NAK POPULAR BUAT JE STATUS POTONG ANU & BERBOGEL KAT FB

30.11.12 Suria Lekatlekit 10 Comments

Tu dia budaya & trend terbaru adik2 hingusan nak dapat like, share & kutuk & kritik yang banyak kat Facebook. Bila ada bola je.. mula memperlekehkan kemampuan pemain tempatan dengan status 'kalau Malaysia menang aku potong anu aku'.. Kalau malaysia menang aku bogel depan pavillion'.

Jadinya ko rela  menyunatkan diri ko untuk kali kedua la yer.. hahahaha

Lepas tu.. ada pulak orang mensensasikan isu budak2 mentah dengan status2 mengarut. printscreen lepas tu sebar.. Lepas tu banyak la tukang like & tukang share. Maka berpusu pusu la orang pulun dok add budak hingus tak kering tu nak join membahan dia.

tetiba lepas Malaysia menang account kena hack.. kan??

Benda ni sebab ada sorang yang buat secara tak sengaja lepas tu dapat perhatian yang di luar jangkaan dia. Maybe masa dia up status tu sebab dia tak yakin dengan kemampuan pasukan tu untuk menang. Dia sebenarnya nak bagitau yang ramalanku benar belaka tapi tup tup status potong anu.. bogel bagai tu dapat liputan meluas kat laman sosial sehingga dia sendiri rasa umpama mimpi dalam mimpi boleh jadi popular kat laman sosial dengan sekelip mata. Dari kesilapan lawak tak berprestij tu maka tuan punya diri mendapat aib setaraf dengan kepopularitinya tak di sangka tu. Maka dia pun menghilangkan diri.

Hilangnya berganti pulak.. Bila budak2 hingus lain tengok cara tu boleh buat depa jadi pemes bak diva facebook dengan sekelip mata, maka muncul sorang dan sorang dan seterusnya berorang2 budak melakukan benda yang sama bagi meraih populariti yang pernah sipolan sorang tu buat. Kita yang jenis manusia suka mensensasikan berita, pun dok layan buat benda yang sama sebar.. share.. like. Budak2 hingus tu pun suka dapat jadi popular.. bila dah dapat perhatian nak coverline konon account kena hack.. kena dajal.. abis dah dapat friends ribu riban.. apa lagi tukar statement cover line la. (Kalau betul yang kena hack memang akak simpati la kat kamu tu.. kalau yang guna alasan tu nak lepas diri pun akak kesian jugak)

Wahai adik adik akak, tak payah la buat benda yang memalukan diri tu, Nampak sangat murahan. Yang tukang dok sebar, share like bagai tu pun cukup2 lah layan budak2 hingus macam tu. Makin layan makin menjadi maka spesis gila glemer kat fb akan muncul bagi cendawan yang tumbuh selepas hujan dengan status2 yang mengarut. Yang laki nak potong Anu.. ko nak jadi apa. Khunsa pun ada alat kelamin tau.. aparah. Yang pompuan nak bogel kat khalayak ramai.. pelacur pun tak bogel tempat awam dik.. takkan ko nak jadi lagi murah dari pelacur.

Tu dia.. sampai nak sedekah dara bagai.. dah tu kat mat bangla lak.. huhuhu..

Entri ni sekadar renungan.. mana yang baik jadikan teladan. Yang buruk bawak2 la berubah.

P/S : Kalau entri ni dapat 1000 like & share aku sanggup berbogel jugak tapi bogel dalam bilik air rumah aku je sorang - sorang. hahahahaha (sekadar sindiran jer.. )

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LALA OH LALA.. LAMA TAK DENGAR CERITA

29.11.12 Suria Lekatlekit 6 Comments

Oh la la.. sekarang tengah tido. Maksudnya pukul 1.38 pm dia tengah tido. Sekejab lagi mungkin dia bangun maka bersiap sedia dengan perisai.. Sebaik je dia bangun dia akan check TV samada pasang atau tutup. Kalau TV tu off.. paham2 je la, kena buka.

Lepas buka TV, kalau ada rancangan peberet dia, dia tengok la. Kalau takde dia tengok TV time iklan je tak pun time lagu2 patriotik bertema 1 Malaysia tu. Sementara takde benda menarik kat TV.. dia akan mula memanjat apa2 je boleh di panjat. Panjat sofa je selalu sebab sofa je benda yang ada boleh dia panjat kat depan tu. Atau sepahkan mainan dia yang sebesen & pelbagai jenis. Kalau bosan dia merayap2 di kawasan sekitar mencari benda yang terlarang untuk main. Malam dady ada kat rumah, boleh layan upin ipin kat youtube guna enpon kecik je. Sementara nak tido.

Kusyuk layan upin ipin kat enpon kecik dady

Lala sekarang baru ada 6 batang gigi dalam usia setahun 3 bulan. Baru pandai berdiri sendiri tanpa berpaut.. Jalan coming soon la kot. Lambat sikit dia berjalan berbanding baby2 lain tapi perkembangan otak dia takde la terbantut. (Lambat jalan mungkin di pengaruhi faktor keturunan kot sebab bapak lala pun setahun setengah baru berjalan. Mak lala cepat je jalan tapi lala pilih ikut jejak bapak dia nak buat macam mana, kan?? Gigi atas pun macam bapak juga.) Setiap hari ada je benda baru dia belajar. Belajar mengumpil benda yang melekat, Belajar menggunakan apa2 benda sebagai alas memanjat & macam2 lagi la dia belajar setiap hari secara semulajadi.

