BOBO PEWARIS CIKGU SHIDA

26.5.13 Suria Lekatlekit 14 Comments

Cikgu shida dah ada pewaris?? Bila cikgu shida kawen? Bila ngandung? Bila bersalin?? Semua mesti terkejut kan?? Bagi yang dah lupa cikgu shida siapa mesti tertanya tanya jugak kan??

Cikgu shida pernah mencetuskan fenomena dengan video miming dia kat youtube dulu ingat tak?? Pernah keluar tv radio majalah suratkhabar. pernah popular jugak kat blog melekit satu ketika dulu dengan macam2 kontroversi dengan status2 panas dia?? ingat tak?? tak ingat jugak.. korang google je cikgu shida nanti korang kenal la dia.

Berbalik cerita pewaris cikgu shida.. siapakah dia?? Cikgu shida masih kekal dengan status single & anak dara mustahil dia ada anak kan.. Jadi siapakah pewaris cikgu shida ni?? Hahahahaha.. jeng jeng jeng.. BOBO.

Kenal bobo?? budak laki yang mencetuskan fenomena dengan video parody lagu sayang nyanyian penyanyi seberang shae tu la. Alah.. yang suka buat video menari sambil duduk tu. Ada satu video miming dia lagu dangdut yang gelek sambil duduk tu paling sang lekit rasa.. aduhai la budak. kenapa la dengan kau ni?? hahahahaha

Hari kat sinar harian ada cerita pasal budak bobo ni..

Aksi parodinya menerusi lagu Sayang (Shae) yang dimuatkan menerusi YouTube telah mendapat tontonan sehingga 1 juta penonton.

Berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, maka tidak hairanlah jejaka hitam manis ini menerima tawaran untuk menyertai produksi terkenal, MIG.

Bagaimanapun, kemunculannya bersama video parodi terbaru, Jahat nyanyian Stacy, menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga ada yang menuduhnya gila.(untuk artikel penuh sila clik  Sinar Harian )


Bukan la dengki dengan Bobo mahupun cikgu shida atas tahap ketidakmaluan mereka tampil berani dengan video2 miming macam tu.. tapi kan, orang yang waras & berfikiran matang ni memang takkan buat benda2 yang memperbodohkan diri semata mata nak dapat perhatian ramai. Bukanlah nak kata depa ni tak malu.. tapi orang yang malu takkan buat apa yang depa tu buat, kan??

 Cikgu Shida VS Bobo agaknya sapa yang akan lebih berjaya selepas mencetuskan fenomena dengan video parody/miming di youtube. Fenomena cikgu shida dah semakin berakhir.. Bobo tak tau takat mana boleh pergi.

Kalau media dok highlight benda2 tak hairan la lepas ni akan muncul lagi banyak makhluk yang akan merakam video yang memperbodohkan diri sendiri. Tak di nafikan aku pun tergelak jugak bila first time tengok video sayang dari bobo ni.. tapi bila makin banyak dia buat video gedik macam tu rasa macam budak ni memang suka menampakkan diri dia macam tak normal semata mata nak popular.

Moral of the story.. Berfikiran terbuka tak semestinya sampai hilang kemaluan diri. Sekian makaseh!


** ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

14 comments:

  1. no komenlah orang buat parodi merepek ni.macam x de kerja.

    ReplyDelete
  2. Memang akan makin banyaklah video parody budak ni, maklumlah dah jadi artis kan...

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy Lala...
    Hihi..masih ingt kat cikgu shida & kenal jgk dgn si bobo ni..

    Alhamdulillah..allah taala kurniakan kelebihan yg tiada pada kita utk someone special mcm diorg ni..
    "penghibur"..
    tapi masalahnye..bila cara diorg transformkan diri utk menghibur & penghibur tu amatlah tidak sesuai disisi agama kita..

    klu cikgu shida dpt tawaran berlakon, tahniah la buat bobo dpt sign kontraK dgn MIG..

    :)

    ReplyDelete
  4. ada baca katmana entah tadi si Bobo ni siap dijemput buat persembahan hari guru kat sekolah mana entah..hmmm, nauzubillah.Tak perlulah.

    ReplyDelete
  5. Cikgu shida boleh lagi... Bobo serius aku naik menyampah...

    ReplyDelete
  6. Btol tu kak, skrg ni kalau nak popular mrk suka buat video pelik2 lps tu trs jadi artis hahaha...

    ReplyDelete
  7. maknanya nanti bobo nih jadi pelakon la kot ye..hehehe...

    ReplyDelete
  8. Cepat betul beliau dikenali. :-)

    ReplyDelete
  9. ha2.. hubby teman cukup x suka bobo ni.. tp teman OK jeaa.. hi3

    ReplyDelete
  10. rasanya parodi sayang ni, best lagi si azrol punye keje hari tu..haha

    ReplyDelete
  11. cikgu shida ada lawak sikit lawaknya.. tapi yang bobo no funny dude!

    ReplyDelete
  12. cikgu shida ada lawak sikit lawaknya.. tapi yang bobo no funny dude!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!