetap kami laki bini usung lala. Mak dengan bapak sama je.. kedekut nak bagi orang tolong jaga, kekekekekeke. Sang lekit tak yakin orang lain mampu jaga lala. Jaga sekejab2 tu ok la.. tapi sampai jauh di mata, oh.. tidak ler.  Yelah.. Ibu kan?? Dia rasa dia je tahu macam mana nak uruskan anak dia.. Mana2 mak pun macam tu, ye tak??

Moga Shahila akan membesar menjadi anak yang baik & terbaik, sihat & riang.. Semoga mummy juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus menjaga shahila.. semoga dady juga di beri kekuatan & kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki buat family kita. Semoga kita semua di beri rahmat dalam kehidupan kita. Amin...

P/S : Selamat hari raya maaf zahir & batin andai ada menguris perasaan selama berblog (mesti ada yang terguris punya). Raya tahun ni 3 hari je balik kedah.. Baju kurung 2 pasang tapi tailor tu memandai lak buat baju kurung pahang padahal sang lekit cuma cakap buat baju kurung biasa jer.. Sang Lekit memang selesa berbaju kurung biasa macam tu. Tak suka pesen2 sangat kalau baju kurung ni. Nak tak nak tu je baju raya yang ada terpaksa sarung jugak.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JANGAN SAMPAHKAN PETUA LAMA

14.8.12 Suria Lekatlekit 15 Comments

 Bila mak cakap.. Dalam pantang tak boleh itu.. tak boleh ini.. jangan buat tu.. jangan buat ni, kita yang kononnya moden & urban sangat betah sampai tak kaji buruk baik dah. Betul.. ada petua yang kita rasa macam tak logik nak ikut tapi jangan lupa tak semua petua lama ni sampah. Masih ada yang relevan untuk kita amalkan.

Orang dulu2 masa berpantang bersalin mana ada tidur atas katil (jarang dapat kita tengok) Lepas bersalin je bentang tilam atas lantai.. kat situ la baringnya sampai betul2 kuat, betul tak??.. sampai sekarang ada orang tua2 yang masih mengekalkan cara macam tu pada anak cucu dorang. Sebabnya.. salah satu macam jadi kat sorang retis tu anak baru umur berapa hari jatuh dari katil sudahnya kritikal kat hospital. Untuk mengelakkan benda yang tak di ingini terjadi.. kalau dah jadi baru nak berpantang, memang tak berapa nak berguna, ye tak?? Petua orang dulu2 jangan semua pandang kuno & tak relevan. Akibat terlalu kononnya urban & moden sangat.. boleh buat kita menyesal sepanjang hayat.

Sekadar hiasa. Carian google

Jangan pandang sampah sangat sebab orang dulu2 tak sekolah.. takde IT.. takde info macam sekarang. Sesetengah petua lama ni ada gunanya untuk kita pratikkan. Biarpun alasan dorang kadang2 tak masuk akal tapi bila kita kaji balik sebagai manusia yang kononnya hidup dia dunia serba hujung jari ni.. Kita akan jumpa alasan kita sendiri kenapa kita perlu ikut pantang larang orang dulu - dulu. Orang dulu2 memang kebanyakkan jenis bila suruh buat sesuatu akan bagi alasan yang berunsurkan dogeng walhal fakta sebenarnya untuk kebaikan jugak. Jadi kita sebagai manusia yang hidup dalam kemodenan ni.. yang konon bijak bistari.. boleh fikir la. Contoh pantang larang orang dulu2 tak boleh berinai di siang hari takut ayam tengok nanti inai tak merah. Memang alasan dia tak logik langsung. Kaitan ayam & inai tak merah memang dari sudut manapun kita takkan jumpa logik tapi cuba kita fikir kalau pakai inai siang2 hari.. nak tunggu inai kering kat jari, macam mana nak settle kerja2 rumah. Kalau pakai malam waktu nak tidur.. masa tu dah free kan senang.