Hak bermain hak kami.. katanya (gambar 2 bulan lepas. Yang terbaru malas pulak nak godek2 dalam camera

Cakap.. Lala masih tak fasih berbahasa melayu. Masih cakap dalam bahasa ala2 korea sikit, filipina sikit.. kira dia cakap bahasa yang mix je la. Mak dia masih dok kerah lala menyebut mumy.. kadang2 dengar dia cakap didi (dady.. la kot). Lain di ajar lain pulak dia belajar. Tahap kelasakkan lala & kemuraian mulut dia semakin berkembang pesat. Kalau dulu balik umah tok & Opah kat Gombak sana.. sampai Opah tanya suara nya mana.. sekarang ni Opah cakap, kuatnya suara. Tak diam duduk. Manjat dah jadi hobi walau di mana jua berada. Umah Opah takpe yer nak.. rumah orang lain harus mummy kepit ko supaya diam. Kang lasak2 sangat orang benci pulak.

Mangsa buli Acu sendiri. Tu la dok tak diam..

Makan.. Walau macam2 pendapat & pandangan yang suruh ajar lala makan nasi tetap mak dia kurang yakin dengan tahap kemampuan anak dia mengunyah nasi berlauk. Takpe la.. mummy pelbagaikan lauk pauk & sayur dengan bubur nasi je. Cuma bubur lala tak lenyek halus dah macam dulu sebab lala dah pandai kunyah2. Walau makan bubur pipi lala nampak gebu sikit dah berbanding haritu masa mula2 nak tumbuh gigi.. seminggu dia kurang nak makan. Berat dia agak susut. Tapi selepas tu dia makan macam biasa & nampak berisi sikit.

Susu dah 70% susu formula. Cuma time bangun tengah2 malam & bangun tengah2 pagi buta je dia nak minum susu ibu. Alhamdulillah masih ada stok lala minum. Kalau siang2 hari dia tak nak pulak.

Lain2 nanti next entri pasal lala mummy story.

P/S : Siapa tak suka tengok anak cepat bercakap, berjalan tapi setiap perkembangan baby tu tak sama. Ada yang cepat & ada yang lambat jadi tak perlu la kita nak buat perbandingan yang mungkin buat orang lain terasa. Setakat berkongsi pengalaman tu ok ler.. tapi jangan memperlekehkan pulak. Peace!


6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MEROYAN KAT TWITTER KENA TINGGAL SELEPAS HILANG DARA

27.11.12 Suria Lekatlekit 14 Comments

kanak - kanak rebina baru datang period setahun dua sekarang ni dah rasa macam besar sangat dah. Kisah remaja terlanjur bagai memang bukan cerita luar biasa kita dengar, tapi kita tak boleh jugak anggap benda biasa kan.

Mungkin sebab dah biasa canang apa saja cerita pasal diri sendiri kat laman sosial, maka dia rasa dengan membuka aib sendiri pun perkara biasa kot. Jadi dengan tanpa fikir panjang dia pun meluahkan perasaan kecewa kena tinggal dengan pakwe 'setelah Aku kau miliki' Bak kata shima dalam lirik lagunya. Bila kena kutuk baru nak maki hamun orang. Lahai adik ku sayang, kenapa la kau terlalu bijak sangat pergi bagitau semua orang yang pakwe ko dah sentuh setiap inci badan ko tu. Rasa kecewa di tinggalkan tu.. tak di nafikan amatlah sakit nak2 lagi abis satu badan ko dia dah pernah rasa sakit yang rasa tu mesti la double triple kan tapi buat apa ko tambah lagi luka di hati dengan canang pasal ko dah takde dara. Maybe ko rasa dengan bagitau semua tu ko boleh dapat simpati melimpah ruah la yer.. Malang yang ko dapat keji yang berkawah. Kalau akak nak kutuk ko pun bukan pasal ko terlanjur tapi jangan kata akak sokong perbuatan ko tu pulak yer.. tapi akak nak kutuk pun pasal ko kurang cerdik bila announce kat semua yang ko tu dah takde dara. Apa yang hilang mungkin kita takkan dapat kembali tapi apa yang buruk tentang kita tu selagi boleh di sorok.. sorokkan la. Tak perlu nak buka aib sendiri. Orang tak cakap ko jujur kalau dalam kes ni tapi bodoh, ada paham adikku??

Aduhai dik.. Kalaupun ko tak rasa malu, cuba la ko fikir mak bapak & family ko tu. Pandai buat pandai simpan. Dah sedar jantan cuma nak 'barang' ko je next time jadikan pengajaran yang paling berharga agar ko tak ulangi apa yang pernah terjadi. Tak perlu ko nak meroyan kat twitter bagai. Benda yang maybe ko dengan pakwe ko je tahu sebelum ni dah jadi 1 malaya tau. Dah tu pampang muka gebu ko pulak.. Kesian kat ko dik!

