AFIQ MUIZ TAK KISAH IBUNYA DI SAMAN?? IENA ANGGAP IBU AFIQ TAK SIUMAN

21.5.13 Suria Lekatlekit 24 Comments

Meleret leret pula kes depa ni kan?? Ni la padahnya bila libatkan media dalam masalah keluarga. Benda sepatutnya tak jadi masalah besar dah jadi sebesar2 besar Malaysia. Dari berbalas kenyataan.. dah masuk kes nak saman menyaman.

Memang dalam entri sebelum ni (boleh baca kat sini >> Anak derhaka Vs Ibu Derhaka) daku tak meletakkan kesalahan ni hanya pada si Afiq (selaku anak) tapi daku melihat puncanya dari mak dia & tetap bagi aku dua beranak ni ada salah depa masing masing. Tapi masing2.. atas kepala batu jugak duduk.. maka masing2 tak nak mengalah. Dalam kes ni aku juga rasa yang patut mengalah adalah si anak.. Ingat yer nak sejahat jahat ibu, syurga tetap di bawah tapak kaki ibu.

Tapi nampaknya si Afiq pun dah macam takde belas kasihan kat mak dia & menyokong pulak tindakkan makwe dia si eina tu untuk saman ibunya sendiri. Oh! Dunia... lihatlah! Dalam kes ni memang rasa nak jatuh ayaqmata jugak la kenang nasib si ibu beranak kan si anak macam tu. Dei! tambi.. yennadei?? Lupa ka wei.. sapa beranakkan hang?? Sapa susukan hang?? Sapa jaga hang sampai besaq panjang lebaq lagu la ni?? Kalau bukan mak hang.. Bukan mak makwe hang ok jauh sekali makwe hang nak tolong cuci berak hang masa kecik!! Kenang semua tu wahai anak?? tolong la kenang jasa & bakti ibu kamu walau dia ada buat silap jugak. Tapi kesilapan dia rasa terlalu kecil berbanding pengorbanan dia selama ni.

Ketika ditanya soal penerimaan Afiq terhadap hasratnya untuk menyaman Hasliza, pelakon Mimpi Cinderella itu mengakui tidak mendapat tentangan dari Afiq.

“Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.

“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut...sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini, (Rujukan Sinar Harian Online)
Statement yang agak melampau dari Eina bagi daku la. Kalau ko dah rasa dia tak siuman, ko yang siuman nak saman orang tak siuman pehal??

Yang si Eina dah boipren pun support apa lagi.. benda kecik pun nak bawak ke mahkamah. Macam ni ke calon bini si Afiq nak pilih?? awal2 lagi dah tunjuk jalan  ke neraka.. Sepatutnya eina & keluarganya eina sedarkan Afiq.. seburuk manapun ibu dia, dia tetap ibu yang tak boleh Afiq belakangi. Biar je orang cakap mak dia tak siuman.. Pedihnya hati ku yang juga seorang ibu. Hancur kecai lumat hati seorang ibu nak..

Sekarang sentiasa disisi.. esok lusa belum pasti.

Wahai Afiq.. mohon ampun la kepada ummi kamu secepat mungkin takut tak sempat pulak. Yelah.. kita tak tahu nyawa kita sekarang dah sampai takat mana. Untuk eina & family.. sudah sudah la.. Yang mengalah tak semestinya kalah. Tau korang banyak duit boleh upah lawyer ter best dalam Malaysia tapi lebih nampak tinggi darjat korang sekeluarga kalau sudi maafkan ibu si Afiq & tolong bimbing budak tu untuk jadi anak yang soleh & jangan ajar dia membelakangi keluarga. Masalah keluarga Afiq ni cuma boleh selesai bila Afiq balik rumah & berbincang dengan keluarga dia bukan Afiq asyik berkepit dengan makwe & keluarga makwe dia. Jalan terbaik.. Afiq balik la rumah. Minta maaf kat mak & selesaikan secara baik. Tak kesian ke kalau mak kalah kes.. tak dapat bayar saman.. kena penjara ke hapa ke.. tak kesian ker??

Moral of the story.. sebenarnya benda ni takkan jadi besar kalau takde campur tangan pihak media. Kesilapan bagi daku tetap berpunca dari mereka sendiri. Bila dah jadi isu yang semua orang pun dah tahu.. kena ada salah satu pihak yang mengalah untuk jernihkan keadaan. Ingat.. mengalah bukan kerana salah atau kalah.. mengalah kadang2 untuk mengecapi kemenangan tapi mungkin kemenangan yang jauh tersirat bukan tersurat.


** ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

24 comments:

  1. salam Mummy lala..
    hmm..semoga ada jalan penyelesaian yg lebih baik buat mereka semua..

    sedih :(

    ReplyDelete
  2. Bagi pendapat saya.

    Semua ni berpunca dari mak dia sendiri. Dia tuduh anak dia derhaka bagai, BAGITAU PULAK kat pihak media. Pihak media mmg suka besar-besarkan hal. Secara tak langsung, dah jatuhkan air muka anak dia sendiri. Bagi saya, seorang ibu takkan tegamak menjatuhkan air muka anak dia sendiri, ITU KALAU BETUL-BETUL dia sayang anak dia. Hal family, boleh setel senyap-senyap. Tapi tak. Itu masalah mak Afiq. Dia patut minta maaf untuk keluarga Eina sbb dah aibkan keluarga yang lain.

    Si Afiq pulak, dia kena ingat, dia anak. Kena mengalah WALAUPUN mak sendiri yang cari pasal. Susah payah ibu mengandung jaga dari kecik.

    Si Eina paling saya geram. Muda taksedaq diri. Mentang2, mak Afiq dah tua, dia amik kesempatan. Kau nak kawin dengan Afiq, itu for sure. Sebab skrg tengah bercinta. Kau ingat mak si Afiq nak terima kau ke bila kau dah saman-saman dia. Berpijak di bumi yang nyata. Jangan kawin lari sudah. Sendiri dapat malu.

    Itu jee. Hehe. Assalamualaikum :)

    ReplyDelete
  3. salam...
    kesian pulak tengok budak ni lama-lama..

    semoga diberikan hidayah secepatnya amin...

    ReplyDelete
  4. sokong sgt la cik lekit..afiq oii jgn kerana sygkn makwe yg blom tentu jdik isteri tu mak ko tu ko nak buang..

    ReplyDelete
  5. kalau akak orang cakap mak akak tak siuman memang akak benam2 muka dia dalam tanah..tak kira la mak akak tu baik ke idak tapi dia ada lah mak..tak de dia tak de la kita,.

    ReplyDelete
  6. sedih...

    keluarga gaduh2...

    air yang cuba nk cincang tu lah akan tolong kita satu hari nanti...

    banyak2 sabar lah hendaknya...

    ReplyDelete
  7. Mak Afiq dah call dan sms dah marah tp anak dia buat dek je..sebab tu mak dia masukkn dlm media coz nak selamatkn anak dia dah x ada cara lain.. ko ingat anak dia tu nak dgr ke kalu ajak berbincang masuk media pun lg dia kurang ajar kalu x masuk media ntah apalah ayat yg dia sumpah mak dia! sebelum cerita kat media pun mak dia fikir masak2 baik buruknya... mak dia pun mesti x sangka anak dia akan buat PC mengeluarkn kata2 kesat pd mak pasti mak afiq terkejut x terkata! pasti luluh hati dia skrg..

    ReplyDelete
  8. sebenarnyakan mak afiq tu tak sebut langsung nama si eina tu. dia hanya kata berubah bila ada kekasih. cer cari balik artikel pasal tu. eina ni aje meroyan. tak penah2 mengaku ader fair dengan afiq tetiba muncul buat sidang media. siap nak saman lagi bakal mak mentua!

    kalau saya lah confirm tak mahu menantu "hantu" macam ni! umur baru 18 tahun berlakon pun berapa drama aje dah tunjuk belang.

    afiq sepatutnya sedar, dia lelaki sampai ke mati pun tak akan berubah yang syurga dia dekat perempuan yang dia gelar umi tu...cukup2 la dik oi! pintu taubat masih terbuka!

    ReplyDelete
  9. dia yg tak siuman ni ... geram pulak

    ReplyDelete
  10. mcm mn pun afiq tetap bersalah..wahai afiq tu ibu tu afiq oi...buka lawan ko afiq..sedar lah wahai adik..tak kemana kamu tanpa restu seorg ibu..ingat syurga mu dibawah telapak kaki ibu mu...berkata ah je dah dikira berdosa besar..ni ko wat dia menagis bagai..adoi...cepat2 lah mintak maaf sebelum terlambat...seorg ibu tiada ganti nyer lg...

    ReplyDelete
  11. emm.. perempuan baik untuk lelaki baik perempuan jahat unutk lelaki jahat. dan... didiklah anak agar menjadi anak yang soleh...apa apun muhasabah lah.. baik anak atau mak.. macam drama tv pulak

    ReplyDelete
  12. semakin hanyut budak2 ni... kasihannnn...