Jadi pada mereka yang mengutuk keras orang2 yang masih mengekalkan pantang larang & petua lama ni.. cuba teliti sepanjang kehidupan korang, adakah korang hidup 100% dengan cara urban & moden? Tak payah tipu.. tak 100%.. 50% dalam hidup kau still kau berpaut pada petua & pantang larang orang dulu2 jugak. Moral of the story.. Tak semua yang diamalkan orang dulu2 itu kuno.. & tak semua yang kita kata moden itu membantu. Apa yang baik.. tetap akan jadi baik dari dulu, kini & selamanya. Yang baik takde istilah kuno sepanjang zaman.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BERHENTI JADI SETAN DI BULAN RAMADHAN

13.8.12 Suria Lekatlekit 10 Comments

Menjelang raya je mesti ada berita pasal putus.. buta.. melecur & mati. Mesti ada punya tiap2 tahun. Macam kalau takde tu rasa tahun tu memang takde raya. Macam dah jadi benda wajib.. mesti ada. Kalau takde tak boleh. Macam tak lengkap biarpun takde sapa yang nak semua tu berlaku ketika tengah seronok nak meraikan hari raya, kan??

Sebelum membebel panjang takut ada yang garu2 kepala fikir apa benda yang putus, buta, melecur & mati tu terpaksa la sang lekit bagi penjelasan kontot sikit. Semuanya berkaitan mercun. Main mercun sampai ada yang putus jari.. buta mata.. melecur anggota badan & ada juga yang mati. Tiap2 tahun surat khabar.. TV.. radio bagai menyiarkan berita bahana mercun ni tapi malangnya masih takde keinsafan selagi makhluk jenis tu rasa dia pro dalam aktiviti memercun & belum pernah mengalami sebarang kecederaan akibat mercun & mercun masih di jual @ ada sesetengah anggota tu yang ambil kesempatan bawak balik mercun hasil rampasan buat mainan anak2 (Bukan semua anggota **tutttttttt*** tu jenis macam tu tapi tetap ada & sang lekit bercakap dari apa yang sang lekit tahu je).

Sang Lekit memang cukup benci pada orang yang main mercun ni. Takat main mercun meletup ala2 bunyi kentut tu, daku boleh la terima kalau benda tu tak merbahaya pada si pemain & bukan pemain jugak tapi kalau dah rasa macam kat Iraq jer walhal kampung daku nun di kedah darulaman & bertempat di negara yang di iktiraf aman (Malaysia) memang la mengundang api dalam hati.

Terpaksa terima akibat dari kegiatan haram orang lain main mercun. kesian kan??
Mercun ni bukan saja mengundang bahaya.. menganggu ketenteraman orang lain tapi seolah2 korang bakar duit jer. Ada pula yang komen kata kalau takde bunyi mercun rasa tak meriah pulak raya. Bagi orang yang suka main mercun memang dorang rasa meriah dengan meletupkan mercun tapi bagi yang tak suka & terganggu dengan mercun.. spoil semua mood raya tau!! Meriah tu bukan datang dari mercun, ok! Meriah atau tak.. datang dari dalam diri kita sendiri. Korang rasa meriah ke bila orang maki hamun, menyumpah seranah korang? Korang rasa gembira ker menganggu orang sekeliling? Kalau korang rasa happy boleh buat macam tu bermakna korang la setan2 yang tak kena jail masa bulan ramadhan. Sebab setan je happy kalau boleh menyesatkan orang & menganggu manusia. Kenapa korang setaraf setan.. sebab korang, orang lain dah buat 1 dosa dok menyumpah seranah korang. Dah merosakkan iman orang.

Berhenti la jadi setan menjelang raya ni.. Tak payah tunggu sampai rentung separuh badan, buta sebelah mata, putus anggota badan sebab kalau masa tu baru nak pong pang kat TV, paper bagai cakap insaf pun anggota badan yang putus tak tumbuh balik dah.. yang rentung tetap tinggal kesan rentung kat badan & yang buta tu takkan tiba2 jadi celik balik dengan airmata insaf korang tu. Senang cakap cegah tu lebih baik dari merawati.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MOGA KAMPUNG KU AMAN DEKAT NAK RAYA NI

11.8.12 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kalau seminggu lagi nak raya tu.. Tak balik kampung pun takpe kot. Kalau balik hari raya lagi bagus sebab masa tu dah confirm aman sikit. Seminggu sebelum raya memang kampung sang lekit akan jadi kacau bilau umpama kampung yang di landa perang.

