KONTROVERSI DI SEBALIK GAMBAR PRE WEDDING LIYANA JASMAY

28.1.13 Suria Lekatlekit 15 Comments

Bermula dari kontroversi adegan melampau gambar pre wedding Liyana Jasmay & tunang dia tu.. melarat pula ke macam2 isu pula. Bila gambar pre wedding tu tersebar, si mak LJ ni pula salahkan photographer yang amik gambar tu sebab gambar adengan romantika di tampoi anak & bakal menantu dia tu tersebar.

Lepas tu si tukang amik gambar pula bagi statement dah serik nak berurusan dengan Liyana Jasmay ni atas beberapa alasan.. iatu

saya sendiri tidak mengetahui perjanjian yang diperkatakan ibu LJ. Mereka tak ubah ingin meletakkan kesalahan ke atas bahu kami, CandidSyndrome, sedangkan tiada apa-apa perjanjian bertulis. Dari awal lagi, saya menolak penajaan fotografi perkahwinan kerana pada tarikh itu, saya berada di Makkah untuk majlis perkahwinan lain. Saya hanya berurusan dengan Izuan Mokhtar, yang menguruskan perkahwinan LJ. Selepas berbincang, saya putuskan hanya boleh membuat sesi pra perkahwinan sahaja kerana kesuntukan masa. Semuanya berlaku menerusi telefon dan LJ tidak pernah menghubungi saya walaupun berpuluh-puluh emel dihantar kepadanya untuk menandatangani perjanjian. Pada hari yang ditetapkan, saya bersama kumpulan CandidSyndrome tiba di Hyatt Regency Kuantan Resort pada jam 9 pagi. Namun, LJ tiba jam 1 petang dengan alasan ‘overslept’. Tanpa meminta maaf, LJ dan tunangnya beredar untuk makan dan penggambaran bermula jam 5 petang. Ia berlaku tanpa terma dan syarat yang dipersetujui sedangkan kami mengamalkan sistem itu sebelum membuat penggambaran supaya tidak menjadi kekeliruan di kemudian hari.

Kami tidak suruh mereka cium, peluk dan pegang. Apa yang mereka gayakan, kami ambil. Itu juga permintaan LJ kerana tunangnya sangat pemalu. Sebenarnya, ia sudah cukup melanggar prinsip saya kerana saya tidak mahu merakam gambar sebegitu.

 Hak foto adalah milik jurugambar selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetujui secara bertulis. Namun, selepas penggambaran itu, wartawan sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) , meminta saya memberikan foto-foto itu secara eksklusif kepadanya dan ia diakui LJ selepas saya bertanya. Saya menolak kerana hak eksklusif diberi kepada akhbar itu tanpa pengaturan, Return of Investment, (ROI). Kami cuba bekerjasama dengan wartawan itu, namun emel saya tidak berbalas sehinggalah wartawan itu menghubungi untuk mendapatkan foto untuk siaran Ahad, 20 Januari lalu. Jadi, di mana hak kami untuk mendapatkan pulangan penajaan setelah gambar diserahkan kepada akhbar secara eksklusif?

Saya meletakkan harga RM12,000 untuk sesi itu dan Izuan menyatakan LJ tidak mahu berurusan dengan saya lagi kerana harga sangat melampau. Jadi, selepas bayaran dibuat, gambar itu bukan hak saya lagi dan akhbar itu bebas untuk menyiarkannya. Namun saya kesal bila timbul isu ini,saya pula dipersalahkan ibu LJ. Sedangkan dia membenarkan gambar itu disiarkan di akhbar.

Serik untuk bekerjasama dengan LJ, bukan selebriti lain. Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran dari kalangan selebriti kerana bukan semua mereka bermasalah. Tapi, selepas ini, saya akan menyediakan perjanjian terlebih dahulu sebelum membuat penggambaran. Mungkin perkara ini menjadi ‘special case’ saya sepanjang bekerja dengan artis. Namun, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Sumber Rujukan : SINAR HARIAN


Pre Wedding Liyana Jasmay. Sumber asal gambar kat SINI


Yang pasal mak dia salahkan photographer tu macam lawak sikit la kan?? Makcik.. kalaupun untuk tatapan peribadi anak beranak makcik.. tetap la benda salah tu takkan jadi betul. Ye dak makcik?? Bak kata pepatah, bangkai yang di sorok bawah karpet ni lama2 berbau & orang tau jugak. Makcik tak payah la salah menyalahkan orang lain sebab benda yang tak betul anak makcik buat. Jadikan iktibar & pengajaran sudah. Buat apa nak kecoh. Lagi kecoh lagi orang tahu lagi malu.. kan makcik??