Rujukan & sumber asal kat SINI

Pesanan untuk diri sendiri dah semua.. Jangan jadikan laman sosial ni macam bilik tidur sebab tak semua benda yang kita buat dalam bilik tidur harus orang luar tahu, jadikan laman sosial macam laman rumah kalau orang nampak pun takde apa sangat. Sebab nama pun laman kan.. Aib wajib kita sorok selagi boleh. Pada adik2 yang baru nak membesar segala bagai tu.. Umur bukan alasan ko nak cakap ko buat semua tu atas dasar kurang matang tapi malu yang ada pada diri ko tu yang membataskan segala tindakkan. Kalau ko kurang malu sekarang & ko pratikkan sikap tak malu tu dari sekarang tak mustahil sampai ko bangka pun ko akan jadi orang kurang malu sebab ko dah takde rasa malu pada sesuatu yang ko patut malu lagi.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI?

26.11.12 Suria Lekatlekit 13 Comments

Semua orang rasanya dah tahu pasal kes pengantin budak2 yang hingus pun tak berapa kering lagi. Amboi.. takkan la 12 tahun pun tak reti nak lap hingus sendiri?? Ok.. ok.. tak baik tau mengambarkan budak tu macam kanak2 rebina yang masih pakai lampin. Ok.. 12 tahun dah pandai cintan cintun. Dah ada perasaan nak menggatal bila tengok budak laki ensem apatah lagi kalau ada budak laki yang nak tackle dia.. mesti kegedikkan tu terserlah sebab budak2 sebaya tu bukan pandai sangat cover excited dia, kan??

Gambar ni pinjam dari FB orang kampung je.
Bila dah wujud perasaan gedik2.. perasaan nak loving2 dengan budak laki lepas tu ada respond dari budak laki maka terjadi lah cinta monyet. Bila dah cintan cintun.. yang si gadis sunti 12 tahun ni memang la tahap kematangan dia bawah paras yang sangat2 bahaya atau erti kata lain sangat2 la tak matang tapi tahap keberanian dia melawan cakap mak bapak juga di paras bahaya. Yelah.. bak kata bapak dia, terpaksa bagi kawen sebab dia taknak balik rumah & nak duduk rumah boipren dia. Betul tindakkan bapak tu.. sang lekit pun tak salahkan si bapak. Memang sang lekit percaya si bapak pun fikir kawenkan anak dia dalam usia 12 tahun tu bukanlah yang terbaik tapi itulah jalan yang paling baik yang ada dengan perangai anak dia tu. Dari anak dia jadi mak orang sebelum nikah dalam usia semuda tu ada lagi bagus anak dia jadi bini orang dulu sebelum terjadinya mak orang kan.

Tengok muka sengsorang.. yang pompuan 12 tahun & yang laki 19 tahun tu memang agak jelas depa dua2 orang pun bukan reti sangat tanggungjawab laki bini ni. Yang bangka pun kadang2 tak paham lagi yang mana tanggungjawab & yang mana ko tak perlu tanggung & jawab inikah yang kategori baru nak masuk remaja. Depa cuma fikir.. dengan kawen tu je depa boleh jumpa selalu, loving2 selalu & kemana saja berdua orang tak ganggu. Tapi bila kita cakap pasal jodoh.. terpaksa kita redha sebab semua tu rahsia Allah. Allah dah tulis untuk kita bila kita lahir.. bila kita kawen & bila kita mati. Cuma perkahwinan dalam usia mentah tu perlu banyak perhatian & bimbingan orang tua. Budak2 la katakan.. macam depa buat perangai sebelum kawen.. ikut hati lepas kawen pun still kebudakkan tu takkan hilang atau berubah sekelip mata.

Nasib baik budak laki tu dari keluarga yang ada bisnes sendiri, kira dia boleh la menumpang cari makan dengan bapak & teruskan bisnes family kalau tak goyah jugak kalau ekonomi tak kukuh tapi nak kena bela bini dalam usia yang muda macam tu. Apapun sang lekit doa kan adik2 tu berbahagia hingga ke akhir hayat. Kes hangpa tu buat kampung akak pemes dik. sebab budak laki tu sekampung dengan sang lekit tapi sang lekit tak kenai la. budak sangat.. kita ni dah balusia la katakan.. (Baby lanjut usia = Balusia). Tapi dari penerangan kawan sekampung tu agak kenai2 gitu la mak bapak dia.

P/S : Kalau dulu daku 12 tahun tu still dapat duit raya lagi.. adik ni lepas ni agaknya dapat duit raya lagi tak?? kekekekeke

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGARUH FILEM.. BUAT TALI DENGAN SELENDANG, AKHIRNYA JATUH TERLENTANG

23.11.12 Suria Lekatlekit 9 Comments

Amboi gigih sungguh si makwe nak jumpa si pakwe walau di halang mak bapak dia. Sanggup ni sambung selendang buat tali nak turun dari tingkat 7 rumahnya. Memang cinta sampai mati la budak ni.