Lepas buka puasa jer.. rasa macam tak berani la nak keluar rumah. Takut terkena bom lak. Yelah time2 tu la bunyi tembakkan akan kedengaran sana sini. Mesti semua tertanya - tanya kat mana sebenarnya kampung sang lekit ni?? Masih kat malaysia ker? Kat malaysia lagi.. nun di utara tanah air, kedah darulaman. Yang tak amannya bukan seminggu sebelum raya Jepun datang menjajah atau komunis serang kampung tapi manusia yang tak berapa bertamadun hidup di kampung sang lekit mula membuktikan tahap ketidak tamadunan mereka pada masyarakat kampung yang lebih maju & bertamadun yang lain.

Setakat main mercun meletup kebabom depan  rumah sendiri ok lagi.. boleh tahan walau mercun dorang mengalahkan bom tangan punya bunyi. Tapi jenis manusia yang menjadikan orang lain sebagai risiko untuk mereka berseronok ni yang mengundang rasa tak puas hati tahap kritikal. Perang mercun antara dua rumah yang boleh di panggil jiran sang lekit jugak memang tiap2 tahun rumah sang lekit jadi sasaran. satu duduk sebelah rumah.. satu lagi depan rumah (seberang jalan). Bayangkan dua buah rumah ni buat pesta mercun sambil perang. Mercun pulak jenis terbang2.. selalu meletup atas bumbung rumah sang lekit. Pernah kena tingkap.. pernah jugak meletup atas kereta kakak sulung sang lekit.

Bila tegur @ marah.. si mak bapak pula bagi semangat suruh main lagi. Bila report polis pun.. polis just datang round2 dengan motor lepas tu balik. Masa polis datang round sunyi sekejab. Lepas tu polis pun cakap.. Masa kitorang datang takde main, jadi kitorang tak boleh nak buat apa2. Jadi apa la kami penduduk yang bertamadun ni nak buat dengan masyarakat yang kurang bertamadun. Tegur lagi menjadi.. report polis dah itu pulak kata polis. Apa yang sang lekit harap tahun ni dorang ada kesedaran & jadi manusia bertamadun je.

Tahun ni rasanya suasana tetap macam biasa jugak.. Kalau nak gaduh pun rasanya dah takde ayat power nak cakap jadi sang lekit doakan dorang sekeluarga dari mak bapak sampai cucu cicit mendapat hidayah &insaf tak menganggu ketenteraman orang lain lagi. Tak tau la hidayah tu dapat setelah putus 3 4 jari.. buta sebelah mata.. melecur separuh badan.. Tapi di harap mereka & keluarga mereka dapat keinsafan sebelum terjadinya perkara2 buruk tak kira pada pemain mercun itu sendiri ataupun orang yang tidak terlibat langsung dalam aktiviti haram dorang tu. Aminnnnnnnn...

Salah sorang member sekampung yang juga terkesan dengan perang mercun  yang berlaku tiap kali menjelang raya tak kira raya apapun semua dorang celebrate.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

FLASHBACK KISAH 20 RAMADHAN TAHUN LEPAS

9.8.12 Suria Lekatlekit 9 Comments

2O ramadhan dah kan?? Sekejab jer.. Memang puasa tahun ni sangat2 mudah bagi daku. Sepanjang 19 hari puasa, Alhamdulillah takde sebarang masalah. Tahap lapar & dahaga pun tak terasa sangat tahun ni. Mungkin cuaca.. mungkin juga sebab asyik dok dalam rumah jer kot.

Apa kisah di sebalik 20 Ramadhan? Apa yang nak di ungkit pada 20 ramadhan tahun lepas? Ada sapa2 tahu & ingat tak apa yang berlaku 20 Ramadhan tahun lepas?? Mungkin ramai yang pernah baca kisah 20 Ramadhan tahun lepas kat blog ni tapi mungkin dah lupa kisahnya. Pada yang lupa jom kita flashback sama2 apa yang jadi 20 ramadhan tahun lepas..

20 Ramadhan tahun lepas.. Sang Lekit secara automatiknya tak puasa hari tu. Memang mula2 puasa tapi tak sampai separuh hari dah terbatal. Bukan sebab tak sahur.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Rujuk entri ni.. DISEBALIK 20 RAMADHAN <<- clik je) (walau entri tu tak di tulis pada 20 ramadhan tapi entri tu cerita kisah yang berlaku pada 20 ramadhan)

Sekejab jer dah setahun berlalu...

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JUAL LAUK KE JUAL BARANG KEMAS NI?

