PRODUK MAIXARA BAHAYA KERANA TIADA KELULUSAN KKM??

24.7.13 Suria Lekatlekit 24 Comments

Gluppp... Telan air liur sambil urut dada sementara tu sambil ucap syukur sebabnya den pernah cuba ambil vitamin Maixara ni kemudian atas sebab kesan sampingan yang tak boleh di terima badan & akal den maka den ambil keputusan untuk tidak menghabiskan baki botol kedua vitamin C maixara ni. Tunggang terbalik hormon badan den jadinya lepas ambil vitamin maixara selepas sebulan. Laki den pun sama.. turut rasa kesannya sebab dia pun ambil jugak.

Antara kesannya yang den rasa.. sakit badan.. sakit pinggang.. period stop terus selepas bulan pertama ambil maixara.. kemudian bulan kedua cuma datang dot dot je selama 3 hari & lepas tu den terus stop pengambilan vitamin maixara. Lambat jugak la side effect dia nak hilang.. baru bulan puasa ni rasa badan kembali normal. Laki den pun sama.. cuma dia mana ada period kan. Dia cuma rasa sakit badan.. sakit pinggang macam tu la. Jadi bila kami sama2 stop baru perlahan2 badan jadi normal balik. Lagi satu lepas ambil vitamin maixara ni kami laki bini akan rasa sakit perut setiap pagi tapi tak serius cuma sakit perut tu rasa tak normal la. Boleh rujuk entri ni VITAMIN C MAIXARA.

Hari ni terkejut bila tengok 1 link di share kat FB pasal Maixara yang di katakan tiada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Den terus ke Link tersebut tapi dalam artikel tu tak di nyatakan produk apa cuma ada di beri hint2 jer..

Untuk artikel penuh sila clik kat sini UTUSAN

Tapi bila baca kat ruang komen artikel tu di share, tuan empunya FB tu mengesahkan artikel tu merujuk kepada produk Maixara.

 Sumber FB

Jadi pada pengguna Maixara den taknak sahkan ia memang produk maixara kang marah pulak pengedar pengedar maixara kan?? Cuma kalau korang ada rasa effect yang tak berapa baik untuk badan korang sila stop pengambilannya. Mula2 memang sang lekit anggap dia cuma kesan sementara untuk proses pembuangan toksin dalam badan.. tapi bila rasa sakit macam macam kat anggota badan termasuk tempat2 yang tak sepatutnya tu memang terus stop. Moga2.. kalau racun2 yang pernah ada dalam badan tu dah habis keluar la yer..

Lambakkan produk kecantikkan & kesihatan sekarang ni buat kita perlu lebih berhati hati sebelum menggunakannya. Sebabnya.. kadang2 kita tak sedar kita sedang mencurah racun dalam badan sikit demi sikit.

P/S : Lepas kali pertama cuba ambil suppliement kecantikkan/pemutihan maixara memang serik dah nak try apa2 pun produk jenis kena makan @ minum nu. Baik pi watson @ guardian cari produk cream2 sudah. Cream2 pun yang memang jenama dah terbukti ada KKM

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


24 comments:

  1. perlu berhati hati la sekarang nie sbb produk kecantikkan nie dah macam cendawan tumbuh...

    ReplyDelete
  2. siapa artis popular yg jadik duta produk ni Sang Lekit??

    ReplyDelete
  3. kalau perempuan produk maixara guna diana rafar

    ReplyDelete
  4. memula teringin sangat nak mencubanya... bila baca review pasal effect lepas pakai produk ni terus cancel.. saya cuma makan Vitamin C untuk kulit yang saya ambil dari Klinik pakar kulit sahaja... so far allhamdulillah memang berkesan walaupun lambat...

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy lala..

    huhu..bahaye sungguh,.. tp syukur alhamdulillah..sebotol dgn maixara dulu sgt memuaskan hati.

    ReplyDelete
  6. mujur x smpt beli lagi..kwn ad gk promote benda ni huhu

    ReplyDelete
  7. erk..dah la mahai..sib baik tak pernah terniat nak cuba..lantak le kulit berkerak hitam legam pun..heheh..

