SURIRUMAH KERJA MENGANGKANG JER

5.2.13 Suria Lekatlekit 14 Comments

Kau kerja apa sekarang? Kau buat apa sekarang? Apa cerita sekarang? Tu soalan2 yang biasa orang tanya bila dah lama tak jumpa. tak kerja.Takde apa buat pun. Dok umah jer. Jaga anak. Jaga suami. Jadi surirumahtangga jer. Hangin tak tetiba keluar statement.. Oo.. kerja mengangkang je la.

Tapi kalau jawapan.. aku surirumah tapi ada la buat2 sikit2 kerja cari sideincome. Buat2 tambah duit poket sendiri. Takde la mengangkang tunggu laki bagi duit jer.. pun tak sedap juga dengar kan?? Yelah.. kita surirumah yang takde sideincome mesti terasa jugak kan?? Mengangkang je ke aku kat umah. Ke orang yang cipta istilah mengangkang pada surirumah yang takde buat kerja yang mendatangkan pendapatan sampingan ni sebagai mengangkang.. mungkin dia sebenarnya wanita yang bekerjaya pernah satu ketika dulu depa jadi surirumah memang kerja depa mengangkang je tak buat apa2. Jangankan nak masak, kemas, membasuh bagai.. makan pun tunggu laki balik hidang depan hidung je. Tu bolehlah ko cakap mengangkang je kerjanya, ok!

Tapi bagi kita2 warga surirumah yang tak berapa sempat nak mengangkang ni memang rasa biadap sangat la kalau terima statement macam tu. Mentang2 ko ada buat kerja yang mendatangkan duit, kita2 yang harap duit laki ni sepenuhnya kau anggap bini yang macam kita ni kerja mengangkang jer.

Kalau kita2 ni mengangkang je kerjanya.. adakah kau yang cakap macam tu hari2 datang rumah kita2 ni tolong masak, tolong cuci basuh segala bagai, tolong jaga anak & tolong semua kerja surirumahtangga kat rumah kita2 ni?? Kalau tak.. tolong la jangan cakap kita dok umah mengangkang jer di sebabkan kau ada buat kerja yang mendatangkan duit jadi ko rasa golongan macam ko je tak mengangkang kat rumah. Kau je yang best.. kau je yang rajin.. kau je yang pandai cari duit.. kau je yang tak harap duit laki 100% maka kau rasa kau la paling perfect wife @ housewife. Kalau kau rasa macam tu.. silap tutup satu kepala especially muka kau dengan mangkuk jamban bila kau nak keluar sebab takut ada mana2 housewife jumpa kau kat luar terludah pulak muka kau.

Setiap isteri tak kira bekerja, tak bekerja & bekerja dari rumah sekalipun tak lepas dari tanggungjawab. Walau dia hanya tahu buat kerja rumahtangga yang pada mata kasar memang tak mendatangkan duit tapi kan tu lebih baik dari ada bini yang dok kat umah tapi kena pakai orang gaji jugak sebab bini memang jenis sayang tangan takut kasar nak buat kerja rumah. Atau senang cakap walau dia tak mampu bagi duit tapi dia mampu jimatkan duit. Bersyukur pada bini2 yang ada kelebihan dalam melakukan kerja sampingan dirumah. Dalam pada masa yang sama rumahtangga pun tak terabai.. itu kelebihan yang bukan semua orang ada. Jangan kau rasa kau boleh buat, orang lain yang tak buat sebab pemalas. Jangan rasa diri hebat sangat.. sedarlah, sesetengah part tu maybe ko nombor last berbanding surirumah yang lain. Sebab tu orang cakap setiap manusia ada kelebihan & kekurangannya.

Ingatlah.. bergurau lain nada, menyindir lain melodinya.. merendahkan orang juga bunyinya lain. Istilah mengangkang ni.. kalau di tutur dalam nada gurauan senyuman dia lain, kalau di cakap dengan sindiran, ayatnya pun lain & kalau dalam niat memperkecilkan kemampuan orang juga dengarnya tak sama. Kalau kau rasa diri kau paling best.. kau kena ingat sebenarnya ko la manusia paling worst sebab kau tak nampak buruk sendiri bila kau rasa kau terlalu perfect.