8.8.12 Suria Lekatlekit 12 Comments

Dua hari lepas dapur tak berasap jadi sempat jenguk bazar ramadhan. Bukan selalu apatah lagi hari2 nak pergi bazar beli juadah tunjuk2 ni. Selalunya berirama senduk kuali kat dapur.. segala jenis silat akan keluar takhkala bertarung sediakan juadah berbuka di temani si kecik yang lasak tu. Sekali sekala tak masak.. apa salahnya, kan??

Tak jauh pun pergi bazar area rumah jugak la. Macam biasa la kat bazar... macam macam ada. Bukan je makanan jenis manusia pun macam2 jugak. Ada yang terjerit2 promosikan jualan dorang. Ada satu gerai tu sang lekit terpandang bila jeritan dorang agak meriah.. Usya punya usya rupanya gerai tu milik seorang artis 90an tak silap. Azizul khamis nama dia. Ramah tamah abang azizul kita dengan pelanggan. ada jugak sang lekit nampak pelanggan yang datang bergambar dengan dia. Tu pasal gerai retis..

Ni pasal sorang makcik jual lauk pauk. Sang Lekit sempat singgah gerai makcik ni. Tak sempat nak tengok lauk.. tertengok dulu kilauan emas di badannya. Amboi makcik rantai jer dah besar rantai sauh kapal.. tambah gelang kiri kanan besar gedabak tu. Seram pulak sang lekit tengok. Seram bukan apa.. seram memikirkan jenayah sekarang. peragut sekarang sanggup membunuh demi nak dapatkan wallet yang dia sendiri tak tau berapa ringgit dalam tu apatah lagi kalau dia tengok makcik tu yang bersalut emas. Tak kira la dia pakai emas sadur ke emas tulen yang pasti kalau penjenayah tu nampak dia dah tak check dulu emas tu sadur ke tulen, kan??

Kau Mampu??? Sekadar hiasan (Carian Google)

Memang tindakkan makcik tu menayang barang kemas dia secara terbuka tindakkan yang berani mati.(Kalau barang kemas dia kecik2 besar kelingking takpe jugak.. ni tak dah dekar sama besar dengan lenggan lak) Tak tau la kot dia ada ilmu kebal, kan?? Lahai makcik - makcik @ akak2 mahupun adik2 di luar sana yang mengemari aksesori emas ni.. Bukan la dengki yer dik tapi sekadar pesanan khidmat masyarakat dari blog melekit.. Pakai barang kemas banyak2 sangat sampai sarat pun tak cantik sangat, nampak buruk balik. Bukan je nampak buruk malah berisiko terjadinya kejadian yang buruk. Jadi beringatlah sebelum terkena. Buat apa dedahkan diri kita kepada jenayah.. ye tak??

P/S : Yang suka simpan dalam rumah pun kena rompak apatah lagi yang buat tayangan perdana kat badan sendiri.. Takut tinggal lengan je makcik Ooi.. tinggal lengan hidup lagi.. kalau tinggal leher kepala hilang.. huhuhu... serammmmmmmm

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HUKUM LELAKI MEMAKAI PAKAIAN KETAT & MENUNJUK OTOT

7.8.12 Suria Lekatlekit 33 Comments

Lelaki kalau cakap bab aurat perempuan khatam sungguh.. sana sini dia nampak silap. Tapi dia lupa pulak nak study aurat dia. Mungkin ada sesetengah lelaki rasa dia lelaki &i dia tak payah pakai tudung.. takde benjolan2 kat badan.. pakai apappun ok je, kan?? Walhal kita semua tahu lelaki pun ada auratnya jugak.

Pinjam dari blog : Pakar Cinta
Sebenarnya ramai lelaki tak sedar cara berpakaian dorang selama ni salah dari sudut agama dan Salah satu pakaian lelaki yang tak menepati syariat adalah.. Mengenakan pakaian nipis dan ketat. Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.  Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.   (Untuk info penuh tentang kesalahan lelaki dalam berpakaian clik kat SINI )

Wahai lelaki walaupun lelaki tak wajib pakai kopiah/songkok/sarban macam perempuan pakai tudung tapi ketahuilah.. dalam kaum lelaki yang asyik menyindir/perli pasal perempuan tak tutup aurat ni apakata ambil masa sekejab je belek pakaian yang melekat kat badan korang. Tengok dari hujung kaki sampai hujung kepala.. dah sempurna ke aurat tu tertutup??

