SEDIH JUGA MARAH! POLITIKUS BERHENTI LA MENIKUS SEKEJAB

4.3.13 Suria Lekatlekit 1 Comments

Bila dengar & tengok di TV ada anggota keselematan yang terkorban di sabah semasa menjalankan tugas menjaga keamanan & keselamatan, sungguh hati daku menjadi tisu setisu tisunya. Tup tap.. airmata jatuh tadi. Tak boleh cover dah.. nak2 lagi duduk sorang2 kat rumah. Jadi senang la sikit nak biarkan saja perasaan sedih pilu sebak hiba ni terluah dengan perbuatan, kan?? Kalau ada sang suami, segan sikit. Kena tunjuk kental ye dak??

Sang lekit memang cukup2 tersentuh, risau & tak tenteram semenjak berlakunya pencerobohan terhadap Lahad Datu oleh tentera2 sulu dari filipina ni. Nak2 lagi selepas dapat tahu ada anggota yang terkorban & yang paling terbaru anggota yang terkorban kerana serangan hendap pihak tentera raja sulu ni. Nampaknya pihak tentera raja sulu memang semakin nekad.. Aduhai, hati semakin gundah gulana walau sang lekit takde ahli keluarga di sana ataupun ada ahli keluarga yang terlibat dalam misi keselematan di sana.

Tapi sedih sangat tengok orang2 kita di semenanjung ni kan?? selain jadikan isu ni isu politik.. ada yang tak habis2 pertikaikan itu ni, mengapa begitu, mengapa begini?? Ada yang pertikaikan macam mana pihak musuh boleh ceroboh masuk?? Konon ada pengkhianat yang bagi laluan untuk pihak musuh masuk. Sekarang ni bukan masa kita nak pertikaikan macam mana depa boleh ceroboh sabah. Kalau kau dok pertikaikan 24 jam 1 hari 7 hari seminggu pun kau fikir kalau kita dapat tau dalang tu, penceroboh tu nak balik ke negara dorang dengan mudah ke?? Yang masuk dah pun masuk.. yang paling penting sekarang macam mana nak halau depa balik & pastikan Sabah especially lahad datu kembali aman.

Ye.. kalau betul ada rakyat Malaysia yang menjadi dalang yang memberi laluan pada penceroboh masuk & buat kacau sehingga menyebabkan ada anggota keselamatan yang terkorban, biarlah selesai satu persatu. Paling penting HALAU penceroboh! Selepas selesai isu pencerobohan ni nak berkompang sapa dalang, sapa pengkhianat.. kompang la sampai jumpa bukti. Tolong Berhenti berjuang di Facebook dengan mempertikaikan semua yang orang lain buat. Kalau kita tak mampu angkat senjata pergi berjuang di sana.. sudah cukup kita kat sini berdoa untuk keselamatan semua mereka yang berada di sana. Dengan mempertikaikan & mencari salah sesama sendiri takkan mengubah apa2. Kalau musuh baca pun musuh rasa macam depa dah menang 1 segmen. Berjaya buat semua politikus Malaysia berperang sesama sendiri.

Harap kita semua tak hanya berlagak hero di facebook, twitter, blog atau sebagainya sedangkan kita sebenarnya tak buat apa2 pun menyumbang pada keamanan di sabah sekarang ni walau hanya dengan 1 doa buat mereka setiap hari. Dengan hujah berapi & fakta andaian sendiri tu cuma boleh buat korang nampak macam ULTRAMAN yang bertarung dengan Raksasa demi keamanan negara jepun. Faham tak anak2?? Maksudnya.. berhenti la berangan korang tu HERO kalau setakat berani taip fakta2 berunsur politik menggunakan isu LAHAD DATU yang sedang di ancam musuh. Tak kira la kau pembangkang ke.. ko penyokong kerajaan ke.. kalau kau gunakan isu lahad datu untuk kempen politik maka kau manusia paling bangkai dalam dunia. Orang lain bermandi darah di sana.. kau bermandi air liur busuk sendiri kat sini dengan fakta2 yang memecah belahkan orang.

P/S : Menikus kalau kat kampung ni orang selalu gelarkan pada anak2 kucing yang tengah membesar & aktif bermain tapi menikus untuk politikus ni yang sangat aktif berkempen politik sampai tak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku.

P/S : Semoga Isu Sabah ni berakhir dengan cepat, Semoga Allah lembutkan hati para tentera raja sulu untuk berundur dari sabah & pulang dengan aman ke negara asal mereka & semoga tiada lagi anggota yang terkorban. Pada Anggota yang terkorban semoga mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Takziah pada semua keluarga mangsa yang terkorban & Al Fatihah




** Nak Samsung Galaxy SIII Mini dengan harga murah clik kat sini >> Samsung Galaxy SIII Mini <<

** Jom main pondok2 kat sini manatau pondok korang dapat TV HD LED & Dapat duit dapur RM10,000 >> Main Pondok2 & Dapat TV HD LED juga RM10,000

1 comment:

  1. Salam Mummy Lala..

    Hmm... mmg sedih kita kehilangan pweira negara..lagi sedih sbb dorang dah campurkan isu2 politik dlm hal ni..
    hmmm... -.-

    ingatkan dah selesai..
    moga2 cepatlah berakhir ..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!