INILAH apartmen di Desa Pandan lokasi remaja tersebut ditemui mati selepas terjatuh
Tapi malangnya pengorbanan dia tu tak dapat ending yang baik. Dia terjatuh dari tingkat 7 selepas selendang yang di hubung buat tali panjat turun tu terkoyak sebaik dia bergayut. Lebih malang lagi cinta si juliet ni berakhir dengan kematian. Maka si romeo yang mendapat tahu si juliet yang terkorban dalam misi untuk pergi menemuinya pun turut merasai kesedihan kehilangan orang tercinta. Update twitter marah si mak & adik arwah makwe dia. Demi cinta sejati.. sanggup si romeo ambil teksi walau dia takde duit nak bayar tambang teksi tu kerumah arwah juliet tu semata mata nak bagi penghormatan terakhir & untuk sama2 membaca surah yassin untuk si awek tercinta. Nasib baik family si arwah tolong bayarkan.

Kisah romeo & juliet 16 tahun ni kadang2 buat sang lekit terfikir. Kisah si budak tu buat tali dengan selendang semata2 nak turun dari tingkap 7 melalui tingkap bilik rumah dia sebab nak keluar ikut pintu mak dia tak bagi. Ni satu bukti pengaruh filem yang kuat. Dari mana lagi dorang nak dapat idea macam ni selain dari apa yang dorang tonton la kan?? Bahaya sungguh pengaruh drama/filem sekarang nak2 lagi filem2 aksi yang makin melambak. Konon filem tu sebenarnya nak tunjuk realiti kehidupan di samping menyelitkan moral yang baik. Moral yang baik cuma terselit.. bukan dorang nak pandang sangat pun. Tambahan lagi dok celah2.. dah la celah2.. yang baik tu seciput umpana dok celah gigi lagi la tak memberi impak apa2. Tapi yang kononnya realiti tu lah seolah2 jadi guru & bagi idea kat depa nak tiru?? Betul tak??
(Untuk artikel pasal si Romeo & Juliet 16 tahun tu boleh clik kat SINI & SINI )

Kalau pengarah atau penerbit filem ni cakap konon filem dorang memaparkan realiti kehidupan remaja sekarang & dorang sekadar mengabdikan dalam filem aku cemuih la dengaq. Lepas tu tambah sikit lagi.. filem2 ni ada memaparkan mesej2 yang baik untuk di teladani. Masalahnya start cerita dah ko tunjuk moral yang negatif.. sepanjang jalan cerita yang positif tu alahai.. sesuap dua je mana nak datang serik, takut & insaf. Yang depa dok pulun tengok macam mana nak kona baring, nak drif, adengan peluk2 dengan pakwe/makwe,lepak pub disko bagai.. kan?? kebanyakkan yang suka tonton filem aksi ni nak tengok aksi je bukan nak skolah pasal moral baik moral jahat bagai. Jadi tak payah la hipokrit sangat cakap tujuan filem tu di hasilkan adalah memberi kesedaran pada remaja pasal bahaya tu.. bahaya ni.. padahal korang pancing depa dengan aksi2 & kehidupan sosial yang membawa kepada negatif jer. Nak tak nak terima itulah hakikatnya.. Yang penting untung. Box Office lu olang dapat bonus ma.... Peace!

P/S : Alfatihah kepada adik Khatijah yang maut selepas terjatuh dari tingkat 7 rumahnya.


9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA FAHAM ISU,KOMEN PUN DENGAR SEDAP

22.11.12 Suria Lekatlekit 6 Comments

Dalam menyuarakan sesuatu pendapat kita akan dapat macam - macam komen. Yang setuju.. yang bangkang.. yang komen tak kena dengan isu.. yang komen sekadar tinggalkan jejak..  yang komen takde kena mengena dengan topik pun ada macam.. hai, done! follow you.. please hit me back! gitu..

Sang Lekit jenis suka lepas je apa2 komen selagi tak melampau sampai masuk kategori maki hamun, mencarut Atau guna kata2 yang terlalu kesat yang tak sesuai jadi bacaan umum. Kalau kau berani menyuarakan pendapat kau yang pedas hot & spicy tu takkan la kau tak berani hadap bila kena kutuk & kritik balik.. ye tak?? Kata outspoken.. orang baru kutuk sikit dah tutup komen untuk Anonymous.. apatah lagi nak lepaskan komen2 yang tak memihak pada kita. Tak syok pulak kalau dok dengar feedback dari yang sokong jer.. bukan apa takut kita tak nampak salah kita kalau semua orang cakap betul je, ye tak??

Salah satu sebab sang lekit suka lepaskan komen yang berlawanan dari pendapat sang lekit adalah untuk orang lain yang membaca membuat penilaian. Kalau pendapat dia munasabah dengan fakta2 yang logik & boleh di percayai.. mungkin jadi 1 ilmu untuk kita. Kalau komen dia yang nampak sangat just nak cari silap penulis.. orang pun boleh nampak. Contoh kita cakap isu mercun dia komen pasal isu aurat.. (Contoh je.. jangan ada yang terasa lak yer). Semua tu dah macam asam garam dalam dunia blog. Ada yang faham konsep berkomen, ada yang nak orang faham dia jer.. ada yang tak faham tapi buat2 macam faham..