Entri bukan la serangan balas pada kaum lelaki yang asyik point aurat perempuan jer tapi sekadar perkongsian ilmu hasil dari berguru dengan google. Apa salahnya ilmu yang secubit ni di kongsi untuk memberi manafaat pada yang membaca. Jadi kaum adam jangan la terasa entri ni menyindir lak kalau terkena batang hidung. Anggaplah ia satu kebetulan jer yer...

Sekadar peringatan : Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa seperti gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.

33 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BERTUDUNG TAPI TAYANG BRA

4.8.12 Suria Lekatlekit 21 Comments

Aduhai budak - budak zaman sekarang ni.. Berani tahap jerut leher sendiri. Setakat nak buat duckface.. mulut muncung, pipi kembung & mata sepet tu buat la. Walau orang menyampah at least takde la conteng arang kat muka mak bapak sangat tapi kalau dah buka baju ambil gambar pakai bra tapi tudung melekat kat kepala ni pejadah pula!!

Sang Lekit secara tak sengaja terclik Fanpage Himpunan gambar awek melayu (telah pun dideletekan malam tadi). Try la buka.. macam - macam gambar gadis2 melayu. Tengok pada rupa macam adik adik lagi ni. Boleh jadi sekolah pun tak habis lagi. Memang banyak jugak pic2 bebudak ni berbra je tapi paling tak tahan 1 gambar budak ni pakai tudung tapi dengan hanya ber bra tanpa di alas sebarang pakaian lain.

terpaksa di edit untuk mengurangkan kelucahan pada gambar asal.

Punya la bodoh kurang cerdik kan ambil gambar macam tu.. bertambah bodoh kurang cerdik
sekiranya betul dia yang upload gambar tu ke FB sampai admin Fanpage Himpunan gambar awek melayu jumpa kemudian upload ke dalam page dorang. Kalaupun dia kata gambar dia kena curi & gambar tersebut di ambil untuk simpanan peribadi tetap jugak bodoh kurang cerdik. Yang kau pergi ambil gambar tak senonoh macam tu nak tunjuk kat sapa? Kau nak simpan buat apa? Dah tau gambar macam tu berisiko tinggi kalau terlepas kat orang lain, sapa suruh kau ambil risiko simpan gambar tu. Tetap jugak kau yang bodoh tak cerdik, dik!

Jangan salahkan orang kalau gambar tu tersebar salahkan diri sendiri dulu yang buat kerja tak pakai otak. Samalah dengan orang yang tulis status tak guna penapis.. bila orang pertikaikan kenyataan dia mula meroyan cakap orang putar belit fakta. Punca sesuatu benda tersebar tu harus kaji dulu. Dari siapa kalau bukan bermula dari diri sendiri. Benda tu takkan wujud kalau kita tak wujudkan. Betul tak?? Jadi sebagai manusia berakal elok la gunakan anugerah yang Tuhan bagi tu sebaik mungkin.


P/S : Orang kata menulis @ menayang apa2 kat FB tu biar berpada supaya tak kena padan muka. Peringatan ni untuk diri sendiri jugak

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

P.U.A.S.A DULU & SEKARANG

3.8.12 Suria Lekatlekit 11 Comments

Puasa tahun & setakat hari ni rasa amatlah senang di lalui. Tak banyak dugaan sangat. Tengok makanan & minuman siang hari pun tak rasa tergugat sangat puasa kali ni berbanding puasa2 di tahun yang lepas. Agak mencabar jugak la..

Tahun lepas punya puasa.. sarat mengandung. Paham2 je la ibu mengandung ni. Memang rasa letih & kurang bermaya jugak la bila berpuasa. Tapi tak sempat nak abis puasa.. lala dah jenguk dunia (20 ramadhan).

Puasa yang dua tahun lepas & sebelumnya.. Tersangat la menduga sebab time tu masih lagi berkerja. Pepaham je la dok kat opis yang berselimut aircon tu kan?? Bila dok dalam aircon ni perut cepat rasa lapar, mata pulak cepat mengantuk. Nak2 lagi time puasa.. Asyik nak tersengguk kat meja jer. Dok kira jarum saat kat jam jer.. bila la nak balik.

