MISTERI UPIN & IPIN

1/15/2013 08:27:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Sejak ada lala & lala dah pandai tengok TV ni memang hari2 jugak la layan upin & ipin. Mula2 cuma layan lala tengok TV tapi bila dah hari2 tengok terhafal la pulak cerita upin ipin tu. Jangan kata cerita semua watak dalam upin ipin tu pun daku kenal. Penangan upin ipin kepada kanak - kanak ni memang kita tak dapat nafikan. Majoriti kanak2 & baby melayu ni memang minat dengan upin ipin. Lala punya minat upin ipin kalau nampak belon ada rupa upin ipin, gambar upin ipin atau apa2 je yang ada muka kembar botak tu dia dari jauh sengih & gelak dah..

Memang terkesan sungguh watak dua kembar botak tu kepada bayi & kanak kanak.  Bila dah hari2 tengok.. macam2 pulak misteri yang tak terjawab tentang upin ipin ni. Wah... Upin ipin pun ada kisah misteri jugak ker?? Ada... sapa kata tak ada. Menjadi misteri bila benda tu kita tak tau jawapan. Misteri pasal upin ipin ni.. Mula2 sang lekit pun konpius jugak. Mak bapak Upin Ipin ni pergi mana. Setiap episod cuma ada watak nenek & akak dia jer. Lepas tengok episod birthday si upin ipin ni tahulah sang lekit bahawa upin ipin ni anak yatim piatu. alahai.. kesian. Kecik2 lagi dah di yatim piatukan wataknya yer..

Setelah terungkai misteri pertama.. misteri kedua pula muncul. Mak & bapak si kembar botak tu meninggal sebab apa yer. Kemalangan ker?? Sakit ke?? Sebab takde pun episod yang mengimbas macam mana mak bapak si upin ipin tu meninggal. Ke sang lekit terlepas episod. Dan yang paling misteri masih takde jawapan & takde sapa dapat bagi jawapan adalah bila si budak botak dua orang tu & kawan2 tadika dia nak membesar?? Dari beberapa tahun lepas asyik tadika jer.. hahahahaha. Agaknya ada tak nanti episod si upin ipin & kawan kawan dia naik darjah satu & seterusnya sampai la dewasa. Agaknya bila la rambut dua kembar tu nak tumbuh??

Amboi mak lala ni lebih sudu dari kuah.. anak tak seberapa, mak pula taksub lebih dengan upin ipin. Yelah.. hari2 layan lala tengok tv, daku yang pada mulanya takde la berjiwa kanak2 sangat sampai nak tunggu tengok setiap episod upi ipin yang berulang2 kat tv jadi tertengok la jugak. Lala pula sekarang kalau kat part dia suka melompat & gelak sakan dia. Yelah dah semakin pandai tunjuk reaksi la katakan. Bila ada cerita peberet dia takde la nak mengukur rumah sangat.

Itulah kemisterian upin ipin yang takde la menyeramkan macam cerita Dendam sarakit kat TV3 tu.. (kantoi layan dendam sarakit. hahahaha). Kalau sapa2 ada jawapan.. meh share2 supaya hidup kita tidak di selubungi.. misterrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrri.




Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

16 comments:

  1. erm rasenye pernah tertengok kot episod yg opah die terangkan.. mak & bapak eksiden.. kalau tak silap lah.. hehe dulu layan jugak cite ni.. tp dh byk kali berulang la..

    ReplyDelete
  2. maisara ni upin ipin,boboiboy dia memang kurang sikit la..tapi bila kawan2 cerita dia macam tau semua je pasal ipin upin .dia memang suka velagak tau semua..padahal kat umah bukan dia minat sangt pun..dia lebih suka tengook bumblegum dan fin and jack.

    ReplyDelete
  3. salam...pcl suka gak tgk upin ipin nih..., melayan anak2 lps balik dr keja...kan bagus dr tgk cite yg x brp nak sesuai dgn jiwa kanak2, biar kita ibubapa ikut selerera anak2...ada baiknya.

    ReplyDelete
  4. hahaha lucu je lekit ni.kite xpnh terpikir pn tu semua ahaks..nanti lekit bg lah idea kat pengarah cete tu suh wt U&I versi dewasa kehkehkeh..


    p/s : psl bedak arab tu meh la lekit beli ngn sy..hihi...

    ReplyDelete
  5. hehe..mummy pun layan jugak ke? :P

    rasanya mak ayah depa meninggal eksiden..pernah opah die cite kat depa 2orang tu..episod puasa kot..ntah..lupa dah..dulu tengok jugak..skang tak dah..

    ReplyDelete
  6. Rasa macam mak ayah depa meninggal pasal eksiden...

    saya tak kisah pun kalau diorang tak membesar dalam cerita tue.. sebab diorang boleh stay cute sampai bila bila.. dan lagi, Nobita dan kengkawan diorang pun tak pernah membesar walopon cerita diorang dah berpuluh tahun.. kah kah kah

    Upin Ipin lagi best dari banyak lagi cerita kartun merapu kat Astro tue sebab cerita depa sangat dekat dengan diri kita.. ai ai ai

    ReplyDelete
  7. Punyalah misteri sampai cerita kartun yang tak logik pun abis nak tau semua benda ye. Hehe

    ReplyDelete
  8. anak2 mmg suka lah ni

    ReplyDelete
  9. salam abby..
    hehe..anak2 cma citer ni la dok ulang tayang..
    rasenye psl mak bapak die tu mmg 'tiada' dlm citer ni.. huhu...

    ReplyDelete
  10. anak2 semua suka tengok citer nie...dulu masa zaman kitakan pemes doraemon dan nobita yg tak besar2...so dah ada anak nie zaman upin ipin la plak

    ReplyDelete
  11. mak bapak diorang accident rasanya.. opah dia ada cerita masa episod hari ibu... kalau tak salah.. hihi.. ada ahli motivasi kata anak minat mak pun kena sama minat.. baru boleh didik anak sengan baik.. tak salah tu...

    ReplyDelete
  12. tp paling best masa episod yg cikgu die nak pindah, dlm episod tu ada isteri bks pm ktr tun mahadir..suke sgt tengok cete tu

    ReplyDelete
  13. Saya rasa muka mak dia mcm muka kak ros dan rambut dia pun sama dengan kak ros . Muka Ayah Upin dan Ipin rasa muka dia mcm muka upin ipin laa :D betul x?

    ReplyDelete
  14. saya rasa mak dia muka dia mcm kak ros dan ada tahi lalat mcm opah dan Ayah Upin & Ipin dia muka upin ipin betul kalau salah jangan marah saya :3?

    ReplyDelete
  15. Upin Ipin Theory:

    The twins really were a figment of Kak Ros’s imagination. They died a long time ago along with her parents in a freak car accident. The twins were a stillborn.

    After the accident, Ros was resulted with a traumatic brain injury from the accident. She then was adopted by her grandmother (Opah) who was suffering from a sickness at the same time. Several days later, Opah died of old age. Ros was left alone in Opah's house thus creating an imagination of her twin brothers, Opah and several characters including Salleh, Tok Dalang, Upin and Ipin friends and many more in order to overcome her loneliness.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com