VITAMIN C MAIXARA BUAT AKU RASA MENGANDUNG KALI KE DUA

13.6.13 Suria Lekatlekit 15 Comments

Sebagai seorang perempuan yang berstatus bini yang bergantung ada tali tak mustahil la terjadinya kehamilan & takde apa yang nak risau kalau mengandung, kan?? Jadi terkisah la sebuah kisah yang tuan empunya badan rasa dirinya hamil lagi..

Wah.. lala belum lagi genap 2 tahun dah mengandung anak kedua ke sang lekit? Mesti akan di susuli ribuan ucapan tahniah, kan?? Mesti ada yang teruja lebih dari empunya badan atau mungkin dalam tak sengaja mungkin juga ada yang sedih dengan berita kehamilan ni. Maaf je kalau ada yang tersedih..

Alkisahnya bermula kisah apabila sang lekit mula mengambil vitamin C maixara.. konon nak gebu macam adira.. (hahahahaha.. tak penah terpikir nak putih sampai macam tu pun.. saja je cakap).. sebulan lebih kurang (ni dah masuk bulan ke 2 la) menelan vitamic tu dengan penuh pengharap supaya bila balik kampung raya nanti rumah aku dah tak payah pasang lampu.. dengan kecerahan kulit ku ini mampu menerangi di segenap ruang rumah gitu..

Kesan dari mengambil maixara tu memang ada.. mula2 memang pagi2 akan sakit perut. Tiap2 pagi sakit perut Uolls.. lepas dah masuk bulan kedua pula.. badan rasa berangin semacam jer. Mula sakit sana sini. Lepas tu period bulan skip sebulan.. Hati ku mula di landa kegusaran bila masuk bulan Jun di datangi cik Period dengan kadar yang sangat sedikit.. hanya beberapa tetes (titik) saja selama lebih kurang 3 hari. Walaupun takde morning sickness tapi ada jugak la tanda2 mengandung yang lain. tetesan dot dot kehitaman tu jugak antara tanda2 awal kehamilan gitu. Tapi pelik jugak sebab den kan ambil planning pills secara consistent gitu. Tapi Kuasa Allah kan.. ko amik apa pun kalau dia nak bagi rezeki dia bagi jugak... Sebab yakin dengan Kuasa Allah yang memang takde kuasa lain boleh tandingi maka daku pun buat la preganancy test sendiri kat rumah.. Yelah dok telan segala bagai.. kot2 melekat nanti effect apa2 lagi susah.

Keputusan pregnancy test itu adalah.... ok je. Tak kisah pun. Rezeki tu dari Allah kan. Jadi dia tahu bila & masa yang terbaik nak bagi. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Ye tak?? Lala pun nak panggil mummy pun tak reti lagi macam mana la nak sebut dirinya kakak kan.. Jadi mungkin Allah nak bagi lala menikmati harinya sebagai anak tunggal dulu kot. Maka perasaan mengandung tu cuma perasan semata mata, hokay.

Di sebabkan effect dia sedikit merisaukan.. Vitamin C maixara ni fungsi dia membuang toksin dalam badan juga jadi sang lekit search la kesan pembuangan toksin dalam badan. Rupa - rupanya memang ada effect sementara macam tu.

1.Rasa kembung sendawa/buang angin: Proses menormalkan sistem pencernaan.
2.Rasa sakit pada tempat yang memang sudah sakit: Proses pembuangan toksin pada organ yang berkaitan.
3.Mengantuk dan keletihan: Proses pembuangan racun dalam tubuh ketika nutrisi memasuki sistem pembuluh darah.
4.Haid tidak teratur (sementara): Proses menormalkan keseimbangan hormon dalam badan.
5.Selsema, batuk berkahak: Kalau bukan disebabkan oleh infeksi kuman, ia merupakan proses menormalkan sistem pernafasan yang lemah.

Nak baca artikel penuh tentang kesan & tindakbalas proses buang toksin dalam badan boleh clik sini >> Kesan dan Tindakbalas Umum Dalam Proses Penyembuhan

Semalam kepala rasa melayang layang sikit 1 hari.. hari ni setakat ni alhamdulillah takde dah. Banyak sangat kot toksin dalam badan daku. Yelah.. daku ni jenis sebelum ni tak mengamalkan diet sihat sangat kan. Mentang2 di lahirkan dalam size renek.. kerek semacam la bab makan. Pun macam tu sekarang ni dah mula jaga pasal makan. Pokok renek dah nak jadi bonzai jadi kena la control dari awal kan?? Apapun yang sedang amik vitamin C maixara.. mungkin kesan tindakbalas badan korang lain sebab setiap orang tak sama. Bergantung juga dengan apa yang korang makan & masalah dalaman korang kan. Den tak kata Maixara ni tak bagus & ada side effect untuk korang yer.. tak juga kata ia bagus. Terpulang pada penerimaan badan masing2. Kalau bab cerah tu ada la jugak kemajuan dari kulit rentung ku ini. cerah la kot se ton dua.. hahahahaha...


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

15 comments:

  1. ooo mmg ada effect cm tu eh kak.haih.buat cuak je.tu sbb rara xberani nk mkn2 cm ni.

    ReplyDelete
  2. baru nak wish congrats..kalau berlarutan rasanya stop dululah kot

    ReplyDelete
  3. effect dia banyak dah takde macam sakit perut.. sakit pinggang.. kembung perut bagai tu.. kiranya 1st month amik je effect macam tu.. utk 2nd dah takde.. mula2 dah stop amik sebab risau jugak..

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy Lala..
    Hehehe..seprise ai.. :)

    oo.. vit c ni cma ade consume...tp takdela simptom2 mcm abby alami..bezanya kulit muka ada cerah jugak.. (sekata)..

    faiz die ade sejenis ketuat kat leher..pun bagi dia mkn..
    alhamdulillah.. ketuat tu dah beransur2 hilang..
    kira berkesan jgk lah pil sisik ikan talapia berperisa stoberi ni...

    mungkin,lain org, lain kesanya..hihi..

    ReplyDelete
  5. adoii camtu la plak..tp kan same la sy pun slalu perasan preg bile check -ve..terus down

    ReplyDelete
  6. harga dia macam2.. ada yg jual rm125.. ada jual rm100.. ada jual rm90 tapi yang saya beli ni rm70 sebab saya beli 2 botol + 4 jar aura white.. tu dapat murah kot

    ReplyDelete
  7. alah.. baru nak ucap tahniah he..he...

    ReplyDelete
  8. nampaknya lambat lagi la akak nak cuba maixara ni..susah la kalau sakit time anak kecik lagi ni...satgi ada yang tak makan nasik kot,...hahah

    ReplyDelete
  9. hehe ape slhnye kalo lala nk dpt adikkan hikhik..dia dh pndi jln ke? dh lm gile x masuk cni....

    ReplyDelete
  10. bertambah tiptop la suria pasni...

    ReplyDelete
  11. Sy pun sedang mengalami sintom tu.. Aduh rasa x daya badan nk melayan sakit ni. Cam tgh preggy 9 bln lak rasanya.. Baru mkn x sampai sebulan lg..

    ReplyDelete
  12. Mak aih..tingginya dia punya mg. Vit-c ni bdn kita cuma perlu 1000mg sehari..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!