Mana sempat nak mengangkang kalau hari2 terkangkang kat dapur memasak, membasuh, memcuci bagai kan?? (Gambar sekadar hiasan ehsan google)


** Nak Samsung Galaxy SIII Mini dengan harga murah clik kat sini >> Samsung Galaxy SIII Mini <<

** Jom main pondok2 kat sini manatau pondok korang dapat TV HD LED & Dapat duit dapur RM10,000 >> Main Pondok2 & Dapat TV HD LED juga RM10,000

14 comments:

  1. xpernah dgr lg org ckp mcm tu..tp statement tu mmg kurang ajor la kan...tugas isteri ni...wpun kerjanya jaga anak...kemas rumah...tetap satu tugas yg mulia...buat air kt suami lg besar pahala dr kerja kt luar tu sebenarnya *sekadar pandangan :)

    ReplyDelete
  2. saya pun tak suka dengar org cakap surirumah kerja gitu..apa ingat surirumah ni duk relaks ngangkang kat laki je ke?

    org yang bagi statement gitu memang biadap dan otak tak center agaknya..kesian betul..mundur sungguh pemikiran..

    ReplyDelete
  3. tu bunyik orang jeles dengan surirumah.. tapi, akak pun jeles jugaklah dengan surirumah tapi tak pernah lak pulak terniat di hati ni tu yg dibuat dek surirumah, harus dicurahkan cili semangkuk terus ke mukanya tu!

    ReplyDelete
  4. salam abby..
    huhuh.. xsuka bila ada yg bergurau guna statement ni...

    budi bahasa budaya kita

    ReplyDelete
  5. slalu rasa kagum dengan surirumah sbb mak sy pun seorg surirumah.

    they really are SUPERWOMEN!

    ReplyDelete
  6. ceeetttt ..statement tak hengat ..kot kalo nak bergurau pon, fikir fikir lah perasaan orang ..kalo aku yg kene, mmg aku nangis tang tu gak ..iskk iskk iskk ..

    ReplyDelete
  7. Surirumah bekerja tanpa rehat. Kalau bekerja kita ada gak time rehat, time lepak pantri dgn geng. Apapun pengorbanan utk menjaga naka tu tanpa memikirkan keewangan yg lebih banyak bukankah sesuatu yg murni.

    ReplyDelete
  8. suri rumah ngangkang je??meh nak kasi kangkang kat muka dia..akak ni sampai tak cukup tidur uruskan umah..uruskan anak2 uruskan makan pakai laki.sampai kering kulit tau..kalau jumpa perempuan mulut gitu memang akak sembur dia cukup2..

    ReplyDelete
  9. tugas isteri kat umah bukannya senang. isyh iysh

    ReplyDelete
  10. sy pun surirmh juga sblm bkerja smla tp xda lah family/jrn2 ckp words sentap mcm tu.ingat surirumah ni x pnt ke.bak kata atok saya "tangan tak sempat kering,ada je kerja nak dibuat".

    Syabas pd semua FULLTIME H/WIFE!Lantak pi lah dorg jeles sbb dorg x mampu jd mcm korg :)

    ada masa lbh utk beribadat sunat,ada ms lebih utk buat hobi korg mcm menjahit,update blog ngee ^* Terbaiklah gambar tu lawak tul!

    ReplyDelete
  11. hahaha..mengangkang smbil memasak terbaik..hehe

    ReplyDelete
  12. salam semua, tah macam mana saya terjumpa blog ni...mungkin sbb saya pun rasa senasib dgn SAHM kat kuar sana yg org ingat duk rumah "mengangkang jer". saya berhenti kerja kerana kesian pd anak2. masa anak pertama lahir mak tolong jaga kat kmpg..masuk anak kedua dengan berat hati kene lepaskan kerja demi anak2. bila dh berhenti keje makan pakai lepas lah tapi kepuasan dan kebebasan berduit spt masa zaman bekerja dulu dh tiada lagi. wpun redha tapi kdg rasa terpinggir juga dari segi kewangan. bukan boros berbelanja tapi kuasa menyimpan atau membeli apa yg berkenan dah tiada. ada juga buat site income sikit2 tapi yg masuk tu sikit jugaklah. apa pun semoga Allah tabahkan hati ku dn semua suri rumah di luar sana.

    ReplyDelete
  13. meh nak cili mulut siapa kata lagu2?mak aii sesedap ajinomoto jer depa kata kan?walaupun nurul bekerja tapi nurul ralat tak dapat jadi surirumah!!jadi surirumah mmg impian nurul.tapi kewangan belum mengizinkan..susahnya hantar anak kat org hanya Allah tahu..menangis tau kalau apa2 jadi pd anak2.tuh risiko besar pengorbanan nurul..huhu kalau bleh jadi HW mmg bersyukur sangat..tapi rezeki Allah bg lagunie kenlah redha=)tapi Allah bg rumah dekat sgt ngan opis n nursery so bersyukur..tetap tak amik maid indon yang mmg rata2 saiko..huhu..tapi mmg terasa siapa hina kerja suri rumah sbb pahala yang dijanjikan k kelebihan yang berlipat ganda..!

    ReplyDelete
  14. saya jugak seorang suri rumah :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!