MISTERI BENCI JADI SUKA

30.3.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

kalau korang pelik tak orang yang selama bertahun2 berjiran dengan korang serempak jangankan nak tegur, senyum pun tidak. Maintaince dengan muka kelat tetiba datang ketuk pintu rumah korang kemudian tiba2 nak baik & berkawan dengan korang??

Pelik, kan?? Motip tetiba je jadi baik sangat. Hidayah apakah yang dia dapat sampai boleh berubah secara drastik macam tu?? Alkisahnya jiran daku yang sorang ni.. selama dekat 6 tahun sang lekit tinggal kat rumah ni dari bujang sampai anak dah setahun lebih tak pernah nak tegur apatah lagi senyum. Dari muka dia bila terserempak dengan sang lekit jelas nampak dia memang tak suka dengan daku tanpa sebab yang jelas & nyata. Cuma yang sang lekit tahu sebelum ni dia bestfriend dengan si tua singh bermulut puaka sebelah umah sang lekit ni. Apa yang sang lekit dapat teka mungkin si singh tua tu la kot memburukkan sang lekit kat dia sampai dia jadi benci dengan sang lekit walau kami tak pernah pun berkenalan.

Sebelum kawen memang sang lekit ada gaduh dengan si tua singh sebelah umah, masa tu situa tu cleaner kat ofis lama sang lekit. Sebab mulut dia yang suka canang cerita2 buruk orang la. Dengan sang lekit dia burukkan org lain dengan orang lain dia burukkan sang lekit sampai kantoi bila sorang opismate pecah rahsia. Sang lekit pun masa tu turut memecahkan rahsia la yang selama ni dia pun ada memburukkan dorang jugak cuma selama ni sang lekit tak layan. Bila dia cerita sang lekit dengar & tak komen apa2 atau menyampai pada mereka2 berkenaan. Bila dah kantoi macam tu.. abis 1 opis dia kantoi. Bukan setakat staff dalam opis jer.. sekali dengan bos pun kena canang umpatan dia macam2. Dekat2 nak kena buang kerja jugak.. tapi sang lekit cakap kat bos masa tu tak payah buang sebab kesian jugak dia ibu tunggal & masa tu dua anak dia still sekolah lagi.

Tu kisah si singh tua yang masih tak mendapat kesedaran dari apa yang berlaku akibat dari mulut hancing dia tu. Kalau setakat orang datang serang sebab mulut kat umah dia tu rasanya ada jugak sang lekit pernah tengok. Tapi malas nak ambil pusing hal manusia macam tu. Even sang lekit tak pernah ganggu hidup dia pun sampai sekarang masih lagi dengar dia mengumpat family kecik kami ni. Kuasa Allah.. walaupun sang lekit jarang bergaul dengan orang2 kat sini tapi kadang2 asben terserempak masa tunggu lift & ada yang tegur dapat borak sekejab terkeluar jugak la hasil umpatan singh tu pada kami ni. Tapi sang lekit tak pernah serang dia lagi. Kali pertama sang lekit & asben serang dia masa tu belum kawen & kat opis jer sebab tak tahan sangat dengan mulut dia. Lepas tu bertubi2 dengan kena lazer dengan staff lain yang dia pernah umpat.

Berbalik pada ex bestfriend si singh tua tu.. dalam minggu lepas di satu pagi dia datang tekan bell umah daku. terkejut jugak bila buka pintu muka dia. Yelah.. selama ni berlaga bontot pun tak pernah senyum asyik muka kelat jer apa kes datang umah aku pepagi. Ke silap umah. Dia nak ketuk umah singh tua sebelah. Ternyata betul la dia memang cari kami laki bini. Ada berkenaan dengan keja laki aku jugak. Ok la.. lepas lepas bab keja tu, laki aku kata dia ada sms tanya apa kes kami dulu gaduh dengan singh sebelah sampai dengan dia pun kami tak pernah tegur. Pulak!! Aku pun tak berani nak tegur kalau senyum pun dia tak pernah. Nak2 lagi selalu serempak dia bermensyuarat depan pintu dengan si singh tua tu. Dari reaksi dapat teka orang tak suka kita, kan.. takkan nak terhegeh dok tegur jugak. Sebelum tu menurut en asben dia tak semena2 jugak dok cerita pasal laki dia kat laki daku ni. Kami laki bini kalau jumpa orang yang baru kenal tapi dah boleh cerita hal rumahtangga kat orang memang secara auto malas nak geng dengan orang tu sebab boleh tau dia spesis macam mana. Kalau tak, takkan tetiba dia nak tanya pasal kes gaduh yang dah berkurun lama tu. Risiko je rapat dengan orang camtu, tau!!