Tapi ada satu komen yang sang lekit terima buat sang lekit kagum dengan hamba Allah ni.. Nak kata dia sokong 100% dengan sang lekit tak jugak tapi dia faham apa sang lekit sampaikan. Sedap bunyi komennya.. juga penuh pengisian. Nampak bijak je si pengomen ni. Sang Lekit puji2 dia bukan sebab dia sokong sang lekit ke hapa tapi moral nak di sampaikan kat sini kalau kita faham isu yang di tulis, Insya Allah komen kita juga tak terkeluar landasan & kedengaran bijak & berhemah sekali. Jom kita tengok komen hamba Allah ni..

Rujuk entri ni >> BOIKOT IKUT BONTOT ORANG JE BUAT APA << untuk lebih memahami isu yang di bincangkan.

Terima kasih kepada sedara yang sudi berkomen dengan bijak di entri saya tu. Terharu saya dengan komen sedara yang bagi saya cukup bijak & berhemah tu. Sudi2 kan la mencemar duli kat blog saya lagi agar kita dapat bertukar2 pendapat walau mungkin ada pendapat kita yang berbeza. kekekekekeke

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DIANA DANIELLE VS FASHA SANDHA BILA MENGANDUNG

19.11.12 Suria Lekatlekit 15 Comments

entri ni telah di hack terpaksa edit semula sebab kandungan entri ni takde backup. Jadi pada anda yang meragui status kehamilan Diana Danielle & fasha sandha boleh la terus merujuk kepada entri ni STATUS KANDUNGAN FASHA SANDHA


Pada hacker yang sangat mulia budi pekertinya.. terima kasih dengan sifat khianat dengki anda tu. Sesungguhnya balasan pada perbuatan buruk & Baik itu hanya Allah saja yang berhak memutuskan namun sebagai manusia saya hanya mendoakan anda mendapat petunjuk & hidayah. Semoga anda sempat bertaubat sebelum mati. Bak kata Azwan Ali see u in padang masyar.. kekekeke


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BOIKOT IKUT BONTOT ORANG JE BUAT APA

18.11.12 Suria Lekatlekit 15 Comments

Kecoh la pasal boikot Mc donald yang di dakwa menjadi penyumbang pada Israel. Sampai Mc donald bagi free egg McMuffin pun dorang kata ada kaitan dengan penyumbangan tersebut. Sejauh mana benar atau salah sang lekit tak berani nak cakap. 

Tapi yang sang lekit nak kopek ni pasal segelintir manusia yang jenis kalau orang tengah kecoh memboikot something ni dia pun riuh rendah berkempen boikot tapi hangat2 taik ayam. Boikot maybe time isu tu tengah hot je la.. lepas isu tu dah jadi ais.. dingin & sejuk.. dia punya boikot pun tetiba dah tak boikot. Sedap je dia menikmati produk yang di boikot tu tanpa ada rasa berdosa atau bersalah pun.

Tu 1 spesis.. 1 jenis spesis lagi yang mudah ikut bontot orang.. orang boikot dia pun boikot tapi dia sendiri sebenarnya tak pernah siasat, kaji & selidik dulu tentang khabar angin yang dia dengar tu. Spesis yang jenis angguk2 geleng2 ni memang jenis hidup hujung telunjuk orang. Kalau majoriti time tu cakap taik je boleh makan sebab yang lain2 semua supporter Yahudi, gamaknya dia pun makan taik jugak la kot.

Spesis seterusnya yang konon nak memboikot Israel & Yahudi.. Macam la puak2 tu ada 1 produk je kat dunia ni. Sekarang kononnya Mc Donald tu penyumbang pada puak2 tu, nak boikot. Takkan depa hidup dengan keuntungan Mc Donald je kot. Product2 lain tak pulak ko Boikot. Tetap berkepul2 asap rokok kau sedut hembus sambil dok berkempen nak boikot Israel tanpa ko search rokok yang ko hisap tu menyumbang pada ekonomi israel ke tidak. Tetap ko pergi supermarket ko beli barang takde setiap barang ko search keuntungan tu di salurkan kemana? Takde lak ko buat sampai macam tu. Kenapa Mc Donald je ko nak boikot sangat. Setakat Boikot Mc Donald je rasanya tak goyang ekonomi dorang tu.Kalau kata kerajaan tak sekat sebab tu kau guna jugak.. alah mc donald pun kerajaan tak sekat tapi kau boleh boikot napa produk lain ko nak bagi alasan tu pulak. Ye tak??

Betul.. kalau kita tak mampu pergi berperang.. kita boleh berjuang disini dengan cara kita sendiri. Tak salah memboikot. Tapi nak boikot pun jangan main hentam je. Khabar angin yang datang tu kena selidik betul2 jangan main share je. Kang jadi Fitnah pulak. Kalau kita tak yakin & tak tahu sejauh mana kebenaran.. Jangan kita sebarkan. Kalau kita dah ada bukti kukuh.. baru la kita sebarkan.Dan jangan jadi pak turut sangat.. orang boikot kita boikot.

di dakwa produk2 ni penyumbang pada Israel. Cuba check selain korang tak makan Mc Donald, korang ada tak guna produk ni.  Moral Of The strory.. Siasat sebelum percaya jangan ikut sangat apa orang kata & jangan pandai cakap tapi sebenarnya tak buat pun sangat.
" ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya." (Rujukan di SINI di cadangkan semua membaca)

P/S : Isu Boikot Mc Donald ni rasanya bukan sekali.. pernah hot jugak dulu lepas tu senyap. Yang boikot tu masa isu tengah sejuk tak mustahil time tu dia tak boikot sebab still ada yang dok boikot sekarang sebelum ni upload pic bermakan makanan di Mc Donald. Kalau kata boikot selamanya jangan support bukan pada masa tertentu je.

