YANG NAK KAWEN DUIT HANTARAN JANGAN HANTAR TUNAI, BAHAYA

3/23/2013 03:05:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Zaman sekarang ni penjenayah ada di mana2 dalam berbagai rupa, imej, jantina & perwatakkan. Dulu kita dengar ada pencuri ambil kesempatan mencuri barang2 pemilik & sedara mara semasa orang sibuk dengan kenduri kendara.. kebanyakkan jenis2 gadget, handphone bagai macam tu je.

Tapi korang jangan ingat duit hantaran korang yang beribu2 di gubah cantik jadi macam2 bentuk tu tak berisiko hilang tau. Dalam kosmo hari ni, Polis mencari dua wanita dalam lingkungan usia 30-an bagi membantu siasatan kes kecurian barangan berharga termasuk wang hantaran RM8,000 yang dilaporkan hilang pada satu majlis kenduri perkahwinan di Taman Permai di sini, 17 Mac lalu.(Artikel Penuh: KOSMO ). Menangis pengantin di buatnya, dek non!


Ni salah sorang muka pencuri yang di buru polis. Sapa kenal tolong angkut pi balai sat

Jadi untuk keselamatan, elok la jangan hantar tunai duit hantaran. Guna cek ke.. atau terus bank in ke akaun pengantin perempuan tu. Tak payah la kita jadikan salah satu gubahan untuk koleksi hantaran duit tu. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu dulu dah. Penyamun, pencuri mahupun penyangak ada je kat mana2. Kita lalai seminit jer.. dorang dah boleh ambil kesempatan. Jadi pada bakal2 pengantin tu.. kalau nak check sorang2 tetamu yang datang memang kita tak mampu, yelah nama pun majlis kawen, yang datang bukan sepuluh dua puluh orang kadang2 cecah ribu orang. Dalam celah2 tu kita tak tau kalau2 ada swiper si musang (watak pencuri dalam rancangan dora the explorer tu.. kekeke) datang nak mencuri, kan??


Kalau tak kenal ni la rupa swiper si musang dalam kartun Dora The explorer tu. Dia memang suka mencuri. (Daku memang sejak ada lala ni macam2 watak kartun dah boleh hafal)

Apapun cegah sebelum terjadi adalah lebih baik dari kejar pencuri yang dah lari.


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

11 comments:

  1. Betul tu. tak elok rosakkan duit dg dilipat lipat. Utk cetak duit, perlukan kos. Sebaiknya bagi bank draft dan bank in siap siap. Yg letak atas dulang tu, yg dummy jer. Kalau bagi cek, manalah tahu kot check tendang lak

    ReplyDelete
  2. betul tu haaa..bahaya kot zaman sekarang..eii menakutkan

    ReplyDelete
  3. ye la..akak pun tak berapa berjkenan duit dijadijkan gubahan hantaran..nampak buruk sangt duit tu..ahahah..macam nak tayang2 duit pun ye jugak..dah tayang2 ada la orang yang bekenan kat duit tu..

    ReplyDelete
  4. ye la..akak pun tak berapa berjkenan duit dijadijkan gubahan hantaran..nampak buruk sangt duit tu..ahahah..macam nak tayang2 duit pun ye jugak..dah tayang2 ada la orang yang bekenan kat duit tu..

    ReplyDelete
  5. Nasib baik akak bagi tau..patut la skrg tgk org letak cek je

    ReplyDelete
  6. banyak je kan berlaku macam ni.. semua dah terdesak nak duit cepat..

    nur dari ALL IN ONE

    ReplyDelete
  7. Masa baca berita pasal ni heran jugak saya,berani betul buat duit hantaran cash...memang mengundang namanya....haritu kawen tak letak cek or bank draft pun,hihihi

    ReplyDelete
  8. betul. setuju. baik bank in je. lagi selamat.

    ReplyDelete
  9. Dulu masa nak kahwin, husband bank in duit hantaran kat akaun mak saya. Dua hari sebelum nak akad nikah, mak keluarkan duit. Yelah, husband jauh dari KL, bahaya kot bawak duit dalam tangan. Duit hantaran kena ada time akad nikah sebab tok kadi nak kira.

    ReplyDelete
  10. sokong kak kali nie .. memang bahaya . ishhh lebih baik bank in saje

    ReplyDelete
  11. salam mummy lala..

    hmm..tulah dia manusia zaman sekarang..
    x kenal baik buruk..
    alahai..

    berwaspadalah kan.. jgn nk menunjuk2 sgt kot ye pun.. buat replika sudah..

    semoga pencuri ni dpt diberkas

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com