3 MAULANA.. TEATER PERTAMA LALA

5/12/2013 12:44:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

 Dekat dua tahun jugak tak jenguk Panggung Teater DBKL. Last tengok teater kat situ rasanya tengah pregnant lala.. tak sure berapa bulan tapi masa tu perut dah bulat la. Lepas tu dah takde lagi. Nak2 lagi bila si kecik dah keluar dari perut.

Semalam setelah hampir 2 tahun jugak tak tengok sebarang teater, buat pertama kalinya bawak lala & acu pergi tengok teater 3 maulana kat panggung DBKL. Hokay.. lala belum layak di bawak menonton teater. Sebabnya dia tak tau duduk diam.. lepas tu suka nak buat bising. Mula2 masuk ok lagi.. dekat 10 minit dia mula bosan.. mula la macam2 bunyi keluar dari mulut dia dengan duduk tak diam. Lepas tu terpaksa daddy seludup keluar budak kecik tu. Daddy sempat tengok separuh jalan jer. Sementara lala tak jadi semakin aktif dalam panggung tu & membuat bising sampai ganggu orang lain harus bawak keluar. Walaupun lala bunyi sikit2.. tak berapa kuat, acu kata orang sebelah dia macam merungut. Sumpah.. rasanya gelak dorang tu lagi kuat.. lala cuma ok ek.. ok.. ek.. sikit jer masa tu. Tapi kami laki bini paham.. Jadi harus bawak lala main2 kat luar.

Tu cerita lala. Cerita pasal teater bertajuk 3 Maulana pulak.. Kisah2 ala2 3 abdul filem P.Ramlee tu tapi dah banyak pengubahsuaian  dari cerita asal. Ada babak dari cerita nujum pak belalang pun di masukkkan dalam teater 3 Maulana tu. Tang part teka teki tapi pun dah banyak diubahsuai. Starting bosan sikit tapi di pertengahan cerita tu dah best. Sebab dah banyak unsur komedi yang memang menjadi dari watak Wahid Maulana (hero). Di lakonkan oleh pelakon yang ramai dah kenal Taiyuddin Bakar @ Tai. Alah yang berlakon dalam drama apa celop tu la. Heroin dia Cucu kepada Arwah Tan Sri P. Ramlee.. iatu Nadia Nasir. Dia kalau kat TV takde la orang kenal sangat.. ada la pernah keluar tv berlakon drama tapi kalau teater tu ada jugak la den pernah tengok teater yang di berlakon sebelum ni.

Sebahagian dari gambar. Tak sempat nak upload banyak2. Kita sambung menayang kat FB pulak yer nanti

Nak review panjang2 pun masa tak berapa nak ada. Banyak benda nak kena buat. Sebab nak keluar. Jadi kesimpulannya.. Teater 3 Maulana tu enjoy jugak la menonton. Alah tiket pun RM5 je sorang. Kalau ada rasa yang nak tengok.. Malam ni ada last day persembahan. Serbu je Panggung DBKL. Teater start 8.30.. beli la tiket awal2 yer.

P/S : kalau rajin den buat part 2 untuk cerita di sebalik teater ni yer.. kalau ada masa & kerajinan la. Banyak gambar nak share ni



** Makhluk asing mengejar manusia?? betul ke?? Jom tengok >>  Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart? <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

2 comments:

  1. bestnya.. teringin nk tgk teater

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy Lala..
    untung malaysia sbb ada abby sebagai one of the supporter utk pementasan teater mcm ni.. ;)

    cma xberkesempatan lg nk tgk teater..
    huhuh...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com