Laki aku tak balas sms dia tu.. lepas tu dia hantar lagi macam marah je & cakap dia tanya bukan pasal dia nak korek rahsia sebab dia pun dah gaduh dengan singh sebelah sebab katanya mulut singh tu jahat suka mengata orang. Bagi sang lekit dia spesis singh tu jugak cuma sekarang depa dah gaduh dia mula nak cari pengaruh & sokongan juga kawan mengumpat baru untuk jatuhkan singh tu pulak la kot sebab tu tetiba je datang nak jadi kawan kami laki bini padahal selama dekat 6 tahun dia tak pernah pun cuba untuk senyum dengan aku mahupun laki aku. Jadi.. kitorang tak layan la perempuan tu. Aku?? Sudahlah.. aku malas nak berkomplot dengan spesis korang. Biar aku memerap dalam umah setiap hari pun takpe janji takde orang datang ketuk pintu umah aku ajak borak semata2 nak cerita gosip terkini masyarakat setempat macam singh sebelah dulu. Kalau dia ketuk pintu tu samada dia nak nyusahkan hidup aku ataupun dia nak ajak aku borak kosong. Sampai kadang2 dulu aku kalau sempat elak dari serempak dengan dia mesti aku elak.

Aku pun pelik sejak dua menjak ni orang yang pernah tunjuk kebencian pada aku tiba2 datang nak berbaik samada di realiti hidup den mahupun dunia maya. Tapi aku jenis.. orang datang cara baik aku layan baik tapi tak bermakna aku nak berkomplot dengan depa sebab depa dah gaduh dengan manusia yang pernah membenci aku dulu. Biarlah rumah aku jarang bertetamu.. yang kerap bertenggek pun Acu lala (adik bongsu den) @ sekali sekala family dari kampung datang tapi aku tetap ada dua kawan.. bapak lala & lala yang menyempurnakan setiap hari ku.

Moral of the story pada haters2 blog melekit ni.. kalau korang sesama haters pernah bergaduh harap jangan la cari sang lekit semata mata nak ajak sang lekit berkomplot untuk jatuhkan orang lain pula sebab sang lekit jenis anggap korang (haters) kalau pernah memberi komen membunuh dalam blog ni pun sebagai pelawat yang memberi pandangan sendiri jugak. Hak bersuara hak semua cuma suara kita jer tak sama. Ada suara berunsur mulia & ada suara bernada cerca. Haters mahupun penyokong.. kita semua tetap kawan bagi sang lekit. Takde dendam & benci pun..

Macam ni terlukis nasib ku satu ketika dulu mendapat jiran2 puaka niyang rapik KL

 P/S : Ada sorang ex jiran sang lekit dulu Punjabi (tapi convert Islam) pun sebelum dia pindah sempat minta maaf kat laki den katanya dia pernah mengumpat kami. Semua yang melekat dengan singh tua sebelah umah tu mesti tak lepas mengumpat kami hasil hasutan dia. Kes Punjabi & singh tu boleh baca kat SINI



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

5 comments:

  1. Wah..mcm2 kaum ada kt sekeliling umh akak..hehe

    ReplyDelete
  2. wah png gak ni baca n3 sis kali ni he3...sy fhm sbb mak pun pnh kne situasi yg sama.sy lak tgh angin gak dgn jrn sblh rumah,area sini semua gelar dia ketua wanita sbb busy body hal org.

    sy yg elok blk ofce,duk tperap kt rumah mls cmpr geng tingkap..pun jd bahan dia adeihh..smpi smlm sy call mak mta doa utk ldgi diri n fmly dr diaibkan jiran.peliklah peel jrn2.

    sy rs sis jgn lyn lgsg org yg thegeh2 nk geng blk dgn sis.mmg ketara dia nk trk sis utk sama2 sdp umpat singh tu pulak :(

    ReplyDelete
  3. Jiran akak berbaik - baik sama ada ikhlas atau tak kita serahkan kepada Allah ^ ^ Kalau rasa dia ada niat lain , jauhkan diri akak kayy ?

    ReplyDelete
  4. jiran kt rumah nie ada bermacam-macam perangai akak

    ReplyDelete
  5. salam abby..
    fuhh..sebijik2 cma baca..
    huhu..klu dah nk berbaik2 takde salahnya.. cuma berhati2lah.. manusia ni terkadang mudah lupa.. huhuhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!