P/S : Sang Lekit pun tak menyokong kekejaman Israel. Kalau betul ada produk2 yang di pasarkan kat Malaysia ni menyumbang dana pada Israel, ada kenyataan rasmi & berbukti sahih Insyaallah sang lekit pun akan Boikot tapi biarlah ada fakta2 & bukti2 yang boleh di percayai.

** Melihat anak2 kecik yang kecundang & terkorban di gaza.. sungguh hati seorang ibu ni cukup2 tersentuh. Moga Allah memberi kekuatan yang luar biasa kepada para pejuang di Gaza untuk melumpuhkan puak2 Israel. Semoga yang terkorban di tempatkan di syurga.. Amin.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SELAGI TAK KENA BEDIL DENGAN MERCUN

15.11.12 Suria Lekatlekit 6 Comments

Tu la sikap segelintir manusia dalam masyarakat kita yang tak dapat kita nafikan kewujudan mereka apatah lagi memupuskan sikap macam tu di muka bumi ni. Selagi tak kena batang hidung sendiri.. selagi tu la tak mengapa, katanya. Yang main orang lain.. Jadi biarlah. Kalau kena pun orang lain bukan depa.. katanya lagi.

Apa kes ko meroyan ni sang lekit?? Meroyan tak berapa meroyan la.. tapi ni entri lepas geram sambil memberi kesedaran pada makhluk2 Tuhan yang masih lagi tak berapa sedar tentang bahaya mercun ni. Ye betul.. bukan kau yang main. Ye.. betul.. setahun sekali raya, bagi peluang la depa enjoy. Betul la apa kau cakap bagi penilaian ko sendiri tapi tak berapa betul bagi orang yang rasa benda tu tak patut di buat main & cara enjoy.

Dah benda tu di haramkan.. ko nak halalkan jugak dengan alasan bagi change (peluang) untuk orang lain menikmati perayaan dengan cara yang bukan saja merbahaya pada si pemain tegar jugak pada orang lain di sekitarnya. Ok.. yang terbaru depavali, ada yang kata time depavali kaum yang menyambutnya main mercun kita bising, time raya (orang islam) main mercun takde lak tak bising. Samada kau dok dalam gua atau ko memang buta atau ko tak pernah baca paper, tengok berita  memang la kau takkan dengar rintihan,rungutan, kutukan atau apa2 saja bentuk kemarahan orang pasal mercun ni tak kira raya siapa & raya apa. Aku sendiri mengutuk ganas tiap kali tiba raya bila manusia2 tak bertamadun ni main mercun sampai mengganggu & membahayakan orang lain. Ko cari je la entri2 aku yang lepas.. rasanya ada 2 3 entri pasal mercun ni.

Ada jugak yang cakap.. Ok jer.. walau kami tak main mercun, tapi tak kisahlah sebab kami sekeluarga tak terganggu pun dengan bunyi mercun tu. Lagipun kalau kena mercun bukan kami.. tapi depa2 yang main tu. Ni lagi spesis yang ketinggalan segala jenis isu. Agaknya dia tak pernah baca berita orang yang tak main mercun buta mata terkena mercun orang lain, rumah orang terbakar sebab budak2 main mercun. Atau dia nak tunggu semua benda tu hempap atas kepala dia.. jadi kat family dia dulu baru dia kisah kot. Tapi kalau dah putus anggota badan.. melecur sana sini.. nasib tak baik mati rentung sebab mercun, ko menyesal pun anggota yang hilang tak tumbuh balik apatah lagi nyawa yang melayang dah confirm takde sparepart.

Kenapa kerajaan haramkan mercun?? Fahamlah wahai makhluk2 yang menjadi penyokong pada aktiviti main mercun ni. Sebab benda tu merbahaya pada semua orang tak kira yang main atau yang tak main. Sekarang kau ada paham mak enon, pak pandir & kak andeh juga abang meon sekalian?? (Nama sekadar watak rekaan yer ). Istilah bagi peluang tu cuba kau guna pada sesuatu yang membawa kebaikan & manafaat sikit. Setakat bagi peluang main mercun.. tu bukan namanya bagi peluang tapi bagi jahanam.

Di akhir rancangan ni jom kita tengok sedutan dari komen2 mereka2 yang masih tak berapa rasa mercun tu bahaya atau depa rasa mercun tu hanya bahaya pada orang yang main je

Dari kes komen status yang kedua tu sipolan tu macam tak puas hati terus serang status sang lekit lak bagi mencari salah orang untuk buat dia julang kemenangan jugak. Biasa la tu.. macam komen2 kat blog ni jugak. Bila dorang takde point nak point maka dari isu mercun jadi isu aurat. Jom kita baca serang balas tu..