Menurut photographer tu.. LJ kata tunangnya pemalu.. cenggitu rupanya gaya orang pemalu yer. Agaknya kalau tak malu camna lak rupanya. Yelah.. yelah.. maybe permintaan Liyana Jasmay kot suruh peluk2.. cium.. camtu. Yelah.. dia kan pemalu orangnya.

Kesimpulannya.. Cerita ni dah jadi macam lagu bangau oh bangau la jugak. Bila benda dah jadi buah mulut orang masing2 cuba menidakkan kesalahan masing2. Yang salah.. salahkan orang lain. Sebenarnya salah tetap la salah.. Yang pergi amik gambar pre wedding terlebih lentok tu sapa suruh. Nak2 lagi ekau tu retis dik non.. Bukan kata orang biasa buat tak salah.. tapi cuma kalau retis buat lebih banyak mata tengok & banyak mulut bercakap.

 P/S : Baru balik dari bercuti2 malaysia. Nak update tapi material takde. Gambar2 tak boleh nak keluarkan dak lala rosakkan card reader. Nak tau ke obersi mana kitorang pergi.. tunggu!!


** Tahukah korang setiap saat 18 orang menjadi mangsa jenayah siber. Jadi harus guna aplikasi ni untuk elak anda menjadi mangsa seterusnya. Clik sini >> ELAK JADI MANGSA JENAYAH SIBER <<

** Sesuatu yang lebih menarik selepas parlimen di bubarkan. Jom tengok kat sini >> Yang Best selepas parlimen di bubarkan <<


15 comments:

  1. nak salah kan fotographer. anak sendiri yang buat mcm tu x nk pulak disalahkan kan, aduhai

    ReplyDelete
  2. saya buat gmbr post wedding je... post wedding lg best.. dh halal..berpeluk cium pon boleyy

    ReplyDelete
  3. tak kisah lah tatapan sape2 pun. kalau dah bersentuh bkn muhrim tu haram, tetap lah haram. sebelum issue nak salahkan org, cer check balik issue Islam.. kalau satu perkara yg haram, mana boleh halalkan, lainlah kalau darurat kan. !! tp kes Pre Wedding cenggini DARurat ke ? aduhai makcik. kalau dah salah tu. ngaku jelah . orang pun tak timbulkan issue lebih2 kan..

    ReplyDelete
  4. ini pengajaran utk semua parents.kena monitor anak2 wpun setakat nk bergambar.excited nak kawin x menghalalkan semua benda yg belum 'sah'.setuju kata2 HafRizah ^^

    ReplyDelete
  5. kawen kan jelah cepat makcik...dah tak sabo sgt nak peluk cium segala...haihhh...

    ReplyDelete
  6. salam,

    semoga hidayah Allah tidak akan tertutup untuk mereka dan sahabat-sahabat y seangkatan dgnnya, in sha Allah..

    ReplyDelete
  7. salam abby..
    huhuh..mmg tgh hot pasal LJ Pre Wedd NI.. hmmm..

    wah..obses bercuti kemana tu...up date2..! :)

    ReplyDelete
  8. Hurmmmm...artis. Terkejut juga tgk gambar pre-weddign dorang.

    ReplyDelete
  9. skrg yng jadi photographer LJ adalah photographer wedding blogger marie elena.... salah seorang photographer rakan satu sekolah..mukhriz..

    ReplyDelete
  10. tunang dia, suami dia sekarang ni pemalu nk tolak permintaan LJ..

    hehe..ikut je.. :p

    ReplyDelete
  11. cukup2 la komen sinis mcm tu. Takut nanti terkene batang hidung sendiri. Benda dah lepas, nk ungkit..cter balik pon x merubahkan ape2. Just doakan yg terbaik buat mereka. Berdosa cter pasal org lain cik kak/cik abg oit...x pasal2 pahala kita dieorg dpt....

    *Sy ni photographer gak, tp x semua photographer mcm tu. Kalau client request mcm tu, baik la tolak awal2. Takot rezeki tk halal lak.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!