    ReplyDelete
  8. salah satu dari lambakan produk kecantikan haram yang ada diluar sana.... sudah nak bendung isu ni... sebab banyak yg berlumba-lumba nak pasarkan produk masing2... jadi satu kerja pula KKM duk kejar depa semua ni... Macam Jakim kejar produk non halal jugak la....

    p/s: hati-hati la awak puan suria....

    ReplyDelete

  9. aa baru perasan kalau x silap iklannye keluar tiap kali sblm azan kt rtm, xtau dh ditarik ke belum

    ReplyDelete
  10. alhamdullilah setakat ni masih mampu bertahan utk tak terjebak...semakin byk dipasaran semakin takut nak membeli huhu

    ReplyDelete
  11. So far dah 4 bulan mkn.. alhmdlah kesan yg memberangsangkan.. kulit makin cerah n anjal. Mgkin lain org lain kesannya. Apa pn kne bnyk ambil air suam utk memudhkn penghadaman. Stakat ni sy puas hati dgn MCS. Harap2 dpt kelulusan KKM dgn segera.

    ReplyDelete
  12. skrg dh banyak sgt product.sampai dh ada yg bahaya.risau lah.nasib lah rara xmkn.

    ReplyDelete
  13. Nasib saya tak terjebak dgn produk2 mcm ni. Cuma terjebak dgn shaklee jer ☺☺

    ReplyDelete
  14. Sila baca penerangan mengenai maixara
    http://mynewshub.my/?p=179480

    Juga bole tau lebih lanjut melalui official fan page maixara dlm facebook

    ReplyDelete
  15. Sila baca penerangan dr pihak maixara
    http://mynewshub.my/?p=179480

    Juga bole dptkn penerangan lanjut dr fan page maixara dlm Facebook

    ReplyDelete
  16. alah diana rafar tu muka tegang semacam tkkn le setakat guna produk ni je..kompom2 cuck mencucuk jgk nih...

    ReplyDelete
  17. thx sharing this sis
    momoy sempat juga ler guna habis sebotol
    pastu stop sbb xde kesan apa2

    jemput singgah blogshop momoy
    ada jual lulur dan produk spa yg disupply ke spa. lebih murah dan jimat

    http://www.d-homespa.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. bapa kepada kawan saya merupakan ketua pegawai yang periksa kilang maixara tu...kawan saya kate kilang die tak bersih ubat2an letak atas lantai je...ada lagi die cakap tapi tak ingat...pastikan ambil ubat2an yg ade kelulusan sahaja...

    ReplyDelete
  19. Produk Maixara ni bagus.. sy sendiri mkn dan alhamdulillah.. semua produk dia berkesan.. mak sy yg dekat 60 thn tu pun mkn dan takde pun masalah apa2..

    :D

    ReplyDelete

  20. dgr cerita tak bahaya pun produk ni.. sbb tgk kat Official FB haritu owner dia dah tunjuk lab result yg USM buat utk semua produk Maixara.. tapi biasalah akhbar Utusan.. suka tmbah cerita..

    KKM pun sama, serbu sana sini tp keluarkan kelulusan LEMBAB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 je supplement yg kita makan make sure ada kelulusan KKM.. mereka memantau bahan2 dalam produk supaya tidak memberi kesan buruk dlm badan wlupun utk jangka masa yg pendek selain dpt mengurangkan risiko produk tiruan. Ingat sihat sebelum sakit. Adios

      Delete
  21. bli lah bb plus.. leh tengok di www.lieyon9biz.com

    ReplyDelete
  22. Jika sesiapa berminat untuk mencuba produk kesihatan Shaklee, boleh hubungi saya, Fatin (whatsapp 013-6905937) COD: Skudai. :)

    ReplyDelete
  23. pengambilan sebarang produk sekarang ni memang kena telek betul2.
    memang mula2 nampak kesan elok..
    tapi lpeas tu kesan yang akan datang kemudiannya lebih teruk dan lebih bahaya..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!