24 APRIL.. TENANGLAH KAU DISANA

4/24/2013 11:00:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Dah tiga tahun kita tak jumpa, kan Ayah. Dah 3 tahun Ayah tak datang sini jenguk anak Ayah. Dah 3 tahun takde call dari Ayah tanya bila nak balik kampung. Dah 3 tahun Ayah... Dah 3 tahun rindu ni tak terubat.

Ayah.. Jodoh yang ayah restui ni Alhamdulillah membahagiakan. Cucu Ayah pun dah Setahun 8 bulan. Lasak sangat Ayah. Menantu Ayah pun dah semakin dewasa, Anak pun sama dah semakin berusia. Hajat Ayah nak bawak kami jenjalan kat Langkawi selepas selesai majlis kawen dulu kami dah tunaikan dengan kami pergi sendiri mengendong shahila dalam perut semasa usianya 5 bulan. tapi kalau ada Ayah.. mesti lagi meriah.

Ayah.. Rumah Ayah dah banyak berubah. An & kakna dah renovate tapi masih ada bahagian yang pernah ayah buat sendiri tu. Tapi kat situ dah jadi bilik mak sekarang walau mak tak tidur pun dalam bilik. Besar bilik tu..  Bilik Mak sekarang ni kan bekas ruang tamu rumah kita dulu. Mak macam biasa la dia suka tidur depan TV sebab tengah2 malam dia suka tengok filem tamil. Aktiviti mak pun macam biasa.. Tapi kena jugak An dengan kakna & kakak bawak dia jenjalan kalau tak nanti dia merungut bosan. Ayah tahu la kan.. Mak dengan ayah dulu kan kaki merayap. Tiap2 minggu mesti keluar.

Ayah.. Hari ni genap 3 tahun Ayah pergi. Lagi 4 hari genap 3 tahun jugak kami nikah. Tak tahu apa yang patut kami rasa. Terus terang sejak Ayah pergi, selalu mimpikan Ayah. Mungkin ada dosa kita yang tak sempat minta ampun dengan Ayah, harap ayah ampunkan yer.  Kita akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Ayah. Moga Allah jaga Ayah kat sana.. Semoga Ayah bersama mereka2 yang di kasihi di sana. Tidur la dengan nyenyak kat sana, Ayah. Insya Allah.. Kalau diizinkan Allah kita semua akan berjumpa lagi.Al Fatihah untuk Ayah..


9 comments:

  1. sedihnya baca entry kali ni...rs nak meraung pula

    ReplyDelete
  2. semoga arwah ayah tenang di sana...sedih pulak rasa bila baca entry nie..kira nya ayah pergi sebelum majlis la..al-fatihah

    ReplyDelete
  3. Sedihnya...Semoga arwah ayah tenang di sana..Al-fatihah

    http://dandandiri.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ... rasa terlalu dekat ayah Suria di hati akak walaupun kita hanya kenal di alam maya..

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah ayah awak tenang kat sana.. sedih baca entry ni.. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  6. al Fatihah- sayu baca entry ni, tabahkan hati

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah utk arwah ayah, semoga kita semua ditempatkan dalam golongan org-org yg beriman, amin.

    ReplyDelete
  8. Salam Abby..
    sebak baca entri ni..
    alfatihah buat arwah ayah..
    abby mmg seorg anak yg baik ;)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com