KISAH USTAZ KAZIM ELIAS DI HINA DI HARI RAYA

4/04/2013 03:00:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Tersentuh hati membaca cerita pendek dari Ustaz Kazim Elias ni.. Kita tengok dia hari ni menikmati kehidupan yang selesa, dengan rezeki yang ada dia membuka sekolah tahfiz pada anak2 yatim & anak2 miskin tapi ramai yang tak tahu sejarah hidup ustaz kazim yang bergelar anak yatim sejak dari usia 8 bulan selepas ayahnya meninggal dunia.

Lahir dalam keluarga besar, bila arwah ayah ustaz kazim ni meninggal dunia jadi ibu dia la memikul semua tanggungjawab dengan berbekalkan pendapatan dari hasil menjadi guru mengaji al quran. Zaman kanak - kanak beliau menyelitkan 1 kisah yang sangat2 menyentuh hati daku bila membacanya.. Jom la kita sama2 baca


Dari cerita ustaz kazim ni sang lekit pun terasa jugak sebab sang lekit pun lahir dalam keluarga yang tak berapa kecik. 6 orang adik beradik perempuan yang lahir jaraknya tak jauh. setahun.. dua tahun macam tu la. Bayangkan masa kecik.. semua pun lebih kurang je usianya. Time tu kita boleh nampak mana yang anggap kita sedara mana yang anggap kita ni bala. Bukan semua orang suka bila orang tu anak ramai & bukan dari keluarga kaya raya cuma sekadar cukup je keperluan untuk hidup. Boleh sekolah.. merasa jugak pakai baju raya.. merasa jugak jenjalan setahun dua kali (time cuti raya ler) tapi nampak macam anak itik pulang petang la bila keluar kan. Time tu la bermula episod terasa hati & jauh diri dengan sesetengah sedara.

Bila dah besar.. dah terbiasa tak rapat dengan sesetengah sedara akibat dari pengalaman buruk & sedih masa kecik jadi tak rapat la sampai sekarang. Bila dah besar pandai pulak sesetengah sedara ni nak salahkan kita kurang bergaul dengan depa. Depa terlupa kot masa kecik2.. depa tak pandang pun kita melainkan.. Family makcik dengan anak tunggalnya yang kami panggil ABANG sampai hari ni. (kakak kepada arwah ayah yang pernah jaga sang lekit masa kecik dulu). Ada pulak sedara yang nak dengki dengan Abang & makcik sebab segala kesenangan & keselesaan kami hari ni kami kongsi dengan mereka. Bagi sang lekit Makcik & family Abang adalah keluarga kami. Susah senang depa yang ada selama ni dari kecik sehingga semuanya dah ada kerjaya sendiri. Abang la banyak tolong masa adik beradik sang lekit nak masuk IPT. Tolong hantar & tolong banyak benda even dari segi kewangan abang tak kaya tapi dari segi kudrat abang memang banyak tolong. Masa sang lekit nak nikah dulu pun abang la yang uruskan semua. Arwah ayah sebelum meninggal (4 hari sebelum sang lekit nikah) pun sempat amanahkan abang untuk uruskan. Betapa arwah ayah percaya pada abang. Yelah.. arwah ayah kan takde anak lelaki.. Itulah anak lelaki yang dia boleh harap pun.

Yang jadi pengajaran sang lekit sampai sekarang & selalu pesan dengan adik beradik yang lain, jangan bezakan layanan dengan anak buah. Shahila ada seorang sepupu (anak adik sang lekit) & 3 orang lagi dua pupu (anak abang.sebenarnya shahila ramai dua pupu ni tapi tulis yang paling rapat je la.. kekekeke). Apa yang kami pernah rasa dulu dah cukup membawa kesan pada hari ni. Moga kisah ni jugak jadi pengajaran pada kita semua lebih2 lagi yang ramai anak buah. Tak kira dia miskin, kaya, comel atau comot.. Itu semua hari ini. Akan datang kita tak tau dia lebih berjaya dari anak2 kita atau kita sendiri, masa tu baru nak mai ngaku sedara, kirim salam saja la bila hati dah terluka terlalu lama. ye dak??