Kalau nak imbau puasa zaman kanak - kanak & awal remaja tu.. Rasa macam malu lak nak share cerita. Banyak puasa yang yok dari puasa penuh. Nampak macam hari2 puasa tapi sebenarnya kebanyakkan hari2 cuma sekerat hari je puasa. Kanak - kanak tu biasa la.. tak kira puasa  tak puasa, melasak je kerjanya. Bila letih.. mula la rasa lapar & dahaga. Mula curi2 minum air sejuk, cuit2 lauk sahur.. Kalau kat sekolah tu rajin ke surau. konon basuh muka.. kenapa basuh muka kat surau.. teguk air paip surau la kerjanya. Dalam toilet tekak rasa loya. padahal dua2 pun air paip juga tapi tak sama tempat & baunya, kan??

Carian Google

Tapi banyak2 tahun puasa.. Tahun ni rasa paling best. Walau tak senang duduk dengan aksi extrem lala tapi puasa tahun ni la kurang rasa lapar & dahaga. Petua?? Takde la petua apa2.. cuma bangun sahur. Sang Lekit tetap ambil nasi masa sahur dengan segelas milo suam & segelas air kosong. Alhamdulillah apa yang sang lekit makan masa sahur mampu bagi tenaga sepanjang berpuasa.

P/S : Korang punya pengalaman puasa macam mana??

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KALAU LA ADA SIARAN TV SIAR IKLAN 24 JAM

2.8.12 Suria Lekatlekit 14 Comments

Bulan tak puasa tak terasa sangat tapi bila bulan puasa ni makan minum semua on time berbanding bulan2 lain. Pukul berapa nak makan, nak minum takde hal punya. Kalau dulu tak kisah.. set time je nak buat apa2. Sekarang ni timing pun dah tak boleh nak setting. Kena ikut timing budak lala la...

Lala semakin lasak & semakin tak boleh biar dia main sorang2 walau hanya 5 minit kecuali kat TV ada siaran iklan. Dia akan diam sekejab bagi memberi laluan kepada iklan2 TV. Dia akan menonton penuh kusyuk sambil menikmati lolipop jarinya. Sesudah habis ikaln jer.. dia kembali beraktiviti extrem la.

Bila sang lekit kesuntukkan masa.. lebih2 lagi nak masak untuk berbuka. Terfikir sang lekit alangkah bagus kalau ada siaran TV yang hanya siar iklan saja selama 24 jam. Pasti boleh setting time nak settlekan semua kerja kerja kat rumah termasuklah berblog.. kan?? Tapi malangnya takde tv yang hanya siarkan iklan je. Sapa la nak tengok kalau iklan manjang, kan?? Melainkan lala je la. Tu pun kalau 24 jam tengok iklan budak tu pun rasa muak, ye tak??

Sebab iklan tak lama.. Iklan muncul pun sekejab2 maka bila lala masih melasak sedangkan mummy perlu dengan segera ke dapur memasak jadilah adengan berlari2 berkejaran di dalam rumah. Mummy la kena berlari & berkejar dengan lala. Baru ambil papan pemotong nak siang ikan.. Lala dah siap sampai ke puncak everest.. (Sofa jer selalu dia panjat.. kekekeke). Tak boleh biar dia main atas sofa.. kalau terjatuh bahaya. Tak lama pun kadang2 sang lekit berpaling ke belakang.. tak sampai 2 minit bila toleh kat lala dia dah siap buat aksi mencemaskan.

Ni la antara sebab2 semalam mummy berbuka minum milo je. Pukul 9++ baru dapat makan sebab budak kecik dah tido

Walaupun macam tu.. memasak tetap kena teruskan. Gigih jugak siapkan walau 1 hidangan janji ada juadah nak berbuka walau berbuka sorang diri pun. Kalau dady balik awal takde masalah sangat.. Dia la layan lala tapi yang jadi kelam kabut kalau dady tak dapat balik berbuka. Walau letih.. penat.. tapi sang lekit jarang rasa stress sangat dengan kelasakkan lala. Suka tengok dia aktif & sang lekit rasa puas sebab sang lekit 100% yang uruskan lala tanpa bantuan sesiapa kecuali dady lala.