Well.. hadapi dengan senyuman je orang macam ni. Dah lali dah.. bukan sekali berdepan dah berpuluh2 kali. Cuma bezanya.. kalau kat blog jenis2 macam ni spesis yang tak pupus iatu Anonymous, kalau kat FB kita tau tuan punya hujah tu je bezanya

P/S : Maaf penulisan entri ni agak keras. Pada yang terasa.. ada bagusnya sebab tu bermakna korang masih memiliki akal yang waras & hati yang masih berfungsi untuk merasa maka gunakan pancaindera tu untuk membuat keputusan dengan bijak sebelum mengeluarkan sebarang pendapat.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA GOOGLE ALIHBAHASA CINA KE MELAYU

13.11.12 Suria Lekatlekit 9 Comments

Entri lepas daku ada cerita pasal lagu band dari hongkong yang bernama beyond dengan lagu yang berjaya buat daku turut touching walau tak paham sepatah pun apa dia kata (Rujuk entri ni bagi mereka yang tak tau pasal lagu tu HAI KUO TIAN KONG LA PULAK ). Untuk entri kali ni sang lekit nak share lirik lagu Beyond (Chinese Song) Hai Kuo Tian Kong dalam bahasa melayu pulak. Korang try baca.. agaknya korang touching tak dengan lirik yang telah di alihbahasa oleh cikgu google ni.. Jom kita baca sama2.. Kalau rajin try la nyanyi dalam bahasa melayu..

Satu masa depan yang lebih cerah (海阔天空 / HAI KUO TIAN KONG)

Hari ini saya melihat Piao terlalu sejuk pada waktu malam
Dengan penyejukan pit jauh perut terapung
Angin dan hujan untuk mengejar
Kabus tidak boleh memberitahu teruskan
Haikuo langit anda dan saya
Boleh menjadi (dan yang tidak berubah)
Berapa kali menyambut sejuk dan cemuhan
Jangan sekali-kali berputus asa ideal beliau
momen berkhayal
Perasaan sesuatu yang hilang
Pudar tidak sedarkan diri
Jantung suka (yang memahami saya)
Maafkan saya kerana ini kepuasan hidup ceplosan cinta kebebasan
Akan Payouyitian akan jatuh
Terbengkalai cita-cita Siapa boleh
Itu akan Payouyitian sahaja anda jumlah saya
Hari ini saya melihat Piao terlalu sejuk pada waktu malam
Dengan penyejukan pit jauh perut terapung
Angin dan hujan untuk mengejar
Kabus tidak boleh memberitahu teruskan
Haikuo langit anda dan saya
Boleh menjadi (dan yang tidak berubah)
Maafkan saya kerana ini kepuasan hidup ceplosan cinta kebebasan
Akan Payouyitian akan jatuh
Terbengkalai cita-cita Siapa boleh
Itu akan Payouyitian sahaja anda jumlah saya
Diri masih bebas
Sentiasa menyanyikan lagu saya
mengembara beribu-ribu batu
Maafkan saya kerana ini kepuasan hidup ceplosan cinta kebebasan
Akan Payouyitian akan jatuh
Terbengkalai cita-cita Siapa boleh
Itu akan Payouyitian sahaja anda jumlah saya
Terbengkalai cita-cita Siapa boleh
Itu akan Payouyitian sahaja anda jumlah saya
Maafkan saya kerana ini kepuasan hidup ceplosan cinta kebebasan
Akan Payouyitian akan jatuh
Terbengkalai cita-cita Siapa boleh
Itu akan Payouyitian sahaja anda jumlah saya



Kalau la dengar lagu ni di melayukan oleh cikgu google ni.. terus spoil mood sedih. Hahahahaha. Wahai google Bahasa Melayu kau memang fail. 
 

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HAI KUO TIAN KONG LA PULAK. KAU BOLEH?

7.11.12 Suria Lekatlekit 4 Comments

Tetiba mood cakap cina ni pehal lak? Kau ada ada je kan sang lekit. Kau dah takde kerja lain ke nak buat? Ada.. Banyak kerja. Orang kata kalau fikir pasal kerja ni memang tak habis walau kerja kau cuma surirumahtangga yang memang ada keja manjang selagi mata tak tutup. Tapi kena jugak ada time rilex & buat sesuatu yang kita suka.. Kalau asyik buat kerja je pun boleh stress. Bila dah stress.. satu kerja apapun tak boleh buat, betul tak??

dua hari lepas sambil bersantai2 depan TV,sambil rehat2 badan & otak layan juga satu rancangan hiburan cina ni. Alah.. rancangan nyanyi2 tu. Super Idol. kalau ada sesapa pernah terlayan tahu la. Konsep dia sama je macam rancangan nyanyian realiti TV yang lain. Layan je la.. sebab ada sarikata kan. Tetiba satu peserta ni nyanyi lagu Beyond. eh.. eh.. lagu ni.. aku minat gila lagu ni dulu. Tak tau tajuk yang tahu kumpulan yang nyanyikan lagu tu je Beyond.

