BILA LALA JADI VACUUM..

24.2.13 Suria Lekatlekit 8 Comments

Hari genap usia budak lala setahun enam bulan & 4 hari. Dalam umur setahun setengah ni apa yang lala dah expert yer?? Boleh la.. nak kata  genius sangat sampai dah boleh hafal a sampai z tu takde la. Lala bukan kanak - kanak terpilih yang mendapat anugerah tu setakat ni. Akan datang tak tau la kot2 rezeki lala tergolong dalam golongan kanak2 genius.. Tu tak tau la pulak kan??

Sekarang lala dah semakin laju jalannya walau kadang2 terbabas jugak sebab lost control. Selera makan merundum sikit sejak dua menjak & sang lekit terpaksa beli sebotol lagi Appeton Multivitamin lysine untuk mengembalikan selera makan dia. Pun begitu dia tetap di beri makan jugak walau makannya sikit sangat.

Dan sejak dua menjak ni Bapak lala gegatal pulak tidokan lala dalam buaian balik. Nampaknya lala kembali menyukai dirinya di buai sambil tidur. Sejak kembali ke arena buai membuai ni senang sikit sang lekit setting time tidur siang dia. Lala akan bangun selalunya pukul 10 pagi.. kalau awal pun maybe pukul 9 atau 9.30 pagi. Kadang2 je terlebih awal dalam pukul 8 pagi tapi jarang lala nak bangun time tu. Kalau lala bangun pukul 10 selalunya dia akan mandi pukul 11.. kena jarak 1 jam selepas dia bangun dari tidur sebelum bagi mandi untuk memastikan dia tak badmood masa mandi. Lagipun time dia bangun tu time tayangan kartun2 kat tv alhijrah. Dia bangun minum susu dulu.. dalam setengah jam lepas minum susu dia akan minum scott emulsion & setengah jam lepas minum scott emulsion baru mandi.

Lepas dia mandi.. dia minum sebotol lagi susu. Dalam 11.30 ke 12 gitu la jam dia.. sejak lala suka membuai ni sang lekit akan tidurkan dia sekejab. Masa dia tidur tu boleh la masak untuk santapan dak lala di tengahari nanti. Kalau sebelum ni lala jarang tidur time tu.. selalunya masa bagi lunch kat dia belum sempat habis.. dia dah ngantuk. Selalu sangat terjadi dia tidur dengan nasi yang masih dalam mulut., Jadi sejak dia kembali tidur dalam buai.. sang lekit tidurkan dia dulu. Dalam buai senang nak paksa dia tidur.. buai jer dalam 15 minit ke setengah jam tidur la dia. Jadi bila time dia makan nanti takde la dia terlentok. Lala guna electric rocker sebab tu dia kalau dalam buai kemain nyenyak sebab buaian dia sentiasa membuai. Selalunya kalau pukul 11.30 dia tidur.. 1.30 tu dia baru bangun. Kira lama la tu berbanding sebelum ni taknak tidur langsung time tu.

Masih menanti lala menyebut perkataan keramat iatu Mummy.. tapi belum sampai seru lagi nampak gayanya. Takpe sabar.. Tak payah nak sedih sangat kalau budak2 lain sebaya lala dah pandai sebut macam2, kan?? Biarlah kalau depa nak compare anak depa lagi cepat perkembangannya janji lala membesar dengan sihat, comel & ada perkembangan yang normal. Memang lala lambat bercakap, setahun 4 bulan baru berjalan.. Tapi Alhamdulillah setakat ni lala di beri antibodi yang kuat jugak jarang nak demam. Setiap kejadian tu ada kurang & lebih. Kadang2 budak tu cepat jer perkembangan dia tapi selalu pulak sakit, kan?? Allah nak bagi tu cukup adil dah..

