AWAS! JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG SELEPAS MAKAN

3/11/2013 03:30:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Sumber  gambar SINI

Amboi ber Awas bagai ni macam serius je bunyinya. Serius la jugak kalau melibatkan kesihatan kan?? Sebab kesihatan tu sangat penting dalam kehidupan seharian. Tak sihat maka banyak perkara tak mungkin boleh kita buat.

Sebenarnya banyak benda yang selalu kita rasa baik di lakukan selepas makan ni sebenarnya tak berapa baik atau benda yang kita rasa best buat lepas makan ni kesannya tak berapa best untuk tubuh badan kita. Jadi kalau nak tahu apa yang tak elok kita buat selepas makan jom kita tengok calon - calonnya...

JANGAN longgarkan tali pinggang
Yelah bila perut dah full, rasa macam terbelit pula pinggang & perut tahukah korang Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Jadi jangan buat, ok!

JANGAN makan buah buahan
Kita kadang dah biasa jadikan buah buahan sebagai pencuci mulut selepas makan padahal kita sebenarnya tak tahu adalah lebih baik makan buah sebelum makan‎ iatu masa yang terbaik 1 jam sebelum makan atau 1 - 2 jam selepas makan untuk mengelakkan kembung perut.

JANGAN merokok selepas makan
Yang ni selepas atau sebelum atau bila2 masa saja pun memang tak baik untuk kesihatan. Ber double tak baik bila di lakukan selepas makan sebab ada kajian menunjukkan merokok sebatang rokok selepas makan kesannya seperti merokok 10 batang rokok, jadi risiko untuk mendapat penyakit lebih tinggi

JANGAN minun teh
Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

JANGAN mandi
Kadang2 bila lapar nak buat apapun even mandi pun takde mood tapi bila dah kenyang macam ada energy je nak apapun tapi mandi selepas makan sangat2 tak elok sebabnya Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita. Dan juga boleh menyebabkan keboroian berlaku. hahaha

JANGAN banyak berjalan
Konon nak membakar lemak2 yang kita makan tadi dengan berjalan tapi tahukah anda, Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

JANGAN terus tidur
Bukan je boleh menyebabkan gemuk malah boleh menyebabkan gastrik dalam usus kerana makanan tidak dapat di hadam dengan baik.

Itu sahaja info perkara yang JANGAN di buat selepas makan untuk di kongsikan bersama. Semoga dapat bagi manafaat pada semua

P/S : Sebab entri ni di draf lupa pulak sumber asal info ni nak bagi backlink. Maaf yer tuan empunya.



7 comments:

  1. wah tajuk entri buat kite klm kbt dtg sini he3..

    1st time dgr info seat belt ni menariklah!hohoho ttg mkn dulu br mandi tu mmg btl akn membuncitkan perut.biarlah lapar mcm mn pun better mandi dulu ^^

    ReplyDelete
  2. tips bagus ni, tq share ye

    ReplyDelete
  3. ALAA XLEH MANDI PAS MAKAN KE.. HUHU

    ReplyDelete
  4. jgn mandi lepas mkn tu selalu dgr sbb dorg kata ny buncit.hehehe

    ReplyDelete
  5. bab makan buah tu memang dah habit lah pulak

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus.
    Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com