AWAS! ADA PENIAGA GUNA SEMULA LIDI SATE

6.5.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Sebelum membebel panjang tahukah korang wahai penggemar sate.. bahawa selepas ni & seterusnya korang kena patahkan lidi sate selepas makan. Amalkan selalu kalau makan sate di gerai/restoran/kedai. kecuali di rumah sendiri, hokay. Nak tahu kenapa?? Jom baca apa yang sang lekit nampak semalam..

Alkisahnya petang semalam.. dalam kesibukkan orang pergi mengundi kita laki bini bersama anak dara nan sorang tu pun ambil peluang menyibukkan diri seperti minggu2 yang sebelumnya. Kira rutin mingguan kitorang memang keluar jalan2 cari macam macam la termasuk makan. Taktau la dari mana petunjuk yang asben den dapat dia pi cari makan kat Jalan kampung Pandan sambil tengok kemeriahan orang menyambut hari pilihanraya kat sana.

Singgah satu tempat makan yang jenis kedai berderet. Berdepan je dengan signboard yang tulis Jalan Kampung pandan tu ada satu kedai sate. Time kitorang sampai kat situ memang tak buka lagi tapi tengok dorang tengah prepare nak mula meniaga. Ada la longgokkan sate yang dah siap cucuk berbungkus plastik dalam 1 besen.. Biasa la takde apa yang pelik. Tapi yang pelik bila tengok sorang makcik dok asah lidi sate. Bila tengok dekat2.. makcik tu tengah buang kesan2 terbakar kat lidi sate tu. Korang pun boleh agak lidi sate tu confirm yang dah digunakan. Untuk apa dia buat semua tu. Takkan la dia nak guna semula buat bunga telur ye dak.. Paham2 sendiri la. Tak nak la tuduh tapi dari apa yang sang lekit nampak memang naluri kuat mengatakan dia nak guna semula lidi tu untuk cucuk sate yang seterusnya.

Macam ni la lebih kurang rupa lidi sate yang sorang makcik tu dok buang kesan2 terbakar. (gambar carian google)

Ya Allah.. betapa kembang mambang tekak den Uolls bila terbayang entah2 lidi sate tu ada customer yang lepas makan sate, daging lekat celah gigi dia buat lidi tu sebagai pencungkil gigi.. mana la tau ada yang tengah2 makan sate, nyamuk gigi kaki dia guna lidi sate tu buat garu kaki.. manalah tau sate tu sedap sangat sampai dia jilat lidi sate. Manalah tau lidi sate tu jatuh atas lantai.. orang dah pijak.. yang pijak pulak sebelum ni terpijak taik kucing ker.. taik anjing ke hapa. Lepas sebab dia berhemah sangat di angkat balik lidi sate tu letak atas meja dengan harapan supaya senang tuan kedai nak kutip & buang nanti tapi sebaliknya tuan kedai kutip & simpan semula. Walaupun masa tu memang takde niat nak makan sate.. terus takkan berniat langsung nak makan sate kat situ walau untuk kali pertama atau bila2.

Agak2 la kan.. mahal sangat ke lidi sate sampai kena guna semula yang bekas pelanggan makan?? Jatuh bankrup ke kalau guna yang baru. Tak sedar ke kamu yang kamu sedang menipu pelanggan dengan buat macam tu. Tak tuduh.. tapi kalau buat minta la orang tu dapat petunjuk & hidayah cepat2. Takut rezeki jualan sate tu jadi tak berkat pula. Jadi kami laki bini buat keputusan.. lepas ni kalau makan sate kat memana habis makan kami nak patahkan lidi sate tu supaya peniaga sate tak boleh guna semula.

Moga2.. sate2 yang kitorang makan sebelum ni tak berlaku benda2 macam tu. Goli tokak den. Kedai tu sang lekit ingat nama dia tapi taknak mention. Cukuplah clue yang di beri. Kalau korang terlalu kat situ, faham2 sendiri. Kalau rasa perbuatan macam tu ok bagi korang, boleh la makan. Tekak anda hak anda, kan??

Moral of the story makcik pakcik yang jual sate tu even lidi tu di basuh sekalipun sang lekit percaya dia takkan sental satu persatu lidi tu. Dia akan basuh secara rambang mambang jer.. Yelah bukan sepuluh dua lidi sate tu sang lekit tengok.. selonggok. Jangan la nak untung lebih, keluar modal beli lidi sate pun nak berkira. Ingat!! Lidi sate boleh di beli, kepercayaan pelanggan boleh hilang sekelip mata.

P/S : Last2 makan kat restoran arab Al Rawsha.. boleh la tahan sedap & rega dia pun boleh tahan tebal jugak.

p/s : Sebab PRU13 abis g+share kat blog den hilang. Nak kata blog den blog politik tak jugak. hahahahaha



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

9 comments:

  1. Werkk geli tekak dengar..lps ni kena brhati2 la kalau nk mkn sate.

    ReplyDelete
  2. hadoii macam nie pun ada. takmo makan satay la. hehe

    ReplyDelete
  3. wallawey tk pasal2 aku pong turut kembang semangkuk baca teori2 ko ni cik lekit.. hahaahahaha...

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy lala..
    huhu.. ala... cma dah la penggemar sate..
    harap sgt penjual yg kami selalu beli tu tak buat kekdah mcm ni..
    huhuh..

    ReplyDelete
  5. Macam pernah makan jer kt tempat tu..huhu

    ReplyDelete
  6. akk penah dgr tak peniaga yg guna balik straw customer?

    ReplyDelete
  7. rara pernah dengar jugak tapi tak pernah nampak lagi macam lidi sate ni. kalau nampak harus kena sebarkan utk bagi peringatan kat orang lain. peniaga sekarang jgn amik mudah sebab dimana mana saja ada blogger.. Blogger ni dah macam wartawan. kuasa blog lebih besar dari kuasa surat khabar sekarang. kekekeke

    ReplyDelete
  8. Macam-macam cara orang berniaga tak nak keluar kos. Padahal berapa sangat lah harga lidi tu. Tu masalah nya bila meniaga tak ikhlas.

    ReplyDelete
  9. Ala apa salahnye diaorang guna balik lidi sate tu semula.. Bukankah diaorang basuh dahulu lidi sate tu kemudian baru mereka guna semula lidi tu sebagai lidi pencucuk daging sate.. sekuang kuangnye mereka patut dipuji kerana mengrecicle semula lidi tersebyt dan dengan tindakan bijak mereka , mereka sudah dapat menjimatkan penembangan buluh dan mereka telah menyumbang jasa bakti untuk menghijaukan bumi supaya terus kekal sejahtera dan harmoni hahaha...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!