AWAS DENGAN AMOI CINA YANG MINTA RM5 DI AEON KEPONG

13.5.13 Suria Lekatlekit 10 Comments

Ni bukan la entri racis ke hapa. Ni entri yang nak bagi peringatan pada semua tak kira bangsa yang berkunjung kat AEON kepong. Kisah berkenaan seorang gadis muda berbangsa cina, berambut panjang tak berapa lurus tapi tak curl sangat, bercermin mata, dengan mukanya di penuh foundation tebal yang mula mencair datang pada boyfriend, suami, anak lelaki, abang, adik lelaki.. yang pasti hanya pada lelaki & minta RM5. Nak tau kisahnya.. jom baca

Alkisahnya.. semalam, Den bersama asben & lala (anak den) ke Aeon Kepong untuk membeli sikit2 la. Yelah.. orang perempuan tengok baju bajan.. mesti belek sampai ke lapisan benang terakhir gitu. Lama la sikit kan. Dah pilih satu hal.. nak fitting lagi satu hal.. kena berbaris jugak la. Lepas tu nak bayar pun 1 hal.. berbaris lagi. Tapi semalam orang tak ramai sangat. Maybe sebab dah malam ahad kot. Selesai membeli harus lah membelah.. takkan nak tunggu lagi kan. Keluar dari Ladies departmen tu.. harus la cari anak & laki den dulu. Ada jer dorang dekat2 dengan kerusi rehat kat situ.. sampai jer kat laki den terus dia story..

Dia kata tadi ada sorang perempuan cina datang minta RM5 kat dia, katanya nak buat tambang balik. Tapi dia tak bagi.. yelah, rasa macam something amoi tu. Lepas tu di perhati je gelagat Amoi tu pergi pada sorang ke sorang lelaki. Tak kira tua ke muda ke janji lelaki tu sendirian. Bila orang bagi duit pun dia still lagi lagi meminta kat orang lain. Laki den dok usya jer.. Lepas tu sampai kat turn sorang lelaki cina ni bagi dia RM5 lagi laki den terus ambush & sound dia.. cakap tak baik menipu orang macam tu. Lepas tu gertak nak report polis. Dia pun kelam kabut la explain dia kata baru minta kat sorang jer padahal laki den dah usya dia lama dah..

Dia punya perangai lepas dia minta duit kat someone orang tu bagi ke tidak.. dia akan jalan sambil pura2 macam tengah bercakap di handphone. Sang lekit sempat tengok gelagat dia sekejab. Bukan la kata tak boleh tolong tapi tolong biar pada yang betul2 memerlukan pertolongan. Pengemis sekarang dah macam2 trick ada. Trick mengemis ni dah macam2 sekarang ni,salah satu cara macam amoi tu buat. Laki den ni dah jumpa2 macam2 jenis orang yang nak mengemis duit pada orang dengan cara yang menipu. Ada lelaki india datang kat dia.. minta duit tambang konon nak pergi hospital tengok bini dia sakit.. minta RM10 kot. Lepas tu asben daku offer nak hantar.. taknak pulak. Boleh pulak dia less tak boleh RM10.. RM5 pun boleh. Ada yang minta duit konon nak makan.. bila ajak makan taknak pulak. Nak duit jugak.

Kita tak tahu golongan macam ni guna duit untuk apa?? mungkin untuk dadah ker.. arak ker.. So, jangan support. Bila kita terus memberi percayalah akan lebih ramai lagi guna taktik mengemis macam ni. Lama2 Malaysia ni jadi negara banyak pengemis. Macam Amoi kat AEON kepong semalam.. Terang2 daku nampak dia memang menipu. Kalau betul dia nak buat tambang balik dia takkan minta pada lelaki saja.. lelaki pulak yang tak di dampingi perempuan. Betul! sang lekit nampak sendiri.. bila dia nak pergi kat sorang lelaki tu tiba2 datang sorang perempuan terus dia pusing balik cari orang lain. Motif.. kalau ko betul2 terdesak ko nak memilih jantina untuk minta tolong. Bajet dia cun sangat kot kalau minta kat lelaki depa bagi duit.

Jadi kalau korang jumpa orang yang tak kenal minta duit jangan sewenangnya bagi.. kalau rajin try interview dia banyak sikit. Orang menipu selalunya jawapan dia dia berbelit belit. Amalan tolong menolong memang bagus tapi bila kita tolong pada sesuatu yang tak sepatutnya kadang2 boleh memudaratkan jugak. Jadi hati hati yer... Buat baik berpada pada, hokay!

Pengemis sekarang memang banyak trick & sangat pandai acting jadi berhati hati (Gambar sekadar Hiasan. Carian Google)


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

10 comments:

  1. macam2 trick dorang ada
    tp kalau guna kanak2 tu mmg x setuju sgt!!

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy Lala..
    Ate.. muke tebal ngan foundation pun nk minta2 lagi ke?
    seram jgk tu..thanks for sharing.. berwaspadalah lepas ni.. huhuh

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy lala..

    cma ade tag abby.. klu kelapangan, sudi2kan buat.. hihi... 11 things about me


    http://shiemacma.blogspot.com/2013/05/11-things-about-me.html

    ReplyDelete
  4. Ambik je gambar dia.,lepas tu post kat FB ..baru dia ada akai..

    ReplyDelete
  5. dekat area tmpt kite pn ada gak cmtu...

    ReplyDelete
  6. nak nyampah dgn org macam ni boleh tak?..huh..

    ReplyDelete
  7. Saya sekarang ni agak susah nak hulur duit dekat orang. Gara-gara orang macam ni la. Depan KLCC pun pernah hadapi benda macma ni. Tapi lelaki la.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah..kat ipoh ni pun ada..serius.. saya sendiri kena..tak bagi.. sanggup duk tgh jalan raya..gila betul..

    ReplyDelete
  9. ada byk taktik rupanya..nice info

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!