KALAU BAIK SAMPAI DALAM KAIN CERITA

1/17/2013 04:57:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Apa pulak kali ni sang lekit Ooi..  Apa yang kalau baik sampai dalam kain cerita? Cerita apa yang ada dalam kain tu?? Kain siapa?? cerita siapa?? Apa dan kenapa??

Cerita kain siapa.. siapa punya cerita atau siapa yang nak di ceritakan tu tak penting apa yang penting benda ni memang berlaku di sekeliling kita & tak mustahil tanpa kita sedar atau memang kita sedar kita juga buat benda ni. Buat macam mana tu?? Jom sang lekit nak kopek isu sampai ke urat saraf paling halus...

Alkisahnya kita ni.. (Tak merujuk diri sendiri atau sesiapa la.. ) kalau berkawan tu, nak - nak lagi declare sebagai kawan baik, sahabat baik @ bahasa sekarang BFF habis semua nak cerita dari salasilah keluarga sampai la taik lalat celah kangkang pun nak bagitau. Tak cukup dengan tu rahsia & aib sendiri pun nak share jugak. Tak cukup lagi rahsia & aib keluarga pun nak share jugak. Konon memang kawan baik sangat2 la.. sampai masa bersama laki pun nak cerita kat orang. Ok.. nasib baik dapat kawan yang memang boleh simpan rahsia walau dah putus kawan sekalipun tapi kebanyakkan nasib tu akan jadi tak baik bila putus kawan. Time tu masing2 nak cari jalan jatuhkan sesama sendiri.. maka sapa yang banyak cerita pasal diri dia kat kawan baik memang senang2 la di aibkan.

Sebab tu la dalam berkawan.. tak kira kawan baik sampai makan bersuap, mandi bersabun sesama sendiri tetap kena ada batasan setiap apa yang kita nak kongsikan. Tak kira kawan dari sudut & celah mana pun.. kawan depan mata ker, depan FB ke.. depan blog ke. Berkawan berpada pada kalau tak padah jawabnya. Jangan sesekali kita terlalu ramah bercerita rahsia peribadi kita pada kawan. Hari ni mungkin dia kawan.. satu hari kita tak tahu samada dia masih kawan atau lawan. Berkongsi masalah, nak minta pandangan, nasihat @ pendapat carilah kawan yang betul2 boleh membantu bukan membuntu. Ni kau cerita kat kawan yang hidup dia sendiri pun tak betul.. minta nasihat,minta pandangan jadi apa nak pelik kalau satu hari nanti dia tikam balik kau dengan semua cerita kau kongsi dengan dia. Sebab apa yang kau lihat dari mula tentang dia dah banyak terpesong cuma kau sendiri yang pejam mata & anggap dia sebagai rujukan terbaik jadi bila satu masa dia guna segala apa dia tahu untuk janahamkan hidup kau, bukan salah dia 100%. Separuh dari silap tu berpunca dari kita sendiri. Jadi renung renungkanlah..

P/S : Masa baik macam nak comolot.. bila gaduh masing2 bawak mulut.


P/S II : Entri ni tak merujuk kepada mana2 individu, blog mahupun blogger. Entri ni tercetus bila melihat fenomena pergaduhan yang di canang2 kat alam maya ni. Bukan satu dua kes.. malah ber kes2 hingga tak terkes jadinya. Macam mana orang yang takde kena mengena boleh tahu semua tu.. sendiri mau ingat. Kau canang satu maya bukan 1 Malaysia je boleh baca malah 1 Dunia. Jadi berhati2 ketika menulis sesuatu di alam maya. Penulisan anda tu mencerminkan kebijaksaan anda juga. Peace!! (Den pun tak bijak mana.. tapi berpijak lagi di bumi nyata walau selalu berada di alam maya)

P/S III : Daku punya sejarah.. Sejarah yang ajar untuk berkawan berpada pada. Mungkin aku bodoh dalam sejarah tu tapi aku tak menyesal sebab sejarah tu membentuk aku untuk jadi seorang penyimpan rahsia & aib sendiri, suami & juga keluarga dari tercerita pada orang2 yang tak sepatutnya.


15 comments:

  1. jangan kan dengan kawan,dengan adik berdik pun akak cukup berhati2 dalam bercerita..tercerita aib orang kesan nya sama buruk macam cerita aib sendiri..

    ReplyDelete
  2. sy ad BFF gk tapi stkt ni xde lah semua benda nak cete kat dia..yg mane rahsia besar mmg kemas dlm hati je.hihi..bahaya...

    ReplyDelete
  3. setuju juga sbb ms baik blh elok duduk semeja,makan sepinggan,minum se straw.

    dh gdh hbs semua canang hga lupa hukum karma,bila kita aibkan org,Allah akan buka keiaban kita sekelip mata je...

    nice sharing ^*

    ReplyDelete
  4. Nice info...semuanya ada batas dan sempadannya...semoga tak tergolong orang yg mengkianati kawan ameenn

    ReplyDelete
  5. salam abby..

    hmm..ada jgk dikalangan kawan2 cma ni mcm tu.. persoalanye perlu ke?

    ReplyDelete
  6. kalau semua benda nak dicanang di dunia maya mmg x de privasi dah la

    ReplyDelete
  7. Baru mlm td kakpb komen benda ni kat twitter kwn, dia komplen pompuan tu berkasih sayang dgn suami dia di fb, semua nak tunjuk bahagia. Kakpb pun bukan la sempurna sgt tp kakpb rasa fb dan seumpamanya boleh merosakkan rumahtangga. Lebih2 lg pd yg lemah imannya.

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Rambut sama hitam, hati lain2. Berpada² lah klo nak bercerita pon.

    ReplyDelete
  9. gambar mulut tu yg paling mahal..hehe..

    saya jenis susah nak percaya org sikit..memang rahsia selalunya tersimpan kemas je sendiri2 je..kalau nak share something pun mesti la menda yg seronok2 je..yg sadis2 baiklah simpan sendiri..

    ReplyDelete
  10. sekarang dah takde BFF..semuanya dah kahwin dan bawa haluan sendiri

    ReplyDelete
  11. Mohon share your story utk peringatan semua.tq

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com