Beruntung bagi mereka2 yang walau dah kawen & beranak tapi masih tinggal sebumbung dengan mak ayah @ mak ayah mertua sebabnya.. Kita boleh settlekan kerja rumah dengan selesa sebab ada orang tolong tengokkan anak sementara kita siapkan kerja @ ada orang tolong settlekan kerja rumah untuk kita, kan??

Pun macam tu sang lekit rasa selesa macam ni.. Besarkan anak dengan kudrat sendiri. Masak, membasuh, mengemas rumah sendiri. Walau memang tak mudah tapi tetap boleh buat kalau kita nak buat. Pokok pangkal dari diri kita sendiri.. nak atau tak je, kan??


P/S : Walker lebih merbahaya buat lala sebab dia dah pernah buat aksi superman atas walker. Dia panjat walker sebab nak amik barang.. Sang Lekit letak dia dalam walker konon nak senang buat kerja rumah tapi nampaknya lagi berisiko maka walker pun tak jalan...

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ENTRI ARWAH 'AYAH' TIBA2 JADI PERHATIAN

1.8.12 Suria Lekatlekit 7 Comments

Kisah ni dah lama.. Kisah tu memang agak sedih.. Kisah tu kisah tangisan pengantin baru la jugak.. Kisah saat2 terakhir bersama arwah ayah. Sang Lekit sendiri sebak bila membacanya. Rindu pada arwah ayah tak pernah hilang apatah lagi bila membaca kembali entri tu. Rasa macam baru sekejab tadi jer semua ni terjadi...

Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan masa tu.. Dalam sibuk menguruskan hal nak nikah.. Tiba Allah menguji dengan pemergian Ayah dengan tiba - tiba. Susah untuk tersenyum waktu tu.. terus terang sang lekit katakan.. Masa di ijabkabul pun sang lekit semacam takde perasaan. Yang ada cuma terkilan.. Bukan Ayah yang walikan sang lekit bernikah. Bagi yang dah lama ikuti blog melekit ni mungkin dah pernah baca kisah di sebalik pernikahan sang lekit bagi yang belum boleh clik DISINI @ tengok kat side bar.. ada gambar kawen tu clik je.

Bukan pasal kisah sedih tu nak sang lekit cerita tapi kisah hari ni yang tiba2 entri yang dah bersawang tu mendapat perhatian ramai hari ni. Untuk entri tu saja hari ni mendapat 100++ views. Eh.. eh... kenapa yer tiba2 jadi perhatian entri tu?? Nak tau ker... Sang Lekit sebenarnya tahu tapi saja buat2 suspen.

Tu ha.. cikgu shida tolong promosikan blog melekit kat FB dia.. Dia attach sekali gambar kawen sang lekit sambil bahagian muka en asben kita di lubangkan. Tu la pasal entri tu tiba2 jadi perhatian. Kenapa baik sangat cikgu shida nak mempromosikan blog melekit ni?? Malas la nak komen panjang2.. apa kata tengok je attachment ni..

Mungkin cikgu shida tak dapat cari gambar single sang lekit tu yang dia upload gambar kawen kot

La.. Ingatkan dorang yang clik ke blog melekit ni nak cari entri pasal cikgu shida yang kononnya sang lekit dah putar belitkan fakta dari status cikgu shida rupanya orang minat jugak nak tahu kisah di sebalik gambar yang cikgu shida upload kat fb dia tu.

Pasal kes putar belit tu malas nak komen.. Terpulang la pada korang yang membaca nak anggap macam mana. Bulan puasa ni kang cakap lebih2.. puasa lapar je pulak. Apapun pada cikgu shida.. terima kasih la sebab tolong promosikan blog melekit ni. Yang ketiga kali kalau tak silap. Kita sama2 bagi publisiti kepada diri masing2 yer..

**MUDAH-MUDAHAN DIA JUGA AKAN POPULAR SEPERTI C.S.D.P**. << Di petik dari status cikgu shida tu. Komen sang lekit.. Tak harap sangat popular macam cikgu shida, takut tak bahagia lak. kekekekeke


Ps : Punca cikgu shida makin bengang sebab sang lekit komen status dia petang tadi... kekekeke. lepas tu terus dia up status yang upload sekali dengan gambar sang lekit tu.. Sorry cikgu shida. Sang Lekit tak sangka lak dia tersentap dengan komen tu... kekekekeke


Maafkan saya cikgu shida. Peace!

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *