BEDAK THANAKA RM40 DENGAN RM7 APA BEZANYA SELAIN HARGA?

18.7.13 Suria Lekatlekit 13 Comments

Sejak Nora Danish jual & promosikan bedak Tanaka ni nampaknya kini bedak tu semakin mendapat permintaan tinggi. Mula2 den tak berapa ambil tahu sangat pasal bedak ni.. Sebab even ko calit kat muka Nora Danish pun kau fikir aku percaya dengan hanya amalkan bedak tu kulit aku boleh jadi secantik Nora Danish. Try korang pi skodeng meja make up Nora Danish.. Semata2 ada bedak Tanaka tu je ker?? 100% guaranty korang akan jumpa berbagai bagai produk mahal dia.

Ni la rupa botol bedak tu

Bila dapat tahu bedak Thanaka ni sebenarnya bedak dari myamar yang selalu aku dok tengok orang2 mymar tempek setompok kat pipi tu baru aku teringat 9 ke 8 tahun lepas den pernah dapat hadiah dari budak myamar bedak ni. Dorang bagi free jer tapi harga dia masa tu tak sampai RM10 pun. Tup2.. sebab Nora Danish tunjuk muka dia tempek bedak myamar ni terus harga dia sekarang RM40 Uolls.. Maybe ada mahal lagi kot dari tu.

Wah.. apakah?? Kenapa harga asal yang sebenarnya tak sampai RM10 tetiba jadi RM40. Kos tinggi sangat ke?? Yelah nak kena import dari myamar kan.. Tapi takkan berganda2 sampai macam tu. Adakah bedak yang Nora Danish Demo tu dengan yang ada kat pasaran sebelum ni (kebanyakkan di jual oleh orang myamar kat malaysia) tak sama kualiti? ke cuma tak sama pipi jer.. Pipi buruh myamar kat Malaysia ni mana ada harga berbanding pipi Nora Danish yang gebu tu kan??

Ni la gambar Nora Danish pakai bedak Thanaka

Den pun tak sure kenapa harga dia sangat berbeza.. Apa yang den survey kat online ni harga dia memang kebanyakkan RM40 tapi menurut perbincangan kat FB kawan den cakap dia baru je beli bedak tu kat kedai myamar di Bukit Mertajam Penang baru RM7. Jauh kan perbezaan harga. Kalau kos pos pun.. takkan sampai RM40 include postage, ye dak??



Apa beza beli bedak yang di edarkan kat online (label Nora Danish)  ni dengan beli kat kedai myamar kat luar sana?? Kalau kualiti sama jer.. Takde label Nora Danish pun takpe.. janji murah sudah. Buat apa bayar lebih untuk barang yang sebenarnya sama kat luar sana tapi harga je berbeza, ye dak?? Nak kata bedak tu tak sama.. tengok sama jer beza mungkin yang original myamar jual takde tulis tate ke hapa atas penutup tu yang nora danish pakai ada la tulis tate tapi ingredient & kualiti dia ada beza ker??..  entahlah mungkin harga jadi mahal bila permintaan semakin tinggi. Time ni la kot peniaga nak buat duit untuk orang2 yang obses dengan produk kecantikkan ni. Kalau boleh apa je jual kat FB/Blog semua dia nak beli tempek kat muka..hahahaha

P/S : Ni bukan entri nak tutup periuk nasi sapa2 di bulan puasa ni tapi ni entri ketidakfahaman kenapa harga bedak Thanaka ni berbeza sangat. Kalau yang jual bedak thanaka ni boleh explain kenapa produk & brand yang sama tapi harga yang berbeza??



** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

13 comments:

  1. baru first time dengar bedak ni.. jap.. nak try google gambar nya..

    ReplyDelete
  2. print sticker Nora Danish tu mahal kot, hohoho

    ReplyDelete
  3. sy masa mula2 dgr pasal bedak ni ingatkan rm25 tu dh murah upenye ble kwn gtau sbnrnya harga cume rm5 jer..trs x jd beli hahaha

    ReplyDelete
  4. tu lah ramai sangat akak tgk org duk promote bedaka thanaka. pesbuk pun dr atas sampai bawah iklna tu je. naik penat dh nak scroll mouse. asyik tu yg kuar . namun akak ttp tak beli & tak amik tahu pulak pasal rege bagai ni. apa sahaja part mule mmg akak tak amik pedulik. sbb kulit akak sensitip. x berani nak try2. ni pakai yg skang ni ok dh. takmo tukar dh. lagi satu orgh duk canang pasal bedak arab.. teringin nak cuba. tapi takut miahahhahhaa... :p

    ReplyDelete
  5. Mak akak pun ada jual bedak ni tapi tak pulak pernah tanya reganya.

    ReplyDelete
  6. bedak tanaka tu dah lama dah ada. tapi, la ni sejak dikomersilkan oleh nora danish, suma pakat berebut pakai.

    sudahnya, aku pakai bedak sejuk opah buat tu jek. rimas lak nak berebut-rebut.

    ReplyDelete
  7. kat kedai myanmar kawan suami akak ni harga 3.50 je..heheh..kat penang memang belambak bedak ni.dari dulu lagi dah ada..sekarang je baru orang kita nampak..

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lak pakai. Biasa la berniaga mesti untong. Hehe

    ReplyDelete
  9. untung lebih2 kang jadi riba pulak kan?? kekekee

    ReplyDelete
  10. agaga. paling murah sini jual rm15. :) nak try beli tp nak usha harga dulu ekeke.

    ReplyDelete
  11. Salam Mummy Lala..

    hiihi.. biaselah.bila mende dah glemer.. $$$$$ yg dicari..

    ReplyDelete
  12. senang2 pakai bedak sejuk je.hehe

    ReplyDelete
  13. sebab nora danish keturunan myanmar :-)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!