JJCM JANGAN PERMAINKAN TEKAK KAMI!!

30.4.13 Suria Lekatlekit 8 Comments

Aku memang tak paham sangat dengan rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN. Bila dah terkena masuk kali ke 3 dengan restoran yang keluar dalam rancangan Jalan Jalan cari makan di tambah dengan baca entri kak senduk yang juga baru2 ni makan kat restoran yang keluar dalam JJCM, ketidakfahaman motif rancangan jalan - jalan cari makan tu semakin menjadi jadi & membuak buak dalam dada. (Nak baca entri puaka kak senduk kat sini >> Jalan Jalan Cari Nahas <<

Ahad lepas Anniversary daku & asben yang ke 3 jadi Lala dapat hadiah sebab kitorang bawak dia pegi makan kat restoran Upin Ipin. Sebab aku tengok rancangan Ulangan rancangan JJCM ada tayang makan2 kat restoran Upin Ipin tu. Memandangkan anak daku ni peminat tegar Upin Ipin maka nak bawak jugak dia pergi tempat yang di kelilingi Upin Ipin even dia bukan makan pun. Dia hanya reti minum susu je sejak dua menjak ni. Semua makanan dia tolak.

Lala jumpa Upin Ipin Senyum lebar la dia. Sedap ke tak sedap ke.. lalat ke tak lalat ke dia peduli hapa kan?? hahahaha

Memang tak di nafikan lala jadi teruja masuk ke restoran comel tu. Size comel & permandangan pun comel sebab di penuhi barang2 upin ipin untuk di jual & kat dinding pun penuh poster upin ipin jugak TV pun dok tayang cerita upin ipin. Mana tak rambang mata jadinya budak tu. Jadi sambil bagi lala layan upin ipin takkan mak bapak dia nak nganga je kan. Jadi tugas mak bapak dia makan la. Malang.. semua masakan berasaskan ayam katanya lambat sebab stok ayam habis. Ok takper.. asben order asam laksa, rasa ok ok jer.. Den order nasi bersama ikan keli goreng berlado katonyo... View pun tak menyelerakan.. rasa pun setakat macam makan ikan keli goreng dengan nasi putih jer. Rega jenis set2. Nasi aku order tu set dia RM10++.. Asam Laksa dia Rm7++ per set. Memang la tak mahal tapi dari segi rasa agak murahan jugak. Takde special sangat la rasanya. Jauh lebih baik aku makan kat Thaibase (groupbase) Kat sri damansara. Rasa sedap.. kenyang & puas hati. Dah tu ada jugak member dok menempel kat meja.. si hijau yang orang geli. hahahahaha

gitu je dia serve. tak berapa menarik di pandang

Daku ke restoran Upin Ipin tu bukan la sebab terpengaruh tengok pengacara dia makan tapi di sebabkan anak den yang suka bebeno upin ipin. Nak happykan budak kecik jer di samping berharap jugak makanan kat situ tak azab sangat nak telan. Boleh la.. tapi aku tak rekemen korang gi makan kat sana ler kalau rasa nak nikmati makanan yang sehingga menjilat pinggan.

Kesimpulannya.. JJCM ni sebenarnya motip dia nak promot makanan sedap kat penonton atau nak promot restoran yang ada kat Malaysia ni jer?? Jawab ko JJCM?? Apsal restoran ko pilih even dari cadangan penonton sekalipun setakat ni yang aku cuba & baca dari pengalaman orang lain banyak yang hampeh2 belaka. Tolong la JJCM.. jangan terus mempermainkan tekak kami, Hokay!!



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

8 comments:

  1. betul tu kak,dorg ni mkn beriye.padahal xsedap pon kan kan.aah kak,xmenyelerakan pon pic makananya tu.haih.

    ReplyDelete
  2. Betul lah. Dah tak bley percaya dgn JJCM nih. Tak sedap pon sedap kan aje.

    ReplyDelete
  3. Salam mummy lala..
    huhu.. xtau nk komen ape sbb blm pernah kena lgi kes2 gini..
    huhuh..

    harap ade pihak yg prihatin ;)

    ReplyDelete
  4. zura pun pernah terkena ngn JJCM tuh.. tgk dlm tv cm best jerk, skali pegi rs hampeh giler..

    ReplyDelete
  5. entah-entah, restoran-restoran tu ada bagi "duit bawah meja" pada jjcm dak semata-mata nak attract customers. manalah tau =)

    ReplyDelete
  6. Beriya dorang kunyah.. Ops akak pernah mkn kat bangi kedai tu pun x sedap tp jjcm mkn cam sedap giler. Aha

    ReplyDelete
  7. tengok gaya makan macam sedap je kat tv tu..padahal hampeh je...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!