 Men'Try baju baru acu beli.. (kena sebut nama Acu untuk bodek lebih)

Lasak.. mana2 budak sebaya lala pun memang masa dorang melasak tanpa ada belas kasihan kat mak bapak dia la. Memang time dia nak belajar semua benda. Lala ni jenis suka sangat mengutip benda masuk mulut. Tak kira la dari barang mainan dia & apa2 je la dia jumpa atas lantai sampai kadang2 sang lekit panggil dia vacuum. Yelah.. semua benda nak masuk mulut. Memang susah hati jugak la.. dia tak kira apa je dia jumpa atas lantai semua dia nak kutip masuk mulut. Tak kira la sekecik2 zarah sehingga sebesar2 alam.. Asal muat dia sumbat dalam mulut dia.. dia sumbat je. Paling dia suka jenis benang.. Sampai floss bapak dia pun dia buta macam gula2. Sedap betul dia isap benang kalau dia dapat. Sampai kusyuk la dia nikmati. Kadang2 kemain panjang dia tarik benang floss tu.. Mentang2 ada perisa.Satu lagi perangai dia kalau isap jari ke.. minum susu ke.. mesti pintal2 rambut. Kalau dia isap jari sambil berdiri pun mesti pintal2 rambut. Nampak kelakar sikit bila dia buat macam tu nak2 lagi sambi berjalan.

Jari kelingking pun jadi la.. Janji boleh nyot2..

Lala dah pandai membodek. kalau dia nak tengok upin ipin kat youtube dia akan berkepit dengan dady. Semalam dia dah tunjuk reaksi macam merajuk kemudian pergi kat dady. Lala pantang kita buka peti ais mesti laju dia datang tutup.. macam tu jugak pintu bilik.. kalau kita tutup laju dia dia pergi tolak. Tidur lala sangat lasak di malam hari.. tiap2 malam sang lekit bangun & angkat dia tidur di posisinya betul. Kadang2 sampai kelantai perginya. Kadang2 di hujung kaki kita dia tersadai. Memang la sang lekit kerap bangun sebab angkat lala yang terbabas dari tilam tapi takpe la.. redha je la dapat lala yang lasak ni walaupun mulut daku ni pernah luka & berdarah akibat di hempap kepala lala tapi dia rilex je tidur. Tak sakit pulak tu.

Selepas 4 Bulan pertama kelahiran lala dengan episod yang betul2 menguji kesabaran (sebab lala suka menangis tengah malam tak henti2 sampai dekat subuh), selepas 4 bulan tu.. Memang tak susah lagi nak handle budak lala ni. Mungkin dia dah puas menangis masa 4 bulan pertama tu, sekarang dia jadi susah nak menangis atau meragam. Masih lagi maintaince dengan perangai baik tu walau suka sepah rumah dengan mainan.. Tapi bagi sang lekit biar dia lasak hati tak gundah dari dia meragam jiwa jadi kacau bilau di buatnya.. kan??

Tu je la perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita. Susah nak cerita detail sangat sebab bagi sang lekit lebih mudah faham kalau tengok dari nak di luahkan dalam bentuk karangan ni. Apapun perkembangan lala normal je macam budak2 lain jugak.



8 comments:

  1. lepas ni dah kerap2 tidur mesti berat badan naik sikit...semoga lala makin lasak,bijak,cerdas dan cergas..hehehe+

    ReplyDelete
  2. lepas ni dah kerap2 tidur mesti berat badan naik sikit...semoga lala makin lasak,bijak,cerdas dan cergas..hehehe+

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...betul jugak orang cakap, kalau masa dlama pantang meragam banyak, bila dah lepas pantang senang nak diuruskan..

    takpe je lambat cakap, nanti bila dah pandai tak terjawab haa

    ReplyDelete
  4. yg penting sihat.. itu jer yg kite nak kan...

    ReplyDelete
  5. salam abby..
    wah..dah semakin besar cik lala kite ye..
    setiap org, lain perkembanganye.. x perlu dirisaukan..
    asalkan lala sihat & membesar spt biasa pun ok.. Cuma cpt @ lmbt tu je le..

    hehe..sian lala dipanggil vakum.. mummy ni noty! :p

    tahniah lala.. semoga semakin membesar bagai juara ye comelssss! 

    ReplyDelete
  6. Lala yg cumel sangat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!