Carian Google
Sang lekit ingat firts time dengar lagu ni tahun 90an masa iklan mildseven kalau tak silap. Tapi tak full song la.. dorang mainkan kat korus je. Dengar korus tu pun dah jatuh cinta tapi masa tu mana nak cari.. tenet pun takde. Mesin taip ada la tapi mesin taip tak boleh google.. ye dak?? Kalau boleh rasanya dah lama aku google lagu tu guna mesin taip. Pasrah je dengar korus lagu tu masa iklan sampai iklan tu dah tak tayang lagi. Mungkin dah jodoh kami kot.. masa sang lekit umur dalam lingkungan 14 @ 15 tahun tak silap.. lepak minum2 kat bowling & tempat minum2 tu kalau tak silap Genting world tapi bukan la kat genting highland la.. kat dalam Mall bernama The Summit Bukit Mertajam Pulau Pinang, ok! Tu ler tempat lepak2 sang lekit dengan kengkawan dulu masa sekolah.

Tak tau mat @ minah cina mana mainkan lagu tu dari kotak muzik yang ada kat situ.. Terus terpana daku seketika boleh dengar full song masa tu. Punyalah teruja tapi nak mainkan lagi tak tau tajuk lagu & tak paham pulak bahasa cina kan? Jadi tunggu je lah kot2 kami berjodoh lagi. Sampai dah lama.. Sampai dah ada tenet tapi terlupa pula pasal lagu tu. Kerana 2 hari lepas dengar, terus semangat berkobar2 nak cari lagu tu sekaligus nak tau cerita di sebalik lagu yang kalau dengar mesti sampai ke hati kesyahduannya walau tak paham pun. Melodi & suara vokalis Beyond tu.. memang betul2 menusuk kalbu bila dia nyanyi lagu tu. Kau boleh.. tacing tapi tak paham apa dia kata. hahahahahaha.

Dan akhirnya.. impian yang sekian lama ini termakbul juga dengan bantuan google. Tapi google translate ni tak dapat detect full song. Tapi at least boleh la paham sikit2. Cukup la tu. Dan dari tau kumpulan yang dendangkan lagu ni dah tau tajuk & dah dapat pun Mp3 dari 4share. Maka dua tiga hari ni layan sampai cemuih HAI KUO TIAN KONG (Satu Masa depan yang cerah).

**R.I.P kepada mendiang Vokalis Beyond yang telah meninggal dunia dalam kemalangan di Jepun sekitar tahun 90an kalau tak silap. Apapun Beyond adalah salah satu kumpulan rock dari hongkong yang di tubuhkan pada sekitar tahun 80an.

Jom Layan lagu yang berjaya buat daku macam nak nangis bila dengar walau daku tak paham sepatah haram pun lirik dia. Terus tukar jadi Ah Lei Kit gitu.. hahahahaha

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CIKGU SHIDA DATANG BERAYA KERUMAH KU

6.11.12 Suria Lekatlekit 13 Comments

wah.. rasa lama jugak tinggalkan blog tak berjenguk langsung. Almaklum lepas raya ni streamyx pun demam ketupat dua tiga hari lepas. Hahahahaha. Bukan la nak cerita pasal streamyx demam ke hapa ni nak cerita pasal selebriti kegemaran sang lekit yang dah lama sang lekit tak tulis pasal dia. Mungkin dia pun rindu dengan kritik2 manja sang lekit, kan?? Hahahahahaha

Baca tajuk pun dah tahu kan.. Siapa lagi selebriti kesayangan sang lekit kalau bukan cikgu shida yang amat di rindui di blog ni. Lepas kes dia hangin kat blog melekit & post gambar sang lekit kat FB dia sampai mengutuk hebat sang lekit & penulisan sang lekit pasal dia kat blog melekit ni.. sang lekit pun terus insaf. Insaf sebab takde story best sangat nak tulis pasal cikgu shida. Takat nak tulis isu meroyan kat FB dia tu.. dah tak kuasa. Tapi isu kali ni best sikit

Carian google

Kau boleh selebriti datang raya kat rumah orang yang kononnya di anggap haters?? Tapi cikgu shida boleh ok. Buktinya dia datang beraya kat rumah sang lekit dua hari lepas. Terkejut akak tau! Tetiba cikgu shida muncul kat rumah daku dengan niat datang berhari raya. Tengok cikgu shida datang, sang lekit terus gelak tak hingat. Bukan apa tak sangka cikgu shida sudi mencemar duli datang beraya kat rumah den ni. Dah dia datang sebagai tetamu wajib la kita meraikannya. Tak kira la siapapun dia, tetamu kena la layan dengan baik kan.

Ok.. sang lekit layan je dia macam biasa, takde la nak kutuk kritik ke hapa ke. Tapi lepas dia balik tu dia update kat FB pulak kata dia beraya rumah hater dia. Motif kau nak bagitau orang, kan?? hahahahaha.. tak kisah dia nak buat apapun tapi yang pasti apa yang berlaku tu mustahil la realiti. Semuanya hanya mimpi. Hambik kau sang lekit.. sampai termimpi2 cikgu shida bila kau lama tak cuit2 pasal dia kat blog.

Aduhai.. tergelak sorang2 sang lekit bila bangun dari tidur. Takde benda lain ke aku nak mimpi selain cikgu shida. Apapun terima kasih yer cikgu shida sudi bertandang dalam mimpi ku ini. Senang2 datang lagi boleh kita bersalam salaman & bermaaf maafan.

** Suka gaya hidup yang urban (atau org melayu kata hidup ala2 orang bando gitu) boleh clik ni >> URBANSCAPES << & clik ni jugak >> LUAR SETINGGAN DALAM KONDO <<

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *