BEDAK TANAKA TIADA KELULUSAN KKM??

25.7.13 Suria Lekatlekit 18 Comments

Bab ni aku memula pun tertanya tanya jugak kan?? Yelah.. kewujudan bedak Tanaka kat Malaysia ni sebenarnya dah lama tapi pengguna di kalangan rakyat malaysia ni masa tu tak berapa meluas. Cuma orang2 mymar yang kerja buruh2 kasar je pakai. Standard retis2 mymar tak pernah pulak pakai.. Myamar2 yang golongan ada - ada pun tak pernah nampak jugak depa tempek bedak tanaka ni.

Cuma setelah gambar Nora Danish menempek bedak tanaka tersebar maka ramailah manusia berpusu2 cuba membeli bedak tanaka ni. Rega tak payah cakap la.. macam2 rega ada. Dari rega RM15 hinggalah ke RM40 pun ada orang jual walhal bedak ni kalau kat luar boleh dapat tak sampai RM10 pun seunit.

Bab rega.. tu tak kisah la. Yang sanggup bayar mahal tu suka hati la duit depa kan?? Tapi bedak tanaka ni ada kelulusan dari KKM ker?? sebab ada terbaca dari status hamba Allah ni yang profilenya tertulis salah seorang staff di KKM yang mengatakan produk ni tiada kelulusan KKM.


Sumber dari FB pemilik status

Sang Lekit pun tak berani nak sahkan produk ni samada ada kelulusan ataupun tak tapi orang yang pernah beli & sedang menjual rasanya kena alert la bab ni. Bila keluar cerita2 macam ni pengguna akan rasa was was untuk gunakannya. Yelah.. kang ambil stok banyak tetiba orang dah taknak beli kan rugi. Jadi bila kita ada maklumat lengkap pasal produk yang kita jual lebih2 lagi status halal & selamat yang di sahkan oleh mereka2 yang berwajib kan mengurangkan risiko. Jadi pada peniaga tanaka ni jangan sentap ok.. kalau ada info, bukti atau apa2 yang boleh korang share.. bagitau kalau nak tempek kat entri blog melekit ni. den boleh je tolong sebarkan.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

 Jom tengok telekung Sembahyang yang warna warni lagi cantik2 & pakaian wanita kat sini >> Women Stylish <<

18 comments:

  1. Salam mummy lala...
    Uhu isu kkm ni mnjadi2 ye skrg..
    Tp rasenye ni product luar negara yg mmg xde kelulusan kkm..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Klau was2 baik x pyh nak pakai. Kalau produk thai, indo, atau filipine ke baik study dl seblm ambik. Jgn main ambik jer....

    ReplyDelete
  3. semenjak sang lekit buat entri pasal bedak tanaka yang nora danish pakai ni, ada juga tanya tanya mana nak cari . maca berminat.. tapi nasib baik tak beli...

    ReplyDelete
  4. Nah...benda ni lah yang bnyk ditempek kat wall facebook gua...tp tak beli lagi sebab memang dah was-was...

    ReplyDelete
  5. kalau produk dari luar ni memang tak de la kelulusan kkm..tapi tu la..ada jugak yang berani jual.mahal pulak tu..bila dah jual,orang sah2 la beli..lagi2 wnita2 yang nak cantik ni..kan??

    ReplyDelete
  6. Ada baca pasal ni smalam. Saya tak berani nak pakai produk2 mcm ni.

    ReplyDelete
  7. yeke? i pakai ok je n xde masalah pape pon stakat ni. jerawat mmg cpt hilg n muka x berminyak. bile dah ckp xde kelulusan kkm, takot lak nak terus pakai. mcm bedak batu nasila tu ade klulusan kkm? yg tu pon rmai org pakai gak kan, turun temurun gak. cmne tu?

    ReplyDelete
  8. Tanaka? nama mcm jepun... tapi dari myanmar... ape pun, tak payah pakai sebab was was.... bahaya...!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    maaf tiba2 sy menyampuk plak bedak tanaka tu dari mymar lagipun nora danish pn asal dari mymar...

    ReplyDelete
  10. mentang2 nora danish dok pakai, trus ramai pompuan glepar pakai bdk ni nk suruh putih cm nora...nora tu mmg dh tentu2 sejak azali lg putih melepak..

    ReplyDelete
  11. Sapa nak pakai.. pakai je la yer.. Sapa yang was was tak payah pakai. zaman dulu kebanyakkan produk gunakan bahan2 semulajadi sebab tu orang dulu pakai takde side effect.. produk sekarang manusia yang dah semakin maju so ramuan dalam bahan tu dah ada macam bahan kimia yg mungkin boleh jd racun. Sebab tu la kita bergantung pada kkm. pun macam tu tak di nafikan tak semua produk yg xde pengesahan KKM tu merbahaya cuma kita tak tahu mana satu bahaya & mana satu tak bahaya. Baca Ingredient pun bukan semua orang paham apa yang dorang letak dalam satu2 produk tu kan??

    ReplyDelete
  12. salam sis
    momoy ada baca juga kat FB
    pasal isu nih - isu kebersihan
    mmg cert KKM xde tapi cert dari negara diaorg ada
    xkan boleh dapt cert kalau x bersih kan

    ReplyDelete
  13. BEDAK TANAKA BAHAYA !!..BACA SINI DULU

    Assalam semua... sekarang zaman canggih, terlampau canggih juga untuk dapat dosa kering lagi2 di bulan puasa.. sebelum kita nak keluarkan statement, kutuk produk tidak berdaftar, dimana statement itu boleh menjejaskan ramai peniaga.. seharusnya kita kena selidik dahulu, bercakap dgn fakta bukan auta.. Kadang2 manusia ni suka melatah...klu nak kutuk org atau gelar org jahil, cetek ilmu...siasat lah dulu...ni kan dah malu dgn status sendiri...Allah swt Maha Adil...Ni hana upload screen shot yg hana search di laman rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.. uollss sendiri boleh search di www.bpfk.gov.my kemudian pergi ke product search dan klik di quest3.. search nama 'shwe pyi nann'.. inilah nama sebenar bedak sejuk yg jadi fenomena malaysia.. dimana bedak sejuk ni dah berada di pasaran myanmar sejak 1991, dan juga telah didaftar di Perbadanan Harta Intelek Malaysia untuk Trade Mark.. since bedak sejuk ni sememangnya dah berdaftar dgn KKM.. dimanakah logiknya statement yg dikeluarkan oleh seseorg mengatakan produk ini tidak berdaftar..? Sedangkan dgn jelas, ada di laman web rasmi BPFK.. akan tetapi Jika benar dan terbukti bahawa bedak sejuk ini merbahaya, diharap KKM sendiri mengeluarkan kenyataan di akhbar atau laman facebook rasmi KKM serta gambar rampasan di 'stor kotor' mereka seperti yg dinyatakan..

    Kepada peniaga online.. anda sendiri tahu berapa sen sgt untung jual tanaka, bukan kita jadi jutawan pun jual produk ini.. cuma ramai diantara kita yg bengang dgn statement dikeluarkan tanpa bukti.. hanya omongan kosong, yg menyusahkan kita untuk menjawab kepada beratus customer.. agree tak? Dan sekaligus kita peniaga online dikecam hanya pk nak kaut untung je.. sedangkan statement yg dikeluarkan tak betul.. wallahu.. oleh itu, kita yg punya otak, bijak pandai, kita sama2 nilai sendiri.. pada customers semua.. . kami pun consumer sama mcm anda.. kami pun pakai bedak sejuk ni juga.. TQ uollss.

    credit aqmi shop

    ReplyDelete
  14. assalam... nape sy try cari kat bpfk tu tkde pun nama bedak tu..
    dia tulis kat situ
    "no record matched your search"

    accaner tu???

    sy kompius gak ni sbb sy pun pakai dan opkos nak tau ni boley ke tak guna pebenda alah ni...

    ReplyDelete
  15. Anonymous pergi ke link ni http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/ & search shwe pyi nann dalam category cosmetic

    ReplyDelete
  16. Salam semua.

    Untuk makluman, saya bukan penjual tanaka juga pengguna tanaka ye..
    cuma tertarik dengan isu yang diperkatakan..
    Saya telah pun mencari di BPFK dan menjumpai rekod berkaitan.
    ini linknya:
    http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/index.jsp?mod=search_product

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  17. saya pengguna, saya da buka link, dan saya jumpa, nak search tu pastikan betul ejaannya "thanakha"

    ReplyDelete
  18. i pun dah search. ada je. ni link http://quest3.bpfk.gov.my/QUEST3_SEARCH/index.jsp?mod=search_product

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!