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

11 comments:

  1. betul sgt2....kita hanya kenal sapa saudara kita bila kita susah...slalunya pengalaman dulu byk mengajar kita utk lebih berhati-hati bila bergaul dgn sedara yg memilih tu....

    ReplyDelete
  2. camne senang pun kita jgn la hina manusia lain

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, sedihnya.. bukan sedih baca cete ustaz (mungkin kurg sedih sbb dah baca kisah ustaz sbelum ni). Sedih baca kisah Sang Lekit, mengingatkan kisah diri sendiri lebih 30 tahun lalu. Kerana kami susah, maka terbinalah jurang antara saudara mara. Yang cantik, yg pandai, yg kaya dipandang mulia. Yang comot, yang miskin, yang tak masuk u (kecik lagi mana nak masuk u) dipandang sebelah mata. Lumrah dunia...

    ReplyDelete
  4. akak pun pernah kena hina masa kecik.cikgu sekolah pulak tu..mentang2 la akak ni orang susah.ayah tak de.pelik dengan orang2 yang ada2 nih.kenapa nampak orang miskin macam nampak kucing kurap ye??tak de belas kesian ke dalam hati tu...

    ReplyDelete
  5. nak menangis baca luahan hati ustaz kazim elias ni..

    ReplyDelete
  6. semoga org2 yg menghina ini akan dpt balasannya

    ReplyDelete
  7. Bila kita susah, kat situ kita dapat tahu siapa yg dekat dengan kita. Siapa yg bersama kita.

    ReplyDelete
  8. slm sis hurm sedih bc pglmn org lain,ingtkan life saya je dh ckp sedih.kalau buat novel n jdkan drama akasia mau kaya kita,kan he3...

    lumrahlah manusia.tapi depa yg sombong tu kn fkr Allah nk trk nikmat senang je.ms dh tua tau ms depa sakit pusing knn pusing kiri cr kita juga dh namanya family,nak larik mana ^^

    ReplyDelete
  9. salam abby..
    huhuh.. ingatkan kita yg susah.. rupanya ada lagi yg lebih susah daripada kita..
    muahasabah diri bila baca kisah ustaz & entri abby ni..

    ReplyDelete
  10. bila baca kisah ustaz tue sedih sangat dan teringat masa kecik2 dulu sedara selalu bezakan antara kami adik beradik dan saya selalu jadi mangsa dipulaukan...saya tekad dalam hati untuk berubah menjadi orang yang berjaya dalam pelajaran ...akhirnya bila dah berjaya baru la org pandang kita

    ReplyDelete
  11. assalam sis.firt time baca blog ni.byk info menarik yg saya dapat.
    saya pun masa kecik2 dulu,family saya mmg bukan org senang.arwah abah keje sendiri (bukak bengkel kete) dan arwah mak pulak surirumah sepenuh masa.
    saya teringat lagi time saya,adik dan kakak saya masa kecik2 dulu time balik kampung.mmg sedara (ada certainlah,malas nak up nama diorg),mmg pandang kitorg ni mcm x wujud pon kat situ.sebb kitorg mmg selalu kena tinggal kat umah arwah atok bila time diorg pi beraya.arwah abah time tu ada kete tapi tak muat nak naik satu kete sebb kami ni ada 8 org adik beradik.
    nak tumpang kete depa,mmg jgn nak mimpilah.
    so kami terus nekad balik ke rumah kami jln kaki.mmg berpeluh ketiak gaklah.mmg sedih bila ingat.tapi bila masing2 dh besar dan ada family masing2 (dah senang sket),barulah masing2 tegur,anggap kitorg ni anak buah diorg.
    so kitorg ok je,malas nak panjang2 cerita.
    but only one thing,kitorg takkan rapat ngn diorg sbb yelah hati nistill ada parut lagi even time tu dh lama berlalu.
    skrg ni kitorg berusaha sedaya upaya utk bagi keselesaan pada anak2 sebb taknak diorg pulak kena pulau camtu.
    :-)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com