    ReplyDelete
  13. kita tak tau sape sala sape betul jgn nak menfitnah. jaga tepi kain sendiri je dah la.. tak de keje nak mengumpat je keje nye..

    ReplyDelete
  14. cin non.. jelas nyata apa yg dua budak ni buat. sapa salah sapa betul.. ibu wajib kita hormati yer cik non. nak2 anak lelaki tanggungjawab dia kat mak bapak sampai mati.. cik non kena ingat tu.untuk sedarkan dorang benda yg dorang buat tak di terima kebanyakkan masyarakat kena la bagitau.. nak bgtau face 2 face memang tak mampu.. so kita bgtau cara camni je tanda tak sokong perbuatan macam tu

    ReplyDelete
  15. 2 2 kena muhasabah diri tak perlu salah menyalahkan..bagi aku la x kisah siapa salah pun baik bertaubat cepat sebelum apa2 jadi..x kisah la Afiq ke mak afiq ke Eina tu ke

    ReplyDelete
  16. dh macam cerita si tanggang moden..haha
    apa pun kesian ibu dia

    ReplyDelete
  17. pihak media pun gongggggg la loppp,geramnyaaaaa rasa......tayah la nak lelaga depa ni,susah nauuu ...

    ReplyDelete
  18. kita tak tau apape jgn nak menyalahkan org lain. x de kerja ke asyik nak mengumpat org. jaga tepi kain sendiri sudah. biar lah siapa yg salah sekalipun. kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.tunggu lah kebenaran itu.

    ReplyDelete
  19. benda jelas nyata depan mata cik non.. sapapun salah.. seorang anak rasanya tak patut buat mak sampai macam tu. Cik Anon.. yg tau sgt apa2 tu rasa betul ke tindakkan seorang anak macam tu??

    ReplyDelete
  20. macam-macam...tak matang langsung depa ni

    ReplyDelete
  21. Sepatutnya si EiNA tu bagi la nasihat ke 'buah hati' dia tu. Ni sibuk nak SAMAN MENYAMAN.
    Kau ingat kau tu siapa?

    Menyampah aku tengok Minah tak sedar diri ini!

    ReplyDelete
  22. Ni la akhir zaman...sbb tu pnting didikkan agama sejak dri kecil..bile tau dose n pahale..haram n halal,nescaya xkn trjadi prkare yg mngaibkn ini..berbaik2 la semule..xkn mncium bau syurga jika memutuskn sillaturahim..xde yg smpurne di dunie ini melainkn Allah..hargai la setiap detik n nafas yg masih ade..sape pun yg slh xpenting..yg penting keinsafan n ksedaran..malu la kpd Allah yg meminjamkn nyawa kpd kite..diri kite juge bukn hak kite..jd redha dngn ape yg trjadi n saling bermaafan..ambil yg jernih buang yg keruh..sedangkn lidah lg trgigit..inikn pule hubungan sesame manusie..psti ade psang surut sedih bahagie tawa n tangis..maaf..hnye ingin menasihati..diri ini juge xsmpurne..

    ReplyDelete
  23. Ni la akhir zaman...sbb tu pnting didikkan agama sejak dri kecil..bile tau dose n pahale..haram n halal,nescaya xkn trjadi prkare yg mngaibkn ini..berbaik2 la semule..xkn mncium bau syurga jika memutuskn sillaturahim..xde yg smpurne di dunie ini melainkn Allah..hargai la setiap detik n nafas yg masih ade..sape pun yg slh xpenting..yg penting keinsafan n ksedaran..malu la kpd Allah yg meminjamkn nyawa kpd kite..diri kite juge bukn hak kite..jd redha dngn ape yg trjadi n saling bermaafan..ambil yg jernih buang yg keruh..sedangkn lidah lg trgigit..inikn pule hubungan sesame manusie..psti ade psang surut sedih bahagie tawa n tangis..maaf..hnye ingin menasihati..diri ini juge xsmpurne..

    ReplyDelete
  24. Apa pun dosa mak, kita harus maafkan dia malah setiap kali solat kita harus doakan Allah mengampuni setiap dosa ibu bapa kita. Apatah lagi kita yg menderhaka pada ibu tak kira apa puncanya, wajib kita memohon ampun selagi ibu masih hidup. Jika ibu telah meninggal segala2nya telah terlambaat. usah persoalkan dosa ibu kita itu antara ibu dgn Allah. Jaga sikap kita terhadap ibu kerana SYURGA KITA DIBAWAH TAPAK KAKI IBU.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!